PARU GORENG BERLADO

rsz_paru_berlado
Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak yang betul2 mudah dan menjadi kegemaran che mat. Paru goreng berlado satu menu yang amat muda dimasak dan sedap dimakan bersama nasi, atau begitu sahaja. Ada yang kata tak elok makan organ dalaman, seperti hati, paru dan sebagainya. Tapi che mat ok aje makan cuma sekali2 bukan selalu. Benda ni dah jadi kebiasaan untuk orang2 kita makan dan dimasak dengan pelbagai cara dan resipi. Che mat masak sikit aje, dalam 300 gram, ini baki dari satu projek masak2 yang che mat buat tempoh hari. Nak membuatnya punya lah senang dan rasa dia pun..meletoppp...errr tu bagi yang suka lah, kalau anda tak gemar makan paru, che mat tak boleh nak komen apa2. Satu lagi masakan gaya ni, bahan untuk sambal dia memang nampak kasar dan tak lumat sangat, ehh bukan tak senonoh yea tapi pesen dia memang dah gitu, nampak rustic dan hardcore....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram paru lembu
1/2 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh garam
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji buah keras, hiris
6 - 7 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hiris nipis paru, kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum dan perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan masukkan ke dalam periuk bersama halia, bawang putih, 1 camca teh garam dan air secukupnya. Rebus hingga paru lembut (kurang lebih 30 minit), toskan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan goreng hingga keperangan, angkat dan toskan.
  2. Untuk bahan2 tumbuk kasar tu, anda tumbuk bawang putih dan buah keras hingga lumat. Kemudian masukkan bawang merah dan cili merah. Tumbuk hingga hancur tapi tak perlu sampai halus. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bahan2 tumbuk tadi hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga kering. Masukkan paru goreng, gaul hingga mesra, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Post a Comment

3 Comments

  1. Salam, Che Mat. Kak Sari rasa semenjak tiga empat menjak nilah orang dok kata organ2 dalaman ni tak bagus.. dulu2 atuk kita okey jer makan tak ada apapun. Paru ni Kak Sari sanggup makan hari2, bahaya pun bahayalah.. takpeee.. makan jer, sedapppp, hehehehe. Masak macam ni lagilah boleh hadap semangkuk, takde nasi pun tak pe.. ratah begitu sahaja..

    ReplyDelete
  2. Tak suka makan paru... tp nmpak sedap pulak bila PCM yg masak... huhuu...

    ReplyDelete
  3. maktok Anggerik panggil bende alah ni pelampung....kalau bonda masak, selalu berebut dengan adik2 dulu....sedap woooo

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.