BEN ASHAARI

Wednesday, July 31, 2013

BISKUT RANGUP BADAM POPPY SEED....

rsz_almond_and_poppy_seed_cookies
Assalammualaikum. Salam Ramadan semua, anda sehat?..Dah banyak bikin biskut raya?..Kalau tanya cm dah banyak ke bikin?, ada lah juga, yang biasa2 saja. Cm bukannya rajin sangat nak bikin biskut raya yang berhias bagai, cepat boring. Biskut cm, yang termudah dan tersenang dan tercepat dibuat. Kalau setakat sapu kuning telur, tabur hiasan tu ok lagi, jangan nko suruh paip2 bunga bagai, sah2 paling menjadi pun seloyang saja, masuk loyang kedua, bunga tah jadi hapa pun tatau lah. Satu lagi sekarang ni cm suka buat biskut yang gentel2 dan dileperkan, maksudnya lepas gentel sebesar ibu jari, ambik garfu dan hempokkan atas dia sampai agak leper, dah siap...Yang penting rasa mau sedap, kalau rupa aje meletop tapi rasa ke laut...alamatnya sampai lepas raya lahh biskut tersusun kemas dalam bekas...tak laku beb!!..Resipi biskut rangup badam ni kerap cm buat setiap lebaran, cuma kali ni cm tambah sedikit bahan lain dalamnya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega (cm guna SCS)
100 gram gula aising, diayak (cm guna 80 gram)
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
100 gram tepung gandum*
100 gram tepung kastard*
75 gram tepung jagung*
50 gram serbuk badam*
1 camca besar penuh poppy seed @ biji kas-kas*(*disatukan dan gaul rata)
50+ gram tepung gandum (extra)
1 kuning telur, pukul sedikit, untuk disapu
Badam cincang secukupnya, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan telur dan esen vanilla, putar hingga rata, tak perlu sampai kembang, memadai semuanya sebati sahaja.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan2 yang disatukan (*), sedikit demi sedikit hingga habis dan jika doh terlalu lembut, tambah tepung gandum 'extra' tadi hingga mendapat doh yang boleh dicanai. Rehatkan sekejap...
  3. Bahagi doh pada 2 bahagian, canai setebal 1/2 cm, terap dengan acuan pilihan anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap, sapu kuning telur dan tabur sedikit badam cincang sebagai hiasan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga perang keemasa.
  4. Keluaran dan biar sekejap, alih biskut atas redai dan biar sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.
CATATAN MAT GEBU :- Jumlah biskut yang akan anda dapat bergantung pada saiz acuan yang anda guna, kalau guna acuan macam cm guna tu anda akan dapat sekitar 75 - 80 keping, kalau guna acuan kecil sedikit, mungkin boleh dapat 100. Pilihan ditangan anda....


MI HOON GORENG BERKERANG...

rsz_mi_hoon_kerang
Assalammualaikum semua, entri pertama yang amat2 ringkas, bukan biskut raya tapi mi hoon goreng berkerang. Yang ini cm goreng atas permintaan Bak untuk berbuka puasa 2 hari lepas....errr dah 2 hari baru nak masuk blog?..Huhu, nak buat macam mana, masa tak mengizinkan. Cm bukan macam blogger personal yang kalau ada idea dan cerita terus tulis dan boh gambar sikit2 teros boleh update. Kita ni blogger2 masakan leceh sikit kerjanya. Takpe lah, janji berupdate yea tak... Mi hoon kebiasaannya menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia dan negara2 jiran. Tak kira masa, termasuk bulan puasa. Cm akan masak kalau ada yang minta dan kalau nak diikutkan Bak tak boleh makan kerang sebab dia ada penyakit gout, tapi cm letak juga dan alhamdulillah dia ok, mungkin sekali2 tu boleh lah, kalau hadap hari2 memang tak boleh. Walaupun hanya mi hoon biasa2, resipi cm tetap tulis, manalah tau ada anak2 muda yang teringin mencubannya sendiri....

BAHAN-BAHANNYA:-)
200 gram mi hoon, rendam dalam air sejuk hingga lembut
2 genggam taugeh, cuci dan toskan (cm guna taugeh kontot, jadi tak perlu buang ekor)
1 cekak kucai, kerat pendek
3/4 cawan isi kerang (yang ni nak letak lebih pun boleh)
1 kiub pati ikan bilis
2 camca besar cili kisar
4 camca besar cili sos
2 biji telur, dibuat telur hancur (scramble egg)
2 keping tauhu, didadu dan goreng, angkat dan toskan
Sos ikan secukup rasa @ kicap cair
Sedikit air (jika perlu)
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar), tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos cili dan kacau rata. Masukkan kiub ikan bilis (hancurkan). Kacau dan tambah tauhu, kerang dan telur. Gaul rata.
  2. Tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan), masak sekejap. Masukkan sedikit sos ikan, kemudian masukkan mi hoon, gaul rata dan masak hingga mi hoon lembut (guna api kecil).
  3. Tambah taugeh dan kucai, gaul lagi hingga mesra. Renjiskan sedikit lagi sos ikan @ kicap cair. Kacau dan masak sekejap. Matikan api. Tabur hirisan daun bawang/daun sup, cili merah hiris dan daun bawang sebelum dihidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh tambah udang, sotong, isi ayam atau daging jika suka. Mi hoon boleh juga anda rebus sekejap kalau nak cepat lembut TAPI pastikan anda masukkan mi hoon ke dalam periuk isi air dan masak atas api hingga mi hoon lembut, JANGAN masukkan mi hoon anda bila air mendidih, nanti mi hoon anda akan jadi lembik dan melekat2....

Tuesday, July 30, 2013

AYAM GORENG KUNYIT KACANG BUNCIS...

rsz_ayam_goreng_kunyit_sama_kacang_buncis
Assalammualaikum.. Entri ringkas untuk bersahur mau pun berbuka. Bila bulan Ramadan, menu pilihan cm lebih ringkas dan tidak membebankan. Kalau nampak cm masak macam2, itu sebab permintaan, yelah orang berpuasa kan, anda pun faham. Bila bersahur pasti anda ingin satu menu yang ringkas tapi menyelerakan..Walaupun resipi yang cm letak ini dah biasa anda masak, tapi rasa cm, ianya tetap menjadi pilihan ramai orang terutama kanak2. Cm guna sekeping dada ayam dan cm perap dengan perapan halia dalam botol produk 'LIFE' dan serbuk kunyit. Masakan ringkas ini sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan. Resipi mudah seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping dada ayam, hiris memanjang (atau dipotong kiub)
1 camca teh pes perapan halia "LIFE"
10 batang kacang buncis, kerat pendek
1 biji bawang besar hiris berangkai
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili hijau saiz kecil, hiris
1 biji cili merah, saiz kecil, hiris
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam dengan perapan halia dan serbuk kunyit hingga rata. Perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 cawan) dan goreng dengan api sederhana hingga ayam masak (tak perlu sampai garing, nanti keras). Tolak ayam ke tepi kuali dan keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak hingga semua layu. Gaul rata dengan ayam. Masukkan kacang buncis dan sedikit garam. Masak sekejap hingga kacang lembut tapi masih rangup. Matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...
CATATN MAT GEBU :- Anda boleh beli perapan halia jenama LIFE di Tesco dan pasaraya2 berhampiran. Kalau takde, anda boleh juga perap dengan sedikit halia, bawang putih dan serai yang dikisar halus. Kalau suka pedas, boleh ganti cili merah dan hijau dengan cili padi, tak perlu hiris memadai dengan diketuk sahaja...Selamat mencuba!!.

Monday, July 29, 2013

....DI PAPER THE STAR HARI INI......

.....Resipi tart nenas di akhbar The Star hari ini, Isnin, 29 Julai 2013....terima kasih Ivy Soon.......Jomm kita buat biskut raya!!.....

