BEN ASHAARI

Friday, May 31, 2013

LEMAK PUCUK MANIS SAMA TEMPE..

rsz_lemak_pucuk_manis (1)
Malam semua, tak larat nak cerita banyak, tapi tengok keadaan, kalau terbanyak tulis, maka akhirnya jadi banyak cerita. Takde apa sangat yang cm masak ni hari. Memandangkan bonda masih lagi berpuasa Rejab, cm masak agak lewat sikit, tapi waktu pagi masak sekali untuk tengah hari bagi mereka yang tidak berpuasa. Atas permintaan Bak, cm masak lemak pucuk manis campur tempe, tapi Bak dilarang makan tempe, takut gaot menyerang, kena lah pantang. Sebenarnya nak letak keledek, tapi takde, jadi ku masukkan tempe dan putik jagung, kan kita buat dia. Kalau anda nak tambah cendawan tiram, pun boleh. Masakan macam ni boleh dikatakan agak jimat, cuma kasi goreng ikan masin lepas tu debik sambal belacan, settle dah, tapi nasi jangan pula lupa masak. Sebabkan Bak tak boleh makan udang kering atau ikan bilis, cm gantikan dengan kiub pati ayam sebagai perencahnya. Tapi resipi yang akan cm tulis nanti, cm tulis udang kering....Dah bersedia?..Pasti ramai dah biasa masak resipi ni yea tak?..ecehhh ada yang segan nak ngaku...kononnn...angguk je sudah lah, bukan cm nampak punn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk manis
4 batang putik jagung
2 keping tempe
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris 
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan pucuk manis dari tangkainya, cuci dan toskan. Putik jagung, dihiris serong sederhana tebal dan tempe dipotong kiub. Ketepikan.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan udang kering yang ditumbuk kasar ke dalam periuk. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan tempe dan  putik jagung. Masak sekejap, sementara itu pucuk manis diramas. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Kacau rata dan biar mendidih. Jika kurang kuah, tambah sedikit air.
  3. Tuang pati santan, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api kecil hinggan mendidih, kacau selalu. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang bersama nasi panas, ikan masih @ ikan goreng dan sambal belacan..

IKAN KERISI MASAK TAUCO...

rsz_ikan_kerisi_masak_tauco
Salam Jumaat, dah makan semua?...Mesti menu bess, betul tak?. Cm masak lewat sikit hari ni, tapi masakan biasa2 saja. Macam yang anda nampak ni. Rasa penat dah nak masak, tapi kalau dapur tak berasap apa kes pulak kan. Jadi kasi buat yang simple2 sudah lah. Hari ni cm keluarkan 2 ekor ikan kerisi, mula2 plan nak masak kicap, tapi kensel, kasi masak sama tauco pulak. Sedap makan sama nasi panas yang dimasak lembut. Patah2 kan cili padi sebagai ulam bila makan. Walaupun ada menggunakan cili hiris dalam masakan ini, tapi ia tak sepedas mana. Kalau anda suka berkuah, boleh tambah sedikit air lagi. Paling penting, garam jangan letak sebab tauco memang dah masin, tapi kalau bila dah ada kuah dan jika anda rasa perlu lebih garam, baru tambah sedikit. Resipi sesuai untuk mereka yang bekerja atau untuk berbuka puasa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kerisi saiz sederhana, disiang, cuci bersih dan kelar sedikit*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/4 camca teh garam*(*digaul rata dan biar sekejap)
1 biji bawang besar, potong bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, saiz kecil, buang biji dan dadu
1 biji cili hijau, saiz kecil, buang biji dan dadu
1/2 inci halia,hiris halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh pes asam jawa
2 camca besar tauco
Garam jika perlu (cm tak letak)
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan tadi hingga masak.Angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia, hingga harum, masukkan cili kisar dan sos tiram, kacau rata dan tambah tauco. Kacau dan masak sekejap.
  2. Masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar. Kacau dan tuang sedikit air (anggaran 3/4 cawan), masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru tambah sedikit garam. Matikan api dan tuang atas ikan tadi, ratakan dan tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.


Thursday, May 30, 2013

JOMM....PULUT SERUNDING!..

rsz_pulut_urap
Malam semua, assalammualaikum. Diam tak diam dah nak masuk ke 1/2 tahun 2013, pantas betul masa, rasa macam baru saja awal Januari, tau2 dah hujunng Mei saja..Hmm, makin tua dan mood juga makan mendatar. Tak pelah, selagi terdaya, insha Allah blog akan bernyawa walaupun kekerapan cm update dah makin kurang sekarang ni. Tak lama lagi jika dipanjangkan usia Ramadan bakal menjelma dan sudah pasti anda mula memikirkan hidangan juadah untuk keluarga dan cm rasa pulut serunding antara yang sesuai. Buatnya tidak lah susah mana, hanya pulut yang ditanak (tapi cm kukus) kemudian dibentukkan dalam acuan (cm guna scoop aiskrim yang comel) dan golekkan dengan serunding, tekan2 sedikit biar melekat...

rsz_pulut_urap1
Sesuai untuk semua majlis, dan gaya membentuk terpulang pada anda, macam cm buat bentuk bulat2, tapi pernah juga cm tengok yang leper atau ikut kreativiti masing2. Kalau guna acuan untuk membentuk, sapu sedikit minyak makan, baru ditekan ke dalam acuan, ini memudahkan pulut keluar dengan sempurna. Kalau serunding dah siap awal, lagi senang. Tinggal buat pulut dan golek2kan dengan serunding. Resipi seperti berikut...

BAHAN PULUT :-)
300 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit dan toskan
Santan cair secukupnya
1/4 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN SERUNDING :-)
1 kelapa parut, pilih yang kulit basah
1 batang serai, hiris halus*
2 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1/2 inci lengkuas*
2 biji cili merah*
3/4 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
2 camca besar gula pasir*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa (agak2 dalam 1/2 camca teh)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SERUNDING :- Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga separas pulut. Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK PULUT SERUNDING :- Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit pulut dan kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Boleh dihidangkan. (Dalam gambar cm guna scoop ais krim saiz sederhana, sapu sedikit minyak makan pada bahagian dalam scoop ais krim tadi, dan cedok pulut, tekan2 sedikit dan keluarkan. Kemaskan bentuknya dan golek dengan serunding kelapa). Boleh hidangkan...

