BEN ASHAARI

Saturday, November 30, 2013

MASAK LEMAK PUCUK MANIS SAMA KELEDEK

rsz_pucuk_manis_masak_lemak_sama_keledek
Assalammualaikum, salam semua. Dah malam baru dapat nak update blog. Siang tadi che mat rasa pening kepala sangat2 ditambah dengan kerja2 dapur...huhu, alhamdulillah ni dah ok. Menu yang anda nampak ini che mat masak untuk makan tengah hari siang tadi. Yang ringkas sahaja, ini pun atas permintaan bonda dan Bak memang suka pucuk manis masak lemak sama keledek. Che mat pun kalau boleh dah malas nak upkan entri yang sama, tapi anda sedia maklum lah kan blog DTS ni memang untuk menu2 harian. Jadi dah tentu lah masakan2 mudah untuk disediakan dan lebih ke arah menu2 tradisi. Bukan takde menu2 fusion seperti spaghetti dan sebagainya, ada..cuma che mat tak selalu bikin. Satu yang bess kalau masak macam ni, cukup ada sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng...kerja pun senang.. Resipi mudah, cuma mungkin tak sama gaya che mat masak dan anda masak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk manis
3 biji ubi keledek, saiz sederhana (kalau besar guna sebiji)
5 tangkai kacang panjang
1 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1.2 liter santan cair
350 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan pucuk manis dari batangnya, cuci dan toskan. Keledek dikupas, kemudian dipotong berbaji dan direndam. Kacang panjang dikerat pendek. Udang kering ditoskan, perah dan tumbuk hancur. Ketepikan.
  2. Toskan ubi keledek, masukkan ke dalam periuk bersama2 bawang besar hiris, bawang putih, udang kering dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga keledek 1/2 empuk, masukkan kacanng panjang. Sementara itu ramas pucuk manis, kemudian masukkan ke dalam periuk. Jika kurang kuah, tambah sedikit air. Kacau rata.
  3. Bila pucuk manis lembut, tuang pati santan, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng...


SELAMAT HARI LAHIR BEN ASHAARI...

Pantas masa berlalu, begitu juga dengan usia...Hari ni hari lahir sahabat, jiran dan 'saudara' che mat...Ben Ashaari...Kami seusia namun dia lebih muda dari che mat dari perkiraan bulan. Alhamdulillah dia seorang sahabat/jiran yang begitu memahami, baik budi perkerti dan yang paling bagus, dia amat menghormati sahabat handai. Bukan pujian kosong tapi dia sudah membuktikannya..

Saya doakkan kesejahteraan hidup Ben sekeluarga (terutama anakanda Qhaliff Iman), dimurahkan rezeki, senantiasa diberi ketenangan. kesabaran dan kelapangan hati. Moga cita2 Ben menjadi blogger yang berjaya akan menjadi kenyataan satu hari nanti...insha Allah....Terima kasih atas segala kebaikkan Ben pada saya selama ini....Selamat hari lahir Ben Ashaari...

Sabtu, 30hb November 2013, 12.00 am

Friday, November 29, 2013

PERIA KAMBAS GORENG TELUR BERTAUCO

rsz_peris_kambas__telur
Salam Jumaat semua. Hari ni masak ringkas, che mat goreng ikan kembong, lepas tu nak makan berulamlan bawang besar tambah kicap dam cili padi yang dipatah2kan. Tapi ada pula permintaan peria kambas goreng sama telur, dan che mat masukkan sedikit tauco yang telah ditumbuk lumat sama bahan2 perencah. Peria kambas yang che mat guna ni bersaiz sederhana. Kalau anda suka, boleh juga dicampur dengan udang segar. Tapi che mat guna ikan yang ditumbuk...errr mana eks ikan bilis dia, boleh tak nampak pulak, terover horse power leeer tu,menumbuk sampai hancur. Bila anda guna tauco, pastikan anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam. Lagi satu che mat guna juga sedikit sos tiram, yang tu pun dah ada garam juga, jadi pandai2 lah anda adjust, ok...Resipi memang mudah, seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peris kambas saiz sederhana
1 camca teh sos tiram
1/4 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
Garam jika perlu

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 camca teh tauco
1 camca besar ikan bilis, dibersihkan dan rendam 10 minit, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria kambas dibelah 2, kemudian buang bahagian dalamnya, hiris serong sederhana tebal dan rendam dalam air yang dicampur sedikit garam selama 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air, kacau dan bila mendidih, masukkan peria kambas. Kacau dan masak hingga peria lembut.
  3. Kecilkan api, tuang telur pada keliling kuali, bila telur kelihatan kental sedikit, gaul rata dengan peria. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.


Thursday, November 28, 2013

BETUL KE INI MAKANAN TRADISI ORANG JOHOR?...

Salam semua....hmmm pening juga kepala, bila ada yang tanya "che mat betul ke ini makanan orang Johor?"...kadang2 kan che mat nak jawab pun sampai tatau, senang cakap macam ni lah. Makana tradisi Johor (tak kesah korang orang negeri mana sekali pun)..ialah makanan yang biasa kita lihat mak atau mak tok kita masak, buat, dan hidangkan. Bila ke majlis2 kenduri kendara pulak kita akan dapat lihat kepelbagaian menu2 asli orang Johor, seperti nasi beriani gam, ayam masak merah, daging beriani, telur pindang dan manisan2 seperti halwa maskat, kuih kacau, harissa dan sebagainya. Walaupun ada pengaruh dari pendatang2 seperti orang Arab dalam masakan Johor, tapi ia telah sebati dan menjadi hidangan sejak berkurun2 lamanya.

Makanan tradisi juga berkait rapat dengan sejarah dalam sesebuah negeri. Paling senang Laksa Johor, style memasaknya agak rumit, dan kuah mesti sedikit pekat kerana ia akan dimakan bersama spaghetti, ada kat negeri lain makan laksa ber 'mi' kan spaghetti?..takde kan?..Jadi ia membentuk satu makanan beridentitikan Johor....dan dari segi sejarah pulak yang che mat tau, kerana Sultan Johor ketika itu beristerikan wanita Inggeris, maka diolah laksa Johor, mi nya spaghetti dan dimakan menggunakan tangan.. Tidak menjadi masalah sebenarnya, jika anda faham dan  sudi ambil tau serba sedikit pasal makanan tradisi negeri Johor dan negeri anda sendiri..

Baru2 ni diblog ini, ada satu entri dimana Tunku Puan Pahang mengisytiharkan sambal hitam dengan nama Sambal Pahang....kenapa ia diberi nama sambal Pahang?..Sebab keunikkannya sambal itu sendiri yang tiada di negeri2 lain. Sebenarnya bila ada blog2 masakan dari pelbagai lapisan generasi dan berasal dari pelbagai negeri, ia satu kelebihan yang cukup bernilai. Mana taknya, banyak yang tak tau jadi tau, yang kurang pasti jadi lebih jelas.. Walaupun ada yang rasa ini isu lapuk, isu terpinggir, tapi tidak pada che mat...makanan tradisi ialah warisan bangsa kita...

