BEN ASHAARI

Sunday, March 31, 2013

BEN ASHAARI, ALKALINE WATER DAN SEDENAK..

rsz_future2u
Salam semua, entri selingan yang sepatutnya cm letak semalam, terpaksa ditunda ke hari ini. Sabtu semalam (30hb Mac 2013) cm menerima kunjungan Ben Ashaari bersama wakil2 'alkaline water', mereka dari Kuala Lumpur. Seminggu awal cm telah diberitahu, dan tujuan utama untuk memperkenalkan air alkali untuk kesihatan (yang ni anda boleh google atau baca di blog Ben Ashaari).. Cm beli juga 2 kotak, untuk kegunaan keluarga kami. Tapi sebenarnya cm lebih menunggu kedatangan Qhaliff, maklumlah cm kan Pak Tua dia....Makin besar, sihat dan kuat Qhaliff sekarang ni....

Turut sama dalam perjumpaan semalam, mereka2 yang 'wajib', antaranya Sis Linn sekeluarga, Sue Joshua sekeluarga, Kak Yatie Memories sekeluarga dan sepatutnya Ayu turut serta tapi atas sebab2 tertentu dia tak dapat hadir, begitu juga dengan En Azman Ahmad @ Kasawari. Terima kasih cm pada semua dan juga wakil2 dari Future2u (Alkaline water) kerana sudi sama datang dan memberi info mengenai alkaline water. Pada semua juga, terima kasih dan tak lupa Ben, Zila dan Qhaliff. Apa yang kurang cm minta maaf....

RUMPUN BULUH TEPI BENDANG,
TEMPAT BERSARANG BURUNG TEMPUA,
TERIMA KASIH SUDI BERTANDANG.
DIBERI USIA, INSHA ALLAH BERSUA.....

AYAM MASAK MERAH BERMADU....ERR MADU?..

rsz_ayam_masak_merah_bermadu
Assalammualaikum, salam hujung minggu. Che Mat ni bz ke?, Blog pun macam dah nak tak nak jee...Hmm, nak kata tak bz tu tak boleh juga dan nak kata terlampau bz pun takde lah juga, yang sedang2 saja. Cuma sejak2 ni rasa boringnyaa nak berblog, tapi jauh dalam sudut hati tidak lah sampai nak tutup blog. Semalam cm menerima tetamu jadi terbz sikit. Untuk entri pertama, cm letak satu masakan yang senang dan disukai samada anak2 dan orang dewasa. Cm kena masak macam ni sebab bak tak boleh makan makanan laut takut sakit gout kembali, jadi memang kena berhati2 dalam pemakanan. Baki ayam yang cm masak untuk tetamu semalam ada lagi sikit dan untuk menghilangkan dari pandangan mata elok ku buat masak merah bermadu...errr...sebab campur madu, kenalah sebut bermadu. Cuma kaler dia tak jadi merah sangat....tapi tetap mengancam, yea tak?...Haha, ada yang siap angguk pala lagi, apa kata cuba dulu dan lepas tu baru boleh kata sedap ke tak. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong kecil dan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 batan serai, dititik
3 camca besar sos cili
1 camca besar tomato puree
5 camca besar sos cili
2 camca besar madu
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa (cm tak letak gula)
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ayam tadi hingga masak, tak perlu sampai garing, kasi goreng embal2 sahaja (lembap2). Angkat dan toskan. Bawang besar belah 6 dan dileraikan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang dan serai titik hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan tomato puree, masak sekejap. Masukkan sos cili, kacau dan tuang sedikit air. Masak sekejap.
  3. Tambah ayam dan gaul rata. Masukkan bawang besar dan madu, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit lagi gula jika perlu. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi minyak dan nasi putih..


Thursday, March 28, 2013

ASAM PEDAS IKAN TERUBOK..

rsz_asam_pedas_ikan_terubok
Asam pedas ikan terubok, satu lagi masakan yang boleh dikatakan femes di Negeri Johor dan mungkin negeri2 lain juga. Ikan terubok boleh dikatakan sejenis ikan yang agak cerewet untuk dimakan kerana tulang2nya yang banyak dan halus. Berbanding dengan ikan parang, tulang ikan terubok lagi "seni". Asam pedas ikan terubok menjadi pilihan Bak kali ini, dan memandangkan bak masih dalam tempoh berpantang, jadi cm kena masak asam pedas versi orang pantang, dan kena abaikan beberapa bahan yang selalu cm guna.  Selain dimasak asam pedas, ikan terubok juga sedap dipanggang dan makan sama sambal air asam atau sambal kicap. Orang peranakan baba nyonya juga ada satu resipi yang menggunakan ikan terobok ikan disiang dan cuci bersih, tak perlu buang sisiknya. Sapu dengan sedikit kunyit dan garam, balut dengan daun pandan dan goreng hingga garing. Hidangkan segera, sisik ikan terubok tadi sedap sangat dimakan dan rasa seakan2 kacang, tapi dengan syarat ke dimakan selagi panas..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1  ekor ikan terubok segar (saiz sederhana)
3 kelopak sawi jeruk, potong kasar dan rendam
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 camca teh pas asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
20 biji lada hitam
1 kiub ayam (boleh ganti dengan kiub ikan bilis)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibuang sisik, siang dan kerat 3 bahagian. Cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dihiris kasar, dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harun, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air (anggaran 3 cawan), biar mendidih.
  3. Masukkan sawi jeruk (toskan), bunga kantan dan ikan terubok tadi. Biar mendidih hingga ikan masak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...

Wednesday, March 27, 2013

DAGING LADA HITAM SOS TIRAM...

rsz_daging_sos_tiram1
Assalammualaikum....Salam Rabu, alhamdulillah masih beri nafas, kudrat dan nyawa oleh Allah swt. Hari ni sebagai entri permulaan setelah beberapa blog DTS tak berupdate, cm letak satu masakan yang menjadi kegemaran kanak2. Bukan kanak2 sahaja, tapi orang dewasa juga menyukainya. Sebab kat rumah cm ada anak buah 'lanang' sorang ni yang kena menghadiri aktiviti sekolah walaupun masa cuti. Bila ada budak, selera kenalah ikut mereka, yang berusia2 macam cm ni takpe dah, yang rebus2 pun ok. Cm memang ada simpan stok daging batang pinang dlam 500 gram. Daging batang pinang yang bagusnya tak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Cm campurkan sedikit sos lada hitam dalam 2 camca besar. Rasanya takde masalah kalau anak2 makan, lada hitam tidak lah pedas, cuma sedikit hangat dan berangin. Kalau anda suka nak campur dengan kentang dan sebagainya juga boleh. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*disatukan dan perap 1 jam)
2 1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos lada hitam (cm guna jenama Puteri)
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
1 cawan air atau secukupnya jika suka berkuah
Garam secukup rasa
1/4 camca teh minyak bijan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali, kacau rata dan masak hingga daging kecut. Tambah sos tiram dan sos lada hitam. Gaul rata dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Kecilkan api dan masak hingga pekat, tambah bawang besar, hirisan cili merah dan minyak bijan (jika guna), kacau rata. Masak sekejap dan rasa, jika perlu baru tambah garam secukupnya. Matikan api bila daging empuk. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Sunday, March 24, 2013

BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING..

rsz_bread_pudding

Petang semua, assalammualaikum. Semalam dah cuti sehari dari berblog. Hari ni rasa macam nak cuti juga, tapi rasa boring pulak tak ke dapur. Jadi cm kasi buat resipi yang senang2 sajalah untuk entri kali ini. Jalan2 ke blog teman masakan dan singgah di blog Hana Jepun (err....jepun tu dulu lahh, sekarang dah Malaysian balik...hehe) dan ternampak resipi bread pudding yang amat2 mudah, siap ada sos kastard lagi. Bess juga kan, tapi cm takde roti biasa, cuma ada roti delicia butterscotch oleh Gardenia tu je. Alaa seperti biasa, kan kita buat dia, apa ada hal cuma roti delicia tu agak manis maka gula dia kena adjust kasi kurang. Dan disertakan sekali dengan sos kastard yang lemak dan kurang manis..hmm serius sedapp!!...

rsz_bread_pudding2

Kalau resipi asal guna dalam 7 - 8 keping roti, tapi cm buat 1/2 dari resipi asal dan guna 5 keping roti delicia butterscotch gardenia. Dan guna bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci. Cm taburkan juga dengan coklat cip (resipi asal guna kismis). Sedap dimakan sejuk atau suam, dan memang ngam sangat dengan sos kastard. Sesuai dijamu untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut. Satu lagi yang seronok sangat, buat dia amat2 senang, tak perlu banyak kerja. Main kacau2, lebur2 dan bakar..senang kan. Tapi cm ada buat gaya lain sikit lahh..tak banyak, sikitt jee...Ok jomm lihat resipi dan terima kasih sekali lagi Hana Jepun.....hidup awek Jawa Batu Pahat!!!.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong kiub
2 camca besar coklat cip
1 cawan susu sejat (cm guna susu segar)*
1 biji telur gread A*
1 camca besar gula halus*
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan*
Sedikit mentega

BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :-)
1 cawan susu segar
2 camca besar air
1 camca besar penuh gula halus
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :- Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega. Susun 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip. Susun baki roti, kemaskan. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti. Biar hingga cecair terserap.
  2. Tabur rata2 baki coklat cip atasnya. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C, selama 30 minit. Bila pudding masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk.
  3. UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk sos kastard, kecuali esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  4. UNTUK MENGHIDANG :- Cedok secukupnya pudding ke dalam piring sesuai. Tuang sos kastard atasnya dan hidangkan segera..

Friday, March 22, 2013

SPAGHETTI ALA MI GORENG...

rsz_spaghetti_ala_mi_goreng
Malam semua, macam musim mi pulak kat blog DTS ni, kalau entri awal tadi mi maggi asam laksa, yang malam ni pulak spaghetti ala mi goreng. Sebenarnya cm geram dengan Kak Ummi Kuantan, tadi di wall FB beliau, saja je dia menayang mi goreng mamak yang nampak mengiurkan. Tapi cm takde pulak mi kuning kat rumah, yang ada spaghetti jee. Ibarat kata orang dulu kala, 'tiada rotan akan pun berguna"..maka cm rebus je lah spaghetti tu sampai lembut dan ku jadikan mi goreng. Rasa tetap ok dan kalau dari segi kesihatan, spaghetti lagi elok dari mi kuning, sebab mi kuning ada bahan yang agak kurang elok sebenarnya. Kalau anda makan mi kuning, ada tak rasa seakan 'telur"...kalau nak tau itu lah ubat yang mereka guna untuk membuat mi kuning. Kenapa cm tau?..Sebab keluarga kami dulu ada kilang memproses mi kuning, tapi atas sebab2 tertentu ia terpaksa ditutup (masalah orang tak bayar hutang..huhu). Resipi ini boleh dikategorikan sebagai resipi fusion atau olahan, jangan risau kan kita yang buat dia...Ok...jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut dan gaul dengan minyak
2 camca besar sambal tumis
1 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap pekat
1/2 camca besar kicap manis
1 biji tomato saiz kecil, belah 6
1 genggam taugeh
1/2 cekak kucai, kerat pendek
1 keping tauhu saiz kecil, dipotong kiub
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam isi udang
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan air rebusan spaghetti
Sos ikan jika perlu (boleh ganti dengan kicap cair)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan sos tomato. Kacau rata, masuk udang dan masak hingga udang berubah warna. Tambah kicap pekat dan kicap manis, kacau dan masukkan tauhu, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan spaghetti dan gaul rata, tolak ke tepi kuali, dan masukkan telur, biar telur sedikit mengeras dan gaul rata dengan spaghetti tadi. Tambah kucai, tomato dan taugeh. Kacau hingga rata.
  3. Tambah sedikit air rebusan jika anda suka berkuah. Masak sekejap dan rasa, jika perlu baru tambah sos ikan secukup rasa. Matikan api dan hidangkan segera. Sedap dimakan panas bersama timun dan sos cili, kalau nak makan dengan cili hijau jeruk pun ok....Selamat mencuba!!.


LAKSA ASAM MAGGI TUNA..

rsz_laksa_asam_maggi_tuna
Salam Jumaat yang mulia. hari ni cm bz sikit...errr tak berapa sikit lah, bz sedang2. Boleh macam tu. Jadi ni hari kasi masak maggi asam laksa yang sudah ku derhakakan, untuk cm lah, yang lain makan nasi dan lauk2 simple, campur dengan masak asam pedas semalam. Sebenarnya cm nak habiskan baki sambal tuna magik, jadi ku lebur dalam kuah maggi asam laksa, maka jadi lah sedap rasanya....gila nak kata tak sedap dah sendiri yang masak. Seperti cm selalu kata, sedap tak sedap ni ikut tekak masing2. Buat dia mudah dan cepat. Letak saja ulam2 apa yang ada, cm letal timun, taugeh, hirisan bawang besar, bunga kantan dan daun kesom, lepas tu campakkan fishcake....errr nampak aneh kan, gasak lah situ, janji nampak meriah dan ceria, ha ah ceria lah sangat walaupun hanya mi maggi. Ok tu saja bebelan cm di hari ini, resipi seperti berikut...dan sebelum tu, entri ini serius buat cm tersentuh semalam...huhu, kalau anda baca, baru anda tau...hmm al-fatihah....

