BEN ASHAARI

Wednesday, April 9, 2014

PUCUK MANIS MASAK LEMAK PUTIH...

rsz_lemak_pucuk_manis_sweet
Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni che mat masak menu yang menjadi kegemaran Bak. Bila Bak suka, kami semua pun ikut suka, senang cerita, tak payah nak masak yang lain. Blog che mat kalau anda perhatikan ia lebih kepada blog untuk rujukan harian, tapi ada juga yang boleh digunakan sebagai idea untuk jamuan2 formal. Pucuk manis masak lemak putih satu hidangan yang begitu sinonim dengan orang2 Johor. Che mat kalau masak lauk macam ni, suka masukkan keledek, putik jagung atau cendawan (kebiasaannya guna cendawan tiram, tapi kalau takde, boleh guna cendawan enoki atau satu jenis lagi rupa macam enoki tapi saiz nya besar. Boleh juga guna cendawan busut). Perencahnya terpulang samada nak guna udang kering atau ikan bilis, che mat guna udang kering. Jangan lupa tumbuk sambal belacan dan goreng ikan masin untuk dimakan bersama. Resipi mudah, dan sesuai untuk anda2 yang baru2 berjinak ke dapaur...pstt, masak ni kalau bakal mak mertua nak datang...ehemm..sah2 jadi menantu pilihan.. (^__*) \/ .....ehemmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk manis, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1 bungkus kecil cendawan tiram atau cendawan enoki
2 biji keledek, kupas, potong berbaji dan rendam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 genggam udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 biji cili merah, hiris
1.2 liter santan cair
350 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bawang besar hiris, bawang putih, udang kering dan keledek. Kacau dan masak hingga keledek 1/2 empuk. Masukkan pucuk manis (tapi sebelum anda masukkan ke dalam periuk, ramas pucuk manis tadi terlebih dahulu). Kacau dan masak sekejap.
  2. Tambah cendawan dan tuang pati santan. Tambah hirisan cili merah, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau selalu. Masak hingga keledek empuk dan sayur lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin goreng.


7 comments:

KiD said...

wow!!! hebat lah che Mat ni....

nasa mulia said...

salam kenal CM, olahan yang bagus untuk menambah value added keatas sayur lemak pucuk manis yang biasa..semoga terus diberi ilham berkreatif di dapur.

Azura Aziz said...

sedapnya CM.. lama dah xmkn pucuk manis huhu..

Fairuzzahmm nor said...

sedap ni.. sekali makan mesti nak tambah lagi..

fidajb said...

Wah sgt sedapnya...terliur saya dibuatnya

fabulousnana said...

Makan ini pun kenyang! Fuh!

fatimatuzzahra said...

fuhh sedapnye kecur air liyur..mak selalu buat sayur ni..tp sy lebih suka versi kuah jernih putih tu..sayur manis..kalau ade kulat taun laaaagi sedap..

Kulit Sihat & Cantik Menawan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.