KUEY TEOW GORENG BASAH...

rsz_kuey_teow_basahhh
Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ni che mat goreng kuey teow dan lepas tu masak yang simple2 untuk yang lain buat santapan tengah hari (cuma masak bening betik, ikan goreng dan sambal goreng). Cerita pagi tadi memang nak goreng kuey teow, tapi malangnya kuey teow yang selalu che mat simpan dalam freezer telah habis. Maka terpaksa guna kuey teow kering jenama A1 sebagai ganti. Kuey teow jenis kering ini perlu direbus selama 1 minit sebelum digunakan. Saiznya agak lebih kecil dan dari kuey teow biasa. Pada che mat bila dah goreng ia kurang menarik sangat. Dah macam mi kuning aje rupanya. Kalau anda nak buat, guna kuey teow basah ok, baru nampak cantik. Tapi, ibarat kata bidalan, rotan tiada, akar pun berguna,. Cincai lah kan, janji boleh sudah lah. Resipi untuk seorang makan (serius kenyang okeh, boleh skip makan tengah hari). Resipi mudah, campak2 semua dalam kuali. Dan che mat guna stok air rebusan tulang untuk kuey toew goreng basah. Anda boleh guna air  biasa jika tiada air rebusan....bersedia?..jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Kuey teow secukupnya (anggaran 2 cawan, che mat guna 1 sanggul kuey teow kering A1)
5 ekor udang bersaiz besar
1 ekor sotong saiz sederhana
1 genggam isi kerang
10 tangkai kucai, potong pendek
1 genggam taugeh, dibersihkan
1 camca teh cili kisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh sos tiram JALEN
2 camca teh kicap pekat JALEN
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
Garam jika perlu
1/2 cawan air rebusan tulang lembu atau ayam
Cili hijau jeruk 
Bawang goreng
Telur mata kerbau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sebab che mat guna kuey teow kering, che mat rebus kurang lebih satu minit dan toskan, kemudian cuci bawah air paip dan ketepikan. Udang dikupas kulit, buang urat belakangnya, cuci dan toskan. Sotong dibersihkan dan hiris bulat, cuci dan toskan. Isi kerang di bersihkan. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah udang, sotong dan kerang, gaul rata. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap
  3. Masukkan kuey teow, gaul pantas, tambah taugeh dan kucai, kacau dan tuang air rebusan daging. Biar sekejap dan rasa, jika perlu baru tambah garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tuang dalam bekas sesuai, hias dengan bawang goreng, telur mata kerbau dan hidangkan dengan cili hijau jeruk. Sedap dimakan panas..

Post a Comment

5 Comments

  1. wahh..sedapnye..bole wat menu breakfast arini.. :)

    ReplyDelete
  2. Yumm..yummm...sedap nampak..guna air rebusan tulang mesti sedap kan...

    Jemput ke blog saya
    http://mamafreshpicks.wordpress.com

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.