BEN ASHAARI

Tuesday, December 31, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014 MASEHI

Assalammualaikum, tau2 dah nak melangkah ke tahun 2014...dan seperti biasa bila muncul tahun baru, soalan yang dah basi pun mula berbunyi..."apa azam tahun baru?"....serius dah menyampah dengan soalan2 macam tu, memang bagus, tadi pada che mat, elok lah berazam setiap hari, dengan memperbaiki diri agar lebih elok dari semalam. Tahun 2014 boleh dikategorikan sebagai tahun yang membebankan rakyat Malaysia. Dengan peningkatan harga2 tertentu sudah pasti memberi impak yang besar pada bahan2 lain. Tarif elektrik juga naik dan ini bukan benda yang 'kecil' pada kita, kecuali mereka2 yang memang sedia kala "berjimat cermat"...atau istilah lain, tanggungan mereka, kita yang bayar. Apa2 pun bersyukur lah..kalau tak, nanti kena pindah keluar dari Malaysia pulak...ehhh...kita ni siapa dalam Tanah Melayu ni?...

Tahun 2014 ini che mat berharap sangat, tiada lagi isu2 panas antara blogger dan pihak2 media. Cukup2 lah dengan apa yang telah berlaku..ikutlah etika yang 'anda' sendiri telah tentukan dan tak perlu sehingga kami blogger yang kecil ini memberi peringatan. Apa2 pun terima kasih pada mereka2 yang begitu jujur dan bijak menghargai kami sepanjang 2013...pada pihak media cetak juga, terima kasih. Kadang2 bila kita berada dalam situasi tegang, perasaan tak senang tetap ada, yelah hak kita dicabuli sapa tak marah, yea tak...moga 2014 ini menjadi tahun yang lebih bertoleransi antara blogger dan pihak media...

Pada teman2 blogger, FB, InstaGram dan sebagainya, terima kasih atas sokongan anda pada blog DTS sepanjang 2013. Tak lupa pihak JALEN yang memberi peluang che mat mempromosikan produk mereka dalam bentuk resipi. Pada semua, berhati2 lah dalam apa jua tindakkan yang kita buat, elok pada kita, mungkin hina pada orang lain, hati teman2 harus dijaga. Ampon dan maaf jika terkasar bahasa sepanjang che mat berblog....Selamat tahun baru masehi 2014 pada semua, moga kita berada dalam keadaan makmur dan sejahtera...insha Allah..

RAISIN SCONES...

rsz_raisin_scone
Selamat petang semua, dan ini mungkin entri terakhir pasal makan2 di blog che mat..huhu sedih kan, apa nak buat...Takpe lah kita biarkan kesah tu dulu. Ntah kenapa dihujung2 tahun 2013 ini tiba2 che mat teringin makan scones. yang disapu mentega dan jem untuk minum petang. Inggeris sangat kan, tak padan dengan duduk kampung yang begitu ulu. Benda makan ni tak kesah apa taraf anda sekali pun, samada orang bawahan, pertengahan, atasan atau pun kerabat di raja sekali pun, kita tetap manusia sama dan hamba pada pencipta. Scone satu hidangan yang boleh dikatakan klasik terutama bagi orang2 Inggeris. Ia seakan2 gabungan kek dan biskut. Kebiasaanya dihidangkan bersama teh untuk majlis jamuan 'teh tinggi' mereka. Kalau kita kat kampung ni, nko bedal aje sambil gossip2 bawah pokok ceri, sapa ada kesah yea tak...

rsz_raisin_scone1
Resipi raisin scones ini agak mudah dan seperti yang che mat baca dibeberapa laman web perihal scones ni, ia kena dibuat pantnas dan tidak boleh diuli terlebih sangat, setakat bahan2 bersatu sudah mencukupi. Ia bertujuan scones anda keras. Selain itu mentega harus dingin. Kalau anda suka boleh juga guna mix fruit atau buah2 campuran sebagai ganti kismis. Ia sedap dimakan bersama sedikit sapuan mentega dan jem. Dan hidangkan bersama teh panas. Che mat buat 1/2 dari resipi dibawah dan resipi asal dari Kak Mon Brunei. Dah bersedia untuk ber scones dan minum petang di bawah pohon ceri sambil gossip pasal harga barang naik?...Eeerrrr pasal entri terakhir tu sebenarnya untuk tahun 2013...hehe...doakan che mat sihat ok, agar boleh berblog seperti biasa...Jomm kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gm mentega, dadu kecil dan sejukkan
2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
90 gram telur (guna 2 biji telur gred B, kacau dan timbang)
100 ml susu segar (kurang lebih)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan raisin atau kismis hitam
Sedikit tepung untuk ditabur
Mentega dan jem pilihan anda untuk dimakan bersama scones

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Masukkan tepung, gula kastor dan mentega sejuk dalam satu bekas, kemudian gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Tuangkan ke atas meja kerja, tambah kismis hitam atau raisin dan gaul rata
  2. Buat lubang ditengah2 bancuhan. Masukkan telur dan esen vanilla, gaul rata. Kemudian masuk susu segar sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut (jangan uli lama, setakat bersat sudah memadai). Tabur sedikit tepung dan canai doh setebal 2 cm dan terap dengan acuan pilihan anda (biasanya untuk scone, acuan yang digunakan jenis bulat dan bersaiz agak besar kurang lebih 3 inci). Alih atas dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Bancuh baki telur dengan sedikit susu segar, kemudian gliskan atas scone tadi. Bakar hingga kuning keemasan dan permuakaan scone kelihatan merekah2. Sejukkan atas jaringan dan hidangkan bersama mentega dan jem pilihan anda..

SINGGANG REBUS IKAN TONGKOL..

rsz_singgang_rebus_ikan_tongkol
Assalammualaikum, salam semua, hari ni dah 31hb Disember, hari terakhir untuk tahun 2013. Masuk aje tahun baru esok (Insha Allah), rakyat Malaysia mulalah berdepan dengan keadaan yang lebih mencabar terutama dengan kenaikkan harga2 barang...apa nak buat, janji ditepati macam tu lah...bersyukur lahh!!...Entri pertama hari ni che mat cuma masukkan entri singgang ikan tongkol. Sebab che mat sendiri tekak sakit  dan lebih elok makan yang kurang berminyak, maka singgang ikan rebus lebih sesuai. Singgang kali ini agak masam sedikit dan pedas, kalau anda tak suka masam kurangkan asam gelugor atau anda boleh guna asam jawa. Pada che mat, kalau masak singgang, ikan harus yang segar baru singgang anda manis, selain boleh tambah serbuk perasa, yang ni terpulang pada selera masing2. Sebab che mat dah guna kiub ikan bilis, maka tak perlu lah serbuk2 perasa bagai. Ok resipi memang mudah dan cepat, kalau tak nak guna ikan tongkol, anda boleh ganti dengan ikan kembong..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan tongkol saiz sederhana
2 batang serai, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
4 ulas bawang merah, hiris
1/4 camca teh serbuk kunyit
10 biji cili padi, diketuk
2 keping asam gelugor, saiz kecil 
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tongkol dikerat dua setiap seekor, dicuci bersih dan toskan. Masukkan air ke dalam periuk (anggaran 800ml atau secukupnya). Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, serbuk kunyit, serai, asam gelugor dan kiub pati ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa, kalau anda guna serbuk perasa, boleh masukkan sedikit. Biar mendidih perlahan hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan..


