TEH C PENG...PENYEJUK HATI MARAH!...

rsz_teh_c_peng
Panaskan cuaca sekarang, dan che mat sendiri memang panas gak sejak2 ni..Ada orang cuba "mengusik", tapi kenangkan dia orang tua, baik lupakan saja lah kan...nanti dikata kurang ajar pulak, walhal dia sendiri yang kurang jaga tata tertib, haish...Jadi untuk menyejukkan hati, che mat pun buat Teh C Peng, alah hai teh biasa saja, dah melambak orang bikin, tapi sebab ini pertama kali che mat cuba, maka jadilah ia entri blog. Teh C Peng agak unik, kerana ada tiga lapis, pertama air gula melaka, kemudian susu cair atau susu sejat (kalau guna susu segar atau susu rendah lemak ok gak, tapi TAK SEDAP!!), diikuti air teh, teh pekat. Tang kemanisan tu anda pandai2 lah. Tapi teh ni memang nyaman sangat. Resipi kalau ikutkan bersepah kat internet, anda google aje Teh C Peng, keluarlah segala sumber2 yang boleh anda cuba. Tapi kalau nak mudah lagi kan...kan...anda lungsuri laman sesawang www.tiffinbiru.com , in sha Allah pun ada resipi, siap gambar cantik lagi....Ehhh tu macam blog che mat aje...hahaha....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Air gula melaka secukupnya
Susu sejat secukupnya
Air teh pekat tanpa gula secukupnya
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Untuk air gula melaka tu, che mat masak setengah ketul gula melaka dengan 1/4 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula larut dan pekat. Kemudian tapis dan sejukkan (kalau mana2 yang suka manis, boleh gak campur 1-2 camca besar gula pasir masa masak gula melaka tadi).
  2. Untuk air teh pekat, che mat rendam 2 uncang teh BOH dengan 1 cawan air panas, biar sampai air teh tu sejuk. Tak perlu campur gula.
  3. Ok, cara nak bikin Teh C Peng ni senang gileerr...Siapkan gelas yang lawa, seperti dalam gambar (mesti guna gelas, baru nampak 3 lapis). Masukkan 2-3 camca besar gula melaka, atau ikut suka, masukkan ais kiub secukupnya. Tuang susu sejat perlahan2, dalam 1/4 cawan. Kendian tuang pulak teh pekat, tuang perlahan2 hingga penuh. Biar sejuk, dan masa nak minum, kacau rata2...Baca bismillah, lepas tu minum...in sha Allah, panas hati pun boleh sejukk...alhamdulillah...

Post a Comment

9 Comments

  1. memang best kalau pekena time2 cuaca panas...:D

    ReplyDelete
  2. Best sesanhat teh 3 layer ni. Tetiba pulak teringat Teh Mat Salai yang satu ketika dulu melatop di pasaran. Ginilah rupa bentuknya.

    ReplyDelete
  3. oooo....dulu saya ingat nama dia teh 3 layer. rupanya ada panggilan lain... teh c peng. banyak membaca nie memang betul la menambah pengetahuan...

    ReplyDelete
  4. Ooo itu nama sebenar teh ni ye CM. pernah nmpk kat kedai tp nmpk mcm blh thn harganya. Berat hati nk cuba. Tq sudi share cara buatnya.

    ReplyDelete
  5. harap2 dah sejuklah hati tu ya kena 'peng' hehehehe

    'peng' tu ais.. kannnn

    ReplyDelete
  6. Salam CM. nak tanyaa. kalau nak buat kek pakai microwave oven boleh takk??

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Serius sedap! Saya sudah cuba! Terima kasih.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.