BEN ASHAARI

Friday, January 17, 2014

KETUPAT NASI GORENG..

rsz_ketupat_goreng
Assalammualaikum, salam Jumaat...Entri sebelum che mat keluar sekejap lagi. Ini sebenarnya ketupat semalam yang masih ada baki. Jadi pagi tadi che mat ambik 4 biji ketupat nasi NONA tu dan che mat goreng ala2 kue teow. Guna bahan2 yang mudah saja. Ia cepat diuat dan sedap makan selagi hangat. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Kalau untuk makan malam pun sedap juga. Buat dia memang mudah, ciken dodol sangat. Campak2 dalam kuali, kacau2 dan jadi. Tapi pastikan bahan2 ada. Untuk rencah che mat guna udang dan ayam. Kalau anda nak guna daging pun sedap. Kalau suka pedas boleh cincang cili padi. Che mat hanya guna cili kisar dalam 1 camca besar. Kalau anda nak tambah sawi juga boleh, cun juga ada hijau2. Jomm kita lihat resipi, mana tau ada memang merancang nak masak benda yang sama nanti...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji ketupat nasi NONA, potong 4 setiap 1
1 genggam isi udang
1 keping dada ayam, didadu
1 genggam taugeh
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji bawang merah, hiris
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 biji telur, dipukul sedikit
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, masukkan sos tiram, udang dan ayam, kacau rata dan masak hingga udang dan isi ayam berubah warna. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tolak bahan2 tadi ke tepi kuali, kecilkan api dan masukkan telur, bila telur nampak kental, kacau rata. Masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis, kacau dan tambah ketupat nasi, gaul rata. Masukkan taugeh kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap dimakan selagi hangat...


7 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. sedapnya. mat gebu bagi gambar camni, buat sheila kecur air liur haihh ^___^

ZELDA said...

Bro CMG

Di Singapura, juadah ni dipanggil lontong goreng. Selalu lepas raya, lontong yang tak habis 'direcycle' dan digoreng ala-ala nasi goreng. Letaklah bahan-bahan apa yang ada ayam, daging atau seafood. Taburkan daun bawang dan bawang goreng...laku punya! Malah ada jugak orang jual di pusat-pusat makanan. Boleh tambah bergedil ataupun paru goreng....
Orang Melayu ni disebabkan keadaan susah dan tidak suka membazir dari dahulu lagi kreatif untuk hasilkan makanan-makanan yang tak terhabis...

Thank Bro CMG for your sharing.

Moonirah said...

AsSalam CMG...

waaaahh...lama teringin nk mkn lontong goreng. next time if ada baki nasi impit leh la wat resipi campak2 nieee

jumria alimuddin said...

Salam...
Pernah mkn lontong goreng ni 2 thn lepas raya...tu la 1st time, tu la jugak last.

♥ Ummu ♥ said...

Mak saye pun selalu buat Lontong Goreng ni. Dekat Batu Pahat, Johor ni macam selalu gak jumpa. Kata Abah saya Lontong goreng ni dulu2 orang cina je buat, sekarang org melayu dah pandai makan. hehe. rindunye nak makan..

Fiza Lgk said...

Salam Che Mat...wah, ini sungguh sedap! Kreatifnya... :)

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.