BEN ASHAARI

Wednesday, February 27, 2013

AYAM GORENG KUNYIT DAUN KARI.

rsz_ayam_kunyit_daun_kari
Salam malam semua. Macam biasalah. Cm sejak2 ni tak dann lah nak masak bagai2 sangat, yang ala kadar dan setakat termampu saja lah. Sebenarnya cm masih dalam keadaan risau, kalau nampak status2 di dinding FB, macam ok, hakikatnya dalam hari hanya Allah swt saja yang tau. Takpe lah moga semuanya baik2 saja. Malam ni cm letak entri paling mudah, cuma ayam goreng kunyit. Nampak tak berapa kuning sangat, sebab cm guna kunyit hidup. Cm goreng tak banyak dalam 6 ketul yang agak kecil. Sebab cuma 3 orang saja yang ada kat rumah, tu pun Bak masih takde selera nak makan, abang cm yang sulung sekarang ni di tanah suci menunaikan ibadah Umrah..moga dipermudahkan segalanya. Resipi memang mudah dan kalau nak lebih bess, anda guna ayam kampung. Ayam kampung sekarang yang dibela dalam reban tak sama macam ayam kampung bebas, dagingnya cepat empuk, kalau ayam kampung bebas, agak liat. Macam cm, guna ayam daging. Ok resipi tersangat mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 7 ketul ayam (terpulang pada anda nak guna bahagian mana)
2 inci kunyit hidup, tumbuk halus
3 ulas bawang putih, tumbuh halus
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam secukup rasa
Secubit gula
2 tangkai daun kari, dilurut
1 biji bawang besar saiz sederhana, dimayang
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca teh jintan manis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bersihkan ayam, kemudian cucuk dengan garfu. Lumur ayam tadi dengan kunyit, bawang putih, jus limau kasturi, garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata dan perap 3 - 4 jam dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam dan goreng 30 saat. Angkat dan toskan, biar sekejap. Kemudian panaskan minyak kembali, kali ni pada kepanasan sederhana dan goreng sekali lagi hingga ayam masak, guna api kecil. Angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai.
  3. Panaskan sedikit minyak, Tumis daun kari, hirisan bawang besar, bawang merah, cili merah, cili hijau dan jintan manis hingga harum. Angkat dan toskan minyaknya. Tabur atas ayam tadi dan hidangkan panas bersama nasi.

SUP SAWI PUTIH...UNTUK YANG 'GAOT'...

rsz_sup_sawi_putih
Petang semua, tak buat apa pun petang ni, kalau lapar boleh lah makan biskut krim kraker cicah teh O. Dan sebab cm tak buat apa2, cm nak juga letak entri cikai yang sempoi dan cm masak untuk Bak yang masih kurang sehat. Lepas demam tu hari Bak kena gout sebab Bak salah makan, dia makan rojak mamak yang kuahnya ada kacang tanah (beli punya...bukan cm buat yeaaa...). Jadi cm masakkan sup sawi putih campur ayam. Kalau letak udang, mau bengkak balik kang kaki. Gout ialah satu penyakit dimana bila kandungan uric acid dalam badan tinggi, ia akan membentuk kristal di sendi2 kita terutama bahagian kaki. Bila ada gout, kenalah berpantang, banyak benda tak boleh makan dan digalakkan mereka yang ada gaout minum lebih air masak supaya kerap buang air kecil. Dalam masa sama uric acid juga akan ikut keluar..Untuk lebih terperinci, anda boleh Google....Resipi amat mudah, seperti berikut.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 pokok sawi putih, contoh di sini..cuci, tos dan siang berasingan daun dan batangnya
2 ketul peha ayam, kerat 4 setiap 1, cuci dan toskan
1 kiub ayam (optional)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, hiris
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 cawan air
Beberapa titik minyak bijan
Garam secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (cm guna minyak jagung), tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan ayam, kacau dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang air dan masukkan kiub pati ayam. Biar mendidih hingga ayam masak (kurang lebih 10 minit).
  2. Masukkan batang sawi, serbuk lada hitam dan masak sekejap. Tambah garam secukup rasa, dan masukkan daun sawi, gaul rata dan tambah minyak bijan. Kacau rata dan masak sekejap, Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan bawang goreng dan boleh hidangkan bersama nasi..