GULAI IKAN REMPAH BAKAR SAMA BELIMBING...

rsz_gulai_ikan_rempah_bakar
Salam Khamis semua, anda sehat?..Plan masak apa hari ini?. Entri ini cm masak semalam sebenarnya dan seperti biasa, gulai2 macam ni, kalau dibiarkan semalaman, lagi sedap rasanya. Nama resipi bukan main lagi rempah bakar..tapi memang cm bakar, bakar dalam kuali segala bahan2 ramuannya...errr ada gak yang tak bakar. Cm guna kepala ikan unga dan sekeping isi ikan yang cm kerat 2 (dalam resipi cm tulis 2 keping), sebab ikan ini saiznya agak besar. Kalau anda lihat nanti, resipi memang seakan2 masak lemak biasa atau lemak cili padi. Cm campur belimbing buluh yang kebetula sedang berbuah, dari busuk kat pokok, elok juga dimasukkan ke dalam gulai. Kalau anda nak masukkan petai pun boleh juga. Rasa cm kan, selain ikan, udang atau ketam pun boleh masak macam ni, cuma bagi yang ada alahan atau sakit gaot, cm sarankan guna ikan atau ayam. Takut lah memudaratkan nanti. Resipi amat mudah dan anda boleh cuba bila ada kelapangan waktu nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping kepala ikan unga + 2 keping isinya, cuci bersih dan toskan
1/2 inci lengkuas, dititik
3 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
15 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap 1
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN REMPAH RATUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca teh ketumbar biji
20- 25 biji cili padi kampung (merah dan hijau) biar dengan tangkainya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bawang merah dan bawang putih dicuci, tak perlu buang kulit, lap kering dan kemudian bakar hingga kulit bawang kelihatan kecoklatan. Bakar pula kunyit, cili padi dan buah keras hingga harum dan keperangan. Sangi ketumbar dan sejukkan. Buang kulit bawang, masukkan ke dalam alat pengisar bersama semua bahan2 rempah ratus dan 1/3 cawan santan cair. Kisar hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai titik dan lengkuas hingga harum, masukkan bahan yang dikisar halus tadi dan tumis dengan api sederhana hingga wangi dan terbit minyak, kacau selalu. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan asam gelugor. Biar hingga ikan masak, tambah pati santan, bunga kantan dan daun kunyit. Kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan belimbing. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau bakar atas bara api lagi sedap, memandangkan ia agak sukar, anda boleh bakar dalam oven atau dalam kuali sahaja. Kalau anda guna ayam, masukkan ayam bila rempah yang ditumis wangi dan terbit minyak. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut, baru tuang santan cair dan langkah2 seterusnya... Selamat mencuba!!..

Wednesday, May 29, 2013

SAMBAL SENGKUANG SAMA IKAN BILIS KEMBONG

rsz_sambal_sengkuang
Assalammualaikum, salam siaran. Baru cm rasa lega hari ini. Sehari dua ni, rasa stress sangat, macam2 hal. Dah lah 2 hari lepas peti sejuk cm rosak, petang tu hujan dan ada angin kuat, jadi ada pokok kayu patah dan hempap wayar eletrik, tah macam mana letrik jadi terlebih kuasa, sampai kipas angin putar laju, lampu jadi terang melampau. Bila sedar keadaan tu, cm cepat2 matikan semua suis termasuk main suis (eh, yang main suis tu abang cm yang off kan ). Bila semua dah ok, tengok2 peti sejuk rosak, tapi lampu dia hidup. Tunggu tukang bikin datang tapi tak datang...stress tak yah kata lah, dah sampai beku otak, nasib baik abang cm buat kan, maka hari ini alhamdulillah, dah ok balik...baru mood memasak 'ON', kalau tak nak lalu kat dapur pun rasa malas, bila tengok barang2 berlonggok macam kedai runcit. Hari ni cm share satu masakan nostalgia keluarga kami, nama je sambal tapi takde pun rupa sambal. Selalunya guna ikan bilis tamban, tapi kali ni cm guna ikan bilis kembong (sebenarnya anak ikan kembong saiz sebesar ibu jari yang dikeringkan). Kenapa nostalgia?..kerana lauk macam ni lah yang arwah tok cm bawak bekal ke kebun...Al-fatihah untuk Hasaan Bin Jampok, arwah datuk cm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1  biji sengkuang saiz sederhana
2 genggam ikan bilis kembong (anak ikan kembong yang dikeringkan)
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
5-6 biji cili hijau, hiris
1 inci isi ikan tenggiri jeruk, digoreng dan hancurkan
3/4 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sengkuang dikupas, kemudian dipotong dadu, rendam. Ikan bilis kembong direndam sekurang2nya 1 jam. Kemudian dibelah 2 setiap seekor, buan tulang tengahnya, belah lagi biar jadi kecil (macam dalam gambar diatas). Cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkan isi kan masin kurau goreng yang dihancurkan tadi. Kacau rata. Tambah isi ikan bilis kembong dan sengkuang. Kacau.
  3. Kemudian masukkan air. Masak dengan api sederhana hingga sengkuang lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan renjiskan sedikit serbuk perasa. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi atau pun bubur nasi.


Monday, May 27, 2013

KUIH BAKAR @ BINGKA PANDAN...

rsz_kuih_bakar_pandan

Salam, lama cm tak buat kuih bakar pandan atau ada yang panggil bingka pandan. Ini betul2 bingka pandan terjun....errrr, tak berapa terjun sangat lah cuma santan tu bukan segar dari perahan kelapa parut, tapi dalam kotak mari punya. Bukan apa, last minit nya projek, cm buat semalam untuk bonda berbuka puasa. Bila siap je, photo shooting, hujan turun punya lebat, lepas tu angin bagai. Sampai ada pokok tumbang dan hempap wayar elektrik, maka terblack out lah rumah cm semalam, lama juga dari jam 6 petang sampai jam 10 +  malam. Masing2 muka pun dah tak senonoh, serabai habis. Apa2 pun syukur alhamdulillah, kuih bakar yang cm buat, jadi dengan elok, tak keras dan tak lembut, rasa dia pun just nice.

rsz_luih_bakar_pandan1
Cm bakar kuih ni dalam loyang 8 inci x 8 inci x  2 1/2 inci. Selanya kuih bakar kalau berkerak lagi sedap, cm bakar lagi sampai berkerak permukaannya. Guna fungsi grill (jika oven anda ada fungi itu) dan grill 10 minit atau hingga permukaan kuih nampak garing. Kalau orang Melaka, mereka akan tambah sedikit rempah ratus dalanya, tapi kalau cm buat, sah2 Bak tak makan. Kalau anda nak bakar guna acuan bunga pecah lapan juga boleh, mungkin dapat 3-4 keping, ikut saiz acuan. Resipi asa, dari sorang teman blogger yang lama cm kenal dulu....Terima kasih Jo...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum, diayak
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
600 ml santan (cm guna 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata2 dan tapis. Ketepikan
  3. Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata2. Sambung bakar lagi 40 - 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak)..
  4. Sejukkan kueh sekejap longgar2kan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong..


BEGEDIL AYAM UNTUK CEMILAN...

rsz_begedil_ayam
Salam Isnin semua, cm masak yang biasa saja hari ni, kari ikan tenggiri dan asam pedas ikan sembilang, atas permintaan. Tapi kari ikan cm yang nak masak. Oleh itu cm share resipi yang cm buat tu hari. Ingat kes kentang yang cm beli tu, masih belum luak. Kebetulan dalam freezer ada daging ayam kisar. Hmm, jomm kita buat begedil ayam..Selalu orang guna daging tapi kalau buat guna daging ada yang tak boleh makan sebab sakit gout, kalau ayam masih ok. Jadi cm pun ON kan projek menggedil. Tak susah mana buat dia. Bila bonda nampak, dia tanya, nak buat soto ke?.. Cm kata nak buat soto tengkorak takde (tengkorak tu, rangka2 ayam yang isinya telah diambil untuk buat sate, jadi cm beli dan guna untuk kuah soto).Jadi begedil ini hanya untuk cemilan dipetang hari dan juga untuk bonda berbuka. Ada macam2 cara buat begedil, cm nya style tkde lah ikut resipi sangat, lebih pada ikut keadaan atau agak2. Kentang pun cm tak timbang tapi kurang lebih dalam 1 kati atau 600 gram, bila dah buang kulit jadi kurang sikitlah berat dia..