Monday, December 30, 2013

ASAM PEDAS IKAN MAYONG UNTUK HARI INI...

rsz_2asam_pedas_ikan_mayong
Assalammualaikum....hadoi mana lah mood berblog che mat pergi pun tatau lah. Memasak pun sejak2 ni pun macam kurang rajin. Anda sendiri nampak perubahannya kan?..Takpe lah update setakat yang mampu, lagi pun entri blog che mat yang biasa2 aje. Hari ni masak asam pedas ikan mayong, che mat guna bahagian kepala dan sekeping hirisan bahagian isi ikan yang che mat kerat dua. Asam pedas ikan mayong che mat masak sebab bonda suka, che mat suka juga. Untuk asam pedas ini che mat masukkan hirisan nenas Sarawak dan lada hitam. Che mat letak lebih lada hitam, saja nak kasi hangat dan untuk menendangkan angin, biar meletup semua bom dalam badan...haha..Ok lah, takde apa sangat nak cerita sebenarnya pasal asam pedas ni, sebab dah kerap kali entri asam pedas, esok2 ada pulak aku tukar nama che mat asam pedas...Kalau nak mencuba, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ketul kepala ikan mayong, saiz sederhana
1 ketul isi ikan mayong, kerat 2
1/2 biji nenas Sarawak
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
3/4 camca besar pes asam jawa
3/4 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dipotong pada 4 bahagian (bergantung pada saiz kepala ikan mayong yang anda guna, che mat guna saiz sederhana). Bahagian isi ikan mayong dikerat dua. Cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan...
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah lada hitam, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1.2 liter). Bila mendidih, tambah ikan mayong, bunga kantan, daun kesom dan nenas. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga ikan masak dan nenas lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..



Sunday, December 29, 2013

GULAI BATANG KELADI SAMA IKAN KEMBONG REBUS..

rsz_gulai_batang_keladi_sama_ikan_kembong_rebus
Assalammualaikum semua, selamat pagi. Hari ni baru che mat sempat update entri. Nak cerita pasal semalam. Semalam che mat keluar awal pagi, errr...jam 7 pagi tu dalam kategori awal gak kan?..Mula2 ke Benut, saja lah nak cari ikan segar. Rupanya kat Benut kalau hari Sabtu, ada pasar lambak. Maka terpaksalah ku menapak hampir 1 km dari tempat pakir ke pasar borong Benut, takpe lah, small matter aje yea tak. Ok siap2 beli ikan, skodeng gak orang2 yang berjualan di pasar lambak, mmmm takde yang kenan. Lepas tu abang che mat terus ke Batu Pahat, waaa..dah terlanjur situ, beli aje lah nasi Beriani, dan secara logiknya che mat cuti masak....ohhh...heavennya, cuti masak!!.. Tapi kan tau tak, tak pernah seumur hidup che mat berbelanja sampai tinggal baki rm 1.50 dalam wallet!...haha, ni semua gara2 godaan bahan2 mentah di pasar Batu Pahat tu yang membuat ku terlupa diri...takpe lah, nanti tahun 2014 dah kena cut budget...zaman jimat cermat!!....bersyukur lah...Resipi yang anda nampak ni che mat masak 3 hari lepas....baru hari ni sempat masukkan dalam blog, maaf yea, masa ketat sekarang ni..


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok kecil keladi minyak atau keladi sayur
2 ekor ikan kembong rebus bersaiz besar
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1.5 santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
30 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang keladi dikerat pendek, kemudian siat kulit luarnya, cuci dan celur sekejap dalam air mendidih yang ditambah asam gelugor. Toskan. Ikan kembong rebus dikerat dua, potong bahagian kepala ikan dan bersihkan isi perutnya, cuci bersih dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama asam gelugor, serai titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah batang keladi dan tuang pati santan, kacau perlahan. Bila hampir mendidih, masukkan ikan kembong rebus dan kacau perlahan.
  3. Masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya serta secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.
CATATAN MAT GEBU :- Che mat selalu masukkan ikan kembong rebos dalam freezer sekejap (dalam 40 minit), untuk kasi dia keras sedikit agar mudah untuk memotong dan membersihkannya. Seperti anda sedia maklum, ikan kembong rebus agak lembut dan mudah hancur jika tidak berhati2..

Friday, December 27, 2013

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KAK IDA 1001 RESIPI...


Salam semua, entri selingan malam ni che mat selitkan gambar2 di majlis perkahwinan anak Kak Ida 1001 Resipi pada Rabu 25hb Disember 2013 lepas yang sempat che mat tangkap. Sebenarnya kak Ida awal2 dah jemput che mat dan siap ada kata2 'pemanis' lagi...Nyaris2 che mat pengsan...haha..takde lah gurau2 aje. Ok, majlis perkahwinan anak perempuan Kak Ida, Nur Zalikha dengan Arif Shah..juga seorang blogger...Majlis yang diadaka di Dewan Merak Kayangan, amat2 santai, releks dan tenang walaupun formal...pendek kata rasa amat2 selesa.....

Sambil tetamu menjamu selera, mereka dihiburkan dengan nyanyian lagu2 tradisional dan che mat cukup suka bila penyanyi tahun 90-an, Ayati Tasrip, mendendangkan lagu Ghazal, maklumlah kita kan orang Johor. Pemain violin atau biola tu cukup berbakat...lunak sangat gesekkan biola beliau....(kalau che mat gesek...tah2 jadi kerisik...erkk..hehe)...

Meja disusun kemas, tertib dan bergaya......tiba2 che mat suka pulak tengok gambar air sirap tu..klasik dan 'melayu' sangat....Bukan apa, sejak ni di majlis2 perkahwinan, ada pelbagai jenis minuman 'modern' disediakan...sampai tatau nak pilih....konpiuss...

 ....dan nasi minyak pun sedap. Disajikan bersama, kurma ayam, rendang tok (sedapp..ok rendang ni), ikan sweet sour, dalca, acar berempah dan papadem....amat memuaskan...Tapi sayang sebab che mat sibuk borak2, sampai terlupa nak ambik hidangan pencuci mulut....maka tiadalah gambar pencuci mulut..

....masa che mat tengah2 santap dengan abang long che mat, tiba2 kelibat sorang blogger otai yang terkenal muncul...haha, siapa lagi kalau bukan Bro Framestone...nasib baik Bro dan seorang kawan dia, juga seorang blogger, ada..idok leer teman rasa termati kutu...tapi kan, sebab Kak Ida, Kak Jun dan Kak Nannie (mereka ni semua adik beradik) blogger juga, jadi rasa janggal dan segan tu agak kurang sangat2...Seronok borak2 dengan mereka dengan macam2 isu...Terima kasih Kak Ida dan abang atas jemputan. Pada pengantin, Arif dan Ika...Selamat menempuh fasa kehidupan yang baru. Moga ikatan suci berkekalan hingga ke Jannah...aminnnn.....