SELAMAT HARI LAHIR "TIFFINBIRU"....

Salam 20 Ramadan semua. Diam tak diam dah 7 tahun che mat berblog.......walaupun nampak lama, tapi ia tetap baru, masih menapak walaupun sudah boleh berjalan dengan selesa. Entri selingan sekadar memperingati kewujudan blog ini, tiada lebih dari itu. Bukan mengharap pujian, sanjungan dan sebagainya. Hanya berkongsi serba sedikit ilmu yang Allah swt beri. Tiada yang kekal didunia ini kecuali diantaranya ilmu yang bermanfaat. Begitulah harapan che mat, andai kata satu masa nanti bila ku tiada, biarlah blog ini masih berfungsi sebagaimana sekarang...insha Allah.

Terima kasih pada teman2 yang tetap memberi sokongan.....cm bukan seorang blogger yang boleh diletakkan harapan yang tinggi dan cm sendiri tak mengharapkan ianya berlaku. Apa2 yang terjadi hanyalah kebetulan dan dengan izin Allah. Merancanglah secara rapi dan sesempurna mungkin, namun jika tidak dengan izinnya, ia takkan berlaku. Syukur Alhamdulillah sepanjang cm berblog, teman2 tetap memberi sokongan moral walaupun cm hanya bergerak dibelakang tabir....

Buat semua, jika sepanjang usia cm berblog, ada kesilapan atau ada entri2 yang buat anda terasa hati dan sebagainya, cm mohon ampon dan maaf. Jutaan terima kasih pada anda semua, sebab andalah blog ini masih bertahan, masih bernyawa dan masih punya denyutan nadi....Moga Allah swt membalas kebaikkan anda semua....Selamat hari lahir tiffinbiru....

NASI AYAM UNTUK BERBUKA....MANA SUP NYA?...

rsz_nasi_ayam
Assalammualaikum, salam semua. Dah masuk 20 Ramadan, dah tinggal 10 hari kurang lebih Syawal menyusul dengan izin Allah swt. Cm pun agak sibuk sikit, masa untuk berblog pun terbatas. Nak masukkan entri berbuka puasa memang tak sempat dah. Resipi biskut raya rasa cm kalau tak letak pun takpe, sebab biskut sama aje macam tahun lepas dan kalau ada yang baru, cm masukkan kat blog, insha Allah. Hari ni cm bikin tart nenas dan dalam masa yang sama termengidam nak makan nasi ayam. Ok benda senang, lepas cm siap2kan bahan2 untuk buat tart nenas, cm keluarkan ayam (sebenarnya cuma ada 6 ketul kepal ayam dan 6 kaki ayam untuk stok). Lepas siap buat tart nenas, ayam dan lembut dan boleh diperap. Kali ini cm tambah sedikit minyak bijan dalam nasi ayam tadi, selain bau harum, rasanya juga lebih sedap. Seperti biasa cm guna beras Basmathi Moghul, satu sebab kenapa cm suka guna beras basmathi kerana nak menyukat airnya mudah. Tapi kalau anda nak guna beras siam, beras biasa atau beras wangi pun boleh, pandai2 lah eks adjust cecairnya nanti....

rsz_nasi_ayam1rsz_nasi_ayam2
Untuk ayam tu takde lah susah mana, cm perap agak lama, dalam 5 jam (dari jam 1 - 6 petang). Dan cm bakar guna kuali ajaib aje, senang, tak kuasa nak hidup2 oven. Kalau anda nak goreng pun boleh, tapi berminyak dan sah2 minyak gorengan bertukar jadi hitam dengan cepat memandangan bahan2 perap ayam tu ada kicap dan madu. Ok, lepas tu buat pulak sos dia, cm punya sos cili nasi ayam mudah dan tak de perlu bahan banyak. Dari segi rasa anda adjust sendiri sama ada nak manis atau kurang dan sebagainya. Supnya mana?...Errrr...sup dia habis sudah, huhu, gambar ini cm ambik jam 10 malam tadi, maka habislah sudah itu sup....takpe lah kita lihat apa yang ada je lah kan...Resipi mudah sangat, seperti berikut....

NASI AYAM.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 45 minit dan toskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/4 camca teh minyak bijan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 camca besar penuh majerin (planta)
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Daun salad
Hirisan timun dan tomato secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan marjerin dalam kuali, masukkan minyak bijan. Tumis halia, bawang putih, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan beras basmathi, gaul rata dan goreng 1 minit, guna api sederhana dan kacau selalu. Matikan api.
  2. Pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik, tuang air rebusan ayam, masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak hingga nasi masak. Gemburkan dan off suis periuk nasi. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama daun salad, hirisan tomato, timun, sup ayam, sos dan ayam bakar madu...
SUP UNTUK NASI AYAM....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 8 kaki ayam
2 inci halia, dititik*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 batang serai, dititik*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 kiub pati ayam (optional)*
1 camca teh lada hitam kisar
4 liter air (atau secukupnya)
1 sup bunjut Adabi
1 biji kentang, kupas dan potong kiub
1 batang lobak merah saiz sederhana, potong berbaji
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kaki ayam dicuci bersih dan kerat. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan bahan2 bertanda (*), kacau dan masak hingga menggelegak, kemudian sederhanakan api dan terus merenih selama 45 minit (kalau kurang kuah, tambah air lagi) jika ada seakan2 buih timbuk dipemukaan sup, keluarkan. Asingkan 5 1/2 cawan air rebusan untuk memasak nasi. 
  2. Kemudian masukkan sup bunjut, lada hitam kisar kentang dan lobak merah. Masak lagi hingga kentang dan lobak merah empuk. Perasakan dengan garam secukupnya. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...
AYAM BAKAR BERMADU....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 kepingan kepak ayam bersaiz besar
1 inci halia, tumbuk halus
4 ulas bawang putih, tumbuk halus
2 camca besar kicap pekat
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
Sedikit majerin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci bersih kepak ayam, kemudian cucuk2 dengan garfu pada semua bahagian. Masukkan dalam satu bekas. tambah semua bahan2 diatas kecuali garam dan majerin. Gaul rata pada semua bahagian kepak ayam, tambah garam secukup rasa dan perap 5 - 6 jam dalam peti sejuk....
  2. Panaskan kuali ajaib dengan sedikit majerin, kemudian susun kepak ayam tadi dan ketepikan jus yang terhasil dari bahan perap tadi. Kecilkan api dan tutup kuali. Masak 10 minit. Sementara itu, jus perapan dimasak hingga pekat sedikit. Gunakannya untuk menglis ayam semasa proses membakar. Ayam akan masak kurang lebih 25 minit...Boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi..
SOS UNTUK NASI AYAM...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah saiz sederhana, potong kecik
1/2 kiub pati ayam, hancurkan
2 cawan air
3 camca besar gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
3/4 camca teh tepung jagung + 3 camca besar air, kacau rata
1/4 cawan cuka makan (cm guna cuka JALEN).


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar cili, bawang putih dan tomato dengan 2 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan gula, kacau dan masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalau.
  2. Masukkan kiub ayam dan cuka makan. Tambah sedikit garam, kacau dan masak sekejap. Perlahankan api, tuang bancuhan tepung jagung (kacau sebelum dituang) dan kacau hingga sebati dan terus memasak hingga pekat. Matilan api dan biar sejuk. Boleh hidangkan bersama nasi ayam.