rsz_begedil_ayam3
Untuk resipi ini boleh dapat kurang lebih 36 biji begedil, cm guna 1 camca besar penuh untuk sebiji begedil. Anda boleh buat lebih dan simpan dalam peti freezer, bila nak makan keluarkan biar sekejap dan boleh goreng. Nak goreng tu celop dulu dalam putih telur, kalau nak guna sebiji telur pun boleh tak salah, tapi nanti minyak gorengan anda akan berbuih. Jangan goreng banyak2 sekali, cm goreng 7 - 8 keping sekali, guna api sederhana. Kata sorang teman FB cm, begedil juga sedap dimakan bersama lontong..hmmm, belum pernah cuba lagi, kalau makan dengan soto tu biasalah. Yang ni cm buat untuk cemilan2, dan bila buat begedil, teringat blogger ini yang suka makan begedil, moga Allah swt memberkati hidup beliau sekeluarga.....aminnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram kentang, potong kecil dan rendam
150 gram daging ayam yang dicincang halus
1 genggam bawang goreng
1 pokok daun sup, hiris halus
1 camca teh lada sulah (cm guna aji-shio)
1 biji kuning telur
1 camca besar rempah sup Adabi
Garam secukup rasa
1 camca besar tepung gandum (jika perlu)
Putih telur secukupnya (anggaran 2 - 3 biji)
Sos kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rebus kentang dengan sedikit garam hingga empuk. Sementata itu, masak daging ayam cincang dalam kuali (cm guna non stick pan) dengan api kecil hingga putih dan kering airnya, kacau selalu. Angkat dan ketepikan. Toskan kentang, lecek hingga halus.
  2. Masukkan isi ayam, hirisan daun sup, bawang goreng, rempah sup, kuning telur, lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul rata2 dan jika agak lembik, tambah 1 camca besar tepung gandum. Gaul lagi dan biar 5 minit.
  3. Cedok 1 camca besar penuh, kemudian bulat2kan dan tekan sedikit biar leper. Susun atas dulang yang telah dialas plastik bersih. Buat hingga siap.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng. Pukul sedikit putih telur, ambil sekeping begedil, celop dalam putih telur dan goreng. Buat kaedah sama untuk semua begedil tadi. Goreng 7 - 8 keping sekali, bergantung pada saiz kuali atau pan yang anda guna. Guna api sederhana.
  5. Balik2kan begedil agar masak sekata. Bila kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak atas kitchen paper towel dan biar minyak terserap. Hidngkan bersama sos kegemaran anda....Selamat mencuba!!..

Sunday, May 26, 2013

GULAI BABAT SAMA REBUNG JERUK..

rsz_gulai_babat_dgn_rebung
Assalammualaikum, entri pertama hari Ahad ni cm share apa yang cm masak untuk bonda berbuka puasa semalam. Dan hari ni cm tak masak yang berat2 sebab masakan yang anda nampak ni masih berbaki dan bonda kata kasi panas kan saja. Jangan salah fikir, ingat masakan semalam atau kata oreng puteh, leftover foods tak bess. Mungkin kalau kuih muih tu tak ok lah, tapi kalau gulai amat2 ok, bertambah sedap, bertambah berperisa. Tapi dengan syarat anda panaskan lah masakan tu agar tak rosak, lagi2 lah kalau masakan yang bersantan, memang perlu dipanaskan. Dan lepas panas dengan api sederhan, jangan tutup periuk rapat2, kasi renggang sedikit, ini kerana wap panas bila berkumpul dan tak lepas, akan menyebabkan masakan jadi basi. Itu petua yang cm tau sejak dulu lagi. Gulai babat dengan rebung jeruk mungkin dah kerap anda lihat di blog ini, betul tak?.Nak buat macam mana dah blog dengan pengisian masakan harian....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram babat @ perut tuala, potong kecil, cuci dan toskan
500 gram rebung jeruk, cuci dan toskan
4 batang serai,
2 helai daun kunyit, disiat
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung hijau (tak perlu buang tangkainya)
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus babat tadi hingga lembut, tos dan masukkan ke dalam periuk bersama2 rebung jeruk dan serai yang dititik. Tambah bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugor dan santan cair. Kacau dan biar mendidih sekejap.
  2. Bila rebung lembut sedikit, tuang pati santan, masukkan daun kunyit, kacau dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.


Saturday, May 25, 2013

"MY CHEF" CHICKEN MAKHANI QUICHE....

rsz_quiche_ayam_makhani

Assalammualaikum, lama juga cm tak mengolah produk My Chef, rindu pulak rasanya. Tapi tu lah, produk baru mereka masih belum cm jumpa lagi, mungkin di Giant ada. Kebetulan minggu lepas masa berbelanja barang dapur di MyDin Kulai, cm terpandang produk My Chef yang dijual dengan harga sama tapi dalam pek kembar, maksudnya beli satu free satu. Seperti anda tau porduk ini keluaran tempatan dan rasanya insha Allah menepati selera disamping berkualiti, pembuatannya menitik beratkan soal kesihatan, sebab itu kalau anda rasa, kemungkinan rasa masinnya agak kurang, itu tak jadi masalah, tambah saja garam, habis cerita. Ada pelbagai jenis keluaran produk My Chef sekarang ni, anda boleh singgah Page FB mereka di sini dan boleh bertanya apa2 soalan mengenai produk My Chef. Satu lagi, produk ini tanpa MSG, macam cm pernah cerita dulu...

rsz_quiche_ayam_makhani1

Untuk percubaan kali ini cm guna Chicken Makhani signature dish Chef Liza Zainol, dan cm oter atau derhakakan menjadi quiche....ehh...boleh ke?...Op koss lah boleh kan kita buat dia. Nampak sedap tak?..Kebetulan masa cm buat ni, datang lah tetamu dari Batu Pahat, kawan pada abg cm, mereka suami isteri, dan cm keluarkan...hmmm dapat pujian okehh, inti tu sedap katanya (habis mereka makan)...Jadi kalau cm kata sedap, bukan lah saja nak masuk bakul sediri angkat, yea tak?..Satu lagi ia sesuai untuk majlis2 kecil, kalau anda rajin, buat dalam acuan comel2, lagi mengancam. Cm buat dalam acuan bersaiz 4 inci dan dapat 3 biji quiche...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 kotak My Chef Chicken Makhani
1 biji cili merah saiz kecil, buang biji dan didadu
3 camca besar parutan keju mozarella
Sedikit herba oregano kering
2 biji telur gred A
4 camca besar whipping cream (atau boleh guna susu cair)
1/2 camca teh lada hitam serbuk (cm guna aji-shio)

BAHAN-BAHAN PASTRY :-)
300 gram tepung gandum
1/2 camca teh garam halus
120 gram mentega sejuk, didadu kecil
30 gram lemak sayur (shortening)
1 camca besar gula aising
4 - 5 camca besar air ais

