BEN ASHAARI

Thursday, June 5, 2014

GULAI LENGKUAS IKAN BAWAL...

rsz_gulai_ikan_lengkuas
Assalammualaikum, salam semua. mendung hari ni, cuaca pun kurang panas, tapi tetap berpeluh, nak2 bila nampak duit bertukar tangan masa berbelanja barang dapur..huhu, nak kata apa, jimat2 pun kena juga belanja..takpe lah, kedekut sangat, duit bukan bawah mati pun. Ok, nak cerita sikit, bila che mat berbelanja di MyDin dan Tesco, ada baranag yang lebih murah di MyDin dan lebih murah di Tesco bila mereka buat Offer. Beza harga, ada tu hampir2 seringgit atau mungkin lebih (yelah itu anggaran che mat, takkan aku nak hadap setiap butir barang kat Tesco dan MyDin tu semata2 nak bezakan harga, tapi memang ada beza, setengah2 barang lebih murah di MyDin). Bagi mereka2 yang berwang atau kedudukan kewangan yang amat2 kukuh, tak delah nak risau sangat. Cuma bagi yang macam che mat ni memang kena juga lah berhati2. Hari ni che mat masak menu yang Bak suka. Ikan bawal yang che mat masak bersaiz kecil kurang lebih saiz 3 jari orang dewasa. Ok, resipi mudah, seakan2 masak lemak biasa saja..Tak caya?..Ok jomm kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor ikan bawal bersaiz kecil (kurang lebih saiz 3 jari orang dewasa), siang dan cuci bersih
3 batang serai, diketuk
2 inci lengkuas, hiris nipis dan ketuk2 sedikit
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
350 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 camca teh jintan kasar
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau sentiasa. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan bawal, asam gelugor dan tuang pati santan. Kacau perlahan2 dan biar mendidih dengan api kecil (kena kacau berhati2 agar ikan tidak hancur). Masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam secukup rasa.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangka bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam2man. Selain ikan bawal, anda juga boleh guna ikan kembong....Selamat mencuba!!.


7 comments:

Misz-ella Ismail said...

Sedapnya cik mattt

Irfa said...

lama x makan gulai mcm ni

xx said...

http://rm20.biz-2u.com/?id=xmuhammadx - start your own business line here !

noraimi syazwani mohd yusoff said...

Sedapnye..nak try lah resepi ni. tq cik mat!

Cik Nor said...

alamak lapar terus tengok gambar ni..

Monyet Rimau said...

saya singgah blogwalking kat sini, jemput admin baca artikel :

#Ameera, adik #Neelofa tunjuk bakat #memasak yang #comel
http://syokbah.com/ameera-adik-neelofa-tunjuk-bakat/

TERKINI! Ibu Siti Soffea & Suspek Bunuh Dalam Satu ‘Kumpulan’
http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/terkini-ibu-siti-soffea-suspek-bunuh.html

RDZ Z said...

Sangat-sangat menyelerakan..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.