SIAPA SUKA MAKAN KELADI REBUS?....

rsz_keladi_rebus1
Salam petang semua, baru dapat nak beronline dan update blog. Memang che mat ada on-line, tapi bila guna smartphone ni nak update blog rasa tak selesa, yelah kita bukan menceceh gitu2 aje, siap nak tulis resipi bagai. Maka agak kekok. Untuk entri petang ni che mat masukkan menu....errr ni kira menu gak kan?.. Keladi rebus makan sama kelapa parut dan gula melaka menjadi kegemaran Bak dan boleh dikatakan semua lah. Keladi yang anda nampak, bukan che mat beli, tapi cabut kat belakang rumah, sebenarnya kami bercadang nak masak lemak batang keladi sama ikan kembong rebus, jadi masa bonda cabut, terikut sekali isi keladi yang agak besar saiznya. Jenis keladi yang che mat guna ni ialah keladi minyak. Untuk resipi sayur tu insha Allah akan dikongsi kemudian, dan entri hari ini rasanya tak perlu resipi, tapi che mat tulis jugalah serba ringkas untuk mereka2 yang ragu2 macam mana nak rebus keladi. Selain makan sama kelapa parut dan gula melaka, anda boleh juga cicah gula, sambal tumis atau kuah gulai, ikut selera masing2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Keladi secukupnya (che mat guna keladi minyak)
Kelapa parut secukupnya, pilih jenis kelapa yang muda sedikit, jenis kelapa untuk inti
Gula melaka, diparut
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keladi dibersihkan dan kupas kulitnya, kemudian dipotong kiub besar2, cuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk, isi air hingga isi keladi tenggelam, masukkan garam secukup rasa dan rebus hingga keladi empuk dan melekit. Toskan, kemudian masak sekejap hingga lebihan air rebusan kering.
  2. Hidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam halus dan juga parutan gula melaka. Anda boleh juga hidangkan bersama ikan masin, sambal tumis atau kuah gulai. Makan macam gitu pun sedapp!!!...
CATATAN MAT GEBU :- Kenapa keladi tak dicuci dahulu sebelum dipotong kiub?...Ini kerana keladi sejenis ubi yang agak berkanji, dan bila anda cuci ia akan sedikit berlendir dan licin. Dan ia akan menyukarkan anda untuk memotongnya. Jadi anda potong siap2 dulu, baru cuci dan toskan...

Thursday, December 26, 2013

SAMBAL TERUNG DAUN SELASIH..

rsz_sambal_terung__daun_selasih
Assalammualaikum, salam semua. Entri hari ni che mat baru sempat masukkan malam...sibuk sikit, tambah pulak dengan rasa tak sedap badan, mintak2 jangan demam sudah lah. Hari ni che mat masak lewat, lepas subuh pagi tadi, che mat sambung tidur, tau2 jam 9.30 pagi baru bangun...grrrr. Jadi masak apa yang sempat saja lah. Untuk diri sendiri dan mereka2 yang sudi nak makan sama, che mat masak sambal terung, atau terung berlada, tapi kali ni sambal dia agak berbeza dari biasa. Che mat guna 2 biji terung ungu bersaiz agak besar. Hidangan yang amat ringkas ini amat sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut dan digandingkan dengan ikan goreng. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu bersaiz besar
1 1/2 camca besar daging cincang
10 helai daun selasih
7 biji cili merah
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dikerat 4 setiap sebiji, kemudian dibelah setiap keratan, rendam sekejap dan  toskan. Lap kering dengan tissue dapur, kemudian gaul dengan sedikit garam. Goreng hingga terung lembut, angkat, toskan minyaknya dan letak atas tissue dapur, biar minyak terserap. Kemudian susun terung tadi dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Kisar halus semua bahan2 yang perlu dikisar. Kemudian masukkan cili merah dan sambung kisar tapi jangan lama sangat, kisar sekejap sahaja untuk mendapat teksture cili yang agak kasar. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga harum, terus memasak hingga garing, masukkan daging dan masak lagi hingga daging berubah warna. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga garing. Akhir sekali masukkan daun selasih, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas terung dan hias dengan sedikit daun selasih, hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.


Wednesday, December 25, 2013

TELUR DADAR CENDAWAN....

rsz_telur_cendawam
Errkk....telur dadar aje ke?...huhu, ni hari che mat sibuk lah, jadi tak sempat nak masak yang berbintang2 sangat. Tadi keluar sekejap, tapi nasi dah kasi masak dulu. Balik tu lepas Zohor cepat2 che mat rebus bendi, goreng ikan bawal dan telur. Sebenarnya ini satu cara untuk anda pelbagaikan telur dadar. Dan memang mudah bagi yang dah biasa, tapi bagi yang baru2 nak ke dapur pasti mereka tertanya2 ok ke campur macam tu tak pelik ke?. Tak langsung, malah lagi sedap. Kalau anda suka keju, boleh juga tambah sedikit parutan keju dalam tu. Kalau nak lagi meriah, boleh juga letak isi udang atai pun hirisan jejari ketam. Kadang2 telur dadar juga boleh menjadi satu hidangan yang amat menarik dan menyelerakan...
rsz_telur_cendawan1
Che mat kalau goreng telur dadar, suka tambah baking powder, ada yang suka letak mayonnaise kan, itu pun boleh, apa kata cuba tambah sedikit baking powder, insha Allah telur dadar anda makin gebu dan tembam. Satu lagi untuk mendapat telur dadar yang gebu, guna pan bersaiz agak kecil, contoh macam che mat buat ni, guna non stick pan saiz 8 inci untuk 4 biji telur. Kalau suka pedas boleh masukkan hirisan cili padi. Untuk mendapat telur dadar yang garing, anda kena lebihkan sedikit minyak, boleh guna minyak zaitun atau canola jika ingin lebih sihat. Ada telur dadar, ikan goreng, nasi panas dan kicap JALEN sudah memadai....Jomm kita goreng telur dadar cendawan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur saiz besar (gred A)
1 cekak cendawan 'shimeji"..boleh lihat contoh di sini
1 biji bawang besar, didadu
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
5 pokok daun kucai, kerat kecil
1 camca teh baking powder
1 camca teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan semua bahan2 diatas kecuali telur dan garam ke dalam satu bekas, gaul rata dan tambah garam secukup rasa (kurang lebih 3/4 camca teh). Masukkan telur, dan kacau rata dengan garfu. Ketepikan.
  2. Panaskan non stick pan saiz 8 inci, masukkan 2 camca besar minyak zaitun atau minyak canola. Biar hingga panas dan masukkan bancuhan telur. Kecilkan api dan tutup pan dengan tudung periuk, biar hingga masak (2 - 3 minit).
  3. Bila permukaan telur nampak kental, berhati2 terbalikkan dan masak lagi hingga perang keemasan dan garing. Alih telur dadar ke dalam pinggan sesuai dan boleh hidangkan..