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PASTRY :- Ayak tepung ke dalam mangkuk, masukkan gula aising dan garam. Gaul rata. Tambah mentega dan lemak sayur. Gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga menjadi doh yang tak melekat di mangkuk adunan (mungkin air tidak habis digunakan). Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik bersih dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  2. UNTUK INTI :- Keluarkan bungkusan MyChef Chicken Makhani dari kotak. Masukkan ke dalam kuali (cm guna non stick pan), panaskan dengan api kecil hingga mendidih. Kacau dan terus memasak hingga pekat. Angkat dan sejukkan. Kemudian, pecah2kan sedikit isi ayam. Tak perlu hancur sangat, sekadar pecah2 sahaja. Masukkan cili merah yang didadu, gaul rata dan ketepikan.
  3. UNTUK CHICKEN MAKHANI QUICHE :- Keluarkan doh dari peti sejuk, biar sekejap, bahagi doh pada 4 - 5 bahagian, ambil satu bahagian, canai antara dua lapisan plastik bersih, setebal 0.3cm, alas kan pada acuan anda (kalau guna acuan besar, doh dibahagi dua bahagian sahaja). Kemaskan dan potong lebihan doh. Buah kaedah sama dengan acuan lain. Cucuk permukaan doh dengan garfu. Kemudian bakar kosong selama 15 minit pada suhu 190C (panaskan oven terlebih dahulu). 
  4. Sementara itu, satukan telur, whipping cream dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan garfu. Ketepikan. Keluarkan kulit quiche dari oven. Isi kan dengan inti (inti anda bagi 3 dulu), tabur keju mozarella secukupnya pada setiap quiche. Tuang bancuhan telur hingga penuh. 
  5. Tabur sedikit herba oregano kering dan bakar kembali 20 minit pada suhu 190C hingga permukaan quiche mengeras dan kekuningan. Keluarka dari oven, biar sekejap dan berhati2 tanggalkan quiche dari acuan. Boleh hidangkan..

AYAM PANGGANG ALA NANDO'S..

rsz_1aya_pangang_nandos

Assalammualaikum, salam Sabtu. Sebelum tu nak cerita sikit, hari ni kan, cm terlewat bangun sudah. Malam tadi tak berapa ok, jadi ku telan panadol 2 biji, apa lagi pengsan tak hengat, subuh semua terlepas...erkkk...Bonda kata dah kejut tapi tiada reaksi, huhu...Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan sehari lagi usia untuk cm bernafas dan melakukan tanggungjawab yang sepatutnya. Bonda masih berpuasa dan cm masak agak lewat, jadi siapnya pun lewat. Bila dah siap lewat, ambik gambar pun sah2 lewat, dan nak update blog pun sama, lewat juga..pendek kata semua lewat lah senang cerita.....grrr. Hari ni cm saja test buat ayam panggang ala Nando's, dan kebetulan cm ada beli Nando's 'garlic peri-peri sauce', jadi cm gunakan sos tu sebagai salah satu bahan pemerap. Tak susah buatnya dan anda perlu perap sekurang2nya 2 jam. Kalau nak lebih sedap, perap malam, esok pagi baru panggang. Cm panggang dalam kuali ajaib, kalau anda nak bakar dalam oven juga boleh...

Garlic-PERi-PERi-Sauce
Sumber : Google..
Bagai yang kurang pasti macam mana rupa sos tu, anda boleh lihat gambar di atas, selain garlic, ada lagi pelbagai jenis sos. Cm beli di TESCO dan di pasaraya2 besar insha Allah ada jual. Sebelum kita lihat resipi, nak kongsi satu tips berguna untuk anda di sini....erkk...jangan tak caya.. Ok resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam saiz sederhana (cm guna 2 keping besar bahagian peha)
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1 inci halia, tumbuk halus*
4 camca besar penuh 'Garlic Peri-Peri Sauce'*
1 camca besar sos cili*
2 camca besar madu*
1 camca besar mustard powder*
1 camca besar chili flakes*
Garam secukup rasa
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, tak perlu dibuang kulit. Longgarkan kulit ayam, kemudian cucuk isi ayam dengan garfu. Lap ayam hingga kering dengan kitchen paper towel. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 bertanda (*) dalam satu bekas. Kacau rata hingga menjadi pes. Tambah garam secukup rasa, gaul rata. Lumur pada ayam tadi, dan masukkan bahan2 pemerap pada bawah kulit ayam. Perap sejam dalam peti sejuk, atau nak lagi sedap, semalaman.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 40 minit atau hingga masak, sebelum bakar, oles mentega pada permukaan kulit ayam. Selepas 20 minit, terbalikkan ayam dan bakar lagi. Jika dicucuk, air yang keluar jernih tanpa kesan darah, itu maknanya ayam anda telah masak.
  4. Keluarkan ayam, potong dan hidangkan bersama salad, kentang putar dan french fries jika suka, atau boleh dimakan bersama nasi ayam..

Friday, May 24, 2013

ROTI CANAI GORENG PEDAS...LAGI..

rsz_roti_canai_pedas
Assalammualaikum, salam Jumaat. Sebelum tu, entri yang anda nampak ini bukan mat masak hari ni, tapi dah 2 hari lepas. Sebab dah blurr, tatau dah apa nak masak untuk sarapan, maka cm buat resipi ulang tayang dan asal2 nya MamaFami yang bikin. Cm pernah buat sekali dulu. Ini satu idea yang bagus, kadang2 bosan juga makan roti canai macam tu saja. Sekali imbas dah macam kue teow goreng pun ada juga. Buatnya mudah dan tak perlu masa yang lama. Cm guna 2 keping roti canai. Kalau anda guna yang jenis instant, bagi masak dulu, baru dibuat roti canai goreng. Sebenarnya nama je pedas tapi cm rasa idok leer pedas mana gamaknya, setakat pedas gitu2 jee leerr...Kalau anda nak powernya pedas, topup cili padi ok, baru berasap....Kita lihat resipi, nanti cuba buat untuk keluarga anda, mesti ada yang rasa teruja nak makan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti canai/prata (kalau guna yang instant, kasi masak dulu)
6 - 7 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 batang jejari ketam, kerat pendek
2 camca besar sambal tumis (boleh guna sambal yang anda dpt masa beli roti canai)
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 genggam taugeh, buang ekor dan cuci dan toskan
1 pokok sawi bok choy (sawi jenis kecil) siang berasingan batang dan daunnya
Sos ikan secukupnya (jika perlu)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Roti canai digulung, kemudian hiris kecil (saiz kurang lebih macam kue teow) ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis, cili sos dan sos tiram, kacau rata. Masukkan jejari ketam dan udang, masak hingga udang berubah warna.
  2. Tambah batang sawi dan masak sekejap. Masukkan roti canai dan kacau rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur. Biar mengeras sedikit, kacau rata dan gaul dengan roti canai tadi. Masukkan taugeh dan daun sawi, kacau dan rasa, jika perlu baru renjiskan sedikit sos ikan. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau suka boleh hidangkan bersama hirisan timun dan sos cili...Selamat mencuba!!..

Thursday, May 23, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU "QUE ACHMAD"

~ : SELAMAT PENGANTIN BARU QUE DAN WANI : ~

PULUT SUSU DIBUAT TAPAI,
RASANYA MANIS SEPERTI GULA,
HARUM SEGAR SI BUNGA RAMPAI,
MENJADI TANDA MAJLIS BERMULA.

ALAS BERTEKAT BUNGA PERIA,
BUAT DUDUK JEJAKA TERUNA,
JELING MENJELING TANDA BAHAGIA,
KINI MENJADI HAK MILIK SEMPURNA.

MANISAN DIISI DALAM SIA,
RUPA ELOK MENAWAN RASA,
SELESAI SUDAH MAJLIS MULIA,
DIBERKATI ALLAH SETIAP MASA.

ANAK JANTAN SEGAK DAN TAMPAN,
SI DARA PULA CANTIK MENAWAN,
UNTUK MEMPELAI CHE MAT DOAKAN,
MOGA DIBERKATI SELURUH KEHIDUPAN..