BAHAN-BAHANNYA:-)
1 paket mi maggi asam laksa, asingkan perencahnya
2 1/2 camca besar 'sambal tuna magik"
1/2 biji bawang besar hiris
2 tangkai daun kesom
1/2 kuntum bunga kantan
1/2 kiub ikan bilis
1 biji limau kasturi, perah jusnya
3 cawan air atau secukup

BAHAN-BAHAN ULAM :-)
1/2 biji bawang besar, hiris halus
1/2 kuntum bunga kantan, hiris halus
7 helai daun kesom, hiris halus
Sedikit taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
Hirisan halus timun

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam periuk, masukkan perencah asam laksa (yang disertakan sekali dalam paket mi maggi), bawang besar, sambal tuna magik dan kiub ikan bilis. Kacau dan biar mendidih. Tambah daun kesom dan bunga kantan. Masak sekejap.
  2. Masukkan mi maggi dan masak hingga mi lembut. Tambah jus limau kasturi (yang ni kalau tak nak rasa lebih masam, boleh abaikan). Kacau rata dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang dalam mangkuk sesuai. Hias dengan bahan2 ulam dan hidangkan segera. Kalau anda suka boleh sertakan sekali dengan telur rebus dan sedikit cincangan nenas..


"EVERYPIN.COM"...YANG AMAT MENARIK!..

Salam semua, sekarang ni menjadi trend blogger dan para pengguna internet dan sebagainya mempromosi entri2 terbaru mereka di laman2 sosial dan sebagainya. Pernah anda dengar 'EVERYPIN.COM'?. Cm pun baru tau benda ni wujud dan ia amat menarik terutama bagi blogger yang kerap menggunakan gambar dalam entri mereka, tak kesah lah samada blogger masakan, blogger fotografi atau mereka2 yang menjalankan perniagaan secara on line. Everypin.com satu tempat di mana anda boleh share gambar dari blog anda dan setiap gambar yang telah anda 'pin', akan tertera link blog anda sendiri. Secara tak langsung mereka yang melihat akan turut berkunjung ke blog anda..

Tapi sebelum tu anda kenalah daftar dulu di www.everypin.com, tak susah dan mudah saja. Lepas tu anda boleh baca dengan lebih teliti cara2 untuk anda guna 'everypin.com' dalam kegiatan seharian di blog anda terutama jika ada entri baru yang bergambar. Sebagai contoh, cm nak ping entri gulai klasik nangka dengan daging, cm pergi ke page di blog yang punya gambar gulai tu dan klik pada satu 'pin it button' yang kita boleh letak di bahagian toolbar (yang ini anda boleh baca bila anda dah daftar dan log in ke everypin.com bagaimana cara2 nak meletakkannya di bahagian toolbar) dan secara automatik gambar tadi akan dipindahkan ke 'everypin.com', tapi terlebih dahulu kenalah tulis apa nama resipi dan dalam kategori apa. Nanti akan jadi seperti gambar di atas...Perasan tak dah ada 3 menu dari blog DTS yang cm pin..

Dan. bila anda klik gambar tadi, ia akan jadi seperti di atas, juga tertera dari sumber mana gambar tu datang. Kalau anda pin kan pada mana2 gambar dari lama web yang anda suka, link laman web atau blog mereka juga akan tertera. Sebagai contoh macam gambar di bawah ni, cm pin satu gambar dari blog Kak Yatie Memories dan cuba anda lihat, secara tak langsung nama blog Kak Yatie turut tertera di situ...amacam, menarikkan. Satu yang bagusnya everypin.com ini lebih sopan dan lebih islamik ..

Macam2 lagi yang boleh anda terokai dengan 'everypin.com'. Jadikan ia satu tempat kita bertukar2 idea, ilmu dan pengetahuan dalam keadaan yang lebih menarik. Manfaatkan setiap entri anda yang punya gambar menarik agar dapat dikongsi bersama. Apa lagi jomm lahh sertainya sekarang....di sini...pasti anda akan rasa kelainannya..

Thursday, March 21, 2013

PRATA TELUR TUNA MAGIK BANJIR...

rsz_prata_tuna_telur_banjir

Malam semua, cuaca sekarang bukan saja panas, tapi berbahang, asyik nak mandi saja, sampai jemu dah nengok bilik air. Petang tadi sambil buat2 bodo kat dapur, cm teringat ada beli satu tin 'tuna magik' tempoh hari. Satu masalah cm ni kan, kalau ada produk baru, sah2 aku rembat, saja lah nak test rasa macam mana, ok ke tak, sedap ke tak atau boleh kasi derhaka ke tak. Dah kata food blogger yea tak. Jadi cm fikir2 gak nak buat apa eks, kalau ikut pada tin tu cara dia gaul dengan nasi, jadi ala2 nasi goreng, tapi serius tak mencuit tekak cm langsung. Selemey dalam peti sejuk dan ada pulak roti prata, yesss, ok jomm kita on projek, prata telur tuna magik banjir. Tak susah buat dia, senang banget, yang penting kena berhati2 tu saja, jangan sebab pasal resipi sempoi macam ni, anda tercedera atau dapur anda terbakar. Cm kasi banjirkan roti prata tadi dengan kuah dhal dan paipkan sedikit sos cili, yang ni terpulang pada anda nak makan dengan apa sekali pun....Ok..jomm kita ON!!!...

rsz_tuna_magic

~: Sambal Tuna Magik Ayam Brand :~
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping roti prata @ roti canai (kalau yang instant kasi masak dulu)
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 biji bawang besar, didadu
Sedikit hirisan cili hijau dan merah
2 pokok kucai, hiris halus
2 camca besar 'sambal tuna magik'
1 camca besar susu segar (kalau anda nak ganti dengan parutan keju pun ok)
Sos cili secukupnya
Kuah kari atau dhal pilihan anda

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan telur, bawang besar yang didadu, hirisan cili merah/cili hijau kucai, sambal tuna magik dan susu segar. Kacau hingga rata (cm tak letak garam sebab sambal tuna tu dah ada garam).
  2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan saiz 8 inci. Tuang bancuhan telur, kecilkan api dan masak hingga permukaan telur nampak kental. Letak roti prata atasnya dan tekan sedikit. Biar hingga masak.
  3. Terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan potong kiub besar2, susun dalam pinggan sesuai. Tuang kuah kari atau dhal, paipkan sos cili atasnya. Hidangkan segera....sedap dimakan panas.

ASAM PEDAS IKAN MERAH....

rsz_asam_pedas_ikan_merah
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni cm beli ikan merah, bukan seekor tapi 2 keping sahaja. Tapi agak besar saiznya 2 keping tu pun dah 1 kati (600 gram). Oleh kerana saiz agak besar, cm kerat 2 setiap sekeping. Tanya juga bonda, nak masak apa dengan ikan merah ni, dan seperti cm jangka asam pedas menjadi pilihan. Cm sendiri rasa betul2 malas dah nak masukkan entri asam pedas, sebab dah terlampau kerap sangat. Balik2 asam pedas...betul tak?...Haipp, ada juga yang angguk pala tuu...sabar je lah..Sebenarnya asam pedas punya rasa yang berbeza mengikut jenis ikan yang anda masak walaupun dari segi penggunaan rempah ratusnya sama. Apa2 pun kesegaran ikan dan bahan2 mentah menjadi faktor penting kesedapan asam pedas. Resipi boleh dikatakan hampir sama dengan yang lepas2....Kalau anda rasa malas nak cari, cm tuliskan sekali lagi di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 potongan isi ikan merah (kurang lebih 600 gram), cuci bersih dan toskan
12 batang bendi kontot
1 biji tomato belah 6
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 kiub ikan bilis (optional)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 camca besar lada hitam biji
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air  (anggarn 3 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan bunga kantan, kiub ikan bilis dan ikan. Kemudian tambah bendi dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak hingga bendi lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..


