BEN ASHAARI

Saturday, June 7, 2014

IKAN TEMPRA ...

rsz_ikan_pari_tempra
Assalammualaikum, salam Sabtu. Hari ni che mat masak menu yang paling ringkas dan ia identiti orang2 peranakan cina atau baba nyonya. Ikan tempra kurang lebih macam ikan masak kicap, dan bahan2nya pun sama saja tak de beza, cuma panggilan berlainan. Selain ikan, anda boleh guna ayam, daging, telur, waima sayur terung pun boleh dimasak tempra. Selalunya hidangan tempra sedikit manis dan penggunaan kicap pekat menjadi satu ke utama an. Kalau che mat sudah pastilah kicap JALEN menjadi pilihan. Sedikit cuka makan atau perahan jus limau nipis digunakan untuk masakan ini. Sedap dimakan bersama nasi panas dan disertakan sekali dengan sambal belacan. Kalau makan sama bubur nasi pun enak, tapi anda tarok kuah lebih sedikit. Ini antara resipi paling ringkas jika anda agak buntu nak masak apa....dan yang penting kanak2 pun suka...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari
Sedikit garam
1/2 camca teh lada sulah
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 camca besar kicap pekat JALEN
1 camca besar kicap masin JALEN
1 camca teh gula
1 camca teh cuka makan JALEN
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
Daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Gaul dengan sedikit garam, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit. Gaul rata dan goreng hingga masak, tak perlu sampai garing. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga layu. Masukkan kicap pekat, kicap masin dan cuka. Kacau rata dan tambah ikan goreng. Gaul hingga rata.
  3. Masukkan gula, kacau dan masak sekejap hingga pekat (kalau suka berkuah anda boleh tambah sedikit air). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan lauk2 lain..


2 comments:

syue eyla said...

Macam sedap , ce try guna kicap Mudim ..

Suria Lekatlekitgurl said...

Cik mat harus JALEN.. sebab ada JALINAN mesra kekeke.. apapun tergoda walau hitam tetap menawan selera

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.