Sumber gambar dari : www.queachmad.com

MAGGI KAMBING DERHAKA...

rsz_megi_kambeng1
Assalammualaikum, salam Khamis. Tengah hari ni cm tak masak, ehh masak, tapi yang betul2 mudah saja, itu pun masak untuk Bak, cm pulak masak megi kambing derhaka, untuk sarapan merangkap makan tengah hari. Sebenarnya takde apa lah sangat. Cm boring lah pagi ni, jadi mulalah menggatal nak menderhaka apa2 yang boleh. Ingat tak semalam cm masak kuzi kambeng, jadi cm guna kuzi kambing tu sebagai salah satu rencah untuk kuah mi maggi, cm guna maggi kari. Resipi pun bukan lah susah mana, ikut gerak hati saja. Tak yah nak pening2. Cm guna kurang lebih 3 ketul daging kambing dari masakan kuzi. Kalau anda suka kuah lebih, anda boleh tambah sedikit lagi air. Mat tulis serba ringkas resipinya..entri pilihan DTS di sini....geramm sangat dengan dia...grrrr...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi perencah kari (asingkan renncahnya)
2 camca besar kuah kuzi kambing (resipi seperti entri sebelum ini)
3 - 4 ketul daging kambing (dari masakan kuzi kambing)
3 batang kacang buncis, kerat pendek
3 keping cendawan tiram, potong kecil
1 biji telur
2 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok kecil daun sup, hiris
3 cawan air (atau secukupnya)
Hirisan daun bawang/daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kuah kuzi kambing dan kacau rata. Tuang air dan masukkan perencah kari maggi. Kacau rata dan biar mendidih. Perlahankan api dan masukkan telur. Biar hingga telur mengeras, kacau perlahan.
  2. Masukkan daging kambing, dan kacang buncis. Tambah mi maggi dan biar hingga mi lembut. Tambah cendawan dan jika suka kuah lebih, anda boleh tambah sedikit air panas. Masak sekejap dan boleh diangkat. Tabur hirisan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kata orang mi segera ada bersalut sejenis bahan untuk mengekalkan keanjalannya. Anda boleh celur sekejap mi maggi tadi dalam air panas, kemudian toskan dan baru dimasukkan mi ke dalam kuah. Sekadar berkongsi tips...harap membantu...Selamat mencuba!,,,

Wednesday, May 22, 2013

KUZI KAMBING....

rsz_kuzi_kambeng
Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni cm masak kuzi kambing. Dulu cm memang tak makan kambing, salah satu sebabnya bau dia yang agak seksi, tapi sekarang ni makan dah cuma dalam kuantiti yang sederhana. Bila masak kambing, teringat kat jiran cm yang ini, dulu dia pun tak makan kambing, laa ni dah hantu kambing. Cm agak konpius pagi tadi dengan daging kambing ni, tatau nak masak apa, kari dah, masak beriani pun dah, kalau boleh nak masak yang agak mudah dan tak perlu santan. Selak2 buku resipi Kak Liza, dan ternampak resipi Kuzi Kambing yang sungguh mengiurkan, tapi..masalah pulak, cm takde rempah kuzi, huhu..Takpelah ku derhakakan saja, cm guna rempah kari daging dan rempah kurma, cm kasi campur, tapi anda kalau nak buat, beli lah rempah kuzi, baru nama dia kuzi. Rasa dia ada manis sedikit sebab campur dengan kismis (dan cm tambah sedikit gula melaka). Dan buat Sueiza yang punya blog di sini, boleh lah cuba resipi kuzi, guna daging atau ayam  pun boleh...Kita lihat resipi yea dan minta maaf Kak Liza sebab cm guna bahan2 yang ada kat rumah saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
2 camca besar rempah kari daging*
1 camca besar rempah kurma*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul rata dan perap sejam)
2 biji tomato, dipotong kiub
1 cawam yogurt perisa asli
1/2 camca besar gula melaka
1/2 cawan kismis
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah2 setiap 1
1 biji bawang besar, belah 4
1 cawan sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih
  2. Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi...
CATATAN MAT GEBU :- Che mat masak kuzi kambing dalam periuk tekanan dan cm tumis sekali gus dalam tu, masukkan daging, kismis, tomato (yang ni cm asingkan sikit, letak kemudian sebagai hiasan) dan yogurt serta sedikit air. Masak kurang lebih 25 minit. Kemudian baru tambah bawang besar dan cili belah. Masak hingga pekat dan masukkan tomato yang diasingkan tadi, perasakan dengan garam secukupnya, masak sekejap dan boleh hidangkan....Selamat mencuba.

Tuesday, May 21, 2013

MI SUP AYAM BERSERAI UNTUK CHE MAT ...

rsz_mi_soup1
Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni tak masak apa sangat, memandangkan bonda dan abang cm berpuasa, cm kasi masak sup ayam dan tadi dah rebus ketupat segera. Menu yang cukup mudah. Atas permintaan bonda sebenarnya, dan bonda pesan tak payah masak apa2 lagi. Cm opkos lahh suka, jadi tak payah masak apa2 lagi, tinggal kasi bikin air panas saja nanti. Sup ayam dah biasa sangat cm buat. Selain elok untuk berbuka puasa (bagi yang berpuasa bulan Rejab). Ia juga versatile, nak makan macam saja pun boleh, dengan ketupat atau nasi impit pun sesuai, guna mi kuning, mi hoon, pasta, spaghetti, kue teow, semua sesuai. Macam hari ni cm cuba guna mi kering tanpa telur dan pewarna jenama TESCO untuk che mat. Mereka yang ada alahan telur, boleh menikmati mi kering ini tanpa ragu2. Satu lagi kalau betul2 nak kasi kick, wajib ada sambal kicap. Kalau kami orang2 Johore, tak sah kalau takde sambal kicap dalam apa2 hidangan bersup atau sebagai pencicah cemilan2 bergoreng seperti pisang goreng, keledek, keladi dan sebagainya...Resipi sekadar yang biasa2 saja...tak larat dah nak masak yang ala2 istana punya...hahaha...Jomm kita mula masak...yearghh!! Ehh kejap2, apa yang cm nak kasi tau ni penting terutama untuk anda kaum wanita yang ayu jelita, baca sini...hati2 ok, sekadar ingatan dari cm juga...

rsz_mi_kering_tesco

Contoh mi kering tanpa telur jenama TESCO yang cm guna. Boleh dapatkan di TESCO berhampiran anda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen (kalau nak guna ayam kampung lagi bess)
4 biji kentang, kupas, belah 4 dan rendam
1 pokok kecil daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 kiub ayam (Maggi)
1 sup bunjut, sup tulang
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh lada hitam biji
2 biji buah keras, hiris

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang serai, dititik

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kering secukupnya (seperti dalam gambar atau mi pilihan anda) rebus ikut arahan pada paket
Tauhu, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
Hirisan daun bawang 
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM BERSERAI :- Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap, Tuang air secukupnya dan tambah sup bunjut. Biar mendidih dan sederhanakan api.
  2. Tambah kiub ayam, daun sup yang dipotong kasar dan 1 camca besar bawang goreng. Terus memasak hingga ayam empuk. Tuang air panas jika kuah sup kering. Bila ayam empuk, masukkan kentang (toskan) dan biar hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK MI SUP :- Masukkan mi secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup bersama2 isinya. Tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letak hirisan tauhu dan taugeh. Hidangkan panas bersama sambal kicap....Selamat menjamu selera..

