BEN ASHAARI

Saturday, June 21, 2014

URAP PEGAGA MENU WARISAN...

rsz_uraps_pegaga_johor
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat hanya dapat bersiaran waktu ni...siang tadi sibuk sikit (konon2 lah, walhal idok leer sibuk sangat). Ada hal sikit tadi. Entri urap pegaga yang boleh dikatakan menjadi kegemaran Bak. Dulu che mat selalu buat, tapi sejak2 musim panas ni pegaga pun macam payah aje nak dapat. Tu hari Bak ke Pontian dan bawak balik pegaga segar, beli kat pasar lambak. Plan asal cuma nak dijadikan ulam, tapi biasalah, selalunya disaat2 akhir plan  akan bertukar, dari dijadikan sebagai ulam, terus suruh buat urap pulak. Ok, kita buat urap. Urap sama seperti kerabu tapi tidak sama seperti kerabu. Urap biasanya kita guna kelapa mentah, kerabu pulak guna kelapa yang digoreng atau kerisik. Urap salau satu pelengkap untuk nasi ambeng. Resipi seperit berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram pegaga
1 cawan kelapa parut putih
1 genggam ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
3 hirisan nipis kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
1 biji cili merah, buang biji
1 camca besar udang kering, rendam dalam air panas sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pegaga dicuci bersih dan toskan sampai kering. Asingkan akarnya dan pegaga dipotong pendek. Ikan bilis dibersihkan, rendam 5 minit. Toskan dan perah hingga kering. Kemudian goreng hingga garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Gaul bahan2 tumbuk halus dengan kelapa parut hingga rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian masukkan pegaga yang telah dipotong kecil. Gaul rata2, masukkan ke dalam kuali, kemudian goreng tanpa minyak selama 1 - 2 minit. Matikan api.
  3. Rasa dan jika ok boleh alihkan ke dalam bekas sesuai. Tabur dengan ikan bilis goreng sebelum dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.