Wednesday, March 20, 2013

CUCUR UDANG RANGUP YANG UMMPHH!!..

rsz_cucur_udang_rangup

Betul2 cobaaannn..sungguh ni, sebab tak boleh tahan dengan godaan dari sorang teman FB dan beliau juga seorang blogger masakkan, maka cm buat juga akhirnya petang tadi. Ganass sehhhh guaa ni hari, rajin lain macam, lepas je bekukan agar2 karamel, terus on projek cucur udang rangup pulak....Hadoi, habis lah kolestrol semua naik...grrr...tapi cm makan tak banyak tadi...kejap...errrr, 3 keping kot...eh..5 kot...erkk...manyaknyaaa!!!...haha. Apa2 pun cm ucapkan terima kasih pada Delima Zamrud yang sudi berkongsi resipi yang sedap dan mengancam ini, blog beliau di sini, cm punya cucur udang agak kurang udangnya, jadilah janji ada rasa udang dan cm tak sempat nak buat sos yang biasa dimakan bersama cucur udang, jadi makan lah dengan sos cili LIFE, pun sedap juga..ok lah kan dari takde....

rsz_cucur_udang_rangup1

Bila cm makan tadi, terus teringat cucur udang yang sama macam pernah cm makan kat rumah sedara cm di Kayu Ara Pasong di Pontian. Rasanya rangup dan bahagian dalamnya lembut tapi tidak berminyak sangat. Cuma pada cm cucur udang rangup ni paling bess dimakan masa panas, kalau dah sejuk pun bukan tak sedap, masih ok, masih rangup. Cucur udang ni anda kena goreng dalam keadaan leper untuk menjadikannya rangup. Cm guna sudip yang dipanaskan dalam minyak, kemudian sudukan atas sudip panas tadi, ratakan dan celop dalam minyak panas hingga sedikit mengeras dan tanggalkan dengan hujung pisau...Apa2 pun cara anda janji ia menjadi macam dalam gambar tu atau ikut style anda sendiri, jangan pening2..Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram udang kertas yang jenis kecil (buang kepala dan janggutnya)
2 biji bawang besar, hiris
1 genggam taugeh, cuci dan toskan
1 cekak kucai, potong pendek
1 putih telur
1 camca besar minyak masak
1 camca teh cuka makan
1 camca teh serbuk "pasti sedap knorr' (cm guna secukup rasa Maggi)
3 - 4 senduk tepung gandum (cm guna 4 senduk)
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya (cm guna kurang lebih 300 ml)
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, air dan minyak untuk menggoreng. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi satu adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Tambah garam secukup rasa, gaul rata2...rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, (yang ini anda boleh ikut style Che Mat atau Delima Zamrud seperti di sini ). Panaskan sudip leper dalam minyak, keluarkan sudip kemudian sudukan kurang lebih 1 1/2 camca besar bancuhan cucur udang atas sudip dan ratakan biar leper.
  3. Celop dalam minyak panas dan biar hingga mengeras sedikit, tanggalkan dengan hujung pisau perlahan2. Goreng dengan minyak sederhana panas hingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap (cm buat 5 keping untuk sekali goreng)....Hidangkan bersama sos cili.....Mmmm sedappp!!

AGAR-AGAR KARAMEL YANG NYAMAN...

rsz_agar2_karamel

Petang semua, assalammualaikum. Panaskan cuaca sejak2 ni. Dah lah rumah cm ni bekalan air kejap ada kejap takde..geram..Dua hari lepas mereka tukar kedudukan meter air dari luar pintu pagar nun jauh ke depan rumah...Tak faham lah, mungkin nak kasi orang SAJ (Syarikat Air Johor) lebih mudah check meter, tapi cm rasa tak berapa sesuai, kalau lah dilanggar dek lori atau kereta yang terbabas tak ke naya, yang naya tu bukan mereka, tapi cm lah yang naya, sebab air sah2 terputus bekalan. Lepas tu yang buat cm hangin, air paip jadi kecik dan kejap2 putus bekalan, nasib baik ada simpan stok air tangki, kalau tak mau aku cuti masak. Sekian sesi lepas geram...Ok cerita pasal agar2 karamel pulak....

rsz_agar2_karamel1

Cm pernah buat dulu dan ini antara agar2 yang mudah dibuat dan sedap rasanya. Nak2 bila dimakan sejuk, kena cuaca agak panas macam sekarang ni. Kalau anda tak suka karamel, anda boeh ganti dengan golden syrup. Anda boleh bekukan ikut apa jua jenis acuan yang anda suka. Kalau ikut resipi asal, guna susu cair, sebab takde stok cm guna susu segar. Kalau anda buat, guna susu cair ok, sebab rasa dia lagi lemak dan sedap. Dan untuk resipi ini cm guna jelly powder 'konnyaku' tapi boleh saja kalau anda nak guna serbuk agar2. Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 gram serbuk jelly (Konnyaku)
100 gram gula pasir
600 ml air
400 ml susu cair @ sejat (Ideal)
1 camca besar penuh tepung kastard (cm guna Bird Custard)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan gula pasir*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak 3/4 cawan gula pasir tadi hingga cair dan perang, berhati2 masukkan air. Kacau rata dan masak sekejap hingga pekat. Kemudian tuang dalam bekas untuk membeku agar2, ratakan. 
  2. Satukan serbuk jelly dan 100 gram gula pasir, kacau rata dan tuang air, masukkan daun pandan dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, biar gula dan serbuk jelly larut. Kacau sentiasa.
  3. Sementara itu, satukan susu sejat, tepung kastard dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan tapis. Masukkan ke dalam periuk berisi jelly tadi. Kacau rata dan masak sekejap (ia akan kelihatan sedikit pekat). Matikan api.
  4. Keluarkan daun pandan dan tuang dalam acuan yang berisi karamel hingga penuh. Biar hingga hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Keluarkan dari acuan dan hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk..