Monday, May 20, 2013

STEW AYAM KACANG MERAH.

rsz_stew_ayam
Lama tak derhaka resipi, kadang2 rindu, tapi kalau derhaka tak menjadi, rindu tukar jadi huru hara...erkk. Tapi yang ni alhamdulillah menjadi dan sedap...erhh, terpuji pulak. Cm buat sikit saja, guna sekeping peha ayam bersaiz besar tu, kasi potong pada 5 -6 bahagian. Benda2 macam ni, bukan semua orang suka, yang ni pun cm dengan abang cm saja yang makan. Stew ayam bukan satu masakan yang susah, boleh dikatakan dalam kategori senang dan ia juga sesuai untuk kanak2, tak pedas. Stew dimasak dengan api perlahan sekurang2nya sejam atau lebih, teksture stew memang pekat. Sedap dimakan bersama roti bawang putih, dan bila sebut roti bawang putih atau garlic bread, satu lagi masalah, roti perancis pulak takde, korek2 dalam peti sejuk, ada roti sandwich, pun bolehh. Jomm resipi, memang tak susah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping peha ayam bersaiz besar, potong pada 5 - 6 bahagian, cuci dan toskan
1 batang lobak merah, dipotong berbaji
2 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap 1, rendam
2 batang saderi (cm tak letak sebab takde)
1 camca besar pes tomato
2 liter air
1 camca besar tepung gandum
1 kiub pati ayam (maggi)
1 helai bay leaf
1 camca teh herba thyme (jenis kering dalam botol)
1/2 cawan kacang merah (kidney beans dalam tin), toskan
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
2 camca besar minyak zaitun
2 camca besar mentega
Roti bawang putih, untuk dimakan bersama stew ayam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dan mentega, guna periuk yang tebal atau yang bahagian bawahnya tebal (boleh juga guna periuk tahan panas seperti corning atau vison). Gaul ayam tadi dengan sedikit tepung gandum, kemudian goreng sekejap dalam periuk, balik2kan hingga rata dan angkat. Sekejap saja jangan lama2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, saleri (jika guna) dan bay leaf hingga harum, masukkan tomato pes dan kacau rata. Tambah lobak merah dan 1 camca besar tepung gandum. Gaul rata2 dan tuang air. Masukkan kiub ayam, dan biar mendidih.
  3. Masukkan kentang (toskan), herba thyme dan ayam. Kacau rata dan biar mendidih. Kemudian kecilkan api dan renih selama 30 minit. Tambah kacang merah dan renihkan lagi 30 minit, hingga kuah agak pekat dan isi ayam mudah tanggal dari tulangnya (boleh tambah air jika terlampau pekat).
  4. Perasakan dengan garam dan lada hitam kisar secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti bawang putih. Sedap dimakan suam..
CATATAN MAT GEBU :- Untuk roti bawang putih, guna roti perancis (cm takde roti tu, aku belasak roti sandwich, tapi tak 'hardcore' sangat lahh...huhu), hiris serong dan sapu mentega bawang putih (tumbuk 2 ulas bawang putih, gaul dengan 2 camca besar penuh mentega hingga sebati). Dan panggang dalam kuali non-stick hingga perang dan wangi, guna api kecil..Boleh hidangkan....

GULAI NANGKA IKAN MASIN BEREMPAH

rsz_gulai_nangka_berempah
Assalammualaikum, ramai yang berpuasa hari ni..Selamat berpuasa. Kat rumah cm, bonda dan abang cm berpuasa juga. Cm puasa, tapi malam nanti...hehe. Masak awal sikit sebab sekarang ni cm dah mula angin malas nak masak. Nak baking2 pun malas, ikut lah keadaan. Mula2 cm plan nak masak rebung, tapi kensel sebab ada nangka. Nak masak kari dengan daging, tapi Bak tak boleh makan, nak masak dengan ayam, rasa jemu. Jadi pilihan terakhir, cm masam dengan ikan kurau masin, bukan tulang tapi isinya. Kalau guna isi ikan kurau, anda kena masukkan lewat sikit ke dalam gulai, kalau masuk awal dikhuatiri isi ikan akan hancur. Cm tak guna rempah kari cuma guna ketumbar, jintan kasar dan jintan halus. Dan cm tumis sedikit hingga rempah terbit minyak. Untuk resipi ini cm guna kurang lebih 600 gram nangka muda yang telah dibersihkan, cm beli yang memang telah siap disiang. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kati (600 gram nangka muda), dipotong kiub, rebus 1/2 empuk dan toskan
6 - 7 hirisan daging ikan kurau masin, rendam 30 minit
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
2 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis (cm guna kiub ayam)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
3/4 inci kunyit hidup
3/4 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1 senduk nasi). Tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan nangka, gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor, kerisik dan kiub ikan bilis. Tuang pati santan dan tambah isi ikan masin kurau (toskan). Kacau perlahan. Biar mendidih sekejap. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebelum anda letak garam) dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa lagi dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Saturday, May 18, 2013

SANDWICH TUNA ROTI SEKAM.

rsz_sandwich_roti_sekam (1)
Malam semua, petang tadi masa cm masak lauk untuk bonda berbuka puasa, sempat juga lah cm buat sandwich....errr yang ni bukan untuk bonda tapi untuk tekak cm sendiri. Sebab ada baki ikan tuna, jadi ku buat sanwich tuna sudah lah, jangan membazir. Sandwich satu hidangan dalam kategori lengkap, nak2 bila ada penggunaan sayur mentah seperti daun salad, timun, tomato dan bahan2 lain. Cm letak juga sekeping keju. Cara menyusun bahan2 ikut style andalah nak mana dulu, tapi selalunya sayur2an kemudian baru bancuhan ikan tuna atau keju. Tapi cm letak ikan tuna atas keju. Keju tu anda guna cheesedale dan cm paipkan sos thousand island..

Roti cm guna jenis wholemeal atau roti sekam. Roti sandwich biasa juga boleh digunakan, cuma roti sekam lebih sehat dan bagus untuk sistem penghadaman. Sesuai juga sebagai bekal anak anda ke sekolah. Entri macam ni dah kerap cm letak, jadi tak perlu resipi sebab kalau anda lihat, ia bukan satu benda makan yang perlukan pembuatan yang rumit. Cuma perlu ada ikan tuna dalam tin ditos dan hancurkan. Campur dengan bawang besar yang didadu, 1 biji bawang putih, cincang halus dan jus limau kasturi dan mayonnaise dalam 2 camca besar. Kacau rata2 dan boleh guna, nak rasa lebih meriah ajak anak2 buat sekali....

Ok sebelum cm tamatkan entri ini, cm nak sentuh sikit pasal moral orang2 kita, baru2 ni jiran cm, Ben Ashaari, gambar beliau telah disalah gunakan menjadi gambar porfile untuk seorang ini. Bukan nak kata apa, kalau rasa tak de keyakinan nak letak gambar sendiri, tak perlu lah nak guna gambar orang lain. Apa kepuasan yang anda dapat berbuat demikian?..Sekadar didunia sahaja, dikemudian hari?..Ini yang kita nampak, yang tak nampak tah2 lagi ramai...hmm, jadi anda singgahlah baca dan kalau sudi reportkan sekali, gunakan wall FB anda... Terima kasih..


