BEN ASHAARI

Thursday, April 10, 2014

KACANG KUDA TUMIS BEREMPAH.

rsz_kuda_kacang_berempah
Assalammualaikum, tiba2 hari ni che mat sakit urat belikat, rasa tak selesa dan sengal sangat. Tapi kena gak lah masak, walaupun yang mudah2...err...tak lah mudah sangat sebenarnya. Lepas siap2 masak, ambik gambar semua che mat makan ubat dan sapu dengan minyak. Lepas Zohor terus pengsan sampai jam 5.30 petang!!....hambek, tak pernah2 membuta time siang, sekali tertidur, melantak ke petang teros, kena pulak hujan tadi, makin bess lah kan. Alhamdulillah bangun tu belakang dah lega cuma ada sengal2 sikit lagi kalau che mat baring mengiring. Dan tu jam juga terus che mat update blog untuk malam ni punya. Plan memang nak masukkan 2 entri masak2 hari ni, tapi sebab keadaan tak mengizinkan, esok lah yea yang lagi satu tu. Kita ni hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Entri kali ni ada unsur Indian food sikit, rasanya ramai dah yang biasa buat macam ni. Che mat rebus kacang kuda pagi tadi (sebelum tu dah rendam satu malam). Teringin pulak nak tumis macam orang India selalu buat dan hasilnya seperti anda lihat tu..rasanya?....sedapp...dan beraroma sangat.. Kalau nak cuba, che mat kongsi resipinya...pstt benarkah ber'selfie' itu sakit mental?..cuba baca sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan kacang kuda yang telah siap direbus
2 tangkai daun kari, dilurut
4 tangkai cili kering, hiris serong, buang bijim cuci dan toskan
1/2 camca teh penuh biji sawi
1/2 camca teh penuh jintan halus
1/2 camca teh penuh jintan kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 camca teh serbuk cili
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak. Tumis cili kering dan dau kari hingga harum, masukkan biji sawi, jintan halus dan jintan kasar. Goreng hingga wangi. Tolak ke tepi kuali. Masukkan bawang putih tumbuk, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata dan gaul dengan bahan2 lain, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan kacang kuda, tambah garam dan sedikit gula (anggaran 1/2 camca teh). Gaul rata dan goreng sekejap. Pastikan kacang kuda bersalut dengan bahan2 tadi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sedia untuk dimakan....
CATATAN MAT GEBU :- Jika masa merebus kacang kuda anda dah letak garam, tak perlu lagi tambah garam masa digoreng dengan rempah, kecuali kalau anda rasa perlu, baru tambah (rasa dulu kalau kurang garam baru tambah, jangan main letak siaa, nanti masin..tak sedap)....Selamat mencuba!..


4 comments:

nasa mulia said...

sedap wat kudapan waktu tengok tv atau minum2 petang kala hujan gerimis...hehehe

KiD said...

kacang kuda kacang rebus kacang je masak bagi che mat... :)

yang baik Ishak said...

dah lama cari resepi bertulis macam ni... sekarang baru jumpa
Terima kasih Che Mat.

siti iskandar said...

sedapnya che mat...kene try ni!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.