GULAI JANTUNG PISANG ISTIMEWA...

rsz_gulai_jantung_pisang
Assalammualaikum, salam Isnin...masak apa hari ni?..Che mat masak awal skit sebab keluar sekejap pagi tadi. Ni baru lah dapat nak bersiaran dengan selesa. Cuaca pun mendung, rasa macam nak cari bantal pun yea juga. Menu hari ni, che mat masak gulai jantung pisang, menu permintaan Bak. Tambah istimewa lagi bila dicampur dengan kulat sisir atau gendawan kukur. Dan tambah pulak ikan masin kurau. Kali ni che mat guna tulang dan isi ikan. Ok, bila anda guna isi ikan dan tulang, pastikan anda rendam 1 - 2 jam untuk mengurangkan rasa masin, dan masa memasak pastikan letak garam dalam kuantiti yang minima, jangan main lebur ikut suka, takut jadi masin sangat. Satu lagi, isi ikan kurau jangan diletak awal sangat, nanti kang hancur bersepai, letak bila lauk hampir masak. Memasak ni mudah bila anda tau cara2nya. Che mat pun bukan terus reti masak, kena belajar sedikit demi sedikit dan yang penting kalau anda pandai memasak sekali pun jangan pandang rendah pada mereka yang baru nak belajar masak, kita sama2 belajar dan bertukar2 ilmu....yang itu lebih afdal....Resipi ini tergolang dalam kumpulan resipi warisan dan masakan kampung....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji jantung pisang kapas
4 ketul tulang ikan masin kurau, rendam
2 ketul isi ikan masin kurau, rendam
1 cawan cendawan kukur @ kulat sisir, rendam
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas jantung pisang hingga jumpa bahagian kulit yang cerah dan lembut. Kemudian rebus dalam air mendidih yang dimasukkan sekeping asam gelugor, hingga jantung pisang lembut (rebus kurang lebih 8 - 10 minit), balik2kan jantung pisang agar masak sekata. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus dan serai titik ke dalam periuk. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Sementara itu, toskan cendawan dan cuci bersih. Kemudian perah hingga kering. Tumbuk perlahan cendawan tadi, gunakan lesung batu, tapi bukan tumbuk sampai hancur, cuma kasi memar2kan sahaja. Masukkan ke dalam periuk tadi bersama2 tulang ikan masin (toskan). Masak hingga cendawan lembut.
  3. Jantung pisang, dibelah 4 setiap 1, kemudian kerat 2 setiap belahan dan terus masukkan ke dalam periuk. Kacau rata, masukkan asam gelugor dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng....

Post a Comment

4 Comments

  1. Nampak macam best ...walau tak pernah makan jantung pisang..

    ReplyDelete
  2. Memang tersangat istimewa Che Mat. tambah lagi angin dalam badan. Hehehe

    ReplyDelete
  3. lauk best ni... lepas tu kentut... sedawa.... ewahhhhh

    ReplyDelete
  4. Wah! gulai nostalgia kampung... best tu...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.