Monday, December 23, 2013

SUKA TAK?....TAK PELAH CHE MAT SUKA....

rsz_sup_kentang (1)
Assalammualaikum, sejukk hari ni, dan che mat pun ala2 lemau masuk angin..rasa nak melingkau aje. Tapi kita kat rumah ni mana ada masa nak bermalas2 sangat, ingat kerja rumah satu tanggungjawab besar sebenarnya. Ok sebabkan che mat tak masak hari ni, maka che mat masukkan entri beberapa hari lepas, errrr....beberapa hari tu kurang lebih 2 hari lah. Ada masa kan dalam peti sejuk takde benda yang berkenan untuk dimasak. Takpe, cari kat tempat lain pulak, lokasi bahan2 mentah kat dapur che mat ni banyak dan bila dah jumpa bahan2 sepatutnya, boleh lah on projek...Projek apa tu?..alah hai masak sup kentang aje pun, style ayat macam masak susah sangat. Tapi kan masak sup kentang ni kalau kena gayanya memang menyelerakan. Tapi jangan lah hari2 hadap sup kentang, memang lah jemu. Seperti biasa, ada sup kentang, buat sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng dan telur dadar. Makan sama nasi panas, sertakan kicap lemak manis JALEN....serius tak yah yang lain...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap 1 dan rendam
1 genggam kincham, disimpul dan rendam
6 kuntum cendawan black fungus segar, potong pada saiz sederhana, rendam
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 kiub pati ayam
2 hirisan nipis halia
4 ulas bawang merah kecil, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan kentang (toskan). Kacau rata dan masak sekejap.Tuang air secukupnya (anggaran 1.2 liter). Masukkan kiub ayam. Biar mendidih hingga kentang 1/2 empuk.
  2. Tambah cendawan dan masak hingga kentang empuk. Masukkan kincam (tos dan perah) dan soo hoon (toskan). Perasakan dengan garam secukup rasa dan tambah lada sulah. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda tak nak guna kiub ayam, anda boleh guna air rebusan tulang ayam atau ganti dengan isi udang. Alternatif lain anda boleh masukkan bebola ikan atau ayam ke dalam sup kentang agar lebih menarik....

Saturday, December 21, 2013

LEMPENG UBI KAYU....

rsz_lempeng_ubi
Assalammualaikum, ingat malas nak update entri hari ni, tapi tiba2 datang pulak kerajinan itu, walaupun dah malam, alhamdulilah. Petang tadi atas permintaan, che mat buat lempeng ubi kayu, ini typical cemilan2 orang kampung, sebab bahan2 mentah mudah didapati. Tapi ubi tu memang bonda dah siap parut halus, bonda guna mesin kelapa untuk parut ubi. Lempeng ubi kayu paling enak dimakan bersama sambal tumis, tapi sebab dah petang dan che mat pun ada sikit tak berapa  nak rajin, maka lempeng ubi tanpa sambal tumis lah nampaknya. Cicah gula pasir aje. Tapi che mat makan gitu pun dah sedap, kalau ada kuah2 gulai atau kuah asam pedas pun ngam sebagai pencicah. Kebiasaannya kalau buat lempeng ubi, che mat akan campurkan kelapa parut. Membuatnya amat2 mudah, hanya perlu 4 bahan saja. Tak perlu tepung bagai...Tak caya?..Ok kita tengok resipi teramat senang sangat ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan ubi yang telah diparut
3/4 cawan kelapa parut putih
3/4 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali garam ke dalam satu bekas. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan 1 camca teh minyak masak. Kemudian masukkan 1 senduk penuh bancuhan ubi, ratakan dan masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng ubi nampak pucat.
  3. Berhati2 terbalikkan dan masak hingga perang keemasan, angkat dan lakukan kaedah sama hingga siap. Pastikan anda lenser dengan minyak masak setiap kali membuat lempeng ubi baru. Tujuannya untuk mendapat permukaan lempeng ubi yang garing. 
  4. Hidangkan bersama sambal tumis atau kuah gulai atau gula pasir/gula melaka. Sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi.....Selamat mencuba!!.


Friday, December 20, 2013

IKAN BAWAL MASAK KICAP PEDAS...

rsz_ikan_bawal_masak_kicap_pedas
Assalammualaikum, salam Jumaat. Hari ni che mat masak ikan bawal masak kicap pedas, nama aje pedas, tapi tak delah pedas terlampau sangat. Che mat guna cili kisar dalam 1 camca besar saja. Ikan bawal seperti anda tau, isinya agak tawar dan pada che mat selain masak kicap, ia juga sedap dimasak sweet sour. Tapi boleh juga dibuat masak kari, asam pedas atau gulai. Che mat buat guna 2 ekor bawal hitam bersaiz sederhana. Satu nak pesan, ikan bawal anda kena cuci betul2 terutama dibahagian dalam perutnya hingga bersih dan tiada kotoran bewarna hitam, kalau tidak isi ikan bahagian perut akan terasa pahit. Kalau anda masak untuk anak2 dan mereka tak tahan pedas, tak perlu nak letak cili kisar..Bagi yang baru2 nak belajar memasak, che mat rasa resipi ini sesuai untuk anda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal hitam bersaiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
4 ulas bawang puithm diketuk
1 inci halia, hiris 3 dan diketuk
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji cili merah, hiris serong memanjang
1 biji cili hijau, hiris serong memanjang
1 camca besar cili kisar
1/3 camca teh lada sulah
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 camca besar kicap lemak manis JALEN
1/4 camca teh cuka makan JALEN
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disiang, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan kurang lebih 2 camca besar minyak. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan bawang besar, leek (toskan), cili merah dan cili hijau. Kacau rata.
  3. Tambah kicap dan air, masukkan juga cuka makan. Kacau dan masukkan serbuk lada sulah. Gaul rata dan masuk ikan. Gaul perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Wednesday, December 18, 2013

BEBOLA UBI GETUK...

rsz_bebola_ubi_getok
Salam semua, kalau di Johor, benda yang che mat bikin ni boleh dikatakan agar femes jugak, sebagai cemilan untuk minum petang mau pun sarapan pagi, cicah sama sambal kicap, mungkin tempat anda pun sama juga, sapa tau yea tak. Ubi getuk makanan orang jawa dan ia amat mudah disediakan. Di kampung2, ia menjadi sajian tak kala hujan. Dulu belum ada lagi ubi getuk yang dibuat bentuk bebola dan digoreng celop tepung macam ni, tapi seingat che mat lah kalau tak silap, awal tahun 90-an ia menjadi popular dan mula dijual sekitar pasar lambak, pasar malam dan juga peniaga2 samada di warung ataupun di kawasan2 reakrasi. Memandangkan stok ubi kat rumah che mat masih ada, dan bonda pagi tadi dah buat getuk. Dan bila petang che mat pun buat lah kerja2 tak senonoh kat dapur...makan dengan rasa tak bersalahnya, jadi lah bebola ubi getuk...Resipi che mat main agak2 aje ok, pandai2 lah nak adjust mana yang perlu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ubi kayu (kurang lebih), kupas, cuci dan kerat kecil
1 1/3 cawan kelapa parut putih (kelapa berkulit basah)
1 camca besar gula halus
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TEPUNG :-)
1 1/2 cawan tepung beras
1 biji telur
3/4 cawan air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Beberapa titik pewarna kuning telur