SAMBAL SOTONG KEMBANG KACANG TANAH...

rsz_sambal_sotong_kacang_tanah
Assalammualaikum, dah makan tengah hari?...Hari ni nak berkongsi dengan anda satu resipi mudah tapi sedap....Boleh caya ke sedap?...Insha Allah, kena cuba masak dulu, kemudian baru tau rasa dia sedap ke tidak. Pernah dengan sambal sotong kembang kacang tanah?...Resipi ini mungkin biasa bagi orang2 Johor, dan che mat tak pasti lah bagi negeri2 lain, mungkin ada juga. Satu lagi, resipi macam ini biasanya kita akan guna sotong kembang. Kalau sotong segar tu mungkin boleh juga, tapi sebab che mat tak bisa makan sotong segar nanti kegatalan lhooo..haha, heyyyy!! bukan sebab aku belum baik bersunat lahh!!...hamboiii kan main yeaa. Ok, che mat guna 2 ekor sotong kembang bersaiz sederhana. Sotong kembang anda tak perlu potong kecil sangat, potong pada saiz sedang2. Selain sedap dimakan bersama nasi, ia juga enak kalau anda gandingkan bersama nasi impit atau ketupat...Resipi seperti berikut...pstt kalau nak masak guna ketam pun boleh seperti di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor sotong kembang saiz sederhana
1 biji bawang besar didadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, cincang haus
3 camca besar sos tomato JALEN
2 camca besar sos cili JALEN
1 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk hancur
1 cawan air
1 1/2 camca besar gula atau secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 biji buah keras, hiris
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci belacan, dibakar
4 biji cili merah
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dipotong pada saiz sederhana (tak perlu kecil sangat), kemudian rebus selama 2 minit dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing, tambah sos cili dan sos tomato. Kacau dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan bila mendidih, masukkan kacang tanah, gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan sotong kembang dan gaul rata. Masak dengan api kecil hingga kuah pekat dan sotong lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau roti..Kalau anda nak gantikan sotong dengan udang juga boleh..

Wednesday, November 27, 2013

CROISSANT TUNA SANDWICH...OK TAK?...

rsz_croissant_tuna_sandwich_lagi
Salam semua, oleh kerana entri relek2 aje hari ni di blog DTS, jadi che mat nak bercerita sikit lah...errr, kata aje sikit tau2 kang panjang berjela. Sandwich yang ni che mat buat pagi tadi, guna croissant yang beli di Tesco. Kadang2 ada yang tanya che mat, tak pernah ke buat croissant?...Bukan che mat takmo buat, tapi proses membuatnya agak rumit sedikit. Dan kalau makan pun bukan lerr sampai 4-5 ketul, paling2 pun 2 biji. Tapi kan, kat Tesco pun ada masa saja dia jual murah, kalau tak, boleh tahan gak cekik darah harga dia, 4 biji croissant RM 6+, kalau masa offer terus jdi RM 3.99!!...Kalau orang yang kurang duit macam che mat ni, memang kena berkira2 nak membeli, maklumlah barang sekarang ni kan mahal. Harga2 barang naik pun tak sikit2, terus mendadak. Mereka yang tak belanja barang dapur kurang tau, bagi2 yang biasa, pasti terasa. 

Croissant tuna sandwich yang mudah dibuat, sayur2 tu seperti sandwich biasa, dan anda boleh abaikan mana yang anda tak suka, tapi pada pendapat che mat, sandwich ini boleh dikatakan  hidangan seimbang dengan sayur2 dan sumber protein. Buatnya amat mudah, hanya toskan minyak dari 1 tin kecil ikan tuna, lepas tu anda cincang sebiji bawang holland, masukkan ke dalam mangkuk bersama ikan tuna, sedikit jus lemon dan 2 camca besar mayonnaise, kalau suka boleh letak sedikit lada hitam serbuk. Kacau rata. Ketepikan.

Roti croissant anda belah dua, susun daun salad, kalau anda nak guna keju, susun keju, kemudian letak bancuhan tuna, hias dengan timun, tomato dan hirisan jeruk gherkin. Letak bahagian atas croissant, kemaskan dan boleh dihidang untuk sarapan atau bila2 masa anda rasa nak makan. Bukan susah mana yea tak. Kadang2 masa mengekang kita dari melakukan benda2 macam ni, tapi kalau ada masa buat lah sendiri dan pasti ada kelainannya....Selamat mencuba!!...

SINGGANG REBUS IKAN SENANGIN...

rsz_singgang_ikan_senangin
Singgang ikan aje lah hari ni. Ehhh, lupa pulak, assalammualaikum, salam sejatera semua...tuu diaa, macam pembukaan parlimen dah. Hari ni memang che mat nak masak yang simple dan jenis tak banyak karenah... tapikan, sebenarnya ada gak masak yang agak cerewt, yang tu kita cerita dalam entri lain yea.. . Lagi pun bonda nak makan yang ringan2 saja. Che mat rasa singgang amat sesuai, sebab cuaca tak menetu macam sekarang ni, kalau nak makan gulai2 atau yang bersantan, rasa muak pulak. Che mat guna 5 ekor ikan senangin saiz kecil, kalau anda nak guna ikan tenggiri, kembong dan lain2 juga boleh, takda pantang larang, cuma lain jenis ikan akan beri rasa lain pada kuah singgang anda. Ikan tongkol pun sedap dibuat singgang...Kalau anda kurang sihat, atau demam...che mat cadangkan masak singgang ikan macam ni....Resipi mudah sangat, campak2 aje lepas tu siap dahh.

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan senangin saiz kecil (kurang lebih bersaiz 2 1/2 jari)
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris 3 dan diketuk
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1/2 camca besar pes asam jawa (atau 2 keping asam gelugor)
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis 
Garam secukup rasa
Secubit serbuk perasa
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan hirisan bawang besar, halia, bawang putih, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk. Kacau rata dan masukkan pes asam jawa (atau asam gelugor), kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Tambah ikan, kiub ikan bilis, cili merah dan cili hijau. Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit serbuk perasan. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam2man..


Tuesday, November 26, 2013

ROTI PRATA TAMPAL TELUR....

rsz_roti_prata_tampal_telur
Simple sangat entri che mat yang ni, tak perlu resipi pun anda boleh buat. Ini sebagai idea untuk anda lebih kreatif. Rasanya dah banyak resipi olahan roti prata dalam blog DTS ini. Pagi tadi che mat saja lah panaskan roti prata jenama KAWAN, plan nak cicah kuah asam pedas ikan pari yang che mat masak semalam. Masa buat tu, tiba2 terpandang telur yang che mat beli semalam, terus idea nak buat roti prata tambal datang. Sebab apa che mat kata tak perlu resipi, sebab ia amat mudah, yang penting anda ada roti prata segera macam che mat guna ni, telur ayam dan sedikit garam. Kalau anda nak tambah bawang besar yang dicincang pada telur tu pun boleh juga. Selain kuah asam pedas, ia juga amat2 sesuai dengan dalca, sambal tumis atau kari ayam dan daging...semua boleh. Satu lagi prata tampal telur ni tak kira waktu untuk anda nikmati, pagi, hingga waktu malam pun sesuai. Che mat tulis serba ringkas cara2 nak buat dia...

