BEN ASHAARI

Friday, May 9, 2014

SAMBAL HIJAU UDANG BERTEMPOYAK...

rsz_sambal_hijau_udang_bertempoyak
Salam semua, ok ini satu menu yang betul2 ringkas dan cepat dimasak. Dah lah tu, sedapp you. TAPI ni che mat mo kasi tau, resipi ini tidak sesuai untuk anda yang tak makan tempoyak. Tapi kalau orang belah2 Perak atau Negeri Sembilan, kalo tak makan tempoyak, elok dibuang negeri aje gamaknya. Sambal hijau udang bertempoyak ni kena ada rasa pedas, baru lah meleleh, kalau tak pedas, kurang sikit lah. Che mat guna dalam 20 ekor udang bersaiz sederhana. Yang ni ikut anda lah yea, nak guna udang saiz macam mana, kalau itu budget ada lebih boleh guna udang yang lebih gadang. Udang dibuang kulit untuk memudahkan anda makan. Che mat tinggalkan sedikit bahagian ekornya, kalau anda tak nak buang kulit, pun boleh juga, ikut suka hati memasing lah kan, yang makan pun anda, che mat cuma kasi cadangan saja. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas...aduhh, cukup lah lauk ini dengan ulam2man. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 ekor udang bersaiz besar, kupas kulit, cuci dan toskan
2 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 helai daun kunyit, dimayang halus
2 camca besar tempoyak
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
5 batang cili hijau
20 biji cili padi hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis serai dan masukkan bahan2 kisar halus, masak hingga garing. Masukkan tempoyak dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan udang dan hirisan bawang besar. Gaul rata dan masak hingga udang masak dan bawang lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Tambah hirisan cili merah dan daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.