NASI GORENG TELUR MASIN

rsz_nasi_goreng_telur_asin
Assalammualaikum, salam Rabu. Tengah hari ni makan nasi goreng saja lah. Lama juga cm tak goreng nasi. Dan nasi semalam berbaki tapi takde lah banyak sangat, cukup untuk makan 2 orang. Dan ada pulak sebiji telur masin dari bunga telur majlis perkahwinan sedara cm. Orang Johor, mereka kalau buat majlis kerja kawen, bunga telur mereka guna telur masin, kebanyakkannya macam tu lah, selain telur biasa dan telur pindang yang disertakan sekali dalam berkat. Maka cm gunakan telur masin tu untuk digoreng bersama nasi. Campur sedikit hirisan daging batang pinang, kacang buncis dan sambal tumis. Konon nak nampak meletop, cm buat telur dadar nipis dan bungkus nasi tadi....nampak lawa jugak kan, alah yang buat pun cm, jadi kalau ada kasar2 sikit tu style menghias tu kira normal lah....tapi idok leer brutal, masih nampak anggun...yea tak...Ok resipi seperti berikut...tapi nasi goreng saja, bukan nasi beriani...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dikareh
1 cawan hirisan nipis daging batang pinang, cuci dan toskan
6 tangkai kacang buncis, potong kecil
1 biji telur masin, kupas dan cincang halus
3 camca besar sambal tumis
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
Kicap cair secukupnya
Hirisan cili merah untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan timun, untuk hiasan
Belahan telur asin, untuk hiasan
2 biji telur, setiap satu dibuat telur dadar yang nipis (guna non-stick pan 10 inci)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan kacau rata. Tambah daging, masak hingga daging lembut. Masukkan kacang buncis dan telur masin. Kacau rata.
  2. Tambah nasi dan kacau hingga mesra. Guna api sederhana besar. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api.
  3. Ambil sekeping telur dadar dan letak nasi secukupnya atas telur dadar. Bungkus dan terbalikkan atas pinggan. Potong bentuk "X" menggunakan hujung pisau yang tajam, buka dan hias dengan hirisan cili merah, bawang goreng, hirisan daun bawang, timun dan juga telur masin. Hidangkan segera...


Tuesday, March 19, 2013

BUTTERMILK PINEAPPLE PANCAKE

rsz_buttermilk_pineapple_pancake

Assalammualaikum. Salam Selasa, hari ni petang baru cm dapat bersiaran di blog DTS. Cm sebenarnya tak masak sangat hari ni. Memandangkan lauk semalam masih berbaki, cm hanya masakkan singgang ikan parang dan tumis sayur sawi putih untuk Bak makan tengah hari tadi. Pancake yang anda nampak ni, cm buat pagi tadi sebagai sarapan untuk Bak..Boleh lah habis sekeping Bak makan. Sebenarnya Bak agak payah nak makan benda2 macam ni, dan benda2 yang Bak suka, terpaksa dilupakan memandang penyakit gaot yang agak serius, kalau silap makan boleh mengundang penyakit yang melampau, hingga tak boleh berjalan waima nak ke tandas sekali pun. Oleh itu, biarlah berpantang (bukan pantang nampak yea) dari menanggung sakit teramat sangat. Pancake yang cm buat ni jenis yang biasa tapi cm oleh setelah mendapat idea dari blog Kak Rose di sini.....

rsz_buttermilk_pineapple_pancake1

Kalau Kak Rose guna buah kiwi, cm pulak takde buah kiwi, tapi ada nenas dalam tin. Kan kita yang buat dia, jadi cm tukar dengan nenas. Pilih nenas yang berbentuk gegelang yang bersaiz kecil, jangan guna yang saiz besar, nanti nampak tak comel dah kat pancake. Sebab guna nenas, cm buat guna non-stick pan saiz 4 inci. Kebiasaannya pancake jenis ini, cm lebih suka dropkan saja atas pan yang leper dan biar pancake merata secara semulajadi. Untuk setiap pancake cm guna sukatan 1/4 cawan. Kalau nak lebih tebal, boleh lebihkan sedikit adunan.  Sedap dimakan begitu sahaja atau dipaipkan dengan madu atau maple syrup. Kalau nak makan dengan sos coklat atau vanilla aiskrim pun boleh....Resipi sama seperti cm buat dulu....Tak susah, pasti anda boleh lakukannya....


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh sodium bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
1 camca besar gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 cawan 'buttermilk' (atau 1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan, biar hingga mendadih)
4 camca besar susu segar
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur. dipukul sedikit
Gegelang nenas dalam tin secukupnya (guna gegelang bersaiz kecil), toskan hingga kering
Madu atau maple syrup untuk dimakan bersama pancake.

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung yang telah diayak bersama gula dan garam halus. Kacau rata. Sementara itu satukan telur, buttermilk dan susu segar dalam bekas lain, Kacau rata dengan whisk. Tuang bancuhan bahan basah tadi ke dalam bahan kering (tepung) dan kacau rata. Tambah mentega cair dan esen vanilla. Kacau rata hingga licin dan ketepikan sekejap.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak (cm lenser dengan tisu dapur bersih yang dicelop dalam minyak masak). Letakkan sekeping gegelang nenas ditengah2 pan. Biar sekejap dan tuang 1/4 cawan adunan pancake. Mulakan di bahagian tengah lubang gegelang nenas dan biar adunan melimpah hingga menutupi nenas tadi.
  3. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering (cm tutup dengan tudung periuk untuk lebih cepat), terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan buat kaedah sana untuk baki adunan. Pastikan anda lenser dengan sedikit minyak setiap kali membuat pancake yang baru. Menghasilkan kurang lebih 9 - 10 keping.


Monday, March 18, 2013

ROTI PRATA GORENG PEDAS...

rsz_prata_goreng_pedas
Malam semua, pernah makan prata goreng pedas? Prata atau roti canai merupakan satu hidangan yang popular di Malaysia dan Singapura. Semalam kakak sedara cm datang menziarah Bak dan dia bawakan roti canai. Dan masih berbaki, maka pagi tadi cm plan nak jadikan sesuatu yang lain sikit. Teringat cm kalau tak silap dulu, MamaFami blogger masak otai, pernah buat resipi macam ni. Jadi cm 'ON" jelah kan,lagi pun bahan2 senang....ikut je suka hati masing2 apa nak letak. Macam cm, cuma guna sambal tumis yang memang dapat sekali masa beli roti prata tu. Lepas tu campak kan sekali sedikit daging, yang ni nak guna ayam boleh, sotong, udang semua boleh, kalau nak letak semua sekali pun takde masalah. Cm tambah sayur pucuk kacang kasi hijau2 sikit. Kalau nak ganti dengan taugeh pun boleh...Senang kan, jadi boleh lah oter kalau ada roti prata yang tak habis di rumah anda..macam, ada berani nak mencuba?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti prata/roti canai (kalau guna yang segera, kasi masak dulu)
80 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
4 camca besar sambal tumis
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca teh kicap pekat manis (cm guna kicap ABC)
50 gram pucuk kacang @ taugeh
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gulung roti prata tadi, kemudian hiris, tapi jangan halus sangat, kurang lebih lebar macam kue teow, atau anda boleh carik2 kasar untuk mendapatkan teksture yang lebih rustic dan ganass..hehe. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan daging dan goreng hingga berubah warna dan daging lembut. Tambah sambal tumis dan kacau rata. Masukkan prata yang telah dihiris, gaul hingga rata dan mesra.
  3. Tolak ketepi kuali, masukkan telur. Bila telur sedikit mengeras, kacau rata bersama bahan2 lain. Tambah kicap pekat manis dan masukkan pucuk kacang @ taugeh. Kacau hingga rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur cili merah sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas.


