SAMBAL TUMIS UDANG SAMA PETAI..

rsz_sambal_udang_petais
Siapa suka sambal tumis petai?...Mesti rama yang suka, betul tak?. Awal pagi che mat dah masak sambal tumis ni sebab kena pergi belanja barang2 dapur di MyDin dan Tesco. Dan kat Tesco tadi chemat nyaris2 eksiden di eskalator masa nak turun dari tesco..yang tu dalam entri lain che mat cerita ok. Kadang2 tekak ni bukan dirancang apa nak makan, tiba2 saja nak makan sambal tumis petai. Yang ni che mat guna petai yang telah siap dikupas isinya. Kalau guna petai segar, mungkin dalam 3 papan macam tu. Kalau guna udang bersaiz besar sikit lagi cun, tapi kat freezer che mat cuma ada udang cinonet aje, tapi kan udang cinonet ni lagi sedap, dari udang saiz gadang. Che mat guna kurang lebih 1/3 cawan isi udang, buat pada kadar sederhana sahaja. Tapi nampak macam petai lebih meriah kan dari udang...hmmm, takpe lah, sekali2, yea tak...nko layan kan aje sudah, jangan banyak komplain. Sambal tumis ni dimasak dengan penuh kasih sayang oleh che mat gebu...ehemmm...pengsan tak?...hehe

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/3 cawan isi udang yang telah dibersihkan
3 papan petai, diambil isinya
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji buah keras, dihiris
3 biji cili merah, buang biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3/4 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata.
  2. Masukkan petai, gaul dan tambah hirisan bawang besar. Masak sekejap. Tambah udang, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (yang ni ikut selera anda, kalau nak rasa sedikit manis, boleh tambah). Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau pun nasi lemak, ikan goreng dan ulam-ulaman.

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.