BAHAN-BAHAN SAMBAL KICAP :-)
25 biji cili padi kampung
2 ulas bawang putih
1 camca teh gula
Kicap lemak manis JALEN secukupnya (anggaran 1/3 cawan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK UBI GETUK :- Ubi direbus (letak sedikit garam) hingga empuk. Toskan kemudian dimasak sekejap hingga airnya kering. Alih ubi rebus kedalam besen atau bekas besar (nak senang guna aje periuk yang anda rebus ubi tadi). Masukkan kelapa, garam secukup rasa dan gula halus. Kemudian tumbuk hingga lumat ubi tadi menggunakan anak lesung batu, sambil dikacau2 agar rata. Tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
  2. UNTUK ADUNAN TEPUNG :- Masukkan tepung beras ke dalam bekas, tambah telur dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin dan tidak berbintil2. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa dan pewarna makanan kuning telur. Kacau rata2 dan ketepikan.
  3. UNTUK BEBOLA UBI GETUK :- Cedok 1 camca besar ubi getuk, kemudian bulat2kan seperti bebola, kalau nak senang anda guna scoop aiskrim bersaiz sederhana. Buat hingga siap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celop bebola ubi getuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng seperti anda menggoreng pisang. Guna api sederhana dan balik2kan bebola ubi agar masak sekata. Bila kelihatan keemasan, angkat dan toskan. Hidang bersama sambal kicap..
  4. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk cili padi hingga lumat, tambah bawang putih dan gula, tumbuk hingga bawang putih hncur. Masukkan kicap, kacau rata dan boleh hidangkan bersama bebola ubi getuk (ada juga yang goreng cili dan bawang putih sebelum ditumbuk, yang ni terpulang pada anda).....Selamat mencuba!!..


'BAMBOO CLAM' GORENG BERCILI...

rsz_bambo_clam_goreng_cili
Assalammualaikum, salam Rabu...rasa lemau aje hari, malas pun yea. Nak jengah blog sendiri pun macam tak berapa nak ada mood, tapi sebab dah ada blog dan ada tanggungjawab kenalah buat sesuatu agar blog bernafas. Ok, entri kali ni che mat masak 'bamboo clam'..err kalau bahasa melayu menda eks?..sapa tau?...semalam che mat ke AEON KULAIJAYA...saya lah tengok2 tempat baru dan sempat gak lah rembat apa yang patut (ke..apa yang suka...grrr...napsu lagi.hasihh!!)..Ok, dan masa che mat lalu kat freezer dia, maka ku ternampak bamboo clam, yang telah didingin beku kan. Ok, ambik 2 paket...tamak eks?...tak lah, benda ni nampak aje macam banyak sebab kulit dia tu besar2, isi bila dah masak jadi kecot, tapi masih ok lagi. Kalau anda nak tau pasal bamboo clam ni anda google aje lah yea, atau boleh baca di wikipedia. Che mat blurr juga tatau nak masak apa, tapi kita orang melayu, ikut tekak melayu lah kan. Jomm masak 'bamboo clam' goreng cili!..

(Gambar 'bamboo clam' segar...kredit dari sini )

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram 'bamboo clam' direndam sekejap dan toskan
3 biji limau kasturi, perah jusnya
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
4 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum, masukkan daun limau purut dan masak hingga terbit minyak. Masukkan bamboo clam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa serta sedikit gula. 
  2. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, masak sekejap hingga bamboo clam terbuka, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain. Jika suka anda boleh tabur sedikit hirisan daun bawang sebagai hiasan...
CATATAN MAT GEBU :- Rasa isinya manis dan che mat buang sedikit kotoran yang berada pada hujung bahagian bamboo clam sebelum di makan. Tak perlu masak terlalu lama untuk mengelakkan isi bamboo clam menjadi liat...Selamat mencuba!


Tuesday, December 17, 2013

UBI REBUS TUMIS IKAN BILIS...

rsz_ubi_tumis_ikan_bilis
Assalammualaikum, ngantuk ni sebenarnya dan sementara mood che mat masih bersisa, elok lah update entri blog malam ini, sekurang2nya boleh bagi idea pada anda untuk esok. Hari ni agak sibuk...errr...atau saja2 sibuk kan diri, tu yang tak dann nak update blog. Pagi tadi bonda rebus ubi dan makan sama sambal tumis ikan pari masin yang che mat bikin semalam ttu, Dan che mat asingkan sedikit ubi rebus untuk ditumis sama ikan bilis. Che mat tatau asal resipi ni dari mana, tapi ada juga teman2 FB syorkan che mat buat macam ni, dan sedara che mat sendiri pun buat juga. Kemungkinan orang2 Jawa yang buat. Rasa dia memang istimewa dan buatnya pun tak susah, macam goreng sayur aje. Kalau anda ada rebus ubi dan ingin mencuba...che mat kongsi resipi, seperti di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan ubi rebus yang telah dipotong kiub (sebesar ibu jari)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam 10 minit, toskan*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*(*ditumbuk hingga hancur)
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan sedikit gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panasan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan ubi dan gaul rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  2. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan, untuk sarapan pagi atau minum petang. Kalau anda suka pedas boleh tambah cili padi..


Monday, December 16, 2013

'EPHYRA' STRAWBERRY SORBET...

rsz_strawberry_ephyra_sorbet1
Ehemm, assalammualaikum, nampak sedap je kan, nak2 kalau makan waktu cuaca panas terik. Anda ingat entri pasal 'EPHYRA' tak?...kan che mat kata ada sesuatu yang che mat nak oleh dengan produk ephyra tu. Dan ini lah dia, strawberry sorbet dan sebab che mat guna produk ephyra, maka ku tambah nama dia jadi seperti tajuk di atas. Selain diminum macam tu saja, ia boleh juga dicampur dalam smoothies dan sebagainya asalkan ia tidak dimasak, dibakar atau menggunakan air panas. Che mat rasa kalau anda nak campur dalam cis kek jenis dingin beku tu pun boleh. Resipi memang mudah sangat cuma anda perlu ambik masa sikit lah sebab ia perlu dibekukan, kemudian dikisar halus, dibekukan kembali dan dikisar lagi..Tujuan dibuat begitu ialah untuk mendapat teksture sorbet yang halus dan gebu bila kristal ais jadi lebih halus semasa dikisar....Ok jomm che mat share resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram strawberry segar
30 ml air
3/4 camca besar gula (atau secukup rasa)
1 sachet "EPHYRA"*
1/3 cawan air suam*(*disatukan dan kacau hingga larut)
Hirisan strawberry segar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Strawberry dibersihkan kemudian kisar halus bersama air dan gula. Masukkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer selama 3 jam. Bancuhan ephyra juga anda masukkan ke dalam freezer selama 3 jam.
  2. Keluarkan dari freezer, masukkan strawberry dan bancuhan ephyra beku tadi ke dalam food processor, kisar dengan kelajuan tinggi selama 2 minit. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan ke dalam freezer selama 3-4 jam.
  3. Keluarkan dan kisar sekali lagi hingga kelihatan halus. Lepas tu masukkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer sekejap lagi (dalam 30 minit). Kemudian anda boleh scoop ke dalam bekas sesuai, hias dengan strawberry segar dan boleh hidangkan..