BAHAN-BAHANNYA :-) 
1 - 2 keping roti prata instant jenama KAWAN
1 - 2 biji telur
1 biji bawang besar, cincang halus
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka
Kuah asam pedas, kari, kuah dhal atau sambal tumis untuk mencicah

CARA MENYEDIAKANNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan saiz 8 inci dengan sedikit minyak. Masak prata instat tadi hingga perang kedua2 bahagian, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam pan yang sama masukkan sedikit minyak, pecahkan telur dan kacau sedikit, kemudian tabur 1/2 bahagian bawang besar dan sedikit serbuk lada hitam (jika suka). Masak dengan api kecil hingga permukaan telur nampak kental.
  3. Letak roti prata yaang telah dimasak tadi atas telur, tekan2 sedikit dengan sudip agar ia melekat. Masak dengan api kecil 1 minit, kemudian terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai dan hidangkan..

IKAN TENGGIRI MASAK KICAP BEREMPAH..

rsz_ikan_tenggiri_masak_kicap1
Hari malas memasak?...Macam tu lah mood che mat, ada masa ok, ada masa ke laut. Tapi sebagai memenuhi tanggungjawab, che mat masak juga sebenarnya, cuma menu yang begitu ringkas dan senang. Ada seekor ikan tenggiri papan, plan asal nak goreng bercili, tapi tiba2 jadi masak kicap berempah pulak...macam mana tu?...Tak kesah lah jadi apa sekali pun janji boleh makan dan sedap...itu yang utama. Selain tu che mat masak jug tumis air petola bantal. Selain ikan tenggiri, anda boleh guna apa jua ikan yang anda suka, tapi pastikan anda goreng ikan tadi tidak terlalu garing, embal2 sudah memadai. Menu seperti ini juga enak dimakan bersama bubur nasi atau nasi yang dimasak lembut....Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tenggiri papan saiz sederhana
Sedikit garam dan serbuk kunyit
8-10 biji tomato ceri
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji cili merah, hiris serong memanjang
1 biji cili hijau, hiris serong memanjang
1 biji bawang besar, potong bulat dan leraikan
1/4 cawan kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
1/4 camca teh cuka makan JALEN
1 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tenggiri dipotong pada beberapa bahagian, cuci bersih dan toskan. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Masukkan kicap lemak manis, kicap pekat dan air. Kacau rata.
  3. Tambah ikan, bawang besar dan leek (toskan), kacau dan masak hingga pekat. Masukkan hirisan cili merah, hijau, tomato ceri dan cuka makan. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...



Monday, November 25, 2013

AYAM CENCALOK NYONYA MELAKA...

rsz_ayam_cencalok_nyonya_melaka
Ayam cencalok nyonya Melaka?...Simbolik sangat kan nama masakan ni, sebenarnya che mat dah beberapa kali buat dan ia tidak menjemukan. Makan dengan nasi panas aje pun sudah cukup mengasyikkan. Nampak macam aneh, tapi rasanya memang sedap...yang tak makan cencalok pun ada tu tidak menolak bila dihidangkan. Resipi asal dari chef nyonya yang che mat hormati, siapa lagi kalau bukan Chef Florence Tan yang awet muda sentiasa. Dan sebagai menghormati beliau, che mat tambah "Nonya Melaka" depan nama "Ayam Cencalok" tu. Pertama kali che mat buat dulu dan terus rasa suka, ini antara resipi yang harus dipelihara kerana keunikkannya. Buat pun tidak lah susah mana. Walaupun ia menggunakan cencalok, tapi dari segi rasa, tidaklah kuat mana rasa cencalok. Bagi anda yang suka pedas, anda boleh ketukkan 3-4 biji cili padi. Che mat hanya guna cili merah dan hijau. Masakan seperti ini anda harus berhati2 dalam penggunaan garam, sebab cecalok memang sedia kala masin...Ok, che mat tulis resipi ayam cencalok nyonya Melaka. Sebelum tu, kita kasi pantun satu rangkap dulu...

PANTUN GURINDAM SENI PUSAKA,
MAKSUD YANG ELOK SIMPAN DI DADA,
AYAM CENCALOK NYONYA MELAKA,
MASAKNYA MUDAH PANTANGNYA ADA.

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram dada ayam, hiris memanjang, cuci dan toskan
8 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1, buang biji dan hiris serong
1 biji cili hijau belah 2 setiap 1, buang biji dan hiris serong
3 camca besar cincalok, toskan dan perah sedikit airnya
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar pes asam jawa (atau 4 biji limau kasturi, perah jusnya)
1/2 cawan air
1 camca teh gula
Garam jika perlu

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan bahan2 tumbuk halus dan tumis hingga wangi, tambah cencalok dan pes asam jawa. Kacau rata. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan daun limau purut, bawang merah hiris, cili hijau dan cili merah. Kacau rata dan masukkan gula. Masak hingga pekat, rasa dan jika perlu baru masukkan garam secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan lauk2 lain..

ASAM PEDAS IKAN PARI SAMA NENAS...

rsz_asam_pedas_ikan_pari_sama_nenas
Assalammualaikum, salam semua. Asam pedas lagi...hehe, apa nak buat dah mengidam sejak semalam nak makan asam pedas ikan pari. Dan semalam che mat beli ikan pari dalam 1 kati atau 600 gram kurang lebih macam tu. Mula2 ingat nak letak sawi jeruk, tapi sebab ada nenas lebih elok letak nenas, Bila masak asam pedas, banyak faktor yang membuatkan asam pedas kita jadi sedap (insha Allah), selain ikan segar, bahan2 mentah lain seperti rempah ratus juga harus yang elok. Kalau anda guna cili kisar, lebih elok kisar cili yang baru untuk masak asam pedas. Kalau guna cili kisar yang sudah 4-5 hari, rasa dia agak lain, walaupun cili tadi anda telah masak sedikit untuk mengelakkan ia rosak. Herba2 seperti bunga kantan, daun kesom dan sebagainya boleh menambah keenakkan asam pedas, tapi ia bergantung juga pada yang hendak memakannya, kerana ada yang kurang suka dengan bau herba2 tadi. Biasalah kan manusia ciptaan Allah tak semua sama citarasa, kena terima hakikat itu...Akhir kalam, memasaklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang....Jomm masak!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari (kurang lebih)
1/2 biji nenas Sarawak
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca teh lada hitam kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, yang telah dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dibersihkan, perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas, kemudian buang empulurnya. Hiris sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Kacau selalu dan guna api kecil.
  3. Masukkan nenas, dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter atau secukupnya). Kacau dan bila mendidih, masukkan ikan. lada hitam kisar dan bunga kantan. Biar mendidih perlahan.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matika api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.