IKAN BAWAL MASAM MANIS..

rsz_ikan_masam_manis (1)
Ikan bawal masam manis saja tengah hari ini untuk che mat dan ada masakan ringkas yang lain untuk yang Bak. Tiba2 cm nak sangat makan ikan bawal masak manis atau sweet sour. Masakan yang begitu mudah dan ringkas. Boleh disediakna bila2 masa. Selain ikan bawal, ikan siakap juga sedap dimasak gaya begini. Cm guna sos cili dan plum sos untuk masak asam manis, tapi kalau anda takde sos plum boleh ganti dengan sos tomato biasa. Untuk bulan Ramadhan yang akan datang, cm pasti menu macam ini pasti menjadi pilihan samada untuk berbuka atau bersahur. Dalam gambar anda nampak cm guna dua ekor ikan saja, tapi sebenarnya tiga, sekor lagi cm asingkan. Ikan bawal yang cm guna ni saiz dia kecil, kurang lebih selebar tapak tangan. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan bawal saiz kecil, disiang, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*digaul dan perap sekejap)
1 biji bawang besar, potong bulat dan leraikan
1/2 inci halia, mayang halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji tomato, dipotong kiub
1 biji cili merah, belah, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, belah, buang biji dan didadu
1 camca besar cili kisar
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos plum
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan bawal hingga keemasan, angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan. Sementara itu panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos cili dan sos plum, kacau rata dan tuang air, kacau dan biar mendidih. Guna api kecil.
  2. Masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru tambah sedikit garam. Boleh matikan api. Tuang atas ikan bawal tadi, ratakan dan tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain..


Friday, May 17, 2013

SIAPAKAH "JOKONDO" ITU?....

Malam semua, tak masak hari ni, jadi saja nak share satu cerita...errr, cerita ke, tapi dari fakta yang boleh diterima juga lah. Pernah dengar perkataan JOKONDO?..Cm pun baru tau baru2 ni dari bonda sedara cm 'Engku Chik". Mula2 dengar tu cm punya lah gelak, sebab nama jokondo tu kiut sangat dan klasik pun yea juga (macam nama Mawardi), dalam masa sama kelakar pun ada. Wak  Kechik (panggilan untuk bonda sedara cm), cakap, memang ada lahh jokondo tu, iyea aku tak main2...dan ceritanya pun bermula..

Masa cm singgah ke rumah Wak Kechik (WK) di Johor Baharu, berceritalah WK pada bonda cm yang cucu dia kena penyakit kayap, iaitu satu jangkitan pada kulit, dan cucu dia yang bersekolah Pondok, terpaksa dihantar pulang buat sementara waktu. Jadi WK syorkan jumpa JOKONDO untuk berubat....cm dengar terus gelak (mula2 ingatkan jokondo tu nama Dr..haha), WK kata betul, jokondo tu lelaki bujang kawin sama janda, dan dipercayai suami janda tu boleh mengubati penyakit kayap dengan kaedah menyembur sireh kapur yang telah beliau kunyah...erkk...wallahualam. Tapi apa2 pun kita ikhtiar, Allah juga yang menentukan samada baik atau sebaliknya...

Bila cm up kat wall FB semalam pasal Jokondo, macam2 reaksi cm terima termasuk mereka yang bertanya makna JOKONDO tu menda cm?...Maka sorang teman FB, Tuan Haji Musa tinggalkan komen, maksud JOKONDO ialah gabungan gelaran dalam bahasa Jawa antara JOKO = BUJANG dan RONDO = JANDA . Tuu dia, femes jugak mereka ni, sampai dapat satu nama yang unik. Terfikir juga cm, nanti2 lah kalau ada masa terluang, nak buat Kek Gulung Jokondo atau Jokondo Roll....amacam..ok tak?..kita tunggu dan lihat nanti...Ok tu jelah cm nak cerita. Terima kasih sudi baca....

Thursday, May 16, 2013

MI BANDUNG 'AGROMAS'....LAGI...

rsz_mi_bandung_muar_agromas
Petang tadi cm betul2 mengidam nak makan mi bandung, kalau dekat dengan kedai Ayu Citarasa Rinduan, boleh juga jerit2 mintak tapaw. Nak tak nak kena lah usaha sendiri. Mula lah operasi menyelongkag pantry masakan...dan dengan tiba2..TINGG!!...terjelepuk keluar satu paket pes mi bandung AGROMAS...hehe, tak lah cm tipu, sebenarnya cm ambik kat rack dalam bilik stor, bukan keluar sendiri. Kira yang ni paling ringkas, cuma letak udang saja, sotong cm tak boleh makan, daging pulak takde, tapi cm letak kiub pati daging. Kata bonda pes mi bandung Muar AGROMAS ni bolah tahan sedap (atau mungkin bonda lapar, sebab makan masa bukak puasa tadi..atau sedap sebab cm yang masak...ehh...haha). Tapi cm frust sikit, sebab dah siap2 nak ambik gambar baru perasan bawang goreng lupa tabur, kalau anda buat, jangan lupa bawang goreng ok....Jadi jika anda takde masak dan nak masak mi bandung dengan cepat, boleh cuba pes mi bandung Muar AGROMAS. Contoh seperti di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket pes Mi Bandung Muar AGROMAS
5 biji bawang merah, hiris halus
10 ekor udang saiz besar, dibersihkan
4 biji telur
1 kiub pati daging
Air secukupmya (kurang lebih 2 liter)
1 pokok sawi putih (cm ganti dengan kobis daun), siang berasingan
1 biji tomato, potong kiub
Sedikit garam (jika perlu)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, goreng dan hiris (optional)
Hirisan cili merah
Hirisan cili hijau
Hirisan daun bawang
Limau kasturi, dibelah 2
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah hingga harum, masukkan pes mi bandung, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan masukkan kiub pati daging. Biar mendidih kemudian perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu dan pastikan telur tidak bertindih antara satu sama lain. Biar masak perlahan hingga telur mengeras. Kacau perlahan.
  2. Masukkan udang dan sawi, kacau perlahan dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit lagi air. Akhir sekali masukkan tomato, biar masak sekejap. Rasa dan jika perlu baru tambah sedikit garam. Boleh matikan api.
  3. Masukkan secukup mi dalam bekas sesuai, tuang kuah dengan isi2nya sekali. Tabur hirisan cili merah, cili hijau, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama hirisan tauhu dan limau kasturi. Sedap dimakan panas...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau cara tradisinya, mi akan dimasukkan sekali dalam kuah masa proses memasak. Tapi yang ini cm asingkan kuahnya untuk mengelakkan mi jadi kembang kalau tidak habis dimakan.