Saturday, July 27, 2013

KEK LAPIS LEGIT @ REMPAH...

rsz_kek_lapis_legit

Assalammualaikum, sebelum cm mula memasak untuk juadah berbuka hari ini, cm ambil masa untuk update blog kejap. Entri kek lapis yang terakhir cm buat (tapi kalau datang rajin, tah2 cm buat lagi, sapa tau yea tak?...hehe). Setakat ni aje lah cm mampu buat kek lapis dan kek lapis legit atau rempah memang menjadi kegemaran cm, bau harum rempah dia sungguh menggoda dan bila makan cair dimulut. Cuma kek lapis ni kalau anda lihat memang betul2 kaya raya dan dalam kategori amat2 berprofile tinggi, jadi nak makan pun kena berhati2 lah...overdose kalo, boleh pengsann. Cm suka melapis sebenarnya dari buat biskut. Sebabnya biskut ada kala leceh, nak2 masa nak kasi hiasan, serius memang cm tak berapa suka, cepat bosan. Kek lapis lain, walaupun masa yang anda peruntukkan agak lama dan silap haribulan boleh nak tersungkur depan oven, tapi keterujaannya amat2 tinggi, nak2 kalau anda bikin kek lapis yang berwarna-warni...Kalau cm, kek lapis cikai aje lah yang mampu, maklumlah masih hingusan...

rsz_kek_lapis_legit1

Resipi kek lapis yang sedap ni cm ambik dari blog Kak Wan di sini. Seperti cm kata sebelum ni, kalau bakar kek lapis kasi perang sikit baru lapis dengan lapisan baru. Tujuannya nak kasi nampak garisan gelap antara lapisan. Macam kek lapis cm buat ni agak kurang perang, jadi tak berapa nak jelas lapisannya, tapi masih boleh nampak lagi. Penggunaan kuning telur dan mentega boleh dikatakan agak banyak (tapi tak boleh lawan kek lapis legit resipi dari blog Rima, 50 biji kuning telur!!...pengsannn!!..haha..). Terima kasih cm ucapkan pada Kak Wan sudi share resipi dan minta maaf sebab cm ada oter sikit...Maka ini entri terakhirlah yea untuk kek lapis, insha Allah kalau ada masa, kita lihat resipi biskut pulak...


rsz_rempah_kek_lapisrsz_kek_lapis_gadget
Rempah kek lapis dari Indonesia yang cm guna untuk kek lapis legit dan rupa penekan kek lapis, ada juga penekan yang berbentuk 4 segi (kalau takde, anda boleh guna belakang sudu atau sudip yang leper). Anda boleh beli dikedai2 menjual bahan2 membuat kuih berhampiran kawasan anda....

BAHAN-BAHAN A :-)
450 gram mentega (cm guna SCS)
150 gram gula kastor
20 biji kuning telur gred A
3 camca besar susu pekat manis
2 camca besar golden syrup
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh pewarna kuning telur (cm letak 3/4 camca teh)

BAHAN-BAHAN B :-)
150 gram gula kastor (cm guna 130 gram)
6 putih telur gred A
1/2 camca teh cream of tartar

BAHAN-BAHAN C :-)
220 gram tepung Hong Kong*
1 camca teh baking powder*
2 1/2 camca teh rempah spekkoek*(*disatukan dan diayak)
Mentega cair untuk disapu pada kek

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan kertas minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak dan lanser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, susu pekat manis dan golden syrup hingga sebati, masukkan gula kasto dan putar hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu. 
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan esen vanilla dan pewarna kuning telur putar rata, ketepikan sebentar. 
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan putar lagi hingga kembang dan kentalMasukkan putih telur ke dalam adunan mentega dan gaul dengan kaedap kaup balik hingga sebati. Ok, jomm kita melapis..
  5. Masukkan tin ke dalam oven dan biar 1 - 2 minit. Keluarkan tin dan sudukan adunan kek 4 camca besar penuh, ratakan dan bakar 5 - 7 minit (tukar api kepada fungsi grill atau api atas sahaja). Bila masak dan keperangan, keluarkan dan jika ada gelembong udara, cucuk perlahan dengan lidi sate dan terkan perlahan dengan penekan kek lapis.
  6. Sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek, dan lapiskan dengan 4 camca besar adunan, dan ratakan. Bakar hingga masak. Ulangi proses menekan, menyapu mentega cair dan melapis sehingga selesai dan lapisan akhir anda bakar guna api atas dan bawah selama 10 minit. Tutup tin kek dengan aluminium foil jika permukaan kek cepat perang. Sejukkan kek, keluarkan dari tin dan biar sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong..
CATATAN MAT GEBU :- Resipi asal guna 5 camca besar susu pekat manis, tapi cm guna golden syrup jadi ada pengurangan mengguna susu pekat manis. Tak jadi masalah jika anda nak guna 5 camca besar seperti resipi asal. Satu lagi anda boleh juga putar putih telur terlebih dahulu, kemudian baru putar adunan mentega...Selamat mencuba!!...

Thursday, July 25, 2013

KEK LAPIS COKLAT - PUDINA...

rsz_kek_lapis_coklat_pudina
Assalammualaikum...mesti ada yang heran, cm tak masak ke?, asyik masukkan entri kek aje dan sejak berblog rasanya tahun ni paling kurang cm share menu berbuka. Sebenarnya kami berbuka ala kadar sahaja, tak de kuih muih yang pelbagai, sebab tak selera dah nak makan kuih (kalau karipap, cm masih ok lagi). Cm masak pun sama macam hari2 biasa. Hari ni untuk berbuka, cm masak ayam pongteh, lepas tu ada lah menu2 biasa. Abang cm ada juga beli roti canai, dan bila dah letak kat meja, nampak banyak dah....konpius nak makan kalau banyak sangat. Berbalik pasal entri kek lapis ini, cm buat beberapa hari lepas. Sebenarnya ini resipi olahan saja, cm ubah perisanya pada perisa coklat dan pudina. Perisa pudina anda boleh beli dikedai2 menjual bahan baking. Satu cm nak pesan jangan letak banyak sangat perisa pudina cukup sekadar ada aroma pudina sahaja..

rsz_kek_lapis_coklat_pudina1
Membuat kek lapis menyeronokkan walaupun anda terpaksa menghadap oven 2 - 3 jam sehingga habis proses melapis. Pesan seorang pakar kek lapis yang berniaga kek lapis, juga sahabat FB cm, Kak Nomie Aziz, kalau membakar, biar permukaan sedikit perang, kemudian baru dilapis dengan adunan baru. Ini akan memperlihatkan garisan perang yang menambah keanggunan kek lapis bila dipotong...terima kasih Kak, sudi berkongsi tips. Teringat cm pertama kali dulu makan ais krim perisa coklat pudina pemberian anak buah cm, dan lepas tu cm mula suka dengan rasa tu. Dan kek lapis coklat pudina adalah gandingan yang amat serasi bagi penggemar rasa yang segar dan esotik.... Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHAN A :-)
250 gram mentega (cm guna SCS)
150 gram gula kastor (cm guna 130 gram)
14 biji kuning telur gred A
5 camca besar susu pekat manis

BAHAN-BAHAN B :-)
150 gram gula kastor (cm guna 130 gram)
7 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar

BAHAN-BAHAN C :-)
160 gram tepung Hong Kong*
40 gram horlick*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan gaul rata)
2 camca besar serbuk koko + 3 camca besar air panas + 1/2 camca teh coklat emulco, kacau rata
1/4 camca teh pewarna hijau + 10 - 12 titik perisa pudina
Mentega cair secukupnya untuk disapu pada lapisan kek

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Dalam mangkuk adunan, putar mentega, susu pekat manis hingga sebati, masukkan gula dan putar hingga berkrim.
  2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah digaul rata sedikit demi sedikit, putar sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan putar hingga pekat dan bertanduk. Gaul putih telur ke dalam bancuhan mentega hingga rata dan sebati.
  4. Bahagi kepada dua bahagian sama banyak, satu diletak pes coklat dan satu lagi pewarna hijau dan perisa pudian. Kacau rata.
  5. Tukar api oven pada fungsi grill (api atas). Panaskan acuan 1-2 minit dalam oven, keluarkan dan sudukan 4 camca besar bancuhan coklat, ratakan dan bakar 5 - 7 minit hingga perang. Tekan perlahan permukaan kek dengan penekan kek lapis dan jika ada gelembong udara, cucuk dulu dengan lidi sate. Sapu dengan mentega cair dan lapis sekali lagi dengan adunan coklat. Bakar hingga masak, dan lakukan proses yang sama. Kemudian baru dilapis dengan bancuhan hijau. 
  6. Setiap warna dibakar 2 lapisan, tekan perlahan setiap lapisan dan sapu mentega cair. Untuk lapisan terakhir, bakar guna api atas dan bawah selama 15 minit, jika permukaan kek cepat perang, tutup dengan aluminium foil. Bila kek masak, keluarkan dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jarigan. Boleh potong dan hidangkan.