Sunday, November 24, 2013

KEK CHIFFON PISANG...

rsz_kek_chiffon_pisang

Assalammualaikum, salam Ahad....grrrr...sakit leher ni, mungkin salah bantal agaknya...eerr ke salah posisi eks?..sian bantal, tak pasal2 dia yang salah walhal sendiri yang tidur lasak. Tapi memang sakit lah, rasa sengal, kalau che mat toleh ke kenan, dengan badan2 sekali ikut ke kanan..huhu, tak selesa sangat. Dan kalau nak ikutkan rasa tak selesa, satu kerja pun tak boleh buat. Takpe2..che mat kuat...yearghh!!...Pagi tadi che mat selesai kan projek untuk JALEN dulu, nak tau apa resipi untuk akan datang untuk JALEN?. Kena tunggu Selasa ni ok. Dan sebab che mat masak menu ringkas aje, maka dengan merajinkan diri walaupun leher aku keras macam robot, che mat bikin kek chiffon pisang....ehemm, rajin kan che mat tu...hehe....

rsz_kek_chiffon_pisang1
Mula2 nak buat kek pisang biasa, tapi macam bosan pulak. Lepas tu che mat google2 cari resipi kek chiffon pisang paling senang, dan terjumpa kat satu blog ini, dan nampak menarik. Bahan2 pun simple aje. Sebab senang, che mat pun 'on' lah buat. Lepas tu jadi lah seperti anda nampak. Kek ni bila masak memang dia mengecut sedikit tapi yang bessnya ia lembap dan lembut, kalau gigi kurang macam che mat ni pun takde masalah nak makan, nko masuk dalam mulut, hembapkan lebih kurang , takde gigi, guna gusi pun boleh, lepas tu telan...laju aje masuk tak sangkut, tapi dengan syarat makan sikit lah yea, jangan dihongges seketul besau tu, mau tercekik buntang bijik mata...Ok, kalau kat rumah ada pisang yang nampak macam tak laku, jomm terai buat kek chiffon ni...

BAHAN-BAHAN A :-)
80 gram tepung kek
15 gram gula kastor 
3 kuning telur gred A
35 gram minyak sayur (che mat guna minyak jagung)
45 gram susu segar
240 gram pisang, che mat guna pisang montel (tanpa kulit)
Secubit garam

BAHAN-BAHAN B :-)
4 putih telur gred A
40 gram gula kastor
1/2 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan tin chiffon cake berukuran 9 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan, tak perlu disapu dengan mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu mangkuk, satukan bahan2 A, kemudian kacau dengan whisk hingga semua sebati, licin dan berkrim. Pastikan ia tidak berbinti2. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan laju. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis, tambah cream of tartar dan terus memutar hingga putih telur kental. Ketepikan
  4. Ceduk 1/3 bahagian putih telur dan gaul rata dalam adunan no. 2, kemudian cedok 1/3 lagi dan gaul lagi dan di akhiri dengan baki putih telur, gaul hingga rata dan sebati. Gunakan kaedah kaup balik. 
  5. Tuang dalam tin chiffon, ratakan dan bakar 55 - 6o minit atau hingga masak (bila anda uji dengan mencucuk lidi sate bersih ke dalam kek dan keluarnya bersih, itu tanda kek telah masak). Keluarkan dari oven dan terus terbalikkan tin chiffon. Biar kek sejuk dalam tin dengan keadaan tin terbalik.
  6. Sisip tepi kek dengan pisau kecil, tanggalkan dari tin, kemudia sisip pulak bahagian bawahnya. Keluarkan kek, letak dalam pinggan sesuai dan boleh hidangkan untuk minum petang..


Saturday, November 23, 2013

SOTONG TIN TUMIS HALIA...

rsz_sotong_tin_goreng_halia
Salam semua, ada yang heran kenapa lah che mat ni kerap sangat masak sotong dalam tin, kejap sambal tumis sotong tin, kang sotong tin masak kicap, yang ni pulak sotong tin tumis halia. Sebenarnya che mat alah makan sotong segar, kalau makan nanti gatal, jadi macam seram nak makan, tapi bila makan sotong dalam tin, alhamdulillah, ok pulak, tak gatal, menten aje. Jadi che mat pun guna lah sotong dalam tin untuk masak. Ini satu hidangan yang cepat dan kalau anda kesuntukkan masa, sotong dalam tin pilihan tepat. Nak pelbagaikan pun boleh, tapi paling ringkas, masak macam che mat tu. Kalau ada kacang panjang atau kacang buncis, masukkan sekli, nak pedas, nko henyakkan cili padi 4-5 butir, kasi masuk, kan senang. Makan dengan nasi panas2 tak yah lauk lain dah. Ada juga yang tanya che mat, sotong tin jenama apa yang che mat guna, selalunya jenama REX saja yang pernah jumpa, jadi guna yang tu aje, tin dia kaler oren. Harga sekitar RM 8.50 - RM 10.90 bergantung pada kedai yang menjualnya....Ok, jomm kita memasak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sotong dalam tin jenama 'REX'
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1 biji lada merah, hiris serong
1 biji lada hijau, hiris serong
12 tangkai kacang buncis, kerat pendek
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan sotong dari kuahnya, sotong dipotong pada saiz sederhana. Ketepikan. Dalam kuali, panaskan minyak (kurang lebih 2 camca besar). Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili merah dan hijau. Kacau rata.
  2. Tambah sotong, kacang buncis dan bawang besar. Gaul rata dan tuang kuah sotong yang diasingkan tadi. Masak hingga mendidih. Perasakan dengan sedikit garam, jika perlu. Masak hingga kacang buncis dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangan bersama nasi putih dan sambal belacan.


LEMAK CILI PADI PISANG MUDA SAMA CENDAWAN KUKUR...

rsz_lemak_cili_padi_pisang_mudah_sama_cendawan_kukur1
Assalammualaikum, salam Sabtu....masak apa hari ni, ke anda ada undangan majlis perkahwinan?...Cuaca agak mendung dan che mat sendiri pun rasa macam nak lena aje. Tajuk entri che mat panjang kan main, tu nama resipi hari ini. Bonda yang plan masak menu tradisonal. Dan sebab ia satu masakan yang agak sedap jika dibiarkan semalaman, maka che mat cadangkan masak lebih sedikit hingga esok, jadi esok che mat tak yah masak beriyea dan bolehlah 'on' projek sendiri...ehem...bijak tak?..bijak tak?..bijak kann....hehe..Seperti anda semua tau che mat lebih suka menggunakan isi atau tulang ikan masin kurau sebagai perencah menu2 seperti ini. Terpulang pada anda nak guna ikan masin jenis apa, tapi pastikan ia tidak mudah hancur. Disebabka gulai ini agak banyak (bonda guna 1 tandan kecil pisang muda), che mat guna 2 biji kelapa yang diparut untuk mendapatkan santan pekat dan santan cair. Resipi che mat akan tulis untuk masak 2 sisir pisang muda. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 sisir pisang muda (che mat guna pisang emas)
1 1/2 cawan cendawan kukur, direndam
2 keping asam gelugor
3 batang serai, diketuk
5 - 6 ketul tulang ikan masin kurau, cuci dan rendam 30 minit
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
35 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang muda dicuci bersih, siat sedikit kulit luarnya, dan kerat serong sederhana tebal, rendam dalam air bersama 1 keping asam gelugor. Buat hingga siap. Kemudian rebus pisang tadi sekejap (anggaran 2 minit) dan toskan (buang asam gelugor). Cendawan kukur direndam, dan bersihkan. Tos dan perah, kemudian tumbuk sedikit, tak perlu sampai hancur, cuma memar2kan sahaja. Ketepikan.
  2. Masukkan pisang, cendawan, serai yang dititik dan bahan kisar halus ke dalam periuk. Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan dan masak hingga mendidih. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air.
  3. Bila cendawan lembut, masukkan asam gelugor dan pati santan. Kacau dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (atau anda boleh guna serbuk perasa jika suka). Biar mendidih dengan api perlahan dan kacau sentiasa untuk mengelakkan pecah santan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...Lebih sedap dimakan setelah dibiarkan beberapa jam...

