BEN ASHAARI

Wednesday, June 18, 2014

BUBUR NASI SUP AYAM...

rsz_bubur_sup_ayam
Assalammualaikun, salam Rabu. Hari ni nak makan bubur nasi sup ayam. Sebab semalam che mat dah masak yang ganas2, maka ni hari tinggal masak nasi dan makan sama lauk2 semalam yang masih berbaki. Dan untuk tekak che mat, bubur nasi sup ayam menjadi pilihan...bukan beli, tapi bikin sendiri di dapur che mat yang macam kapal titanic karam itu. Resipi bukan satu yang memeningkan, mudah sangat, main campak2 masuk semua. Kalau bikin bubur atau moi, selalunya guna beras yang kandungan kanjinya agak tinggi seperti beras siam atau beras wangi. Tapi pada che mat beras nasional yang punya kadar peratusan beras hancur yang tinggi, lebih sesuai dan sedap. Che mat guna beras super tempatan saja untuk masak bubur. Kalau tak nak guna ayam, boleh ganti dengan daging. Selain ayam, kacang kuda dan kacang merah juga che mat masukkan sekali...meriah kan?...Sesuai dihidangkan pada bulan Ramadan akan datang nanti...cuba lahh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras super tempatan @ beras siam
10 cawan air
2 batang serai, diketuk
1 keping dada ayam, potong kiub
1 cawan kuda kacang yang telah direbus (che mat guna yang dalam tin)
1 cawan kacang merah yang telah direbus (che mat guna yang dalam tin)
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris
1 pokok kecil daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1/2 camca besar lada hitam biji, tumbuk halus
1 kiub pati ayam (optional)
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
1 bunjut sup tulang adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci beras, kemudian masukkan ke dalam periuk bersama2 air, daun pandan, halia, serai, bawang putih, daun sup, bawang goreng dan bahan2 rempah. Kacau dan masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api, masak hingga beras kembang.
  2. Masukkan daging ayam, kacang kuda, kacang merah dan kiub pati ayam (jika guna), kacau rata dan terus memasak hingga bubur pekat. Tambah lada hitam tumbuk dan perasakan dengan garam secukupnya. Jika anda suka bubur yang cair, boleh tambah sedikit air lagi. 
  3. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap dimakan suam..


3 comments:

Kakzakie said...

Bila kakak baca sikit-sikit dah macam bubur lambuk kan. Sedap ni kakak suka. Anak kakak laaagi suka.

ummi aqilah (LM) said...

Macam2 ada .. Mesti lebih sedap rasanya. Time panas camni tukar selera mkn bubur pun sedap

Aku Penghibur said...

hari nie nak cuba buat bubur nie ^_^

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.