GULAI BATANG KELADI SAMA IKAN MASIN KEMBONG..

rsz_gulai_batang_keladi_ikan_masin
Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni che mat agak sibuk sikit dan yang anda lihat ini bukan lauk baru masak, tapi semalam punya. Atas permintaan Bak, maka pagi tu bonda dan che mat berganding bahu memasak gulai batang keladi sama ikan masin kembong. Kali ni tak guna ikan kurau. Ikan kembong masin bersaiz agak besar che mat beli di Pontian dan serius, memang sedap dan tak masin langsung. Anda juga boleh guna ikan kembong rebus jika suka, tapi pastikan ikan dimasukkan akhir sebab bimbang ikan akan hancur kalau dimasukkan terlalu awal. Che mat campur sedikit cili padi dalam 10 biji untuk mendapat rasa sedikit pedas. Pada mulanya nak letak daun selasih, tapi Bak kata tukar, tak mo letak daun selasih, ganti dengan serai dan daun kunyit.Takd masalah, lagi pun yang nak makan kan Bak, ikut lah selera dia. Che mat senang bela, semua ok, boleh telan, no worry punya...Ok jomm kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok keladi sayur dengan isinya sekali (keladi minyak, kurang lebih 1 kg)
2 - 3 ekor ikan kembong masin saiz besar, cuci dan kerat 2 setiap 1
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi kampung (boleh tambah atau kurangkan)
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang keladi disiat kulit luarnya, kerat pendek (kurang lebih 3 inci) cuci dan toskan. Kupas keladi, potong kiub  pada saiz besar, cuci dan rebus hingga 3/4 empuk. Toskan. Kemudian celur batang keladi dengan asam gelugor selama 1 minit. Tos dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus, serai titik dan santan cair ke dalam periuk. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugor dan keladi tadi. Kalau kurang kuah, boleh tambah sedikit air panas. Masak sekejap dan masukkan ikan masin dan batang keladi. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  3. Biar mendidih perlahan, tambah daun kunyit. Kacau perlahan. Masak sekejap dengan api sederhana hingga keladi empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Post a Comment

4 Comments

  1. Kakak paling tak pandai nak menyiang batang keladi ni CM. Beli yg kat pasar malam ajelah..

    ReplyDelete
  2. sedap tu mat.. terliur akak tgk.. akak jarang dpt masak batang keladi sbb takut terkena keladi yg gatal.. (pernah terkena). suami akak rajin beli batang lambuk.. rupa serupa tp teksturnya lain.. keladi lembek2 kan.. tp lambuk ni rangup2 bila dikunyah.. rasa sama sedap..

    ReplyDelete
  3. Huhuhuhu lame xmakan keladi yg mak masakkan...yg kat kedai xsedappp

    ReplyDelete
  4. JANA DUIT RM900 SEHARI TANPA MODAL!
    Assalamualaikum & salam sejahtera kpd sahabat,sedara mara dan seluruh rakyat malaysia, drpd berFB xde hasil baik berFB ade hasil, saya ade nak perkenalkan satu program dari US yang boleh buat pendapatan sampingan, FREE REGISTER tak ada apa-apa bayaran dikenakan tiada tipu muslihat, tak perlu cari orang tak perlu jual barang dan kerja sikit sikit saje. Haa ni cara nya anda hanya perlu COPY LINK dibawah dan register sebagai MEMBER. Lepas tu anda terus dapat duit USD 25 bersamaan RM 75.00 lah lebih kurang,dah tu anda akan dapat Link sendiri pastu ape lagi??COPY LINK anda atau copy terus ayat saya ini dan PASTE je kt facebook atau apa apa yg anda tahu tahu mcm email, tweeter dan sebagainya. Setiap individu yang open LINK anda, anda akan menerima USD5 atau RM15 lah lebih kurang..MUDAHKAN!!!!! Duit anda boleh pilih samada duit masuk akaun bank@cek (post terus ke rumah). Saya dah mencubanya, setakat ni dah 2 hari join saya dapat USD175..nak REGISTER senang!!CLIK jerrr LINK ni
    http://www.theweeklypay.com/index.php?share=389119
    Klu tak percaya cuba lah sendiri!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.