ASAM TUMIS BATANG KELADI 'PARIT RASIPAN'...

rsz_tumis_asam_batang_keladi_mak_jah

Salam Isnin semua, panas kan cuaca sekarang ni...Kampung che mat bukan main hangat lagi. Kalau buat kerja2 kat luar rumah, sekejap aje pancit, huhu, tak boleh tahan lama. Cuaca2 macam ni sedap juga kalau kita makan asam tumis batang keladi. Batang keladi ini ada ceritanya. Sabtu lepas che mat kan ke Batu Pahat, dan sempat juga singgah di rumah Mak Jah di Parit Rasipan, kira masih dalam kawasan Parit Raja lagi rasanya. Dan kami diberi batang keladi, bersusah payah Mak Jah dan Pak long (suami Mak Jah) ngambik kat tepi rumah. Bukan batang keladi aje yang dapat, malah bermacam2 lagi...terima kasih Mak Jah dan Pak Long. Asam tumis batang keladi che mat masukkan sekali dengan ubi keladi dan rencahnya guna isi ikan kurau masin. Guna isi ikan kurau masin yang agak tebal untuk rasa yang ampuh. Kalau isi ikan kurau masin nipis, rasanya kurang sikit, mungkin usia ikan tadi agak muda. Alhamdulillah batang keladi pemberian mak jah ni cukup2 sedap, tak gatal langsung!!....


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok keladi minyak (yang ni agak2 lah yea)
6 - 7 ketul isi ikan kurau masin (yang ni pun agak2 lah nak besar mana), rendam 30 minit dan toskan
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub pati ikan bilis (optional)
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah (buang biji kalau tak nak pedas)
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keladi minyak diasingkan ubi dan batangnya. Kupas ubi keladi, potong kiub, cuci dan rebus hingga 1/2 empuk, toskan. Batang keladi dibuang kulit luar, kemudian kerat pendek (kurang lebih sejengkal). Cuci dan celur 5 minit dalam air mendidih yang ditambah sekeping asam gelugor, toskan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml), masukkan keladi dan kiub ikan bilis (jika guna). Masak hingga keladi empuk.
  3. Masuk batang keladi, baki asam gelugor, isi ikan masin kurau dan daun kunyit. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan telur dadar...
CATATAN MAT GEBU :- Kenapa isi ikan masin kurau letak kemudian?..Ini kerana, kalau anda leta k awal sah2 isinya akan hancur bersepai dalam kuah. Jadi sila letak kemudian. Satu lagi rasa dulu kuahnya baru ditambah garam secukup rasa....harap dapat membantu...Selamat mencuba!!..

Post a Comment

3 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sedapnya..... tetiba terbayang duduk atas pangkin.... makan sayur asam keladi ni... sambal belacan... ikan kembung goreng... sambil bertemankan kehijauan padi.... ohhh bestnya...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.