Wednesday, May 15, 2013

MAKARONI BAKAR TERMUDAH...SEMUA MAIN LAMBAK...

rsz_bake_macaroni
Ada masa malas kan nak masak, kalau dapat nak buat benda makan yang dalam kategori sedap, tapi cepat. Beli?...memang boleh, tapi bukan semua orang suka beli, ada tu nak juga buat sendiri. Macam tu lah yang jadi pada cm semalam...errrr ini semalam punya, tapi sengaja cm letak malam ni. Nak buat satu benda yang cepat, tak payah kena fikir banyak dan paling utama, main lambak sekalu harung lepas tu bakar dan boleh santap. Kenapa cm kata macam tu, sebab cm guna semua benda2 yang sedia ada, makaroni tu je lah anda kena rebus, lepas tu sos guna sos 'prego', cm tambah 1 tin ikan tuna, tabur herba basil kering dan akhir sekali parutan keju mozarella. Lepas tu bakar....dahh siap...

rsz_bake_macaroni1

Sebab cm hanya guna 100 gram makaroni yang saiz kecil2, maka cm bakar dalam bekas kaca tahan panas yang tak berapa besar saiznya. Mula2 ingat nak buat dalam ramekin, tapi tak berapa nak rajin, leceh nak sukat satu2. Guna bekas besar senang, semua main curah. Bakar dalam oven sampai keju mencair dan perang sikit. Kan cm guna ikan tuna, kalau anda nak ganti dengan hirisan sosej pun boleh. Rasa2 boleh buat tak?...mesti boleh punya lahh, resipi pun cincai2 takde ikut law sangat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram makaroni (cm guna yang saiz kecil)
1 camca besar mentega
Lada hitam kisar secukupnya
1 tin ikan tuna (ayam brand), tos dan hancurkan
1 tin sos spaghetti "PREGO", seperti gambar dibawah
Sedikit herba basil (jenis kering, dalam botol)
Parutan keju mozarella secukupnya

rsz_prego
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus makaroni hingga lembut dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam (jangan sampai terlalu lembut). Toskan dan gaul dengan mentega. Masukkan makaroni tadi ke dalam bekas kaca tahan panas yang juga telah dilenser dengan sedikit mentega.
  2. Tabur ikan tuna rata, kemudian lada hitam kisar, sos PERGO dan herba basil, rata2. Akhir sekali tabur parutan keju mozarella hingga menutupi permukaan sos tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan keju kelihatan perang. Hidangkan, sedap dimakan panas......Alhamdulillah....


KROKET KENTANG BERKEJU...

rsz_crocet_kentang_berkeju

Petang semua, assalammualaikum. Ntah kenapa pagi tadi masa cm duduk kemas 'makmal', tiba2 terpandang kentang yang cm beli tempoh hari, sebab murah, cm beli 1 guni...errr, bukan guni 50 kg tuu, tapi guni 5 kg dan harga dia cuma RM 4+, murah kan?...Kentang pulak jenis elok, segar dan masih keras, bukan yang dah kecut. Terfikir dulu cm pernah salin satu resipi kroket kentang berkeju, rasa cm dari blog masakan Indonesia, sebab kroket2 ni femes kat saya. Kalau anda search kat google, mesti anda tau kroket tu macam mana dan intinya juga berbeza2. Yang cm buat ni versi inti guna keju. Anda boleh guna keju pilihan anda, cheddar pun ok, tapi cm guna mozarella untuk kroket ini.


rsz_crocet_kentang_berkeju1
Untuk resipi yang akan cm tulis nanti. Banyak mana anda dapat, bergantung pada saiz kroket anda. Tapi kalau anda guna sudu makan untuk mencedok adunan kentang bagi setiap kroket, anda akan dapat 24 - 25 biji. Dan cm guna serbuk roti kaler oren sepeti anda nampak. Kalau nak mencuba dan anda rasa agak banyak, jangan risau, buat 1/2 adunan, dan anda boleh kecil sikit, tapi kroket selalunya tidaklah kecil sangat, kebiasaannya saiz normal, macam yang anda nampak dalam gambar di atas. Sedap dimakan panas, untuk mendapat keju yang meleleh. Cicah dengan sos kegemaran anda, cm guna sos thousand island. Resipi ini juga sesuai untuk anda buat di bulan puasa nanti sebagai hidangan berbuka. Dah bersedia?..Ok resipi seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kentang
3 camca besar susu tepung
1/2 camca teh seruk lada sulah (cm guna Aji-Shio)
1/4 camca teh serbuk rempah biji pala
Garam secukup rasa (cm letak 1/4 camca teh)
Putih telur secukupnya (kurang lebih 4 biji)
Serbuk roti secukupnya (kurang lebih 500 gram)
Keju yang dipotong bentuk jejari secukupnya (kurang lebih 1+ inci setiap satu)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kupas kentang, potong kiub, cuci dan rebus hingga empuk, letak sedikit garam dalam air rebusan. Toskan dan lecek hingga halus. Masukkan susu tepung, serbuk lada sulah dan serbuk rempah biji pala. Gaul rata, dan tambah garam secukup rasa. Gaul lagi hingga sebati, ketepikan sebentar,
  2. Cedok 1 sudu makan (cm guna sudu untuk sukat bahan kek, 1 sudu makan = 15 ml). Kemudian gelek memanjang sedikit. leperkan, isi inti keju ditengah2nya, balut dan kemaskan. Bentukkan bujur. Buat kaedah sama untuk baki kentang, hingga siap.
  3. Pukul sedikit putih telur. Ambil sebiji kroket, celup dalam putih telur, golek2kan dengan serbuk roti, celup sekali lagi dan golekkan sekali lagi dengan serbuk roti. Buat kaedah sama dengan baki korket tadi. Ketepikan.
  4. Panaskankan minyak untuk goreng terendam. Goreng kroket tadi hingga keemasan, tak perlu lama sangat, angkat dan toskan. Jangan goreng terlalu banyak, 5 - 6 biji kroket sekali goreng sudah memadai, tapi bergantung pada saiz kuali anda...Hidangkan bersama sos kegemaran, sedap dimakan panas2 atau suam untuk mendapat lelehan keju yang mengiurkan....hmmmmm....

GULAI REBUNG SAMA IKAN MASIN KURAU...

rsz_gulai_rebung_ikan_masin
Assalammualaikum, salam Rabu semua. Plan masak apa hari ni?. Cm tadi masak gulai rebung sama ikan masin kurau. Bonda berpuasa dan dia cadangkan cm masak lauk ini. Bak pun suka makan, cuma kena oter serba sikit dari segi bahan2, sebab ada yang Bak tak boleh makan kerana sakit gaot. Cm guna rebung segar, yang telah siap bonda siang. Cm cuma kasi celur dengan menambah air kelapa ke dalamnya. Air kelapa tu bukan lah kelapa muda, tapi kelapa yang cm belah untuk diparut, jadi airnya kasi tadah, tapis dan masukkan ke dalam periuk berisi rebung yang hendak dicelur, tambah lagi air biasa sampai rebung tenggelam. Selain ikan kurau, anda boleh guna udang atau ketam, lagi sedap, manis...ishh meleleh air liur..hehe. Resipi pun tidak lah susah mana, dan cm rasa kerap dah masukkan kat blog, nama je beza2 tapi dari segi bahan2 dan cara memasak hampir sama, seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram rebung segar yang telah dihiris nipis, celur sekejap dan toskan
4 - 5 ketul isi ikan masin kurau, rendam 30 minit
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub ikan bilis (optional)
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung, warna hijau (cm campur skit yang warna merah)
1/2 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebung yang siap ditos tadi, masukkan ke dalam periuk bersama2 serai titik, bahan kisar halus dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, kacau rata dan masak hingga rebung lembut. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air..
  2. Tambah asam gelugor, ikan masin kurau (toskan) dan juga pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan daun kunyit. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....
CATATAN MAT GEBU :- Kenapa cm tak letak ikan masin kurau tu awal2, kerana nanti isi ikan tu hancur, kalau anda guna tulang ikan masin kurau, boleh letak awal. Lagi pun ikan masin kurau dah direndam 30 minit dan rasa masinnya sudah kurang. Apa2 pun rasa kuahnya terlebih dahulu sebelum anda letak garam....Selamat mencuba....


Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.