BEN ASHAARI

Tuesday, January 7, 2014

FISH FILLET WRAPS...

rsz_wraps2

Ada masa malaskan nak masak, kalau dapat nak campak2kan apa yang ada, bungkus2 lebih kurang lepas tu boleh makan dengan senang hati. Tu hari masa che mat singgah MyDin, sempat leh juga rembat 'Mission Wraps' untuk dibuat benda yang seperti dalam gambar. Wraps ni saling tak tumpah macam capati dan kalau rasa susah nak dapat, nko hentam aje guna capati, pun boleh. Wraps ni boleh dikatakan versatile, boleh dipelbagaikan, tapi paling senang macam che mat buat ni, tu jam buat, lepas tu boleh makan. Kalau nak nak makan sendiri, tak payahlah bungkus dan ikat macam che mat buat. Tapi kalau nak jamu kat orang atau tetamu, rasanya tak salah. Nampak tertib dan menarik....

rsz_wraps1
Anda boleh guna apa2 saja yang sesuai untuk inti wraps ni, sama ada ayam, daging atau udang. Che mat guna fillet ikan tempura black pepper 'pacific west', contoh seperti di sini, ia perlu digoreng dulu sebelum digunakan sebagai inti wraps. Satu tips untuk mendapat gulungan yang kemas, anda jangan letak bahan2 inti terlampu banyak nanti susah nak gulung sebab terlampau padat dan wraps akan mudah koyak. Fillet ikan tu bersaiz agak besar dan che mat cadangkan anda belah 2 dan sekeping fillet boleh dapat 2 biji wraps. Untuk sos terpulang pada anda, nak sapu sandwich spread boleh, mayonnaise boleh atau sos lada hitam pun ok. Rasa che mat lah kan, kalau buat bekal untuk anak ke sekolah pun sesuai juga kan....Resipi sebenarnya takde, sebab semuanya benda2 yang sedia guna. Serba ringkas che mat tulis, seperti dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping 'Mission Wraps"...contoh di sini..
4 helai daun salad, cuci dan toskan
2 keping keju cheesedale
4 keping timun yang diparut leper dan memanjang (guna alat pengupas kentang)
4 keping nipis hirisan tomato, buang bijinya
Sedikit hirisan nipis bawang besar, dileraikan

BAHAN-BAHAN SOS :-)
2 camca besar mayonnaise*
1 camca besar sos cili*
1 ulas bawang putih, cincang halus*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping wraps, ok, ada 2 kaedah, pertama anda boleh sapu sedikit sos pada wraps tadi kemudian disusun bahan2 lain, atau anda boleh paipkan sos kemudian macam che mat buat. Susun 2 helai daun salad secara memanjang, kemudian ambik sekeping cheese dan kerat 3 dan susun memanjang juga.
  2. Susun puna sedikit tomato dan beberapa gegelang bawang besar. Letak 1/2 bahagian fillet ikan yang telah dipotong memanjang (fillet ikan ni bersaiz agak besar dan panjang). Paipkan sos rata2 dan berhati gulung wraps tadi kemas2 dan cucuk dengan lidi sate bersih atau anda boleh bungkus macam che mat buat. Hidangkan segera...


3 comments:

Eyrique Ettiqazz. said...

CMG tak nak join ke Masterchef? kalau CMG masuk, pukul habis la dlm pertandingan tu.

ZELDA said...

Salam
CMG cantik dan nampak kelas gitu! Presentation macam beli kat restaurant Perancis. Rustic look! Bungkus dgn kertas apa nya? Biasanya saya guna aluminium foil. Sekali-sekala nak jugak tukar cara...

*DiaNaDiN* said...

Sedapnya..sehari ke sehari nak buat macam ni..tak sempat jerk :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.