KEK LAPIS ASAM MANIS.

rsz_kek_lapis_asam_manis

Assalammualaikum, salam 16 Ramadan, phewww, cepatnya tau2 dah tinggal 2 minggu je lagi nak raya, insha Allah. Semalam cm nak masukkan entri kek lapis asam manis, tapi line internet bengong pulak, grrrr...tu pasal cm update pepagi sebelum kerja2 rutin menunggu. Kek lapis asam manis boleh dikatakan agar popular, dan ada pelbagai versi, ada yang kukus (yang ni cm tak pernah mencuba lagi....) dan yang bakar (macam cm buat..) dan satu lagi ada pelbagai resipi. Pada asasnya anda boleh guna resipi basic untuk membuat kek lapis dan digandingkan dengan asam manis. Di pasaran ada beberapa jenis asam manis, yang biasa cm guna jenis bulat2 macam anda lihat tu. Pernah sekali cm guna yang 4 segi, cuma tak berapa bess, sebab saiz dia besar, kek pun rasa manis sangat.....

rsz_kek_lapis_asam_manis1

Untuk resipi kek ini, cm masih guna resipi asal sejak mula2 cm buat kek lapis asam manis, yea itu dari blog Rozzan dari Singapura yang juga begitu terkenal dengan kepakaran membuat kek lapis. Dalam resipi berikut, tiada tepung digunakan dan diganti dengan kisaran biskut marie. Cm guna biskut marie jenama Munchy's. Cara menyusun asam manis tu terpulang pada cara masing2. Cm susun selepas 2 kali melapis dan sebanyak 25 keping asam manis untuk satu lapisan. Warna terpulang pada anda, cm guna warna traffic light (kuning, hijau dan merah). Ok dah rasa boleh melapis?..Jomm kita lihat resipi tapi sebelum tu sama2 kita sedekahkan al-fatihah pada Allahyarhamah Seniwati Hajjah Umi Khaltum dan Allahyarham Rosley Idris...siapa dia?..Anda boleh lihat di sini.... Al-fatihah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram mentega (cm guna SCS)
150 gram gula halus (cm letak 130 gram)
10 biji telur gred A
300 gram biskut marie (cm guna jenama Munchy's), dikisar halus dan diayak
300 gram susu pekat manis (cm letak 200 gram)
85 gram seri kaya (cm guna jenama Yeo's)
1 camca teh esen vanilla
2 paket asam manis (1 paket ada 10 bungkus)
Pewarna makanan secukupnya (merah, hijau, kuning)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan guna halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang dan gebu, masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar sebati (masa ni adunan akan berbiji2 sedikit).
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan susu pekat manis dan kisaran biskut marie sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak, setiap satu diberi warna kegemaran anda, kacau rata (cm guna merah, kuning dan hijau). Ok sekarang kita mula melapis..
  4. Masukkan tin ke dalam oven, panaskan 1-2 minit (tukar api oven pada atas sahaja, fungsi grill). Keluarkan tin dan sudukan 4 camca besar warna kuning, ratakan dan bakar 6 - 7 minit atau hingga permukaannya perang. Tekan sedikit permukaan kek dengan penekan kek lapis dan lapiskan sekali lagi warna yang sama, ratakan dan susun asam manis, bakar hingga perang. Keluarkan dari oven dan tekan perlahan.
  5. Lapiskan pula dengan warna lain, dan setiap warna dilapis 2 kali. Susun asam manis selepas lapisan pertama. Dan tekan perlahan setiap lapisan. Buat hingga siap dan lapisan terakhir bakar dengan api atas dan bawah selama 10 - 15 minit, tutup permukaan tin kek dengan aluminiun foil jika cepat gelap. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan..

Wednesday, July 24, 2013

GULAI PERIA DENGAN UDANG...

rsz_gulai_peria_katak_sama_udang
Assalammualaikum, salam 15 Ramadan, dah mula buat biskut raya?.. Cm baru nak ON buat biskut dan ada sedikit masa ni, cm cepat2 update blog. Tapi entri yang biasa2 aje lah, semalam punya. Atas permintaan bonda cm masak gulai peria katak sama udang. Sebenarnya bonda suruh guna ikan masin kurau, tapi cm gatai2 pi tukar dengan udang...hehe, sedapp you!!..Yelah dah nama pun udang. Cm tumis sedikit rencah2 untuk gulai dan cm guna dalam 5 biji peria katak. Kalau anda tak suka peria katak sebab rasa pahitnya yang agak keras, anda boleh ganti dengan peria kambas, peria yang saiz besar tu. Yang tu agak kurang pahit atau tak pahat langsung. Ok jomm kita lihat resipi yang mudah sangat2 ni, tapi sebelum tu, cuba tengok ini....comelkan..biasalah jangkit Pak Tua Mat dia...ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji peria katak jenis bersaiz besar
10 ekor udang bersaiz sederhana
2 batang serai
2 kuntum bunga kunyit (optional)
1 keping asam gelugor
1 pati kiub ikan bilis (optional)
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria katak dibelah dua, buang bijinya, kemudian setiap belahan dibelah dua tapi tak putus, cuci dan rendam dalam air garam 15 minit. Udang dibersihkan dan tak perlu dibuang kulit. Cuci dan toskan..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar),tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Kacau selalu dan guna api kecil. Masukkan udang dan gaul rata. Bila udang berubah warna, tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor dan peria tadi (toskan). Kacau dan masak hingga peria lembut, masukkan bunga kunyit dan kiub ikan bilis, tuang pati santan, kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan..

Tuesday, July 23, 2013

KEK LAPIS NEOPOLITAN.....

rsz_kek_lapis_neopolitan
Assalammualaikum, entri ke dua kek lapis cm share satu resipi olahan dari resipi diblog Resipi Citarasawan milik Kak Wan yang pakar membuat pelbagai jenis kek, kuih-muih dan manisan. Resipi asal Kek Lapis Koko Mocha, tapi cm suntikkan dengan citarasa cm sendiri, diberi perisa mocha, stoberi dan vanilla, maka jadi lah kek lapis neopolitan seperti dalam gambar. Kalau anda perhatikan kebiasaannya kek lapis menggunakan telur yang dan mentega yang agak banyak, dan ini menghasilkan kek yang cair dimulut. Seperti resipi ini, ia tidak menggunakan mentega yang banyak, tapi setiap lapisan mesti disapu dengan mentega cair sebelum diberi lapisan adunan baru dan jika ada gelembung udara, cucuk perlahan dengan  lidi sate untuk membuang udara dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis. 

rsz_kek_lapis_neopolitan1
Nampak sweet sangat kan kek lapis ni, dan ini kek lapis pertama yang cm buat sebenarnya tahun ini, Kek lapis dalam entri lepas kek lapis kedua. Adunan kek lapis ini boleh juga anda pelbagaikan rasa dan ragam warna ikut kesukaan anda. Tapi pastikan perasa kena antara satu sama lain. Kata lah kalau anda nak gabungkan perisa pandan dan blueberry, rasa cm macam tak kena aje. Kalau pandan stoberi atau keladi, boleh ngam. Apa2 pun kalau anda ada masa, cubalah buat kek lapis, pasti ia menyeronokkan....Resipi seperti berikut dan terima kasih cm pada Kak Wan dan Rima....

