GULAI NANGKA MUDA SAMA TULANG RUSUK..

rsz_gulai_nangka_muda_sama_tulang_rusuk
Assalammualaikum. salam Isnin...maaf semalam che mat tak sempat bersiaran, plan asal nak keluarkan entri ni semalam, tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan keputusannya. Pagi semlam che mat sepatutnya belanja barang2 dapur di MyDin dan Tesco Kulai, tapi entah macam mana, kami (che mat dan abang long che mat) tiba2 boleh sampai ke Shah Alam?...Pelik kan..haha, tak pelik sangat lah. sebab rancangan tiba2 bertukar arah...dan masa balik tu sempat gak lah singgah tempat feberet che mat di Melaka (tapi bukan Jonker Street) dan di pasar karat, Kesang, rembat 1-2 barang untuk guna sebagai prop masak2 di blog. Dan hari ni baru berkesempatan mengemas kini blog. Menu yang anda lihat ni che mat masak Sabtu lepas, dan semalam (Ahad), kami masih menikmatinya, dan ia bertambah sedap bila dah dibiarkan semalaman....

rsz_gulai_nangka_muda_sama_tulang_rusuk1
Atas permintaan bonda, che mat masak nangka muda dengan tulang rusuk lembu yang masih ada daging. Nangka kurang lebih 2 biji bersaiz kecil dan che mat guna  1+ kg tulang rusuk. Resipi ini agak berprofile tinggi sebab guna 2 biji kelapa untuk santannya. Kalau anda rasa tak nak guna tulang rusuk, boleh ganti dengan ayam. Guna tulang ikan masin pun boleh, cuma rempah anda kena guna rempah kari ikan. Kerisik salah satu bahan penting dalam gulai nangka ini. Gulai tu beza ke dengan masak kari?..Pada che mat masakan yang ada rempah kari boleh juga dipanggil gulai..tak jadi masalah. Contohnya macam gulai kawah, ada penggunaan santan dan rempah ratus. Cuma ia mungkin berbeza panggilan untuk setiap negeri....Resipi macam rumit tapi tidak lah susah mana....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.7 kg nangka muda yang telah dikupas dan dipotong kiub
1 kg tulang rusuk lembu yang masih berdaging, cuci dan toskan*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 inci halia*
Air secukupnya*(*direbus hingga lembut)
3 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
4 camca besar kerisik
5 camca besar rempah kari (Baba's)
1 senduk nasi cili kisar
1000 ml santan cair
500 ml pati santan
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
7 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
5 biji cili padi merah Thai

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka muda direbus hingga 1/2 empuk. Toskan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1 cawan). Masukkan serai titik dan bahan2 tumis, masak hingga harum dan bawang perang. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Sementara itu satukan bahan2 kisar halus dan rempah kari, kacau rata.
  2. Masukkan bancuhan rempah tadi, kacau dan masak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan tulang rusuk yang direbus tadi bersama dengan air rebusannya. Kacai rata dan biar mendidih. Tambah nangka yang direbus dan kacau perlahan. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan kerisik, asam gelugor dan gula melaka. Biar mendidih sekejap. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya. Biar masak dengan api sederhana hingga nangka empuk sambil dikacau. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman...
CATATAN MAT GEBU :- Resipi kali ini agak banyak dan memang che mat masak lebih, kerana ia akan menjadi lebih sedap jika dimakan keesokkan hari nya. Anda boleh masak ikut kuantiti yang anda suka. Satu che mat nak pesan (sebenarnya dah pesan banyak kali). Lepas masak, jangan tutup periuk anda rapat, kasi renggang sedikit agar wap air tidak terkumpul dan boleh menyebabkan gulai kita cepat basi....

Post a Comment

2 Comments

  1. Salam semua. Kami adalah pembekal rempah asli tanpa campuran dan rempah Eropah dgn harga pukal yg murah dan berkualiti tinggi. Layari www.theflavourist.com utk senarai penuh rempah kami.

    Www.Theflavourist.Com

    Terima kasih

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.