BEN ASHAARI

Friday, April 4, 2014

SAYUR 'TAU MIU' MASAK LEMAK KUNING...

rsz_pucuk_kacang_masak_lemak
Assalammualaikum, salam Jumaat. Hari ni che mat masak satu menu fusion atau gandingan. Bagi mereka yang selalu singgah blog DTS, pasti perasan yang che mat kerap juga masak sejenis sayur yang biasanya menjadi kegemara orang cina, iaitu sayur 'tau miu" atau pucuk kacang. Ia seakan taugeh tapi bewarna hijau (anda boleh lihat gambar di bawah). Kerap kali kalau che mat beli, che mat akan tumis sama udang dan sebagainya. Tapi hari ni apa kata kita cuba jadikan sayur ini ke arah lebih kemelayuan, dengan menjadikan ia masak lemak kuning, campur udang sebagai rencahnya. Sedap ke?...Serius ia amat sedap, dengan rasa lemak dan sedikit (sedikittt aje ok), pahit. Cuma sayur macam ini anda tak boleh masak lama sangat, nanti ia terlampau layu dah tak sedap...Sebelum lihat resipi, singgah dan baca entri pilihan che mat di sini....Terima kasih....

Contoh sayur 'tau miu' @ pucuk kacang.
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram sayur 'tau miu', cuci dan toskan
1 batang serai, diketuk
1/4 cawan isi udang
1 keping kecil asam gelugor (kalau besar, guna 1/2 bahagian)
500 ml santan cair
350 ml pati santan
5 biji cili padi, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan2 kisar halus, serai titik dan asam gelugor ke dalam periuk. Tambah santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan sayur tau miu, gaul rata dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
  2. Tambah cili padi yang diketuk tadi, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga mendidih dan sayur lembut, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas, ikan goreng dan lauk2 lain..


3 comments:

Azura Aziz said...

alahai cik mat, kita xpernah masak sayur ni.. sedappp x.. mana nk carik ni.. kat pasar ada ekk..

adda syuhada said...

mmg selalu tgk sayur ni kt pasaraya..tp xtau nak masak cmne....nampak sedap...

Ardi Norfaridah said...

assalamualaikum.saya nak exchange blog list boleh?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.