BAHAN-BAHAN A :-)
250 gram mentega (cm guna scs)
150 gram gula kastor
14 kuning telur (gred A)
5 camca besar susu pekat manis

BAHAN-BAHAN B :-)
150 gram gula kastor (cm guna 130 gram)
7 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar

BAHAN-BAHAN C :-)
160 gram tepung Hong Kong*
40 gram Horlick*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan gaul rata)
1 camca teh esen vanila
1 1/2 camca teh stoberi paste + 1/4 camca teh pewarna makanan pink
1 1/2 camca teh coklat emulco + 1/2 camca teh perisa mocha

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. Putar mentega dan susu hingga sebati, masukkan gula kastor dan putar hingga putih. Tambah kuning telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah disatukan sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur ke dalam adunan mentega, gunakan kaedah kaup balik dan kacau hingga sebati.
  3. Bagi adunan kepada 3 bahagian, satu dimasukkan esen vanilla dan kacau rata, satu ditambah stoberi paste dan pewarna merah jambu, kacau rata dan satu lagi dengan coklat emulco dan perisa mocha. Kacau rata. Ketepikan.
  4. Masukkan tin ke dalam oven dan panaskan 1-2 minit. Keluarkan tin dan sudukan adunan coklat sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5 - 7 minit (tukar pada api grill) hingga perang, keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, sapu dengan mentega cair dan lapis lagi dengan adunan coklat hingga siap.
  5. Kemudian lapis pulak dengan adunan stoberi hingga siap dan akhir sekali adunan vanilla hingga siap. Untuk lapisan akhir bakar hingga perang sedikit, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan bakar 10 minit dengan fungsi api atas dan bawah. Sejukkan kek sekejap, keluarkan dan sejukkan sepenuhnya atas redai sebelum dipotong....
CATATAN MAT GEBU :- Jangan lupa menyapu setiap lapisan kek yang telah masak dengan mentega cair sebelum anda lapiskan dengan adunan baru dan setiap lapisan. cm guna 4 camca besar.....Selamat mencuba!!.

PUYUH GORENG BEREMPAH...

rsz_puyuh_goreng_berempah
Salam semua, ada masa terluang sikit, cm curi2 update blog....Penat juga buat keje rumah ni. Kalau dapur cm tak payah kata lah dah macam stor barang, pening pala...tak sabar nak kasi perabih dan kemas mana yang patut. Entri kali ni nak share salah satu menu berbuka semalam. Bak sebut2 nak makan burung puyuh, jadi semalam cm goreng kan burung puyuh berempah. Burung puyuh lebih enak digoreng berempah. Cm perap semalaman dan esoknya baru digoreng. Kalau anda nak gantikan dengan ayam pun boleh, guna kepak atau peha ayam lebih enak... Dalam resipi untuk 10 ekor burung puyuh dan cm hanya goreng 4 ekor sahaja...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor burung puyuh yang siap dibersihkan
1 inci halia*
5 ulas bawang putih*
3 batang serai, hiris halus*
1 1/2 inci kunyit hidup*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
2 camca besar bawang goreng*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa
1/4 camca teh gula halus
3 camca besar tepung beras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Burung puyuh tadi cuci sekali lagi, toskan hingga kering. Masukkan dalam mangkuk besar. Tambah bahan kisar halus, perasakan dengan garam secukup rasa dan juga gula. Gaul rata dan perap dalam peti sejuk 1 - 2 jam.
  2. Ambil 5 ekor burung tadi bersama bahan2 pemerapnya, masukkan dalam bekas dan taburkan tepung beras, gaul rata. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng puyuh tadi sehingga kuning keemasan, gunakan api sederhana kuat. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos kegemaran anda...

Monday, July 22, 2013

KEK LAPIS CHEESE COKLAT...

rsz_choco_cheese_layer_cake

Assalammualaikum, diam tak diam dah masuk minggu kedua bulan Ramadan, masa berlalu pantas. Anda apa khabar?..Sehat?..Dah ada perancangan untuk membuat kek dan biskut raya?.. Cm agak sibuk sikit. Dan beberapa hari lepas cm dah mula ON projek kek lapis, bukan untuk jualan, tapi untuk sendiri punya. Bil sebut kek lapis dah semestinya kita terbayangkan "Sarawak", negeri yang begitu terkenal dengan kek lapis mereka yang pelbagai ragam dan corak. Tak lupa Indonesia yang begitu terkenal dengan kek lapis tradisi rempah atau kek lapis legit. Kini trend kek lapis mula menular ke semenanjung. Cm dulu tak pernah buat kek lapis, tapi sejak berblog dan berkawan dengan mereka2 yang pakar kek lapis, keinginan melapis tu mula timbul. Tapi cm cuma pandai melapis kek lapis biasa sahaja, bukan kek lapis yang punya pelbagai corak. Melapis amat menyeronokkan, dan perlu kesabaran. untuk menyiapkannya. Pada cm saat paling mendebarkan bila kek dipotong untuk melihat lapisan yang dihasilkan....

rsz_choco_cheese_layer_cake1

Untuk entri pertama kek lapis ini, cm kongsi resipi yang asalnya cm ambik dari blog Rima dari Singapura, siapa tak kenal beliau, dikalangan blogger masakan, beliau seorang yang begitu teliti dalam menghasilkan kek lapis terbaik. Rima menjadi inspirasi cm untuk melapis kek dengan lebih cermat, lebih bersungguh2 untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Bukan saja dari segi rasa, tapi juga dari segi rupa, teksture dan kekemasan. Tidaklah susah membuat kek lapis, kalau cm boleh buat, anda pasti boleh buat juga, cuma cm pesan anda luangkan satu hari tanpa gangguan dan cuba melapis kek, rasai keseronokkan melapis selapis demi selapis dan membakar hingga ke lapisan terakhir....Pasti anda akan rasa bangga dengan hasil air tangan anda sendiri... Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHAN A :-)
200 gram mentega (cm guna mentega SCS)
150 gram cream cheese
130 gram gula kastor
14 biji kuning telur (cm guna telur gred A)
5 camca besar susu pekat manis

BAHAN-BAHAN B :-)
130 gram gula kastor
7 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar

BAHAN-BAHAN C :-)
180 gram tepung Hong Kong*
1 camca teh baking powder*(*diayak)

BAHAN-BAHAN D :-)
2 camca besar serbuk koko*
3 camca besar air panas*
1 camca teh coklat emulco*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Beberapa titik perwarna kuning makanan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C (api grill, bahagian atas sahaja), lenser tin 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, leser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, cream cheese dan gula kastor hingga kembang dan gebu, masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit, dan putar sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Dalam bekas yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk.
  4. Masukkan putih telur ke dalam adunnan kek lapis, gaul rata dengan spatula dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak
  5. Satu bahagian dimasukkan pes coklat, gaul rata dan dua bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning makanan. Kacau rata2.
  6. Masukkan tin ke dalam oven selama 3 minit. Keluarkan dan lapis dengan bancuhan warna kuning sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5-7 minit atau hingga perang. Keluarkan dan jika ada gelombong udara, cucuk dengan lidi sate dan kemudian tekan sedikit. 
  7. Lapis lagi dengan adunan warna kuning hingga siap. Kemudian dilapis dengn adunan coklat pula hingga siap dan dilapis sekali lagi dengan adunan kuning. Untuk lapisan terakhir, bakar hingga kekuningan, kemudian tutup permukaan tin kek dengan aluminium foil dan bakar dengan api atas bawah selama 10 - 12 minit. Sejukkan kek sekejap dan keluarkan dari tin. Biar sejuk sebelum dipotong.
CATATAN MAT GEBU :- Guna mentega berkualiti tinggi untuk mendapat kek lapis yang lembap. Anda boleh juga putar putih telur dulu, asingkan dan baru putar adunan untuk kek lapis. Tekan perlahan setiap lapisan kek dengan penekan kek lapis, jika ada gelembung udara, cucuk perlahan dengan lidi sate. Anggaran membakar setiap lapisan dalam 5 - 7 minit bergantung pada oven masing2...

