BEN ASHAARI

Friday, April 11, 2014

PAIS IKAN PARI....

rsz_pais_ikan_pariii
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Ini entri yang sepatutnya keluar semalam. Tapi ditunda ke hari ini. Ada masa blurr dan macam takde idea nak masak apa, sampai che mat sendiri minta teman2 FB beri idea apa yang nak dimasak. Macam ikan pari ni, semalam che mat minta cadangan tapi taknak masak kari atau asam pedas. Ramai yang beri komen menarik, ada yang cadangkan che mat buat pecal, bakar, masak singgang dan macam2 lagi. Tapi che mat buat pais ikan, juga salah satu cadangan dari pengomen2 di wall FB che mat. Terima kasih yea atas cadangan anda semua, memang banyak membantu. Nak tanya jiran che mat, kang dia kasi idea aneh pulak, sampai tak mampu nak masak. Resipi pais kali ini che mat tak campur dengan kelapa parut...Buat dia pun mudah dan enak dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan kicap....err kicap JALEN...boleh?...hehe...resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ketul ikan pari
1 helai daun kunyit, dimayang halus
2 camca besar pati santan
1 camca teh pes asam jawa
1 camca teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 keping hirisan lengkuas
1/2 inci halia
3 biji buah keras, hiris
3 biji cili merah
1/2 inci belacan, dibakar

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
6 helai daun pisang bersaiz 10inci x 10inci, dilayur hingga lembut
3 helai daun kunyit
Limau kasturi, dibelah dua
Lidi sate secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari diperap dengan jus limau nipis selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Gaul bahan2 tumbuk halus bersama pes asam jawa, pati santan dan tepung jagung. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula hingga rata (bahan rempah), ketepikan..
  2. Ambil 2 helai daun pisang lapiskan. Letak sehelai daun kunyit atasnya, cedok sedikit bahan rempah dan ratakan atas daun kunyit tadi. Letak 2 ketul ikan pari, cedok bahan rempah dan lumur rata atas ikan. Tabur sedikit hirisan daun kunyit. Dan bungkus kemas2. Selitkan dengan lidi satu pada hujung kanan dan kiri bungkusan. Buat kaedah sama untuk baki ikan, rempah daun pisang tadi.
  3. Bakar hingga masak, samada dalam oven, atas dapur (che mat guna kuali ajaib) atau pun atas bara api (kalau anda guna bara api, balut setiap bungkusan tadi dengan aluminium foil terlebih dahulu). Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi....Sedap dimakan panas bersama nasi, sambal belacan dan kicap..

4 comments:

siti iskandar said...

sedapnya!!!mintak sikit..

Kakzakie said...

Oh style baru ni CMG kakak tak pernah buat letak tepung jagung. Lain kali kakak cuba ye:)

Sidratul Muntaha said...

sayalah salah sorang yg komen cadang cik mat buat pais..
huhuuhuh..
silent reader yg kdg2 silent kdg2 mute

nasa mulia said...

letak pucuk daun labu tambah sedap agaknye kan che mat?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.