Friday, November 22, 2013

RESIPI KUE TEOW HAILAM PALING MUDAH...

rsz_kue_teow_hailam_ringkas
Petang semua, assalammualaikum. Hari ni che mat tak masak sangat, tadi kat FB dan IG, adalah juga post gambar telur dadar. Yang tu tak perlu buat entri blog lah kan, benda senang sangat nak buat. Dan che mat sebenarnya ada gak masak kue teow hailam. Serius resipi yang akan anda lihat nanti amat senang dibuat dan bahan2 dia pun tidak lah banyak. Kue teow ini sebenarnya baki dari kue teow dulu tu, kan macam pernah che mat cerita, kat rumah yang suka makan kue teow tak ramai, Bak agak kurang gemar, tapi che mat suka. Tu yang kalau masak cuma masak sekadar yang perlu sahaja. Bakinya simpan dalam freezer, kalau nak guna panaskan dalam microwave dan boleh guna untuk digoreng atau masak ikut resipi kegemaran anda...

rsz_kue_teow_hailam_ringkas1

Nampak macam bess tak?...macam bess kan..kan...takkan lah tak bess, yea tak, dah tentu che mat yang masak. Kue teow hailam sedap dimakan panas, sebab kalau dah sejuk kue teow akan kembang dan agak kurang sedikit, tapi masih ok. Che mat hidangkan juga dengan cili hijau jeruk dan kalau anda nak buat sendiri, boleh rujuk resipi di sini. Hidangan yang anda nampak ni untuk 2 orang makan, tapi kalau anda lapar tahap naga bertapa, sorang pun boleh licin....errrkkkkkk....haa...hambek!!, terus sendawa... Ia sesuai dihidangkan tak kira masa, pagi, tengah hari, petang atau malam....Kalau anda nak mencuba, che mat tulis resipinya seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam kue teow, cuci dan toskan
1 camca teh kicap masin
Beberapa titik minyak bijan
8 ekor udang saiz sederhana, asingkan kulitnya
1/2 cawan hirisan daging ayam, cuci dan toskan
1/4 bahagian traffic light capsicum saiz kecil, dipotong kecil
1 kelopak kubis bulat, potong kecil, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 cawan air
1 camca besar sos lada hitam
2 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili hijau jeruk, untuk dimakan bersama kue teow hailam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kulit udang tadi dengan 3 cawan air selama 10 minit, kemudian tapis dan asingkan air rebusannya. Sementara itu, panaskan kuali, bila kuali betul2 panas, masukkan kue teow, kicap cair dan minyak bijan. Kacau pantas hingga semua mesra. Alih kue teow ke dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak, tumis bawang putih hingga harum. Masuk daging ayam, masak hingga daging ayam berubah warna. Tambah sos lada hitam, sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau rata.
  3. Masukkan udang, kacau dan tuang air rebusan kulit udang tadi. Kacau dan bila mendidih, masukkan trafficlight capsicum dan kobis. Kacau dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Tuang kuah atas kue teow, tabur hirisan daun bawang dan hidangkan bersama cili hijau jeruk. Sedap dimakan panas2...Selamat mencuba!!..

Thursday, November 21, 2013

RUSTIC WHOLE MEAL BUN....

rsz_rustic_whole_meal_bun1_2
Salam semua...tiba2 semalam che mat datang angin rajin nak meroti. Tapi yang ni roti simple guna resipi base untuk pizza, cuma che mat oter sikit kasi dia nampak 'rustic' dan 'country'. Sebenarnya nak buat bentuk bun biasa yang bulat2 gebu tu, tapi tiba2 che mat dapat idea nak kasi dia nampak lagi 'kasar' dan 'ganas. Maka che mat gunting bentuk X atas doh yang telah dibentuk tadi, menarik jugak kan. Roti ini tidak lah selembut roti yang anda biasa makan, tapi lembut juga dan teksturenya lebih kasar, seakan2 roti benggali atau rot bai tapi yang pasti ini bukan diuli dengan kaki...hehe. . Che mat juga campurkan tepung whole meal untuk roti ini, tapi kalau anda takde tepung whole meal tu tak perlu letak lah, guna tepung gandum sepenuhnya....apa?..tepung gandum?...ha ah..roti ni memang che mat guna tepung gandum...

rsz_rustic_whole_meal_bun1_1
Sedap dimakan bersama jem dan mentega, sekali imbas dah macam english scone pulak. Satu yang che mat suka roti ni, ia tak guna telur dan bila anda cicah dengan air kopi, rasanya lebih asli. Kalau yang ada telur pasti anda akan rasa ke'telur'an bila dicicah kopi. Ada juga yang sarankan che mat cicah sambal sardine yang che mat buat semalam, tapi selera lebih pada nak makan dengan jem, mentega dan air kopi. Teknik membuatnya mudah, anda ada 4 cara, pertama boleh guna breadmaker, kedua, guna cake mixer, ketiga, guna food processor (bukan blender yea) dan ke empat, guna tangan. Tapi guna tangan pun ok, sebab tak memerlukan masa yang lama untuk menguli. Asal anda dapat doh yang tak melekat di mangkuk adunan sudah memadai...Ok jomm kita mulakan projek meroti ala2 'country'...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram tepung gandum
50 gram tepung whole meal (boleh beli dikedai menjual bahan2 baking)
2 camca teh instant yeast (mauripan atau sebarang jenama pilihan anda)
1 camca besar gula halus - asingkan 1/4 camca teh
1/4 camca teh garam halus
1 camca teh bread softerner
1 1/2 camca besar madu
20 gram mentega @ majerin
70 ml air suam
100 ml air sejuk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam mangkuk kecil, masukkan instant yeast dan air suam, tambah 1/4 camca teh gula yang telah diasingkan tadi. Kacau rata hingga semua larut. Ketepikan dan biar kurang lebih10 minit hingga yeast berbuih2.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan2 diatas kecuali air dan bancuhan yeast ( no. 1). Gaul hingga semua rata dan sebati, Tuang bancuhan yeast dan gaul. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga adunan menjadi doh yang tak melekat di mangkuk adunan (ada kala air tidak habis digunakan).
  3. Bulatkan doh, lenser sedikit minyak pada mangkuk besar, masukkan doh, kemudian bungkus mangkuk tadi dengan plastik dan perap 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda. 
  4. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, kemudian bagi doh tadi kepada 9 bahagian sama besar (kurang lebih 60 gram setiap satu). Bulat2kan doh dan jika suka boleh buat gunting bentuk X permukaan doh tadi. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega (che mat guna loyang 8 inci x 8 inci x 1 inci). 
  5. Biar naik sekali lagi (kurang lebih 45 minit) dan boleh bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C (che mat guna api bawah sahaja), selama 25 minit atau hingga perang. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan bersama jem dan mentega..