Sunday, July 21, 2013

SIAPA SUKA TELUR MASAK KICAP?...

rsz_telo_masak_kiacap
Assalammualaikum, salam Ahad. Minta maaf sebab cm tak berapa sempat nak update blog. Dan nak ambik gambar pun agak terganggu. Semalam cm cuma selera nak berbuka telur masak kicap, ada yang pelik?..Macam tu lah, kadang2 kita masak macam2, tapi akhirnya pilihan yang ringkas menjadi keutamaan. Bulan Ramadan cm masak yang biasa2, takde yang istimewa sangat. Kuih muih pun jarang cm buat atau beli, sebab tak berapa nak lalu sangat, kecuali karipap. Kenapa cm tak berapa aktif update blog sejak2 puasa ni?...Hmmm, sebelum puasa lagi cm dah mula sibuk. Lagi pun cm agak malas lah nak bising2 bila ada yang tak berapa setuju kalau ditayang gambar makan2 pada waktu siang di bulan puasa, yelah kita ni tak pandai, komen2 nanti, kena hentam pulak oleh orang2 bijak pandai. Cuma pada pendapat cm lah, positif atau negatif pandangan orang pada gambar makanan itu semua terletak pada kebijaksanaan mereka yang melihat....jika anda lihat dari sudut positif, maka jadilah positif begitu juga sebaliknya....Apa2 pun lihat aje lah resipi telur masak kicap sebagai idea untuk anda masa berbuka atau sahur nanti...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur atau secukupnya
1/2 cekak soo hoon
1 batang leek
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 cawan air
4 camca besar kicap lemak manis Jalen

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata kerbau, toskan. Soo hoon dikerat pendek dan rendam hingga lembut. Leek dikerat pendek dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek (toskan), masak hingga harum, tambah hirisan cili merah dan hijau. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
  3. Masukkan kicap, kacau dan tambah telur mata kerbau, kacau perlahan. Masukkan soo hoon (toskan) dan masak dengan api kecil hingga soo hoon lembut, kalau anda suka lebih kuah, tambah sedikit lagi air. Masak sekejap, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat atau bubur..


Friday, July 19, 2013

GULAI BABAT DENGAN REBUNG JERUK....PENGGSANN!!...

rsz_gulai_babat_rebung_jeruk
Memang pengsan...maklumlah benda yang dimasak pada hari biasa (...errrr..ada ke cm masak benda yang luar biasa di bulan puasa ni?..hmmm), cm masak pada bulan puasa, nasib baik rebung jeruk tu jenis ok, bukan yang ada bau hanch** ituu... Tapi ok lah, cm masak sikit (2 hari gak baru habis). Rebung jeruk yang cm guna ni, bonda bikin sendiri. Satu yang cm suka masakan macam ni, kuah dia tu, kalau dimakan keesokkan harinya, bertambah sedap. Waktu sahur, kasi bikin lempeng pekak pun dah orait sangat, boleh cicah kuah gulai. Cuma bulan2 puasa ni, kena agak2 lah penggunaan garam, biar masakan kita tawar sikit dari termasin. Resipi amat biasa2 dan bukan lah terlalu tradisi seperti orang Negeri Sembilan masak yang tanpa bawang tu....resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram rebung jeruk, cuci dan toskan
600 gram perut tuala @ babat, potong kecil
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1 liter santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
30 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan babat ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak atas api hingga mendidih. Masukkan rebung dan tuang santan cair. Kacau rata, biar mendidih perlahan hingga babat lembut.
  2. Masukkan asam gelugor dan jika kuah kurang, tambah sedikit air. Masukkan pati santan, perasakan dengan garam secukup dan sedikit gula. Kacau rata dan tambah daun kunyit. Biar mendidih perlahan dengan api sederhana, kacau selalu. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok, boleh matikan api...


SEMALAM CHE MAT BERBUKA LONTONG AJE...

rsz_lontong_johoree
Salam Jumaat 10 Ramadan, apa khabar...macam mana puasa anda....bagus?. Sebelum tu cm minta maaf sebab agak jarang dapat kemas kinikan blog, bukan takde bahan, tapi masa agak terbatas. Ada juga yang tak berapa setuju bila cm masukkan gambar2 makanan di waktu siang hari. Nak letak malam, tak larat sangat dah. Contoh macam entri lontong ni, memang cm plan nak letak malam tadi, tapi keadaan memang tak mengizinkan dan bila ada masa, mata pulak mengantuk teramat sangat. Memang cm rancang nak masak lontong dan kebetulan semalam hari pertama cm melapis kek lapis (yang tu insha Allah cm letak resipi nanti yea). Jadi lontong adalah pilihan yang ringkas dan mudah disiapkan. Kalau orang Johor, lontong mesti ada sambal tumis atau sambal kacang. telur rebus dan serunding sebagai pelengkap. Dan ada juga teman Fb yang kasi tau, di Singapura, lontong ditambah dengan begedil, menarik juga kan..Takpe lain kali kita test tengok...Bagi anda yang nak berbuka satu makanan yang ringkas dan mengenyangkan, lontong antara pilihan tepat..

BAHAN-BAHAN SAYUR LODEH :-)
1/4 biji kobis bulat, potong kecil
15 tangkai kacang buncis @ 8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe, potong kiub
2 keping tauhu, potong kiub
30 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 biji terung, potong kiub dan rendam
1 biji kentang, kupas dan potong jejari, rendam
1 biji sengkuang saiz kecil, kupas dan potong jejari, rendam
1 biji lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong jejari, rendam
1 cekak soo hoon, kerat pendek
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas diketuk
1 kiub ikan bilis (optional)
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
3 biji buah keras, dihiris

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Ketupat atau nasi impit secukupnya, dipotong kiub
Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Serunding kelapa
Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), tumis serai dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang santan cair, kacau dan bila mendidih, masukkan sayur2 yang keras dahulu, kentang, sengkuang, lobak merah dan fucuk (toskan). Masak hingga lembut. Masukkan tempe, kacang buncis@kacang panjang, tauhu dan kobis. Kacau perlahan.
  3. Bila sayur lembut sedikit, tambah soo hoon (tak perlu rendam, cuma lalukan dibawah air paip), kacau dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
  4. Ketupat atau nasi impit dipotong kiub, letak dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah lodeh bersama isi2nya. Letak 1/2 telur rebus, sambal tumis dan serunding. Boleh hidangkan....Selamat mencuba!..
CATATAN MAT GEBU :- Ada pelbagai versi memasa lontong, dan kebiasaannya yang che mat masak, ia tak ditumis, hanya dimasak seperti masak lemak biasa. Ada juga yang mencampurkan udang segar dalam kuah lodeh dan ditambah sedikit cili kisar. Anda boleh lebih atau kurangkan jenis sayur2an dalam lontong, ikut apa yang anda rasa sesuai.