SAMBAL TUMIS IKAN PARI MASIN..

rsz_sambal_ikan_pari_masin
Salam semua, hari ni che mat masak sambal tumis ikan masin pari. Duduk2 di meja sambil bersarapan sama bonda, bila berborak, macam2 hal kami ceritakan dan bila bab, nak masak apa, mulalah masing blurr, tatau dah apa nak masak. Dua hari lepas bonda ada sebut ikan pari masin sedap kalau dibuat sambal tumis. Ok, sett....jomm kita buat sambal tumis ikan pari masin. Buat dia senang aje, yang penting ikan pari masin harus ada. Cuci dan rendam untuk mengurangkan rasa masinnya, rendam kurang lebih 1 jam. Kemudian bilas bersih. Ikan pari masin anda boleh beli dipasar2 malam, kedai runcit atau dipasar2 raya besar. Che mat beli di pasaraya Econsave. Anda perlu goreng terlebih dahulu ikan tadi sebelum dimasak sambal tumis, tak perlu goreng sampai garing. Sedap dimakan bersama nasi panas atau boleh cicah lempeng....Kalau nak mencuba, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram ikan pari masin cuci dan rendam selama 1 jam
1 biji bawang besar, hiris berangkai
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa jika suka

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari ditoskan, jika saiz besar, anda potong pada saiz sederhana. Kemudian goreng hingga perang, tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tambah ikan pari masin yang telah digoreng tadi dan juga bawang besar. Tambah garam secukup rasa, gula dan serbuk perasa, jika guna. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.


Sunday, December 15, 2013

CHE MAT PUN MINUM 'EPHYRA'.......

Salam semua, hari ni nak bercerita sedikit pasal produk 'EPHYRA' yang semakin menjadi buah mulut terutama kaum2 wanita dan che mat sendiri tau dari blog Ben. Apa itu 'EPHYRA" sebenarnya? Bagi mereka yang belum pasti, ephyra ialah sejenis minuman kesihatan yang begitu praktikal untuk tubuh badan dan amat selamat digunakan (yang penting ia tidak membebankan buah pinggang anda). Yang bessnya ia sesuai untuk kaum lelaki juga. Wanita tak perlu katalah, memang wajib mencuba dan ibu yang menyusukan bayi pun boleh mengambil ephyra..

Eyphra diperbuat dari  kologen tulen yang dihasilkan dari spesis ikan putih laut dalam dari Perancis. Dan juga ditambah dengan 8 bahan2 anti oksida (seperti senarai dalam gambar di bawah) yang dapat melindungi masalah kulit dari penuaan atau dalam kata mudah, boleh membantu anda awet muda dan kekal cergas...ehemm..bess kann.. Bukan tu saja ia juga betindak menyerlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan anda.

10 hasil yang nyata dengan pengambilan EPHYRA ialah....
  • Menjadikan kulit halus, anjal dan lebih cerah berseri.
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah.
  • Mengurangkan kedutan dan garis2 halus.
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan.
  • Mengurangkan kadar kolestrol.
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  • Meningkatkan daya imunisasi dalam badan.
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisma
  • Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.


Dan..seperti anda juga, che mat kalau nak makan apa2 produk kesihatan atau pun produk2 untuk memasak, perkara utama yang harus dititik beratkan ialah status HALAL, dan produk ephyra anda jangan risau, dah memang dijamin halal. Atas tu kan dah ada sijil pengesahannya...Tak lupa kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia juga....takde lah rasa ragu2 nak minum.

Satu kotak EPHYRA mengandungi 30 sachet yang setiap satu seberat 15 gram. Rasa dia cukup sedap, sungguh, che mat tak tipu, rasa macam tak cukup sekali minum. Nak membancuhnya pun agak mudah, 1 sachet tu dikacau dalam 180ml air suam, JANGAN guna air panas yea. Dan diminum sebelum sarapan pagi atau sebelum anda tidur. Kalau kulit anda bermasalah, boleh minum 2 sachet sehari, 1 pagi dan 1  malam sebelum anda tidur. Anda juga boleh campurkan dengan yogurt atau jus buah2an lain untuk mendapat rasa yang lebih enak (...nantikan satu resipi olahan dari che mat yang menggunakan produk ephyra...ehemm)..

Setakat ini che mat dah minum 12 bungkus, dan rasa lebih bertenaga, senang cakap buat kerja takde lah rasa macam lemau atau cepat penat. Satu lagi yang che mat perasan kuku jadi kaler merah jambu dan bertambah kuat (selalu ia mudah tersiat terutama dibahagian tepi kuku), itu belum sampai sebulan minum...dan...pssttt...nak membuang pun senang..lawas aje, takde sangkut2...licinnnn!!!..haha..

Nak membeli?...Ok, sehingga 20 Disember 2013 ini jika anda membeli produk EPHYRA ada harga istimewa iaitu RM 360 untuk 2 kotak atau RM 180 untuk satu kotak berisi 30 sachet (harga biasa RM 197 untuk sekotak)...Banyak jimat tu Satu yang che mat suka pasal produk EPHYRA, style pembungkusannya atau kotak dia..cantik dan amat sesuai kalau anda nak hadiahkan pada ibu/ayah, isteri atau siapa2 saja. Nak lebih kreatif lagi anda jadikan sebagai salah satu barang hantaran perkahwinan..amacam good idea tak?....Untuk lebih lanjut anda boleh singgah di..
  1. Website rasmi mereka - www.oceanlife2u.com
  2. FaceBook - www.facebook.com/oceanlife2u
  3. InstaGram - @ephyra2u

Saksikan video di bawah ini, apa kata mereka mengenai produk EPHYRA...


