BEN ASHAARI

Monday, June 16, 2014

IKAN KUKUS KICAP..

rsz_ikan_kukus_kicap_pedas
Assalammualaikum, hari ni malas masak lagi, dah hari2 malas masak, payah juga kan. Lama2 tak masak dah. Semalam che mat kukus ikan dan entri ini menu che mat masak semalam, bukan hari ni. Ikan kukus kicap resipi olahan yang che mat rasa sesuai dengan selera che mat, cuma tak pasti lah dengan anda. Kat rumah pun bukan semua suka ikan kukus, cuma che mat saja yang suka, yang lain tu ikut suka dia orang, kalau nak makan, dia orang makan lah, kalau tak, jamah pun tak sudi. Jadi ini menu lebih pada selera che mat. Anda boleh guna ikan juga jenis ikan yang anda suka, che mat guna ikan kunyit bersaiz kurang lebih 4 jari orang dewasa. Anda boleh guna ikan bawal putih, ikan siakap, kerapu, ikan merah dan sebagainya. Tapi lain ikan, pasti lain rasanya. Resipi macam ini juga sesuai dihidangkan pada bulan ramadan yang akan tiba kurang lebih 2 minggu lagi...Resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan kunyit, atau ikan pilihan anda
1 batang leek, saiz kecil, belah dua dan cuci
Sedikit lobak merah, dihiris halus memanjang
Daun bawang, dihiris memanjang
Cili merah, buang biji dan hiris halus memanjang
1/2 inci halia, hiris nipis

BAHAN-BAHAN DISATUKAN :-)
3 biji bawang merah, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
4 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar sos tiram JALEN
1 camca teh tepung jagung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang dan kelar sedikit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci dan toskan. Lap kering ikan tadi dengan tissue dapur dan letak dalam bekas tahan panas. 
  2. Masukkan leek dan sedikit halia hiris ke dalam perut ikan. Kemudian lumur dengan serbuk lada sulah pada semua bahagian ikan. Susun baki halia atas ikan dan dicelah2 bahagian ikan yang dikelar. Tuang bahan2 yang disatukan atas ikan tadi termasuk bahagian dalam perut.
  3. Kukus selama 10 minit, kemudian tabur lobak merah, hirisan daun bawang dan cili merah atas ikan dan sambung kukus lagi 3 - 4 minit. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih..

1 comment:

Cik Ngah said...

simple,bleh buat sahur ni..tq pak cik mat bagi idea...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.