BEN ASHAARI

Saturday, June 28, 2014

SINGGANG SERANI IKAN PARI...

rsz_serani_singgang_pari
Assalammualaikum, salam semua. Sebelum tu che mat mohon maaf sebab entri ni patutnya dah masuk dalam blog 2-3 hari lepas, ntah macam mana boleh tertinggal...grrr...faktor usia dah semakin remaja, macam tu lah. Singgah serani ikan pari antara hidangan ringkas yang menjadi kegemaran che mat dan bonda. Ianya pedas, beraroma, hangat dan membangkitkan selera, terutama jika anda kurang sehat. Bulan puasa pun sesuai dihidangkan, cuma pedas tu anda boleh kasi kurang sikit lah. Selain ikan pari, che mat suka guna ikan tongkol, nak2 ikan tongkol putih. Kalau ada bunga kantan, boleh juga dimasukkan, tapi bunga kantan bukan bahan wajib, kalau serai tu memang perlu. Ok, sebab ia ringkas dan senang dibuat, tak perlulah bercerita panjang, jomm lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari
2 batang serai, diketuk
1 biji tomato, belah 4
2 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis MAGGI (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang, sebagai hiasan

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HANCUR :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
10 - 15 biji cili padi
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, cuci dan perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak dalam periuk. Tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan2 tumbuk hancur dan masak hingga naik minyak.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 700 ml), kacau rata dan masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis (jika guna), biar mendidih. Tambah ikan pari, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  3. Masak hingga ikan pari masak, masukkan tomato, biar sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan, jika suka..

1 comment:

noraimi syazwani mohd yusoff said...

che mat,ada tips x untuk pilih ikan pari isi lembut?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.