BEN ASHAARI

Wednesday, June 11, 2014

SUP KENTANG BEBOLA IKAN...

rsz_kentang_sup_ehem
Salam semua, minta maaf lah hari ni che mat masak yang mudah sangat. Lagi pun cuaca agak panas sekarang ni, nak makan yang pedas2 pun macam kurang sesuai, tapi kena juga lah pedas sikit2, dah nama pun tekak orang kita. Sebab semalam plan nak masak sup kentang tergendala atas sebab2 teknikal, jadi hari ni che mat usahakan juga buat sup kentang. Tidak susah langsung dan ini antara masakan hujung bulan yang popular terutama untuk mereka2 yang bujang. Sup kentang ini anda boleh pelbagaikan. Kalau nak masukkan telur pun boleh, dah jadi sup kentang telur. Macam che mat, ku humbankan 5-6 biji bebola ikan atau apa2 bebola yang anda suka, jangan bola sepak sudah lah. Seperti biasa, che mat masukkan juga cendawan telinga kera atau black fungus dan kincam ke dalam sup kentang untuk menambah rasa. Jangan lupa sambal belacan dan ikan goreng ok, masa makan nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji kentang saiz sederhana
6 keping cendawan black fungus segar
1 genggam kincam
6 biji bebola ikan pilihan anda
1/2 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam
1 kiub pati ayam
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas kentang, cuci dan belah 4 setiap 1, rendam. Cendawan dipotong, rendam. Kincam disimpul dan rendam. Bebola ikan anda boleh potong 2 atau biarkan sebiji2 macam che mat buat. Ketepikan semuanya.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan kentang (toskan), gaul rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Tambah kiub pati ayam dan biar mendidih. Masak hingga kentang 1/2 empuk. Tambah air jika perlu. 
  3. Masukkan cendawan (toskan), kincam (toskan) dan bebola ikan tadi. Masak hingga kentang empuk. Masukkan soo hoon, tambah serbuk lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..

4 comments:

ummi aqilah (LM) said...

Nampak sedap dan menyelerakan sup tu

Faizal Fredley said...

alahaii sedap lah pulop....

has linda said...

nampak sedap..Simple jer..

RDZ Z said...

Sup is my favorite...Hari-hari mesti ada..