GULAI KLASIK NANGKA DENGAN DAGING..

rsz_gulai_kasik_nangka_dengan_daging
Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni cm tak masak sangat, tapi kena juga masak satu masakan yang boleh dikatakan mengambil masa untuk disiapkan. Bonda cukup gemar gulai nangka dengan daging, ia seakan2 kari pun yea, seakan2 rendang pun yea juga. Kebetulan kawan pada abang cm ada beri sebiji nangka muda, jadi atas cadangan bonda, cm pun masak. Nangka muda, bonda yang kupas dan siang, selebihnya termasuk penyediaan bahan2 rempah ratus, kerisik (bonda gorengkan, tapi cm yang kasi tumbuk sampai berminyak), kupas kelapa,parut dan perah santan serta memasak semua cm yang kasi settle. Tidak lah susah mana, namun penyediaan bahan2 tu agak rumit dan memakan masa agak lama. Kecuali bahan2 sudah sedia ada dan hanya tinggal memasak, yang tu memang cepat siap. Menyediakan juadah tradisi, bahan2 mentah yang segar menjadi 'rahsia' penyedapnya. Itu kata orang2 tua lah, bukan cm yang kata. Satu lagi resipi macam tidak boleh dihidangkan kerap, kerana ianya dalam kategori hidangan 'mewah'...kenapa cm kata mewah?..Anda lihat saja nanti...Jommm resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram nangka muda yang telah dibersihkan dan dipotong kiub, direndam
500 gram daging batang pinang
1 keping asam gelugor
4 camca besar penuh kerisik
1 liter santan cair
600 ml pati santan
3 camca besar penuh rempah kari daging
2 camca besar cili kisar
1 kiub pati daging (optional)
1 camca besar hirisan gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris
3 biji buah keras, hiris
1 genggam cili padi merah

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 pelepah daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur nangka sekejap, kemudian toskan. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan daging, kacau dan masak hingga daging kecut. Tambah santan cair, kacau dan biar mendidih, masukkan kiub daging (jika guna). Masak hingga daging empuk. Tambah nangka dan tuang santan pekat. Kacau dan biar mendidih.
  4. Masukkan asam gelugor dan kerisik kacau dan biar hingga nangka empuk. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan gula melaka. Bila gulai nampak pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk resipi ini cm guna 2 biji kelapa yang diparut dan diperah sendiri. Selain daging, anda boleh ganti dengan ayam, nak sedap guna ayam kampung. Kalau tak tahan pedas, anda boleh kurangkan cili padi atau tak perlu letak....Selamat mencuba untuk semua!..

Sunday, March 17, 2013

LEMPENG PEKAK vs "MAT GEBU" DI VIETNAM?..

rsz_lempeng_pekak
Malam semua, takde apa nak share sebagai entri penutup hari ni. Pagi tadi cm buat lempeng pekak saja untuk sarapan, tapi jiran cm buat nasi lemak okeh...err, bukan dia lah yang buat 'mem besar' yang buat. Mula2 cm memang tak nak buat lempeng pekak, tapi Bak kata dia nak, jadi cm buatkan dan kasi cicah sama sambal ayam baki dari semalam punya. Lempeng pekak yang selalu cm sebut2 dalam blog, ialah lempeng yang tidak dicampur dengan bahan2 perasa, kecuali tepung, telur (optional), baking powder, garam dan air. Kenapa perlu letak baking powder (bp)?..Pada cm kalau anda letak bp, lempeng akan lebih lembut walaupun dah sejuk. Telur juga membantu tapi ada yang tak suka kerana akan memberi rasa ke telur an bila lempeng sejuk. Terpulang pada anda samada nak letak atau tidak. Cm guna non-stick pan untuk membuat lempeng ini, lenser dengan sedikit minyak sudah memadai, tak susah, siapa2 pun boleh buat....betul tak?....dannn.....ehemmm...

Semalam di FB, sorang teman FB, Masitah Asahari tag cm satu gambar yang macam anda nampak di atas ni. Kebetulan beliau bercuti di Vietnam dan sedang memesan makanan di satu restoran muslim (kemungkinan milik orang melayu champa). Di menu restoran tadi terdapat satu gambar masakan kari ikan dari blog DTS...Terkejut juga cm, orang sana pun ada yang skodeng blog DTS. Nasib baik pemilik restoran tu masih ada nilai2 murni, maksud cm, dia tak crop nama "Mat Gebu" kat gambar tu. Bukan macam setengah2 orang kita di Malaysia, tau nak senang, semua main ambik, crop dan berlagak macam hak sendiri....betul tak?...Ok jomm resipi lempeng pekak..ehh, masih ada yang tatau bikin lagi ok, walaupun cm kata ciken sangat nak buat lempeng pekak. Kalau nak buat sikit, pepandai yea budget bahan2...Dan yang ini penting sebagai panduan kita bersama..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan air (kurang lebih)
3/4 camca teh baking powder
1 biji telur, kacau sedikit
Garam secukup rasa
Pencich kegemaran anda (sambal tumis, kuah kari atau apa saja yang sesuai)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, baking powder dan telur, tuang sedikit air dan kacau rata, tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Tambah garam secukup rasa, kacau rata dan rehatkan sekejap (anda juga boleh kisar dalam blender).
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Tuang adunan tadi (banyak mana bergantung pada saiz pan yang anda guna). Masak hingga permukaan lempeng pucat. Renjis2kan sedikit minyak makan dan terbalikkan. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Hidangkan bersama pencicih kegemaran anda. Sesuai untuk sarapan pagi atau pun minum petang. Selamat mencuba!!.

IKAN TENGGIRI MASAK CUKA..

rsz_ikan_masak_cuka
Assalammualaikum, salam Ahad semua, lewat sikit bersiaran hari ni. Cm pasti ada yang akan menghadiri majlis2 tertentu hari ni, samada majlis nikah kawen, pertunangan dan sebagainya. Hari ni cm masak yang betul cepat, ringkas dan yang penting tak perlu banyak bahan2. Anda pun sah2 dah biasa dengan ikan tenggiri masak cuka. Kalau tengok resipi ini ala2 acar. Cm guna ikan tenggiri dan anda kalau nak guna ikan lain juga boleh, tapi pastikan yang banyak isinya, macam ikan merah atau ikan bawal. Kalau anda nak letak sedikit hirisan timun dan lobak merah pun boleh. Tapi selalunya ikan masak cuka macam kat atas tu. Sedap dimakan bersama nasi panas dan tak perlu banyak lauk lain. Ada menu ini dan sayur sudah cukup. Jadi kalau anda nak masakan yang cepat dan ringkas, boleh cuba resipi ini...dan entri pilihan DTS, di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 keping isi ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan*
1/4 camca teh garam*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan dan gaul rata)
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1/2 inci halia, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 camca besar cuka makan (cm guna cuka Jalen)
Secubit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air (jika suka berkuah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang dan serbuk kunyit hingga harum, masukkan cuka dan sedikit air. Kacau rata.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan goreng dan hirisan cili. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru tambah garam. Tambah sedikit lagi air jika suka berkuah. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain.