AYAM MASAK HALIA...

rsz_ayam_halia
Ikut kan hati, memang tak nak masak hari ni, bukan tu saja, nak melintas kat dapur pun tak kuasa, penat. Tapi kan, hmmm, che mat masak jugalah. Selain ayam masak halia (tu aje yang boleh che mat fikir dan termudah untuk dimasak), che mat masak juga asam rebus terung sama ikan pari masin. Ayam masak halia ini selain sedap, ia agak hangat. Tapi che mat tak letak lada hitam, kalau anda nak letak sedikit tak jadi masalah. Che mat guna kurang lebih 1/2 ekor ayam yang dipotong kecil...errr, tak delah kecil sangat, kira potongan yang sesuai. Ia juga sedap dimakan bersama bubur nasi. Selain ayam, daging pun sedap dimasak macam ni, kalau dapat guna daging batang pinang atau jika anda guna daging biasa, kasi rebus dulu hingga empuk, baru dimasak. Kalau anda rasa malas2 nak masak macam che mat, apa kata cuba ayam masak halia....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (kurang lebih 600 gm) potong ikut suka
1 batang leek. kerat pendek dan rendam
2 inci halia, mayang halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawan besar, hiris bulat dan leraikan
2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
2 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul ayam tadi bersama kicap cair dan halia yang dimayang halus hingga rata. Perap ayam tadi 1 jam (simpan dalam peti sejuk)..
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap, kacau dan masak hingga ayam air ayam kering. Tuang sos tiram dan gaul rata. Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
  3. Masak dengan api kecil hingga ayam empuk. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan leek (toskan). Kacau dan masak hingga pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin anda boleh tambah garam atau kicap cair. Masak sejekap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..


NASI LEMAK ORANG MALAS....

rsz_nasi_lemak_malas
Salam semua...selamat pagi...Sebelum tu entri yang anda nampak ni, che mat masak semalan, nak update malam tadi tapi dah terlena...Eerrr kenapa pulak nama'nasi lemak orang malas'?...hmm anda tengok lah dalam gambar tu, cuma bahan2 asas saja untuk nasi lemak. Takde bahan sampingan yang nampak menyelerakan sangat..TAPI kan, Bak makan bertambah okeh..syukur alhamdulillah..Che mat masak ni pun sebab teringat kan Bak yang suka makan nasi lemak dan kali terakhir che mat buat bila eks...hmmm...kena selak2 blog DTS lah kan baru tau. Nak beli bukan tak boleh, tapi buat sendiri lagi bagus, bahan2 kita pilih yang terbaik, terutama santan kelapa dari kelapa segar yang diparut dan diperah santan segarnya. Che mat guna beras basmathi Monghul sebab mudah nak sukat santannya. 

rsz_nasi_lemak_malas2
Malas juga nak letak entri nasi lemak, sebab dah kerap sangat..dan ayat yang che mat tulis tu pun dah bamyak kali ulang. Tapi ada juga yang kata, it's ok che mat, ulang tayang pun takpe...huhu, terima kasih. Nasi lemak kalau anda nak tambah lauk2 lain juga boleh, seperti ayam goreng rempah, sambal paru dan ikan goreng atau ikan bilis yang digoreng garing. Kebiasaannya nasi lemak untuk sarapan pagi, tapi sekarang macam tren kan, orang dok mengadap tak kira waktu...errrr...jangan tak kira waktu sangat ok, yelah benda ni kan guna santan dan boleh dikatakan berprofile tinggi gak....sekali2 tu boleh lah...Resipi masih sama macam yang lepas2..memang senang nak buat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi Moghul, cuci dan rendam 30 minit, toskan
1 batang serai, diketuk
6 cawan santan segar
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, kerat 2 dan diketuk
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis ikan bilis (atau sambal udang dan sotong)
Hirisan timun
Telur, direbus, kupas dan belah 2
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng (tak letak)
Ayam goreng rempah (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam peruk nasi elektrik atau rice cooker, masukkan beras, santan dan semua bahan untuk nasi lemak, kecuali garam. Kemudian tambah garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga nasi masak. Gaul nasi dengan chopstick dan biar sekejap. Matikan suis periuk nari agar nasi tidak terlalu berkerak..
  2. Cedok nasi ke dalam pinggan dan hidangkan bersama bahan2 sampingan. Sedap dimakan panas samada untuk sarapan atau bila2 masa yang anda suka...Selamat mencuba!!..

Saturday, December 14, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK MEREKA2 INI....

(Gambar dari FB Ady Budika)
 Hari ini, Sabtu, 14 December 2013, hari bersejarah buat teman blogger che mat...Ady Budika dan Sunah Mohammad. Semalam mereka telah selamat menjadi suami isteri yang sah...Syukur alhamdulillah...tahniah Ady dan Sunah. Terima kasih juga untuk ingatan anda pada saya. Moga kehidupan anda berdua senantiasa dirahmati, diberkati dan dipermudahkan. Bukan kehidupan namanya kalau tiada dugaan, tapi pasti anda berdua bijak mengatasinya...insha Allah...Selamat pengantin baru...
(Gambar dari FB YuyuZulaikha)
Blogger Yuyu Zulaikah juga che mat kenal dari dunia blog, dan beliau turut melangsungkan majlis perkahwinan pada hari ini, dari budak hingus meleleh, dah lah tu gileer makan tempe pulak, tau2 dah kawen. Majlis, nun jauh di Langkawi...terima kasih atas jemputan tu yea (walaupun inbox kat FB aje...haha), dan minta maaf sebab memang che mat sukar nak hadir...kalau kat Batu Pahat...opkos lah pcmtbg pergi....Dia sorang aje panggil aku "PakCik Mat Tak Berapa Gebu - PCMTBG"...apa2 pun tahniah yea...moga jodoh berkekalan dan berbahagia selalu...dapat baby comel2 ok....errr siapa pulak nama 'budak jantan' tu...ishh...tak ingat lahh...untuk gambar2 majlis pernikahan YUYU anda boleh lihat di InstaGram beliau - @yuyuzulaikha

(Gambar dari FB Kak Intan Kamariah)
...dann tak lupa tahniah untuk geng blogger masak2 dan kolek pinggan mangkuk lama, Kak Ina KL, yang juga mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki beliau pada hari ini...Terima kasih sudi jemput dan minta maaf sebab sukar che mat nak hadir...keadaan tak mengizinkan atas sebab hal2 yang kena diselesaikan pada hari ini dan esok...minta maaf sekali lagi. Pada pasangan pengantin, selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam rumahtangga....


