BEN ASHAARI

Thursday, April 3, 2014

ASAM PEDAS IKAN SELAR KUNING SAMA NENAS....

rsz_asam__pedas_ikan_selar_kuning
Assalammualaikum, salam Khamis. Mesti ada yang boring giler tengok entri che mat. Asyik asam pedas aje, selang 2-3 hari asam pedas lagi, sebulan tah berapa kali masak asam pedas. Apa nak buat, dah itu permintaan yang selalu che mat dapat (dan kadang2 permintaan tekak sendiri). Kalau anda perhatikan setiap kali che mat masak asam pedas, ada pelbagai2 versi, ada yang ringkas dan ada yang tak berapa nak ringkas dengan penggabungan beberapa jenis rempah ratus. Ini sebagai menambah perisa asam pedas tadi. Kalau tak suka, anda boleh guna resipi asas asam pedas macam che mat masak hari ini. Selain negeri Johor, Melaka juga amat popular dengan asam pedas, terutama asam pedas daging atau tetel. Kali ini che mat guna ikan selar kuning atau ikan cekik leher. Tempoh hari masa pergi ke Batu Pahat, che mat singgah sekejap di pasar basah dan ternampak ikan selar kuning bersaiz besar, dah lah besar montel2 pulak tu, ok kita beli sekilo...tak mahal dalam RM 9.00 sahaja. Dan ada pulak nenas, ok, kasi campak masuk sekali dalam asam pedas...maka jadi lah asam pedas ikan selar kuning sama nenas...tak muat MyKad kalau letak nama anak macam tu....Nak cuba, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 - 9 ekor ikan selar kuning saiz besar (saiz 2 jari orang dewasa)
1 biji kecil nenas madu saiz kecil
1 batang serai, diketuk
1 1/2 senduk cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
1 genggam daun kesom
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji buah keras, hiris
2 biji cili merah. belah 2 dan buang bijinya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan selar kuning disiang, cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas, kemudian belah 4, buang empur dan hiris sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai titik, bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan kacau rata. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, tambah nenas dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 750ml). Kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan kiub ikan bilis (jika guna), masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan daun kesom, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matika api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..

3 comments:

khairul jamadi said...

sedapnyeeee.....lapar pulak bila tengok gambar ikan masak asam pedas.

Norehan Saad said...

walaaa..sedapnye..nk cubalah..terima kasih dgn resepi ni

Intan Wandalaara said...

follow awak ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.