Saturday, March 16, 2013

URAP PEGAGA DAGING AYAM.

rsz_urap_pegaga_dengan_ayam
Salam semua, entri berikutnya mungkin ada yang rasa pelik. Pernah buat urap pegaga daging ayam?..Bunyi pelik beno gamaknya. Sebenarnya ini resipi olahan, memandangkan Bak tak boleh makan udang kering atau ikan bilis (sebab gout), maka cm kenalah buat sesuatu yang Bak boleh makan. Satu lagi masalah Bak, dia kerap pening dan nak pitam, sekali check rupanya tekanan darah agak rendah..huhu, kesian sungguh..Nak makan benda yang elok untuk tekanan darah dah tak boleh pulak (daging, kerang dan hati), huhu. Urap ini tidaklah susah membuatnya, sama macam yang selalu cm buat, cuma tak guna belacan dan udang kering, tapi cm ganti dengan kiub ayam dan isi ayam yang direbus dan dicarik. Sebab Bak tak tahan pedas, cm cuma guna 1 biji cili merah saja. Sedap ke?..Yang tu cm tak boleh nak kata, tadi bertanya juga pada Bonda, ok tak urap ni, dia kata sedap jee, takde masalah apa2..Kesimpulannya sedap lah kan...Bagi anda yang ingin mencuba, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram pegaga (kurang lebih)
1 keping dada ayam, cuci bersih dan toskan*
1/2 inci halia, diketuk*
2 ulas bawang putih, diketuk*
1/2 camca teh garam*(*direbus bersama hingga dada ayam masak, angkat dan sejukkan)
1 cawan kelapa parut putih
1 biji bawang besar hiris halus
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah (kalau suka pedas, boleh tambah cili padi)
1 kiub pati ayam
2 inci isi cekur
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pegaga dicuci bersih, toskan kering2 kemudian hiris tapi jangan halus sangat. Isi ayam dicarik kasar2. Ketepikan.
  2. Gaul kelapa parut dengan bahan tumbuk halus, kacau rata tambah garam secukup rasa (rasa dulu, kalau perlu baru letak garam) dan sedikit gula. Masukkan isi ayam, pegaga dan hirisan bawang besar. Gaul rata hingga mesra.
  3. Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak hingga urap panas. Matikan api dan biar sejuk. Boleh hidangkan bersama nasi putih.

SAMBAL AYAM BUNGA KANTAN...

rsz_sambal_ayam_bunga_kantan
Assalammualaikum, salam Sabtu. Malam tadi tiba2 cm demam, lepas Isyak makan ubat demam dan terus tidur, lagi pun cm geram kat satu insiden ni, huhu, nak cerita pun rasa menyampah baik jangan cerita, bikin hot hati guaa siaa. Hari ni cm masak sambal ayam. Resipi yang mudah2 saja dan cm tambah hirisan bunga kantan dalam dia. Yang tu optional, kalau tak nak letak, tak perlu letak. Budak2 kan ada yang tak berapa suka rasa benda2 herba dalam masakan, tapi ikut selera juga lah, ada tu bukan budak2 saja tak nak, atok budak pun tak suka. Memasak ini mudah, jadi tak payah nak buat sampai ia menyusahkan anda. Kata anda takde ayam, tapi ada daging, boleh saja gantikan dengan daging. Macam cm ada letak kentang, yang tu pun optional, kalau suka boleh letak, kalau tak suka tak perlu letak. Satu lagi kalau nak ganti asam jawa dengan jus limau kasturi pun boleh, lagi sedap sebab bau dia harum. Resipi seperti berikut tapi sebelum tu jom singgah sini, kot2 lah anda juga berminat (*____^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping peha ayam bersaiz besar
2 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap 1
2 senduk nasi penuh cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca teh pes asam jawa
1 kuntum bunga kantan, hiris halus (optional)
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
2 keping hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong pada saiz kecil (cm kerat 4 untuk setiap 1 peha), cuci bersih dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng hingga masak, tapi jangan sampai garing, kasi embal2 sudah memadai. Goreng juga kentang hingga empuk, guna api sederhana. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan sos cili, masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan tuang air. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ayam dan bunga kantan. Gaul rata, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambah bawang besar dan kentang. Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..


Friday, March 15, 2013

DAGING KICAP HALIA..KEGEMARAN KANAK-KANAK

rsz_daging_kicap_halia
Assalammualaikum, salam Jumaat. Hari ni hampir senja baru dapat bersiaran. Cm masak yang betul2 senang untuk anak buah cm siang tadi. Yang bapak buah makan je lah apa yang ada. Bak pun makin ok, cuma makan kena jaga dan Bak sendiri selera makan agak kurang. Gout dah baik, tapi tekanan darah pulak rendah, semalam abang cm check, tekanan darah Bak, 90/60, agak rendah patut lah pening pala dan mudah nak pitam..huhu, risau juga sebenarnya. Nak kasi makan daging dan sebagainya, tak boleh pulak takut gout kembali menyerang. Pening juga kepala ni. Untuk daging kicap halia ni cm guna daging batang pinang dalam 450 gram. Sama saja macam masak kicap biasa, tapi lebih pekat dan halia cm letak lebih sikit. Seperti anda sedia maklum, halia bagus untuk membuang angin dalam badan dan masakan ini sesuai juga dimakan bersama bubur nasi. Resipi seperti berikut...seriuss senang sangat..Dan entri pilihan DTS di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk halus*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul dan perap 1/2 jam)
3 camca besar kicap lemak Jalen
2 camca besar kicap manis ABC (jenis pekat)
1 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1 inci halia, mayang halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris memanjang
1 biji cili hijau, hiris memanjang
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan daging yang diperap dan gaul rata. Goreng hingga daging berubah warna. Masukkan kicap lemak, kicap manis, kicap pekat dan lada hitam. Kacau rata dan tambah sedikit air. 
  2. Bila hampir pekat, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau serta minyak bijan. Kacau rata dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi kicap lemak. Masak sekejap. Matikan api dan tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

Thursday, March 14, 2013

SPAGHETTI BERKUAH KARI AYAM...BOLEH?.

rsz_spaghetti_kuah_kari_ayam

Malam semua, apa menu anda siang tadi. Kalau entri lepas tu menu yang cm masak semalam. Jadi yang ni cm masak hari ini. Tapi bukan yang bess sangat, sekadar yang mampu. Pagi tadi cm tanya kat anak buah, ni hari nak makan apa, dia kata kari ayam. Ok, kari ayam amat2 ciken je nak buat, dan antara feberet cm sebenarnya. Tapi kali ni takmo makan dengan nasi, boringg okehh...Jadi cm rebus spaghetti dalam 100 gram dan ku makan dengan kuah kari ayam....Serius sedap...eh terpuji sendiri pulak. Tapi cm buat seringkas yang boleh. Alah cuma kari ayam biasa je pun, makan dengan spaghetti, tak perlu resipi yang khusus, kalau takde spaghetti, boleh guna apa2 pasta yang anda suka. Tapi cm ada oter sikit lah bahan2 untuk masak kari, takmo kasi pedas sangat. Kali ni cm guna santan dalam 1 cawan macam tu..

