PARPU TELUR PUYUH REBUS...

rsz_parpu_telur_puyuh_rebus
Assalammualaikum, salam Isnin. Entri pertama hari ni che mat share dengan anda satu resipi yang mungkin dari orang peranakan india atau mamak. Resipi asal yang pernah che mat buat dulu dari blogger MamaFami, di sini. Resipi asalnya parpu telur ini menggunakan telur ayam, tapi semalam sedara che mat ada kasi telur burung puyuh maka, che mat gantikan telur ayam dengan telur puyuh yang direbus terlebih dahulu. Buatnya senang dan rasa dia pun sedap. Ada campuran kacang dhal dan sedikit rempah ratus. Boleh dicicah sama roti canai, capati atau tosei. Nak makan sama nasi pun sedap. Rasanya tak perlu cerita panjang2 yea tak...kita mulakan saja dengan resipi..seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan kacang dhal, cuci dan rendam 1 jam
20 biji telur puyuh, rebus dan kupas kulitnya.
3 biji kentang, kupas kulitnya, potong 8 setiap 1, rendam
1 inci halia*
5 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 cawan santan (che mat guna 1/2 cawan santan kotak)
1 kiub pati ikan bilis (optional)
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1200 air

BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT :-)
1 biji saiz sederhana bawang besar, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
2 tangkai cili kering, potong serong, cuci dan toskan.
1/2 camca teh biji sawi
1/2 camca teh jintan kasar
2 camca besar minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang dhal direbus dengan 1200 ml air hingga empuk, masukkan kentang (toskan) dan masak hingga kentang empuk. Masukkan kuib ikan bilis (jika guna), bahan tumbuk halus, telur puyuh rebus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak sekejap dengan api kecil.
  2. Tuang santan dan, kacau perlahan. Biar mendidih. Sementara itu panaskan 2 camca besar minyak masak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis darat dan masak hingga harum dan bawang layu. Matikan api dan tuang ke dalam periuk berisi kacang dhal tadi. Kacau rata, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti canai, capati, tosei dan sebagainya.....Sedappp okehh!!!.

Post a Comment

4 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.