IKAN PARI BERLADO

rsz_ikan_pari_berlado (1)
Salam Khamis semua...che mat cuma masak yang mudah2 saja hari ni. Untuk bak che mat masak lemak taugeh sama tauhu, lepas tu goreng ikan tenggir jeruk, ikan pari berlado ni che mat punya..ehem. Dan tak lupa sambal belacan yang che mat kena hempok sendiri (selalu bonda yang hempok, tapi ni hari bonda berada di luar kawasan). Menu seperti ini juga sesuai untuk berbuka puasa atau bersahur. Ikan pari antara ikan kegemaran che mat dan anda boleh ganti dengan ikan kembung atau ikan keli. Satu lagi boleh juga anda ganti dengan terung atau bendi. Terung anda boleh panggang atau goreng, bendi pulak dicelur. Kemudian baru letak sambal atasnya. Psstt..sambal ni anda boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Senang nak guna bila perlu...ingin mencuba?...resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
3 helai daun limau purut
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR :-)
5 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dihiris nipis 1 cm tebal, perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit. Cuci bersih, toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam. Kemudian goreng hingga keemasan, angkat dan toskan.
  2. Kisar buah keras dan bawang putih hingga lumat. Masukkan bawang merah dan cili merah, kisar sekejap2 hingga hancur, tak perlu sampai halus, guna kaedah "PULSE" pada alat pengisar anda (kalau rajin boleh tumbuk guna lesung batu). Panaskan 1/4 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar tadi hingga harum. Tambah daun limau purut, kecilkan api dan terus memasak hingga garing.
  3. Masukkan jus limau kasturi, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan ikan pari goreng, gaul rata2 dan matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Post a Comment

2 Comments

  1. simple x berapa simple la sangat. dekat2 nak puasa harus jenguk blog cik mat selalu. kekekeke

    ReplyDelete
  2. Je betul. Cr idea nak masak apa. Bila puasa tekak byk permintaan skit tp kena buat sendiri x nak yg beli nanti x puas hati

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.