PUYUH SALAI MASAK LEMAK CILI PADI..

rsz_puyuh_salai_masak_lemak_cili_padi
Assalammualaikum, tengah hari tadi che mat masak puyuh salai yang agak lama bertapa dalam peti sejuk. Puyuh salai ini pemberian saudara kami. Memandangkan bonda berpuasa, jadi che mat masakkan untuk beliau berbuka nanti. Kalau masakan seperti asam pedas, kari atau gulai, elok kalau anda masak awal. Sebabnya makin lama ia makin sedap. Rempah ratus semua dah sebati. Mula2 che mat nak campur dengan belimbing buluh, tapi sayangnya belimbing habis dah luruh ke tanah, takda lagi kat pokok, hmm takde rezeki. Jadi che mat masukkan kentang. Kalau ada rebung jeruk pun sedap, alaaaa macam nak kena cari rebung dan bikin jeruk pulak lahh. Kalau takde puyuh salai, anda boleh guna puyuh segar tapi rasa dia tak sama, yang salai, kuahnya lebih harum dan ada beraroma. Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor burung puyuh yang telah siap disalai, cuci bersih
4 biji kentang kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1300 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
30 biji cili padi kampung (tak perlu buang tangkai)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan puyuh salai yang telah dibersihkan tadi ke dalam periuk. Masukkan serai titik dan bahan kisar halus, gaul rata. Tuang santan cair, masukkan kentang dan masak hingga mendidih dan kentang 3/4 empuk.
  2. Tambah asam gelugor, daun kunyit dan pati santan. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (atau anda nak guna serbuk perasa pun boleh). Kacau perlahan dan biar mendidih.
  3. Masak hingga kentang empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Sedap juga dimakan bersama lempeng, roti dan roti canai...


NASI GORENG SAMBAL BELACAN..

rsz_nasi_goreng_sambal_belacan
Morning, selamat pagi dan assalammualaikum. Pagi kan entri che mat hari ni. Maklumlah sebab resipi nasi goreng, maka boleh lah mempercepatkan proses menulis entri. Entri macam ni hanya sebagai penyeri entri sebab buka lah bess mana dan orang kalau tengok tajuk entri aje, jeling pun takmo (tapi sempat pulak tu baca tajuk..). Ini che mat buat untuk mengelakkan nasi yang berlebihan terbuang. Kalau ada nasi yang tak habis waima sesenduk pun, che mat simpan dalam freeze, kalau zaman dulu ada ayam, boleh kasi ayam. Bila dah cukup dalam 3-4 cawan, che mat kasi goreng aje lah. Itu pun tengok juga, jika mendapat persetujuan tukang2 santap, baru che mat goreng, kalau tak, ku simpan lagi. Kalau buat tapi takde yang nak makan, macam mana, last2 aku jugak yang hadap....grrrr... Nasi goreng mudah ni memang cepat dimasak, dan che mat guna sambal belacan untuk kasi perisa dan sedikit pedas. Untuk rencah che mat guna ikan bilis dan isi ayam yang dicarik2 (isi ayam tu pun baki rendang ayam kelantan tempoh hari.). Ok jomm kita goreng nasi!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 kuntum cendawan butang, dihiris
1 camca teh sambal belacan (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
10 tangkai kacang buncis, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap
1 kiub pati ikan bilis
1 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Daging ayam, digoreng dan dicarik, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis ditoskan, perah sedikit dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal belacan dan kacau rata. Tambah kacang buncis dan kacau, masak sekejap.
  2. Tambah cendawan dan kiub ikan bilis(hancurka), masuk ikan bilis goreng dan gaul rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan sedikit minyak dan tuang telur, bila telur nampak kental, kacau hingga hancur. 
  3. Tambah garam secukup rasa, kemudian masukkan nasi. Gaul rata2 dan biar nasi masak dan kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan isi ayam yang dicarik. Hidangkan segera...


Wednesday, November 20, 2013

SPAGHETTI OLIO UDANG?....HMMM...

rsz_spaghetti_olio_udang
Nampak meriah tak?...Tu nasib baik, kalau tak, lagi meriah..silap2 spaghetti pun tenggelam. Biasalah che mat tu memang jenis tak lokek bahan, kalau boleh semua dia nak kasi masukkan sekali. Ini sebenarnya che mat masak pagi tadi untuk sarapan dan apa yang anda nampak ni che mat makan berdua, sama bonda. Yang lain tu tak berapa suka spaghetti2 ni, kecuali laksa Johor. Dan yang buat tergerak hati nak buat spaghetti olio ni lepas che mat tengok InstaGram Kak Ida 1001resepi, ada gambar spaghetti angel hair goreng sama meatball...serius menggoda sangat. Dan pagi tadi cari2 gak angelhair takde, tapi spaghetti memang ada. Boleh ajelah kan...Resipi memang mudah cuma che mat guna bahan2 yang mungkin ada di antara anda rasa susah nak dapat, itu tak jadi masalah, anda boleh cuba beli atau tak perlu letak...boleh semua...ok jomm resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak spaghetti
1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning)
6 - 7 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
5 kuntum cendawan butang, hiris
6 biji buah zaitun hitam (black olive), kerat 2 setiap 1
10 biji jeruk capers
7 biji tomato ceri, belah 2 setiap 1
2 ekor anchovies dalam tin, cincang halus
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar chili flakes
Sedikit lada hitam kisar
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti dalam air bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada bungkusan dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang holland hingga layu, masukkan bawang putih dan chili flakes, kacau rata dan tambah cendawan. Masak hingga harum .
  2. Masukkan udang, kacau rata. Masak hingga udang berubah warna. Tambah anchovy, tomato ceri, traffic light capsicum, jeruk capers dan buah zaitun. Kacau rata dan masak sekejap hingga bahan2 tadi lembut sedikit.
  3. Tambah spaghetti, gaul rata2. Masukkan lada hitam kisar dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera (kalau suka anda boleh drizzle kan sedikit minyak zaitun atasnya)...





SAMBAL SARDINE SAMA TERUNG DAN TOMATO

rsz_sambal_tumis_sardine_sama_terung
Assalammualaikum....Hmmm, sekarang ni macam tak de sempat aje nak masukkan entri awal2. Bila che mat siAP masak dan photo shooting bagai, tau2 dah masuk Zohor, maklumlah di Johor masuk waktu kan awal. Lepas siap mandi dan solat, che mat akan siap2 meja makan untuk bonda dan lain2 santap. Siap makan dan settle kemas2 baru meja makan dan sapur, baru ada masa nak update blog, masa tu jam dah 2 lebih....huhu.. Tak pelah kan, kita utamakan mana yang penting dulu, blog kemudian2 boleh (tapi pada che mat, blog pun sama gak pentingnya..). Ok entri pertama yang begitu simple...Sambal sardine, dan sebab ada sebiji terung, che mat masukkan, lepas tu korek2 dalam peti sejuk ada 7 biji tomato ceri, ku campakkan juga..kan kita buat dia betul tak. Oh yea che mat masukkan juga sekuntum bunga kantan untuk menambah aroma...jangan ada yang mandai2 tambah bunga rose pulak yea dalam sambal sardine ni..hehe,...Ok, jom che mat share resipi walaupun ia hanya sambal sardine yang sempoi sangat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine cap ayam, asingkan ikan dan sosnya
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji terung ungu, belah 4 dan kerat 3 bahagian, rendam
7 biji tomato ceri
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Secubit belacan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali, toskan terung, kemudian lap kering dengan tissue dapur bersih. Goreng terung hingga lembut. Angkat dan toskan. Dalam minyak yang sama, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan 3 camca besar sos ikan sardine yang diasingkan tadi. Kacau rata.
  2. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Tambah bawang besar, tomato dan ikan sardine. Gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bawang layu. Akhir sekali tambah terung yang digoreng tadi. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2man..


