BEN ASHAARI

Friday, July 4, 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI 5 RAMADAN...

rsz_gerang_asam_ikan_pari
Bulan2 puasa pun masak asam pedas?..hehe, dah terbiasa makan asam pedas, tak boleh nak berpisah lama sangat. Kebetulan anak buah che mat yang dok Kemaman berbuka semalam di rumah, jadi asam pedas menjadi salah satu hidangan berbuka. Che mar guna ikan pari dalam 700 gram dan sebiji nenas Sarawak saiz sederhana. Bila masak asam pedas, lauk2 sampingan dia pun ringkas saja, ada ulam dan telur dadar, dah cukup sangat. Kalau takde nenas, anda bolh gantikan dengan terung, bendi dan tomato. Kuah dia selain dimakan dengan nasi, boleh juga kalau nak cicah lempeng pekak. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram ikan pari
1 biji nenas Sarawak saiz sederhana
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom
1 camca teh penuh pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optinal)
1 1/2 senduk nasi cili kisar
3 biji bawang merah kecil, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
2 biji cili merah, buang bijinya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana. Gaul dengan jus limau kasturi dan perap 15 minit. Kemudian cuci bersih dan toskan. Nenas Sarawak dikupas kulitnya, belah 4 dan buang empulur. Hiris sederhana tebal dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/3 cawan), tumis bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga garing dan naik minyak. Tambah pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Masukkan nenas, gaul hingga rata. Tuang air secukupnya (kurang lebih 700 ml). Biar mendidih dan masukkan ikan. Tambah daun kesom dan bunga kantan. Masak dengan api sederhana hingga nenas lembut dan ikan masak, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, ulam2 dan telur dadar...


1 comment:

fabulousnana said...

favorite saya...famili x makan tp hari ni dpt juga msk asam pedas...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.