BEN ASHAARI

Friday, January 3, 2014

KUE TEOW SEAFOOD....GATAL, BELAKANG KIRA!!...

rsz_kur_teow_seafood
Salam semua, sebenarnya ini che mat masak semalam, kan semalam che mat takmo makan nasi sebab rasa dia tak bess sangat, jadi ku goreng kue teow dan masukkan apa yang ada, segala jenis seafood, kerang, sotong dan udang. Rasa sedap pada tekak dan alhamdulillah tak gatal pulak (sebab dah makan ubat dulu..hehe). Tekak masih kurang selesa, tapi selsema dah ok sikit. Stok kue teow memang ada kat rumah che mat, aku bekukan dalam freezer dan bila nak guna, kasi panas dalam microwave. Ghe mat guna sambal tumis yang che mat buat lebih dan disimpan dalam peti sejuk sebagai salah satu bahan rencah untuk kue teow seafood ini. Kucai agak sikit jadi kurang menyerlah dalam gambar, tapi takpe, janji ada, sekurang2nya rasa kucai tu masih ada. Resipi mudah dan ada juga yang komen di InstaGram mereka kata, masih gagal nak goreng kue teow. Pada che mat tidak lah susah mana, janji anda jangan kacau terlampau sangat  untuk mengelakkan kue teow hancur. Resipi seperti berikut, dan jika takde sambal tumis, anda boleh guna cili kisar. Che mat agak2 aje ok resipi ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram kue teow
1 genggam isi kerang
5 ekor udang saiz sederhana, kupas kulit dan cuci bersih dan toskan
2 ekor sotong saiz sederhana, potong bulat, cuci bersih dan toskan
1 genggam taugeh, dibersihkan
1 cekak kucai, kerat pendek
2 camca besar sambal tumis
3 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
Sos ikan secukup rasa
1 biji telur, pukul sedikit
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 ulas bawang merah kecil, hiris
Cili hijau jeruk untuk dimakan bersama kue teow goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 2 camca besar, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan sambal tumis dan kacau rata. Tambah isi kerang, udang dan sotong. Kacau dan masak hingga ia berubah warna.
  2. Masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis, kacau rata. Kue teow dicuci dan toskan. Kemudian masukkan ke dalam kuali, kacau rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan sedikit minyak dan tuang telur, biar telur keras sedikit dan kacau hingga hancur. Gual kan dengan kue teow hingga rata. 
  3. Masukkan taugeh dan kucai, kacau dan rasa, jika perlu baru tambah sedikit sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama cili hijau jeruk...

3 comments:

Masz Health Boutique said...

kuew tiow goreng...all time faveret... :)

diana said...

memang pun..kuew tiauni bukan boleh kacau2 saNGAT..Asal kena rencah dah le..

Raudzah Z said...

favorite kuey teow goreng ni, especially char kuey teow!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.