BEN ASHAARI

Tuesday, January 7, 2014

GULAI PEDAS PISANG MUDA..

rsz_gulai_pisang_mudaaa
Assalammualaikum, salam Selasa, amacam nampak bess tak masak lemak cili padi pisang muda tu?...Macam sedap ajeee. Mestilah sedap, sebab bukan pisang semata2 tapi ada cendawan kukur sama tulang ikan kurau masin lagi dalam tu. Itu last nya stok cendawan kukur, lepas ni tatau mana nak cekau lagi, tempat yang kami cari tu takde dah pokok getah yang sesuai cendawan ni tumbuh. Seperti biasa che mat kalau masak gulai atau lemak cili padi, tulang ikan masin kurau menjadi pilihan, ada juga yang tanya..kenapa guna tulang ikan kurau, isi dia tak boleh ke?. Ini terpulang, nak guna tulang, isi atau ikan masin jenis lain. Sebab utama che mat suka tulang ikan kurau masin kerana rasanya, nak2 tulang bahagiang tengah yang ada seggan2 tu, bila nak masak anda baru potong dan ada sum2nya, ini yang membuat kuah gulai anda menjadi lebih enak dan berperisa. Kalau isi ikan pulak ia mudah hancur dan anda kena letak dipertengahan semasa proses memasak. Apa2 pun ia perlu direndam untuk mengurangkan rasa masin..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang muda (che mat guna pisang emas)
6-7 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi, direndam 1 jam
1 1/2 cawan cendawan kukur, rendam dan bersihkan
3 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
2 liter santan cair
600 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
30 biji cili padi kampung
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
Secubit belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, cuci dan toskan, hiris pisang sederhana tebal. Kemudian rebus pisang dan kulitnya bersama sekeping asam gelugor hingga pisang 10 minit, toskan. Cendwan ditoskan, perah sedikit, kemudian tumbuk sekeja, tak perlu sampai hancur hanya memar2kan sahaja. Masukkan ke dalam periuk bersama pisang, serai titik, bahan2 kisar halus dan sekeping asam gelugor.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan kurau masin (toskan), masak sekejap dan jika kurang kuah, boleh tambah air panas. Kemudian tuang pati santan , kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau selalu.
  3. Perasakan dengan  garam secukupnya dan sedikit gula. Pastikan anda rasa dulu kuahnya sebelum ditambah garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Masakan akan bertambah sedap setelah 1 - 2 jam..

2 comments:

Nasuha said...

Erm sedapnya....

Shafiq Hashim said...

Masuk Page Mat Gebu Mesti Trus Lapaq..Hehehe

shafiqhashim.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.