KETAM NIPAH MASAK LEMAK SAMA REBUNG MADU..

gulai ketam rebung madus

Assalammualaikum, salam Isnin semua. Hari ni che mat masukkan entri awal sikit. Sebenarnya ikut masa che mat, kalau ada masa, boleh lah masuk entri awal skit, kalau masa ketat, malam baru ada entri. Menu ketam ni bukan che mat masak hari ni, tapi Sabtu lepas, dan baru sempat buat entri. Yelah kalau hari2 che mat masukkan entri gulai nanti muak pulak. Tu yang che mat selang2kan. Ada yang tanya, beli kat mana ketam nipah tu?..Tu hari masa ke MyDin Kulai, niat hati nak beli bahan2 dapur. Tapi.. masa lalu kat kawasan jual bahan2 basah, tiba2 ketam memanggil2 nama che mat..terus tergoda dengan kesegaran ketam walaupun masing2 dah arwah. Saiz agak besar dan berat, kata orang kalau ketam berat, isinya banyak. Kat situ tulis ketam bunga, tapi kalau ketam bunga sepit dia biru dan ada bintik2....ok takpe kita beli 2 ekor, sekilo RM 19.90 dan 2 ekor tu dalam RM 14+ saja. Pada che mat harga dia berpatutan...kenapa?.....ehemm..

DSC_6016
(Ketam Nipah @ Scylla Serrata)
Sebab, selain segar, isi dia kus smangat, padat dan utuk, tang sepit tu, serius che mat suka, isi dia penuh dan pejal sangat. Penduduk rumah che mat kan 4 orang, jadi beli 2 ekor sudah cukup, sekor kita kerat 2...Bukan tak boleh seekor sorang tapi Bak kan gout, jadi kena jaga2 lah kan makan seafood2 macam ni, sekali2 tu ok lah. Dan che mat masukkan rebung madu yang diambil dari pokok yang abang long che mat tanam di kawasan rumah, ada lah 2 batang rebung tu, jadi lah buat ada2 kata orang. Proses memasak tak lama, dan proses makan aje lama sikit....Resipi?...bolehh, seperti di bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam nipah (atau ikut budget masing2)
3 batang rebung madu
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping kecil asam gelugor
1 liter santan cair
350 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
4 biji cili padi merah Thai
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulit kerasnya, buang kotorannya dan dicuci bersih kemudian kerat 2 setiap 1 (sebab saiz ketam besar, ini terpulang pada anda samada nak masak sekor2 atau dikerat 2). Rebung madu dikerat 1 inci, kemudian dikelar2 pada bahagian atas keratan, tapi pastikan tak putus, cuci dan rebus hingga 1/2 empuk. Tos dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar halur ke dalam periuk bersama serai dan asam gelugor. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair, masukkan rebung dan masak hingga rebung empuk.
  3. Tambah daun kunyit dan tuang pati santan. Kacau dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan sambal belacan....

Post a Comment

4 Comments

  1. wahhhh sedap ni, baru smlm akak masak ketam campur nenas, ni letak rebung madu..lagilah sedap...he3..layan permintaan anak bujang yg balik bercuti...

    ReplyDelete
  2. ni mmg ketam bunga tp spesis lain..ketam bunga kaler biru tu..besa nya ketam jantan..ketam betina x kaler biru..besa nya dia kaler mcm ni..ketam nipah sepit dia besar n bulat..dkt psr kk mmg akn jmpa byk spesis ketam bunga..n satu spesis shj ketam nipah=ketam batu org sbh pnggil tu..ketam batu jual longok2 tepi pintu masuk psr..ketam bunga atas meja jual ikan tu..hee

    ReplyDelete
  3. Salam, Che Mat. satu petua yg Kak Sari belajar cara nak pilih ketam selain dr rasa beratnya, kita jentik2 atau ketuk2 helmet dia tuh. Kalu ada bunyi tu kurang isi.. mcm kita ketuk tin kosong tuuuu, kan kuat bunyiknya, hehehe..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.