BISKUT KELAPA CONFLAKES

rsz_biskut_kelapa_cornflakes

Assalammualaikum, hari ni, hari pertama che mat bikin biskut raya. Tahun ni rasa entah kenapa rasa keterujaan agak kurang. Mungkin sebab belum sihat sepenuhnya. Sepatutnya semalam che mat dah bikin biskut ni, tapi dia punya rasa 'tak rajin'..hanya Allah saja yang tau. Hari ni, memang berazam akan laksanakan biskut yang che mat olah sendiri. Selalunya che mat akan buat biskut satu hari satu jenis sahaja. Malas nak paksa2, sebab nanti cepat bosan dan stress. Kita buat apa2 ni biar dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, baru berkat...in sha Allah. Satu lagi che mat nak cerita lah. Kalau anda mencuba mana2 resipi biskut, anda boleh buat apa jua corak yang anda gemari, bukan paksa suruh ikut corak seperti dalam gambar, sama juga dengan hiasannya. Boleh ikut kreativiti masing2..

rsz_1biskut_kelapa_cornflakes1

Untuk resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 150 keping biskut. Ikut saiz acuan yang anda guna. Bakar pada suhu 160C selama 20 - 25 minit dan lepas 10 minit, anda pusing kan dulang untuk mendapat biskut yang masak rata. Biskut yang ada cornflakes selalu punya masalah cepat lemau. Jadi bila anda sejukkan, pastukan atau di atas jaring biar jarang2, jangan rapat sangat. Bila biskut sejuk saja, terus simpan dalam bekas kedap udara (kalau dulu kala, biskut disimpan dalam tin susu Nespray). Ok, che mat kongsikan resipi...Sudi2kan lah mencuba...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mentega
80 gram gula aising, diayak
2 kuning telur
200 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1 camca teh emplex (penggaring biskut)
1 camca teh esen vanilla
80 gram kelapa kering, disangai hingga harum dan sejukkan
50 gram serbuk kacang gajus
50 gram cornflakes, diramas hingga hancur
1 kuning telur, untuk sapuan
Hiasan kegemaran anda (gula manek, bunga aising dan sebagainya)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung gandum, tepung jagung dan empelx, gaul rata dan ayak. Kemudian masukkan kelapa kering yang telah disangi tadi, serbuk gajus dan cornflakes yang diramas hancur ke dalam tepung. Gaul rata2 dan ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan no. 1 sedikit demi sedikit hingga habis. Dan menjadi doh yang lembut. Matikan mesin dan bulat2kan doh. Tutup dengan tuala bersih yang dilembapkan.
  3. Bahagi doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan pilihan anda dan alihkan ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur, tabur hiasan pilihan anda atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C, sekurang2nya 15 minit. Bakar selama 20 - 25 minit. Selepas 10 minit, anda pusing2kan dulang pembakar untuk mendapat biskut yang masak sekata. Sejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara....

Post a Comment

7 Comments

  1. kelapa....i like...
    suka kuih or biskut yang berasaskan kelapa dan kacang..asal nak raya ja mesti cari resipi mat gebu...gambar2 pun cantik,elok terletak...
    mat gebu mesti amik kursus fotografi gak ni..

    ReplyDelete
  2. terbaek.. confirm sedap ni.. :)

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz"

    ReplyDelete
  3. kelapa....i like...
    suka kuih or biskut yang berasaskan kelapa dan kacang..asal nak raya ja mesti cari resipi mat gebu...gambar2 pun cantik,elok terletak...
    mat gebu mesti amik kursus fotografi gak ni..

    ReplyDelete
  4. saya amik resepi abang mat boleh... nak cuba...

    ReplyDelete
  5. Saya dah x buat biskut berasaskan cornflakes or nestum sbb saya serius nk take part dlm boycott products isreal...walaupun hati teringin sgt nk buat biskut suji tp bila tringt org gaza yg syahid sbb isreal sya tekadkn hati..mereka blm tntu dpt sambut raya :(
    Ini pndpt saya secara peribadi. .no offence

    ReplyDelete
  6. gandingan mantap kelapa dan cornflakes..:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.