Wednesday, July 17, 2013

KACANG PANJANG GORENG TAUCO.

rsz_kacang_tauco
Bila bulan puasa, masak yang mudah2 yang simple2 lagi menyelerakan. Dan tak perlu banyak jenis masakan. Cm sendiri tak sangat ke bazar ramadan (boleh dikira sangat berapa kali aje cm pergi setiap kali Ramadan). Masak apa yang ada kat rumah. Lagi pun penduduk rumah cm tak ramai. Kacang panjang goreng tauco menjadi menu pilihan samada untuk berbuka atau bersahur. Makan dengan nasi panas yang dimasak lembut atau dengan bubur nasi juga sedap. Ada orang tak suka makan tauco, tapi pada cm tauco amat sedap dan banyak digunakan pakai oleh orang2 Johor. Kalau orang2 peranakan mereka memang guna terutama dalam masakan ayam pongteh dan masak2an yang lain. Tauco ialah kacang soya yang ditapaikan, sama seperti proses membuat kicap. Terdapat pelbagai pilihan tauco samada yang masin, kurang masin atau masin2 manis...Resipi memang mudah dan cepat disediakan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 - 12 tangkai kacang panjang
2 camca besar penuh tauco
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci kacang panjang, kemudian potong pendek, ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan tauco dan masak hingga wangi. Tambah sos tiram dan kacau rata. Masukkan sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Biar mendidih.
  2. Masukkan kacang panjang, gaul rata dan biar kacang lembut. Tambah sedikit sos ikan atau secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Hidangkan bersama nasi atau bubur untuk berbuka puasa atau bersahur..

Tuesday, July 16, 2013

GETUK UBI KELADI.....ANDA PERNAH MAKAN?..

rsz_getul_ubi_keladi
Salam Ramadan, entri petang ni sebenarnya dah beberapa hari lepas cm buat. Atas sebab2 kekangan waktu dan hal2 lain, cm terlupa nak post ke blog. Takpe kan cm letak hari ni. Tempoh hari abang sulung cm ada beli keladi Sarawak atau nama lain keladi pongkes. Keladi jenis ini tidak berkanji dan lebih kurang macam ubi kayu. Kata bonda, keladi Sarawak lebih sesuai kalau dibuat getuk berbanding keladi yang tinggi kandungan kanjinya. Tapi feedback yang cm dapat di wall FB tempoh hari, ada yang kasi tau keladi biasa pun boleh dibuat getuk, dan ada juga yang berkongsi tips, kelapa parut yang kita guna dalam getuk tu, disangai atau goreng tanpa minyak sekejap hingga harum, baru ditumbuk bersama keladi rebus. Dan bila sebut getuk, dah pasti teknik menghancurkan ubi, gunakan alu lesung batu. Kalau nak guna alat penekan pun boleh, tapi kurang nampak keasliannya. Guna alu lesung baru klasik. Resipi sebenarnya takde sangat, main agak2 saja...boleh?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Keladi Sarawak secukupnya (anggaran 600 gram)
1 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
1 camca teh gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas keladi, cuci dan potong kecil, rebus dengan sedikit garam hingga betul2 empuk. Toskan airnya dan masukkan ke dalam periuk kembali. Panaskan sekejap. 
  2. Menggunakan alu lesung, tumbuk perlahan keladi tadi hingga hancur, masukkan kelapa parut, sedikit garam dan gula, gaul rata dan tumbuk hingga lumat dan sebati bersama kelapa. Alihkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. (cm alas dasar loyang dengan aluminum foil dan sapu sedikit minyak makan).
  3. Ratakan dan tekan hingga padat. Biar sejuk dan boleh dipotong, hidangkan bersama ikan masin atau sambal tumis ikan bilis. Boleh juga dibentukkan bebola, dicelop tepung dan digoreng seperti pisang goreng.....Selamat mencuba!!..

AIR JAGUNG....GODAAN MELAMPAU!!..

rsz_air_jagung
Salam 7 Ramadan, assalammualaikum....hmmm nyamannyaa, air jagung yang lemak2 manis bersari dan rasa biji2 jagungnya sungguh mengasyikkan bila dikunyah, sedapp okehh!!....Haipp, sapa tu kata cm tak puasa...biasaa dia!..Ni cm buat semalam untuk berbuka puasa. Godaan melampau dari Kak Ita tau nama pemes beliau Azlita Masam Manis membuatkan cm teringat2...Dah lah gambar air jagung beliau cukup cantik. Cm tak ubah apa2 dalam resipi, tapi cm buat 1/2 dari resipi asal. Biasalah lat rumah cm, Bak tak minum susu dan ada yang dah minum air lain. Jadi air jagung ini sepesel untuk che mat gebu menghadap sesorang....erkkk...terus sendawa jagung aku semalam...haha. Apa2 pun ucapan terima kasih pada Kak Ita sudi berkongsi air jagung yang sedap ini...Cm share pulak resipi beliau diblog DTS....Jommm, buat petang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Pati minuman jagung secukupnya (sebarang jenama, cm guna cap double lion)
Air secukupnya
Gula secukup rasa
1/2 tin jagung dalam tin
1 tin susu cair
2 camca besar susu pekat manis
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak air bersama gula, cm pun ikut cara Kak Ita, satu kole air dimasak dengan 6 camca besar gula, masak hingga larut. Tambah pati minuman perisa jagung secukupnya, yang ni anda agak2 lah yea, hingga anda dapat aroma dan warna yang secukupnya. Masa lagi hingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair dan jagung dalam tin, kacau dan tutup api. Tambah susu pekat manis dan kacau rata. Biarkan sejuk dan hidangkan bersama ais kiub untuk berbuka puasa nanti..

Monday, July 15, 2013

GIVEAWAY RAMADAN BLOG KAK IDA YANG OHSEMM!!...



(Gambar: Kredit Blog Kak Ida)

Berita bess nih, yelah bulan2 puasa ni dari anda sangap2 sementara menunggu masa untuk ke dapur atau ke bazar Ramadan, apa kata ambil peluang sertai giveaway Ramadan dari blog Kak Ida 1001 resipi.. Gambar atas tu antara hadiah2 yang kak Ida tawarkan, bess tau acuan tu, jenis silicone, boleh bakar muffin atau cupcake atau nak bekukan jelly pun boleh. Syarat2 GA yang Kak Ida buat pun pada pendapat cm tidak lah membebankan dan agak mudah. Tak teruja ke?, kang kalau cm join, aku sapu bersih, jangan jeless okehh.....hehe. Apa2 pun cuba anda singgah dan baca cara2 nak sertai GA Kak Ida tu, dan jangan lupa skodeng juga hadiah2 yang ditawarkan. Sesuai diguna untuk Raya nanti.....Jommm  sertai GA Kak Ida, di sini....

MI HOON KASAR GORENG PEDAS....

rsz_mi_kasar_goreng
Salam semua, sebenarnya tak tau nak kata, ni mi hoon ke, atau mi laksa. Sedara cm yang kasi, mi tu nampak macam mi hoon, tapi kasar sedikit. Bila rendam dia jadi seakan2 mi laksa pun ada. Sebab dah petang, apa yang cm buat cuma boleh kasi goreng macam mi hoon saja. Alhamdulillah, masih sedap dan boleh dimakan dengan berselera (ke lapar eks?..hehe). Tiada lah istimewa mana, cuma macam anda goreng mi hoon biasa saja. Untuk bulan puasa ini, sambal untuk menggoreng mi cm telah siapkan awal2 dalam satu mangkuk besar, kalau nak bikin sambal tumis, tinggal tambah sedikit pes asam jawa dan ikan bilis atau udang atau sotong. Udang yang anda nampak tu cm letak kemudian, dan cm guna daging ayam sebagai ramuannya. Resipi dalam kategori mudah disediakan, seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mi hoon jenis kasar (atau mi hoon biasa) rendam hingga lembut dan toskan
1 keping dada ayam, dipotong kiub
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
7 - 8 ekor udang bersaiz besar
1 cekak kucai, cuci dan potong pendek
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
2 keping tauhu, potong dadu dan goreng sekejap, angkat dan toskan
1 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap lemak manis JALEN
2 camca besar sos cili
2 camca besar sambal tumis
2 biji telur, dibuat telur hancur
Sos ikan secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang dan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis, sos tiram dan sos cili, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan daging ayam, kacau dan masak hingga daging ayam berubah warna, masukkan tauhu dan udang. Kacau rata.
  2. Tambah telur hancur, gaul dan masukkan mi hoon, kacau hingga semua mesra. Tambah sos ikan secukup rasa, masukkan kucai dan taugeh, gaul hingga rata. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan cili merah hiris sebagai hiasan. Hidangkan segera, sedap dimakan panas..

