BEN ASHAARI

Monday, January 6, 2014

LOKIO GORENG CENCALOK..

rsz_lokio_goreng_cencalok (1)
Cencalok, satu hidangan authentic orang Melaka, dan menjadi menu utama dalam hidangan orang2 peranakan baba nyonya. Dimasak dengan pelbagai kaedah dan cara, untuk mempelbagaikannya.  Kali ni che mat share entri lokio goreng cencalok. Anda pernah makan lokio?..Lokio tu sejenis tumbuhan seperti kucai tapi berdaun bulat (kalau kucai daunnya leper) dan selalunya lokio dimakan bersama isinya. Selalunya lokio sedap digoreng bersama udang, ikan bilis dan cencalok. Kalau nak campuy dalam mi hoon juga boleh. Terigat masa che mat kecik dulu, bonda ada tanam banyak sayur lokio ni, zaman tu kurang serangga, tak perlu sembur racun pun pokok boleh hidup subur, tak makan sekarang, semuanya kena disembur dengan racun perosak, macam manalah kita yang makan ni tak cepat dapat penyakit. Yang che mat masak ini sedap dimakan bersama nasi panas....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram lokio, contoh di sini
3 camca besar cencalok, toskan dan perah sedikit airnya
4 biji cili padi, tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji cili hijau, hiris
1/2 camca teh pes asam jawa
Sedikit gula dan garam (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lokio dicuci kemudian siang berasingan daun dan bahagian bawangnya. Ketepikan. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis cili tumbuk, bawang putih, bawang besar dan cili hijau hingga harum dan bawang layu. Masukkan cencalok dan kacau rata.
  2. Tambah pes asam jawa, gaul dan tambah bahagian bawang lokio dan masak hingga lembut (jika perlu masukkan sedikit air). Tambah daunnya dan kacau rata. Masukkan sedikit gula dan jika perlu boleh tambah sedikit garam. Kacau rata, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng...

4 comments:

Sis Lin said...

Ooo LOKIO namanya...atuk cina aku selalu masak tp aku lupe nak tanya namanya..hehehe
Nnti aku cuba la, kt kedai uma aku ni ada jual..

Cik Nor said...

lokio?
baru dengo...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun tahu pasal lokio bila mat masuk resepi kat sini.. rasanya dulu pun mat dah pernah masak kan... mmg tak tau namanya lokio... tq mat sharing..

Cik Eka said...

Oo ni ke rupe lokio. Rase mak penah masak buat tumis ngan udang.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.