Tuesday, November 19, 2013

RENDANG AYAM 'KELANTAN'...

rsz_rendang_ayam_kelantan

Assalammualaikum...salam semua. Hari ni Selasa kan?...grr, boleh che mat ingat Rabu, hadoi, kenapalah si mat tu.. Anda makan apa ni hari?..Che mat masak rendang ayam Kelantan. Dan resipi che mat dapat dari blog Puan Fauziah Abdul Samad atau lebih dikenali dikalangan blogger dengan nama Kak Jee, di sini. Dah banyak kali juga che mat jeling2 resipi rendang ayam Kelantan ni, macam sedap aje, macam bess aje...macam nak buat aje.. Dari asyik 'macam-macam' manjang, maka hari ni che mat rajinkan diri untuk membuatnya. Bukan nak kata apa rendang ini antara termudah untuk dibuat dan bahan2nya pulak tidak banyak. Bagi che mat lah kan, tiada alasan 'tidak' kalau anda nak cuba membuatnya....

rsz_rendang_ayam_kelantan1
Che mat gunakan ayam pencen atau ayam tua untuk rendang ini. Tapi dalam resipi nanti, che mat tulis ayam biasa lah yea. Kalau anda guna ayam pencen dan untuk mempercepatkan proses memasak, bolehlah anda buat menggunakan periuk tekanan, kemudian keringkan dalam kuali hingga rendang kering (atau tidak berapa kering, kali nak cicah pulut kuning ke, elok rendang yang basah2 sikit). Bagi yang suka pedas, boleh tambah cili padi, sebab Bak tak boleh makan pedas, che mat hanya guna cili merah hidup sahaja. Ok, jom kita lihat resipi dan terima kasih che mat pada Kak Jee, sudi berkongsi resipi rendang ayam Kelantan yang mudah, cepat dan sedap nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (berat kurang lebih 1.4 kg), dipotong pada saiz sederhana
15 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup (che mat tambah)*
10 biji cili merah*(*dikisar halus)
5 helai daun limau purut (kalau saiz daun anda besar, guna 3 helai)
4 batang serai, diketuk
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor (che mat tambah)
2 helai daun kunyit, dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai titik dan bahan kisar halus. Kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut sedikit.
  2. Masukkan pati santan, asam gelugor dan daun limau purut, kacau dan biar mendidih, kemudian kecilkan api dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata.
  3. Bila rendang kering (tapi masih lembap dan bekuah sedikit), masukkan hirisan halus daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi berperisa (seperti nasi minyak, beriani dan sebagainya), nasi impit dan ketupat...Selamat mencuba!!.


Monday, November 18, 2013

SAMBAL TUMIS TELUR PENGANTIN...

rsz_sambal_telur_rebus
Salam semua, errr..alaa...bersememeh aje sambal tu, tu lah kadang2 che mat malas nak ambik gambar kalau dalam masa yang sama perlu uruskan hal lain, apa2 kena cepat..dan hasilnya...arghhh!!...tak puas hati....hmm takpe lah memandangkan hari ni che mat takde masak apa sangat, jadi letak lah sambal tumis telur pengantin. Kan sekarang ni musim orang kawen, semala che mat ke Batu Pahat, rumah seorang kenalan yang mengadakan majlis perkahwinan adik beliau dan dapat telur pengantin okehh....2 biji...hehe, haaaa..tu sapa mula fikir bukan2 tuhh..grrr..Dan kat rumah pulak ada 3 biji telur pengantin, jadi 2 + 3 jadi berapa?...Pandaii...maka 5 biji tu che mat masakkan sambal tumis. Korek2 dalam freezer ada pulak sotong kembang, tapi saiz dia kecil aje. Sebab che mat dah biasa derhaka resipi, maka ku masukkan sotong tadi ke dalam sambal tumis...kan kita yang buat dia, betul tak. Jadilah sambal tumis telur pengantin seperti anda nampak kat atas tu..meriah you!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur rebus, kupas kulitya
1 ekor sotong kembang saiz kecil
1 biji bawang holland, potong bulat dan leraikan
1/2 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Potong kecil sotong kembang tadi dan rebus selama 2 minit, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Tambah sotong dan telur rebus. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (yang ni terpulang samada anda nak sambal manis atau kurang manis). Kacau rata.
  3. Akhir sekali masukkan bawang besar, kacau dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, lempeng, ubi rebus atau apa2 saja yang anda rasa sesuai..


Sunday, November 17, 2013

MASAK LODEH....MAKANAN WARISAN JOHOR

rsz_sayur_lodeh1
Assalammualaikum, salam Ahad...Ke mana hari ni?..Mesti ada yang menghadiri jemputan perkahwinan, betul tak?.. Entri mudah hari ni dan biasa sangat terutama bagi orang2 Johor. Sebenarnya masak lodeh yang anda lihat ini, che mat masak semalam, sebab bonda berpuasa. Dan ada juga ketupat segera disertakan sekali. Memandangkan masa agak terbatas, che mat tak sempat nak menggayakan dengan ketupat untuk dijadikan sajian lontong...huhu. Maka che mat letak resipi sayur lodeh saja. Memang ini benda biasa dan ramai yang tau buat. Tapi tidak semua orang biasa buat. Masakan sebegini lazimnya disajikan pada hari2 perayaan atau bila digadingkan dengan nasi impit/ketupat, telur rebus, sambal tumis dan serunding maka jadilah ia lontong sebagai juadah sarapan pagi (tu kebiasaan bagi orang Johor). Tapi sekarang ni lontong boleh dinikmati bila2 masa, ikut selera. Resipi sayur lodeh yang akan anda lihat nanti tidak lah lengkap sebenarnya....hmmm tempe takde..dan untuk tauhu che mat guna tauhu pok...dan lebih sedap!!...Ok bagi yang nak test masak sayur lodeh, jommm che mat share resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 tangkai kacang bucis ( atau 6 tangkai kacang panjang), kerat pendek
5 biji tauhu pok, kerat 4 setiap 1 (bergantung pada saiz tauhu pok anda)
1 batang lobak merah, saiz sederhana, dipotong jejari
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong jejari
80 gram tauhu kering @ fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 biji terung ungu, dipotong kiub dan rendam
3 keping tempe berbungkus daun, dipotong kiub (tak letak sebab tak de)
1/4 biji kobis bulat, hiris
1 cekak soo hoon, potong pendek, cuci bawah air paip dan toskan (tak perlu direndam)
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1/4 camca teh serbuk kunyit
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit
3 ulas bawang putih

CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), tumis serai dan lengkuas hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan tempe (jika guna). Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan masak hingga bahan2 tadi lembut sedikit. Tambah tauhu kering @ fucuk (toskan). Dan masak sekejap lagi.
  3. Masukkan kacang buncis (atau kacang panjang), sayur kobis dan terung (toskan), tambah juga soo hoon. Kacau perlahan dan jika perlu tambah sedikit air. Bila mendidih, masukkan pati santan dan tauhu pok. Perasakan dengan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi impit/ketupat, telur rebus, sambal tumis/sambal kacang dan serunding.

