SIAKAP KUKUS SERI WANGI

rsz_siakap_kukus_seri_wangi
Assalammualaikum, salam Isnin. Mendung dan hujan di kampung che mat, cuaca pun dingin saja, nyaman. Hari ni che mat masak yang simple dan mudah. Ada juga yang tanya resipi mudah2 terutama orang bujang atau yang dah membujang kembali. Resipi hari agak cepat dimasak dan sedap dimakan pamas. Anda boleh kukus semasa anda sedang siap2kan meja makan, dan masa diambil untuk mengukus hanya 10 minit, tapi apa yang penting, bahan2nya kenalah anda siapkan awal. Tak susah, cuma sediakan ikan siakap dan juga bahan2 sosnya yang begitu klasik. Ada pengaruh Thai dan peranakan dalam penyediaan siakap kukus seri wangi ini. Selain ikan siakap, ikan kerapu, ikan bawal putih dan ikan merah (saiz sederhana) juga sesuai untuk resipi ini. Maklumlah ada yang tak makan ikan siakap. Kalau anda nak cuba guna ikan tilapia merah pun boleh... Terima kasih che mat pada pemberi resipi asal, Chef Florence Tan...Jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan siakap, saiz sederhana
1/2 camca teh garam
1 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah kisar

BAHAN-BAHAN DISATUKAN :-)
3 camca besar jus limau kasturi
1 camca besar minyak jagung
1 1/2 camca teh gula
1/2 camca teh garam
10 biji cili padi, hiris halus
2 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 helai daun limau purut, hiris halus
1/2 inci halia, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ikan bilis, hancurkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan siakap, cuci dan gaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis. Perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan lap kering dengan tissue dapur. Sementara itu masukkan semua bahan2 yang disatukan ke dalam mangkuk dan kacau rata hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan kukus, sediakan bekas tahan panas. Sapu dengan sedikit minyak jagung pada bekas tadi. Ikan siakap dikelar sedikir, kemudian lumur dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung, rata2 termasuk bahagian dalam perut ikan. Letak dalam bekas tahan panas tadi.
  3. Tuang bahan2 yang disatukan atas ikan, ratakan termasuk dibahagian dalam perut ikan. Kukus selama 10 minit, atau hingga isi ikan bertukar putih. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain....

Post a Comment

3 Comments

  1. amboiiiiii... wanginya sampai ke sini tau, Che Mat.. heheheheh... semua ikan yang Che Mat sebut kak Sari makan, ikan siakap tu memanglah favourite tuh

    ReplyDelete
  2. Nak buat. Nak buat. Mesti best ni. Tapi kalo cik mat yang buatkan konfem super best ni!! hihihi.

    ReplyDelete
  3. Mcm senng je tp klu x nk letak bunga kan5an n serai tu ok x eh? Bkn org lain nk mkn kan... aku jgk hehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.