ACAR RAMPAI SARI..

rsz_acar_rampai_sari
Acar rampai sari lagi, nama tak menghagak, tapi nampak klasik dan melayu sangat bila che mat letak nama resipi acar ni macam tu. Sebenarnya ia cuma resipi acar timun biasa..alaa yang biasa tuu...ehemm. Bak suka makan acar timun macm ni. Yelah kita ni kalau nak masak pun mesti ada orang yang nak makan yea tak, kalau nko main harung masak, lepas tu takde sapa nak...siapa susah?...sila jawab sendiri.... Acar rampai sari sesuai untuk semua jenis nasi berperisa, dengan nasi putih pun ngam. Che mat guna udang kering sebagai perencah acar. Bila memasak acar, dari segi keseimbangan rasa masam, manis dan masin anda kena ikut kesesuaian selera masing2. Letak bahan2 tadi sedikit dahulu, dan tambah kemudian jika rasa perlu. Kata orang tua2 biar kurang rasa, boleh tambah sampau secukup rasa. Kalau terlebih rasa, jahanam masakan yang kita masak...itu mereka yang kata bukan che mat...ehemmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji bawang besar, dibelah 6
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
4 camca besar cuka makan
1 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar bijan, digoreng tanpa minyak hingga harum dan sejukkan
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
3 biji buah keras, dihiris

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 inci halia, dimayang halus
1 camca teh biji sawi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun dicuci, kemudian kerat 4 setiap 1, belah 2 setiap kerata dan buang empulurnya. Hiris seperti anak mancis, buat hingga siap, kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, ketepikan. Lobak merah dibuang sedikit kulit luarnya. Kerat 4 dan hiris kepingan untuk setiap keratan. Kemudian hiris seperti anak manis. Begitu juga dengan cili hijau dan merah, pastikan anda buang bijinya sebelum dihiris seperti anak mancis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Masukkan bahan tumis dan biji sawi, tumis hingga harum, tambah bahan tumbuk halus dan cili kisar. Masak hingga cili garing, tambah bawang putih. Masukkan gula (anggaran 3 camca besar) dan cuka makan. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Tambah lobak merah, kacau dan masak sekejap. Masukkan cili hijau, cili merah dan timun (toskan dan perah sedikit timun tadi). Gaul rata dan masak sekejap. Sesuaikan rasa dan tambah mana yang perlu. Akhir sekali masukkan bijan, gaul rata dan matikan api. Hidangkan bersama nasi kegemaran anda.

Post a Comment

3 Comments

  1. yummmy...yummy...

    acar ni sesuai mkn gn nasi miyk ke kan?

    Jom Follow http://vitaminboutique.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. bila masuk je sini mmg terliur la jawabnya...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.