BEN ASHAARI

Thursday, April 3, 2014

LOKIO TUMIS CENCALOK SAMA UDANG...

rsz_lokion_udang_cencalok
Entri kali ini satu resipi yang amat2 mudah dan che mat tak pasti samada anda pernah makan atau tidak sejenis sayur berbawang seakan2 daun bawang tapi lebih kecil dan isi bawangnya sangat manis. Che mat sendiri telah 4-5 kali masak menu yang saya dan ada entrinya di dalam blog. Ia satu menu nostalgia keluarga kami, bonda che mat dulu, masa sehat dan cergas bercucuk tanam, sayur lokio antara sayuran yang ada di kebun kami. Masa tu tanam pun guna baja organik, serangga perosak pun kurang, tak macam sekarang, sayur kalau tak disembur racun, alamatnya tinggal sisa saja. Harga boleh tahan juga dalam belasan ringgit untuk sekilo. Che mat guna kurang lebih 1 kati atau 600 gram. Kebiasaannya ia digoreng dengan udang, tapi kami lebih suka masukkan cencalok sebagai perisa dan juga sedikit udang hidup sebagai perencahnya. Bagi anda yang tak pasti lokio tu macam mana, boleh taip "LOKIO" di google serach yea....

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram lokio
1/4 cawan isi udang
2 camca besar cencalok, tapi dan perah sedikit jusnya
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
Garam, jika perlu
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lokio dibersihkan, cuci dan tos. Kemudian disiang berasingan bawang dan daunnya. Sementara itu panaskan 2 camca besar minyak masak. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah. Masak hingga layu.
  2. Masukkan udang dan cencalok. Kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tambah bawang lokio dan kacau rata. Masak hingga lembut sedikit. Tambah daunnya dan kacau. Masukkan sedikit gula dan garam, jika perlu. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.

1 comment:

Mas Zull said...

assalamualaikum cik mat...mmg sedap sayur ni tapi dah lama x makan terliur pula tengok entri cik mat ni...esok rasanya nak cari juga la teringin nak mkn bila tengok entri ni...:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.