Sunday, July 14, 2013

RENDANG AYAM GAHARU....UNTUK BERBUKA PUASA..

rsz_rendang_ayam_gaharu
Assalammualaikum, alhamdulillah selesai 5 hari dah kita berpuasa dan sujud syukur juga kerana cm selesa dengan projek 50 tu tanpa halangan dan dipermudahkan. Dalam masa cm menunggu kek kukus selama 4 jam, cm sempat masak rendang ayam gaharu. Resipi memang ada dalam blog DTS. Cm masak dalam 1/2 ekor ayam dan ada baki yang boleh dimakan untuk sahur, kalau tak habis, sambung untuk berbuka esok. Masakan macam ni, lepas sehari lagi sedap, tapi dengan syarat kena panaskan atau simpan dalam peti sejuk. Satu petua yang cm buat, bila panaskan, guna api kecil dan biar rendang panas sekata. Jangan tutup permukaannya rapat sangat, kasi renggang sedikit, ini kerana, suhu panas yang menghasilkan wap akan menyebabkan rendang cepat basi. Satu lagi kalau nak ambik, jangan dikacau2 rendang tadi, ambik dari satu bahagian sahaja. Apa2 pun ini cuma petua yang cm amalkan, tak paksa suruh anda ikut, sekadar berkongsi....Tapi tak salah mencuba, sebab orang dulu2 mereka lebih arif dalam mengekalkan kesegaran masakan mereka....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, dipotong 10 bahagian, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
3 helai daun limau purut (cm tambah)
300 ml santan pekat
2 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar (boleh kurangkan)
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
20 biji cili padi merah kampung

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti.

Saturday, July 13, 2013

POPIA JEJARI KETAM BERKEJU...

rsz_popia_crab_stick

Assalammualaikum salam semua. Minta maaf sebab cm tak dapat nak update blog seperti biasa. Masa cm diwaktu siang amat2 ketat. Selagi belum siap apa yang cm buat, memang cm tak boleh nak berblog sangat. Dan masak pun hanya yang biasa2 dan ringan2. Lagi pun tekak macam tak boleh nak masuk benda2 yang berat sangat, kalau air tak perlu cerita lah, memang 'ON' aje. Hari ni cm berbuka popia, popia crabstick berkeju. Masa cm sambung tidur sekejap lepas sahur semalam, cm siap mimpi buat popia crab stick. Tu yang lepas sesi pertama untuk projek 50, cm terus buat inti untuk popia, bersemangat sangat. Dan barang2 basah semua ada, walaupun kobis yang cm guna tu dah berapa hari punya, tapi masih elok dan rangup. Bahan2 lain selain crab stick, cm guna lobak merah, sengkuang dan keju cheddar....
rsz_popia_crab_stick2

Untuk resipi ini anda akan dapat kurang lebih 20 - 22 biji popiah, kalau banyak usah risau, anda boleh bekukan dalam freezer, nak2 kalau cuma anda sorang atau berdua yang makan. Satu lagi jangan goreng popia dengan api yang besar, nanti cepat hangus. Guna api sederhana dan balik2kan selalu agar kuningnya serata. Cm makan popia ini dengan sos cili buatan sendiri dan daun salad (cm guna salad jenis butterhead yang lebih rangup, lemak dan sedap). Untuk hidangan berbuka, cm sarankan anda goreng waktu2 hampir nak berbuka, mungkin 20 - 25 minit lagi nak berbuka puasa, anda boleh goreng. 
rsz_popia_crab_stick1

Cun tak sos cili untuk makan sama popiah?...Nampak seksi kan dengan kaler merah yang garang tu. Buat dia pun senang, dan satu lagi cm memang 'setia' dengan cuka keluaran JALEN untuk sebarang masakan yang menggunakan cuka, termasuk resipi sos ini. Kenapa? Sebabnya rasa cuka Jalen sedap dan tidaklah menyengat atau pedo sangat. Letak terlebih pun tetap masih rasa ok. Tapi bukan lah cuka makan lain tak boleh guna, cuma cm kasi tau apa yang cm guna tu saja. Sos ini kalau berlebih, simpan dalam peti sejuk. Bijan tu, anda kasi sangai dulu sampai wangi, baru tabur. Ehemm, tergoda tak nak mencuba?...kalau tergoda, meh sini cm tulis resipinya...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
3/4 - 1 cawan parutan kasar sengkuang, hiris halus
1 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan hiris halus
1 cawan kobis bulat yang dihiris halus
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
7 batang jejari ketam @ crabstick, hiris halus
Garam secukup rasa
1/4 camca teh minyak bijan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
20 - 22 keping kulit popia
Keju cheddar yang dihiris kecil memanjang secukupnya
1 biji telur, pukul sedikit, sebagai bahan pelekat
Beberapa helai daun salad Butterhead
Sos cili untuk mencicah*(*resipi dibawah)

BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka (cm guna cuka makan JALEN)
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI POPIA :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan crabstick, sengkuang (diperah sedikit airnya) dan lobak merah, kacau rata. Masukkan kobis dan minyak bijan. Kacau dan masak hingga layu, tambah sedikit garam, kacau rata dan matikan api. Biar inti sejuk..
  2. UNTUK POPIA JEJARI KETAM BERKEJU :- Ambil sekeping kulit popia, sudukan 2 camca teh penuh inti, letak hirisan keju cheddar, gulung popiah hingga menutup inti, kemudian lipat bahagian kanan dan kiirinya ke dalam dan sapu bancuhan telur pada hujung kulit popiah yang terbuka. Kemudian gulung hingga sampai hujung dan kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki kulit popiah, inti dan keju.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng popiah 5 - 6 biji sekali (bergantung pada saiz kuali anda). Balik2kan popia agar masak sekata. Bila kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak atak kitchen paper towel agar lebihan minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili dan daun salad...
  4. UNTUK SOS CILI :- Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan masak sekejap lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. Kacau rata dan masak hingga pekat. Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama popia...

MASIH MENJADI PILIHAN 'BAK' UNTUK BERBUKA...

rsz_asam_pedas_ikan_parang (1)
Salam 3 Ramadan, errrr dah masuk 4 Ramadan kan, takpe lah. Ada yang tanya, cm masak apa untuk berbuka, mesti yang bess dan istimewa. Pada cm masak yang biasa2 itu lah yang istimewa dan cm akan masak masakan yang mak ayah cm suka, sebab cm pasal benda2 ni tak kesah, semua ok saja kat tekak aku. Kalau berbuka setakat telur mata kerbau patah cili, bawang dan curahkan kicap pun sudah memadai. Tapi takkan lah lauk serupa itu nak kita hidangkan pada mak ayah, nampak macam kurang sopan pulak. Apa2 pun, syukur alhamdulillah diberi rezeki yang berlebihan, bayangkan betapa beruntungnya kita kalau nak dibandingkang dengan mereka yang berbuka nasi dan garam. Moga Allah swt memberkati puasa kita dan diberi keampunan dan dimakbulkan segala doa2..Insha Allah....Ok resipi sepert berikut...takpe kan cuma resipi asam pedas ikan parang?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan parang saiz besar. dibelah 2 setiap 1, cuci dan toskan*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata dan goreng embal2, angkat dan toskan)
1 biji nenas madu saiz kecil, kupas dan hiris kasar
2 senduk nasi cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 inci halia
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga harum, masukkan serai titik dan cili kisar, kacau dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  2. Tuang air secukupnya (yang ni agak2 lah yea). Kacau dan bila mendidih masukkan nenas dan masak sekejap. Tambah kiub ikan bilis dan ikan parang tadi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga nenas lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.


Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.