APAM PISANG TEMBAM MEREKAH......

rsz_apam_pisang_tembam

Assalammualaikum, sehat semua?..Hari ni che mat tak masak, tapi kan seawal pagi tadi che mat dah bikin nasi lemak....errr...tu kira masak juga kan?...erkk..Apa2 aje lah asal bahagia. Sebab dah masak nasi lemak, maka untuk makan tengah hari tak perlu lah masak....besss nyaa!!...Dan che mat pun kemas2 lah dapur. Kat dalam bakul tepi sinki ada pisang montel 3 biji, kejap tolak ke kanan, kejap ke kiri, haishh...rasa risau pulak sebab tengok ala2 menyemakkan kawasan aje..Ok, takpe...tengok jam pun belum masuk Zohor lagi waktu tu, jomm kita buat tak senonoh sama pisang montel 3 biji tu, siapp lah nko pisang...aku kerjakan kejap lagi. Buka peti sejuk, keluarkan bahan2 yang sepatutnya. Pisang tadi che mat bogelkan dan aku hempuk dengan alat penekan daging burger, sampai hancur....errr apa eks orang putih panggil alat tu...potato masher kan?...yelah agaknya, tak kuasa nak google...

rsz_apam_pisang_tembam1
Ok, lepas berlakunya adengan ranjang antara bahan2 tadi dan beberapa ketika kemudian, terjadilah apam pisang tembam merekah...selamat dah pisang tadi, dari menyemak terus jadi benda sedap...hehe, suspen eks ayat2 che mat guna, macam lucah aje kan...apa2 pun itu terpulang pada cara anda berfikir, kalau ke arah lucah, lucah lah jadinya, kalau ke arah yang betul, maka ia akan bermaksud betul. Menghasilkan 12 biji apam pisang saiz sederhana seperti anda lihat dalam gambar. Pada che mat apam pisang elok dibuat dalam bekas individu agar senang nak makan dan nampak kemas. Kalau buat dalam loyang pun boleh, cuma leceh sikit lah kan nak potong2 bagai. Kalau suka nak makan sama kelapa parut pun boleh, tapi che mat malas nak parut kelapa, makan aje macam tu...sudahh!!....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
170 gram pisang montel (kurang lebih 3 biji)
1/4 cawan gula perang
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh garam
1 cawan tepung gandum
100 ml minyak jagung (atau minyak sayuran)
1 biji telur gred A
Beberapa titik esen pisang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukus, balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Pisang dilecek bersama garam dan soda bicarbonate hingga lumat. Ketepikan. Dalam mangkuk adunan, masukkan telur, gula perang dan minyak jagung. Kacau dengan whisk hingga berkrim dan gula hancur.
  2. Masukkan pisang lecek, gaul rata dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Rehatkan 10 minit. 
  3. Kemudian isikan ke dalam acuan apam yang telah disapu sedikit minyak (atau che mat guna bekas aluminium seakan2 muffin cup dan che mat alas dengan paper cup bersaiz sederhana) dengan adunan 3/4 penuh. Buat hingga siap.
  4. Kukus selama 15 minit dengan api kuat untuk mendapatkan apam yang merekah permukaannya. Sejukkan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut yang digaul sedikit garam atau dimakan begitu sahaja.
CATATAN MAT GEBU :- Selain pisang montel, anda boleh ganti dengan pisang embun atau pisang emas. Dan untuk memudahkan cara, anda boleh timbang pisang tadi sebelum dilecek, pastikan timbang pisang yang tanpa kulit. Kalau anda kukus guna loyang, tempoh mengukus lebih lama kurang lebih 35 minit....Selamat mencuba!!


Friday, December 13, 2013

BENDI GORENG TELUR CILI PADI...

rsz_bendi_goreng_telur_pedas
Salam semua, masakan yang mudah2 dan ringkas saja di blog che mat. Sesuai untuk yang baru nak berjinak2 ke dapur. Anda suka makan bendi?..Tau kah anda bendi atau biasanya dipanggil kacang bendi bersifat alkaline dan ini boleh membantu menuetralkan asid dalam badan. Di samping itu bendi juga dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah serta mengelakkan sembelit. Kebiasaanya bendi dicampur dalam masakan asam pedas atau kari dan ada juga suka direbus saja. Dalam resipi orang peranakan baba nyonya turut terdapat resipi kerabu bendi atau sambal bendi yang sungguh menyelerakan. Hari ni che mat buat satu menu ringkas berasaskan kacang bendi yang pasti anda pernah buat juga. Bendi goreng telur cili padi ini agak pedas dan kalau tak nak guna cili padi, boleh guna cili merah atau cili hijau biasa, ok kalau anda nak resipi, boleh lihat dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 batang bendi muda, saiz sederhana, cuci dan hiris serong
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang  putih
10 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (kurang lebih 2 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata. Masukkan benda, gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga benda lembut (boleh tambah sedikit air jika perlu).
  2. Tuang telur pada keliling bahagian bendi goreng, bila kelihatan kental, gaul rata2. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas..

LEMAK TEMPOYAK IKAN AIR TAWAR...

rsz_lemak_tempoyak_ikan_sungai
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Hari ni che mat masak ikan sungai atau ikan air tawar atau fresh water fish kata omputeh. Ikan sungai yang che mat guna jenis ikan 'terebol', tau2 ajelah musim2 hujan ni kan paras air sungai naik dan ada yang pasang jaring untuk mendapat ikan. Bonda amat suka ikan sungai yang dimasak lemak tempoyak. Kalau ada petai, anda boleh masukkan sekali dan sudah pasti gulai anda jadi lebih enak dan beraroma. Satu nak kasi tau, ikan air tawar punya tulang yang banyak dan berselirat, jadi bonda selalunya akan goreng dulu sebelum dimasak. Dan che mat sendiri suka style macam ni, ikan digoreng sedikit agar mudah untuk dimakan dan ikan tidak hancur bila dimasak. Bagi anda yang tak makan ikan air tawar atau ikan sungai, boleh lah guna ikan yang biasa anda makan....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan terebol bersaiz sederhana (sejenis ikan air tawar)
3 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
350 ml pati santan
1 1/2 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, bilas dan cuci bersih. Kemudian lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Masukkan bahan tumbuk halus ke dalam periuk bersama tempoyak dan serai titik. Tuang santan cair dan kacau rata. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan asam gelugor. Masak sekejap dan jika perlu boleh tambah sedikit air. 
  3. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..

Thursday, December 12, 2013

KOBIS MASAK LEMAK PUTIH..

rsz_kobis_masak_lemak
Yang simple2 itu menjadi pilihan. Bukan apa, ada masa che mat sendiri buntu dah nak masak apa. Yelah kena ambik kira selera orang lain juga untuk mengelakkan pembaziran. Memasak ni, kerja dia sama saja, tak kira anda masak dalam kuantiti yang sikit atau banyak. Kobis masak lemak putih pilihan bonda dan pada che mat resipi tradisi ini amat mudah dimasak dan bila ada menu seperti ini, sambal belacan dan ikan masin atau ikan kering menjadi pendamping utama. Petua untuk mendapat masak lemak kobis yang elok, pastikan anda asing santan cair atau santan kemancar dan pati santan. Santan pekat hanya dimasukkan saat2 akhir sebelum sayur diangkat dan kata bonda guna santan segar yang diperah dari kelapa parut. Untuk rencah che mat guna udang kering, ikan bilis juga ok...terpulang pada anda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji kobis bulat saiz sederhana, hiris, cuci dan toskan
2 keping tempe, dipotong kiub
5 biji cili padi merah thai, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tempe, udang kering, bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk bersama santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan kobis dan gaul rata. Masak sekejap.
  2. Tuang sedikit air jika perlu. Kacau, masukkan soo hoon (toskan) dan cili padi. Tambah pati santan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil sambil dikacau selalu. 
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng... Selamat menjamu selera!!.


Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.