Saturday, November 16, 2013

STRAWBERRY MOIST CAKE....VERSI DERHAKA..

rsz_strawberry_moist_cake

Tiba2kan che mat jadi blurr, tak tau apa nak tulis..grrrr...apa kah simptom2 untuk menamatkan dunia berblogging sudah makin menghampiri?..hmmm..hanya waktu yang akan menentukan. Bayangkan dari petang tadi che mat menulis entri ini, tak siap2...idea langsung tak mari, dan tatau nak tulis apa. Macam tu lah kadang2 ok, kadang tak ok. Berbalik pada entri kali ini, che mat konon2 oter resipi kek oren marble yang che mat buat tempoh hari. Kebetulan ada stok stoberi dalam peti sejuk, jadi saja2 lah derhakakan resipi tu jadi kek stoberi. Maka dengan berbekalkan doa serta tawakal, che mat mengodek segala bahan2 kek mengikut aturan yang sepatutnya..Dan alhamdulillah, menjadi juga akhirnya...TAPI!!..

rsz_strawberry_moist_cake1

Pada pendapat che mat lah, sedap lagi kek oren tempoh hari, namun jika anda nak kelainan kek stoberi ini pilihan yang tepat. Cuma rasa stoberi agak kurang sikit sebab che mat guna stoberi segar dan anda boleh tambah sedikit perisa stoberi jika suka, warna pun che mat tambah, guna kaler pink. Untuk memberi kesan marble, che mat campurkan pewarna merah dalam adunan yang diasingkan sebelum di buat corak marble pada kek tadi. Kalau anda nak mencuba, che mat share resipi yang telah diderhakakan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
100 gram stoberi segar, dilecek halus
2 camca besar susu segar
3/4 cawan gula kastor - asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred A, asingkan kuning dan putih
1/4 camca teh pewarna pink
Beberapa titik pewarna merah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula kastor yang diasingkan tadi dan terus memutar hingga putih telur kental. Alihkan ke dalam bekas lain.
  3. Dalam mangkuk yang sama, putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan dan masukkan stoberi yang dilecek dan pewarna pink. Putar sebati. Masukkan tepung dan susu segar secara berselang seli hingga habis. Kemudian masukkan putih telur yang telah diputar tadi dan gaul hingga sebati.
  4. Ceduk keluar 3 camca besar dan campurkan dengan pewarna merah, kacau rata. Tuang baki adunan ke dalam tin kek, kemudian sudukan adunan warna merah atasnya, lorekkan dengan chopstick atau pisau untuk membentuk corak marble. Bakar 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan keluarkan kek dari tin. Biar kek sejuk atas jaringan sepenuhnya...Boleh hidangkan...

CEKODOK PISANG BERKELAPA...

rsz_cekodok_pisang_kelapa
Selamat pagi, salam Sabtu semua. Ini antara entri terawal che mat...maksud che mat awal pagi. Cekodok pisang kelapa..anda pernah cuba?..Sebenarnya bukan la apa sangat, sekadar entri 'penyendal'..yelah benda2 yang senang dibuat lebih mendapat sambutan, kalau resipi2 yang agak rumit selalunya masa2 tertentu saja orang buat seperti hujung2 minggu atau hari cuti. Cekodok pisang yang che mat buat guna pisang montel, tapi bukan saiz giant, yang ni saiz sederhana dalam 6 biji dan che mat tambah kelapa parut dalam dia. Sebab pisang dah manis, tak perlu lah anda tambah gula, dahh jimat. Cekodok pisang (pendek kata semua jenis cekodok lah) sesuai dibuat sarapan pagi atau pun minum petang..Jomm kita men'cekodok'...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6- 7 biji pisang montel saiz sederhana
1/2 cawan kelapa parut putih
3/4 cawan tepung gandum
2 camca besar pati santan (boleh ganti dengan susu cair)
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh baking powder

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek pisang bersama baking powder dan garam halus hingga lumat (che mat guna alat penekan daging burger untuk melecek pisang). Masukkan kelapa parut, gaul rata dan tambah tepung gandum. Kacau hingga sebati. Tambah santan (atau susu cair). Kacau rata2 dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan hujung jari anda, kemudian jemputkan adunan tadi dan berhati2 jatuhkan ke dalam minyak sederhana panas. Buat 10 - 15 biji cekodok sekali (bergantung pada saiz kuali anda guna). 
  3. Biar sekejap dan balik2kan cekodok agar masak sekata. Goreng hingga perang keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Letak atas tissue dapur dan biar baki minyak terserap. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang..

Friday, November 15, 2013

KUE TEOW DAGING LADA HITAM..

rsz_kuey_teow_daging_lada_hitam
Ehemm....nampak sedap tak?...memang nampak sedap kan, ni sebenarnya che mat masak semalam. Tapi sebab hari ni che mat keluar, maka ku buatkan sebagai entri petang hari, saja nak goda2 anda semua. Seperti macam che mat pernah cerita dulu, kat rumah che mat bukan semua penggemar kue teow, tu pasal che mat akan masak dalam kuantiti yang sedikit untuk satu atau dua orang makan, selebihnya dibekukan, kalau nak guna kasi perhangat dalam microwave lepas tu boleh dimasak. Resipi ini kurang lebih untuk 2 orang makan. Dan che mat guna 200 gram daging batang pinang yang diihiris nipis kemudian direbus sekejap. Rebus sebab nak dapatkan air rebusan dalam 1 cawan. Kalau anda nak guna daging yang bukan jenis batang pinang pun boleh, tapi pastikan anda rebus sampai daging lembut. Resipi agak mudah dan cepat dimasak. Satu lagi masakan macam ni kena dimakan segera untuk memeilhara rasa dan rupa paras kue teow dari mengembang....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram kue teow, cuci dan toskan
200 gram daging batang pinang, hiris nipis
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok kecil sawi, cuci dan siang berasingan batang dan daunnya
1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning)
4 biji bawang merah, hiris
1 1/2 camca besar sos lada hitam
1 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
Kicap masin JALEN SECUKUP RASA
Beberapa titik minyak bijan
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Cili hijau jeruk untuk dimakan bersama kue teow

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus daging dengan 500 ml air selama 20 minit (sebab che mat guna daging batang pinang, masa merebus singkat saja). Asingkan stoknya. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, anggaran 2 camca besar, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. 
  2. Masukkan sos lada hitam. sos tiram dan daging yang telah direbus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan daging, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan batang sawi. Bila mendidih, tambah traficlight capsicum. Kacau rata.
  3. Tambah kue teow, daun sawi dan kacau rata. Tambah kicap masin secukup rasa (rasa dulu sebelum anda tambah kicap masin). Akhir sekali masukkan minyak bijan, kacau rata dan matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili hijau jeruk....sedap dimakan panas...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.