rsz_spaghetti_kuah_kari_ayam1

Kalau perhatikan kurang lebih macam mi kari. Cuma takde telur rebus je. Taugeh takde, tapi cm ganti dengan pucuk kacang. Pernah sekali cm masak pucuk kacang ni sama udang. Anda boleh beli di Tesco atau pasaraya2 besar lain. Mungkin dipasar2 basah juga ada. Selalunya sayur pucuk kacang ni menjadi kegemaran orang cina. Rasa dia seakan2 taugeh tapi lemak sedikit tapi kalau ada taugeh, guna taugeh je lah. Oleh kerana kari ayam agak kurang pedas, cm tambah hirisan cili merah, tak lupa tauhu dan limau kasturi. Sebagai pelengkap seperti biasa hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai bahan tabur. Jangan lupa mencuba!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang saiz sederhana
1 biji tomato saiz besar
1 keping asam gelugor
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh sos cili
2 1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 cawan pati santan
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub ayam (optional)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang puith, hiris
2 pelepah daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Spaghetti secukupnya, direbus hingga lembut dan toskan, gaul dengan sedikit minyak zaitun
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Tauhu, goreng dan hiris
Taugeh secukupnya (cm guna pucuk kacang)
Limau kasturi, belah 2
Hirisan cili merah secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Kupas kentang, belah 4 setiap 1, rendam. Tomato dibelah 6, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, masukkan cili kisar dan sos cili, kacau rata dan masak hingga cili garing. Tambah pes rempah dan masak hingga terbit minyak, guna api kecik dan kacai selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau rata dan masukkan kentang. Masak hingga ayam empuk dan kentang lembut, kalau perlu tambah sedikit lagi air. Tambah kiub ayam, asam gelugor dan pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  4. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api dan boleh dimakan bersama spaghetti tadi dan tabur hirisan daun sup, daun bawang, cili merah, tauhu, taugeh/pucuk kacang dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera..

PAPRIK AYAM KURANG PEDAS....

rsz_paprik_ayam
Entri pertama hari Khamis, cm share resipi yang cm masak semalam. Menu paprik ayam atas permintaan anak buah cm, tapi kurang pedas punya, yelah budak darjah 2, takkan nak dilantakkan masakan yang pedas berapi. Cm masak tak banyak, guna 2 keping bahagian peha ayam, yang cm kerat 4 setiap 1....errr banyak jugak tu. Masakkan ini cm pernah buat dulu. cuma kali ini agak kurang meriah sebab sayur2 yang cm letak agak terhad. Budak2 ni agak susah nak kasi makan sayur, kalau paksa kang esok2 bila aku tua, dia orang paksa aku pulak...takmo lah macam tu kan. Tapi kena juga lah makan sayur, itu syarat. Rasanya ramai dah buat dan masukkan di blog masing2. Masa makan semalam, anak buah cm kata, "ucu nya paprik ayam ni kan, kurang merah lah"...haha, hambek, sekali budak darjah 2 komen masakan cm...Warning kat dia, jangan cerita banyak, kasi makan diam2 sudah....Tak merah sangat pun licin gak 3-4 ketul ayam dia....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping bahagian peha ayam bersaiz besar, kerat 4 setiap 1
150 gram bunga kobis, dipotong sekuntum2
4 biji cili padi, dititik
2 batang serai, diketuk
2 helai daun limau purut
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji tomato, belah 6 (cm tak letak)
1 pokok kecil daun ketumbar, kerat kasar
Sos ikan secukup rasa

BAHAN SOS :-)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
2 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging ayam cuci dan toskan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gaul rata dan goreng embal2, jangan garing. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan cili padi, daun limau purut dan bunga kobis, gaul rata dan masukkan ayam tadi. Kacau dan masak sekejap. Kalau perlu tambah sedikit air.
  3. Tambah bahan sos dan gaul rata. Tambah sos ikan secukup rasa. Masukkan tomato (kalau guna) dan masak hingga sayur lembut. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..

Wednesday, March 13, 2013

APAM KARAMEL @ APAM GULA HANGUS..

rsz_apam_karamel

Salam semua, ini patutnya entri untuk petang tadi, tapi masa tak mengizinkan, jadi kena tunda ke entri malam. Sekarang ni dah macam musim buat apam pulak. Kuih apam antara hidangan tradisi orang melayu kita. Masuk ni dah 3 jenis apam cm buat. Semuanya yang mudah2 dan tak susah. Apam karamel atau apam gula hangus boleh juga diibaratkan seperti kek, kerana kegebuan apam tu. Apam jenis ini senang, tak guna yeast dan satu lagi tak perlu nak perap2 bagai, semua kasi kacau, sampai sebati, lepas tu kasi taruk dalam acuan dan kukus sampai masak, masa kukus pun tak ambik masa lama, 15 - 20 minit saja, bergantung pada acuan yang anda guna lah, kalau acuan besar, kena ambik masa lama sikit, kalau kecik2, 15 minit sudah cukup. Kalau nak lagi muai, kasi guna acuan kuih lompang, tu jam satu kampung anda boleh kasi rasa kuih apam...

rsz_apam_karamel1

Nampak gebu tak?..Serius memang gebu, tapi jangan kukus lama sangat, nanti rasa macam kering pulak. Kalau guna acuan kuih puteri ayu, 15 minit sudah memadai. Macam cm guna acuan yang agak besar, jadi masa kukus kurang lebih 18 minit. Kukus guna api kuat dan bungkus tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Cm guna kukus eletrik TRIO, jadi tak payah nak bungkus tutup dia. Senang pun yea juga. Kalau anda nak beli boleh singgah ke blog Chef Asma di sini, beliau ada menjual. Ok masa kita lihat resipi pulak, serius senanggg..eh terlupa pulak nak ucap terima kasih pada Kak Rose, sebab pestime cm buat dulu ambik resipi dari blog beliau di sini....Tapi yang ni cm ada tambah sedikit bahan lain...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir (cm kurangkan 2 camca besar)
3/4 cawan air
2 camca besar golden syrup
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak (cm guna minyak jagung)
2 camca besar marjerin (planta, boleh juga guna mentega)
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda bicarbonate*
1 1/2 cawan tepung gandum (cm tambah lagi 1/2 camca besar)*(*gaul rata dan ayak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir hingga menjadir karamel, kacau sentiasa dan guna api kecil. Bila gula bertukar perang, berhati2 tuang air, masukkan golden syrup dan kacau rata. Biar mendidih dan matikan api. Sejukkan.
  2. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Kacau telur, minyak, marjerin dan susu pekat manis hingga sebati dan berkrim. Masukkan no. 1, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga sebati dan licin.
  3. Lenser acuan apam dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan apam 3/4 penuh, buah hingga habis dan kukus 15 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan boleh keluarkan dari acuan. Biar sejuk sepenuhnya dan boleh hidangkan..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.