BEN ASHAARI

Friday, June 6, 2014

JEMPUT-JEMPUT UDANG DI HARI HUJAN...

rsz_jemput2_udangs
Assalammualaikum, hujan hari ni di Sedenak. Kawasan kediaman che mat agak tinggi dan kawasan kampung Sedenak itu sendiri berada di atas bukit. Kalau siapa2 yang pernah masuk, mesti tau kedudukan geografi Sedenak tu macam mana. Petang tadi kurang lebih jam 5, che mat saja2 lah bikin jemput2 udang untuk minum petang. Kata bonda bila mood memasak kurang, berkemungkinan besar masakan akan jadi kurang enak. Tapi pada che mat, kalau cukup bahan2 dan betul cara membuatnya, insha Allah ia akan tetap menjadi, walaupun muka anda ketat macam skru karat. Tapi yang utama masa memasak kena fokus, semua ini untuk mengelakkan benda2 yang tidak diingini berlaku. Hari ni che mat memang masak yang mudah, tu pasal tiada entri lauk-pauk. Kalau setakat rebus2, goreng ikan tu perlu ke jadi kan entri?..Mesti ada yang meluat nak tengok. Kalau jemput2 ni kira boleh lah, sebab ada gak yang yang kurang arif buat cekodok. Bila kita memasak, kena ambik kira siapa yang makan. Contohnya kalau orang2 tua yang gusi mereka agak lemah, kenalah buat jemput2 yang agak lembut sedikit, agar mudah dimakan...Walaupun che mat tak paksa anda ikut resipi yang che mat tulis ini, tapi bolehlah jadikan panduan jika anda rasa perlu...terima kasih kerana sudi singgah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur (che mat guna telur gred A)
1 3/4 cawan air
Garam secukup rasa (anggaran 3/4 camca teh)
1/3 cawan isi udang bersaiz kecil, cuci dan toskan
1 cekak kucai, potong kecil
1 biji bawang besar, didadu
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Sos cili atau sos kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan isi udang, kucai, bawang besar, cili merah, cili hijau, garam dan baking powder. Gaul rata. Masukkan telur dan kacau. Tambah tepung, tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata, habiskan air dan kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan 1 camca besar penuh bancuhan tadi ke dalam minyak panas, pastikan anda tuang perlahan2 untuk mengelakkan minyak panas terpercik. Buat 10 - 12 biji jemput2, bergantung pada saiz kuali anda.
  3. Goreng hingga perang dan balikkan jemput2 agar masak sekata, guna api sederhana. Goreng hingga keemasan, angkat dan toskan. Letak atas tissue dapur bersih dan biar minyak gorengan terserap. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...
CATATAN MAT GEBU :- Jika adunan ini terlalu banyak, anda boleh simpan lebihannya dalam peti sejuk, tapi pastikan letak dalam bekas bertutup. Kalau anda buat petang, boleh lah bakinya digoreng keesokkan hari sebagai sarapan pagi...Selamat mencuba!!.

10 comments:

drreza said...

Jemput2 johor memang tiada lawannya.

Kakcik Nur said...

Baca resipi di tengah2 malam ni pun boleh rasa lapo... :)

adda syuhada said...

sedapnyerr...

syue eyla said...
This comment has been removed by the author.
syue eyla said...

wahh nampak sedap ! mesti try ni .

rifafqil said...

tgk resepi pun...boleh lapar dibuatnya wlupun hakikatnya dah kenyang

rifafqil said...

tgk resepi pun...boleh lapar dibuatnya wlupun hakikatnya dah kenyang

rifafqil said...

tgk resepi pun...boleh lapar dibuatnya wlupun hakikatnya dah kenyang

Halimaton Saadia Sadon said...

Mak saya ajar...selain daun kucai, sedap gak guna daun kunyit...jemput2 jd harum ni sedap dimakan..

Siti said...

Sedapnyer...tunggu weekend br ada masa nak buay

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.