IKAN GERANG ASSAM DARI DAPUR CHE MAT..

gerang assam nyonya
Assalammualaikum, salam Rabu....Hari cm masak ikan gerang assam, lauk orang peranakan Baba Nyonya. Masakan ini kurang lebih sama macam asam pedas tapi ada sikit beza dari segi rempah ratus yang diguna pakai. Cm memang suka masakan orang2 Nyonya, kerana ia satu masakan unik yang melambangkan penyatuan budaya cina dan melayu. Walaupun resipi tulen mereka ada tu yang tidak sesuai dengan kita yang berugama Islam, tapi ia tetap boleh diterapkan dengan menukar bahan2 mentah pada yang halal. Orang peranakan cukup unik dan hanya ada di Asia Tenggara. Kalau di Malaysia ini bila sebut masakan peranakan, memang tak boleh lari dari Chef Nyonya Florence Tan yang begitu berusaha keras mempertahankan warisan orang Baba Nyonya terutama makanan. Pada cm untuk mengenal budaya sesuatu kaum, makanan mereka memainkan peranan yang penting. Kerana dari penyajian makanan ia akan bersangkut paut dengan budaya kehidupan dan seterusnya...Resipi seperti berikut dan sebab cm masak tak banyak, maka cm buat penyesuian bahan2...

KAIN BERSULAM JEJARI LIPAN,
UNTUK MENGALAS MEJA SAJIAN,
GERANG ASSAM UNTUK SANTAPAN,
SILALAH MAKAN TAK USAH SEGAN..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan tenggiri batang, cuci dan toskan
11/3 senduk nasi penuh cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
2 helai daun limau purut (optional)
1 kiub ikan bilis (opyional)
10 batang bendi muda
8- 10 biji tomato ceri
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis, ikan dan masak sekejap. Tambah bendi dan daun limau purut, biar bendi lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato ceri, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain..

Tuesday, February 26, 2013

MI HOON SUP UTARA VERSI MAT GEBU..

rsz_mi_sup_utara

Salam semua, pernah makan mi hoon sup utara?.. Utara ni belah2 Kedah dan Perlis rasanya, bukan makan mi hoon sambil ngadam ke kutub utara. Tak plan nak buat, tapi saja lah suka2 sebab cm bosan dan rasa boring sangat. Cuma yang cm buat ni tak ori macam resipi asal. Tapi masih ada identiti mi hoon sup utara terutama mi hoonnya yang bewarna kuning. Mi hoon kuning tu hanya kerabat2 di raja saja yang boleh makan, nak dapat pun susah....erkk. caya ke?.. Hahah, cm tipu jee lahh! Kaler kuning tu ialah mi hoon yang direndam dengan serbuk kunyit. Kalau lebih banyak serbuk kunyit anda letak, lagi kuning jadinya. Kalau nak rasa lebih 'gila-gila'..apa kata rendam dengan kaler biru pulak, guna bunga telang...mesti tak berani kan?.. Ok takpe, nanti lah cm buat...tunggu jee lahhh...

MI SUP UTARA1

Resipi asal cm dapat dari buku masakan Kak Hanieliza yang comey itu. ehem..Buku Senangnya Memasak siri Mi, Mihun dan Kuetiau. Pada cm buku2 masakan antara bahan yang paling mudah anda gunakan sebagai rujukan, walaupun zaman sekarang ada internet dan boleh diakses dimana2 termasuk melalui telefon pintar. Tapi buku tetap menjadi pilihan. Mi hoon sup utara selalunya gunakan daging dan tulang lembu, ada juga yang campur sekali dengan limpa babat dan sebagainya, tapi ini hak individu nak letak apa. Macam cm guna ayam, sebab ada yang tak boleh makan daging. Dari segi rasa semestinya lain, ayam dan daging, anda sendiri pun pandai kan beza rasanya. Namun begitu ia tetap sedap dan masih boleh diberi pujian, kalau tak percaya boleh cuba sendiri ibarat entri yang ini, perlu ada keyakinan kalau nak lihat hasilnya.... Selamat mencuba!..

BAHAN-BAHAN SUP :-)
1/2 ekor ayam, potong kecil
1 sup bunjut Adabi
6 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci kunyit hidup, diketuk (optional)
1 inci halia, hiris dan ketuk2 sedikit
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
1 kiub ayam (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi hoon secukupnya, diredam dengan serbuk kunyit selama 1 jam
Taugeh, buang ekor dan cuci
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Limau kasturi, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda (*) dan hirisan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia hingga harum. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga ayan kecut. Tuang air secukupnya.
  2. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam. Kacau perlahan dan masak hingga ayam empuk. Tambah garam dan lada hitam tumbuk, kacau rata dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Rebus mi hoon tadi hingga lembut, toskan. Masukkan secukupnya mi hoon dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup ayam bersama2 isinya. Tabur hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng, taugeh dan hidangkan bersama sambal kicap dan belahan limau kasturi. Sedap dimakan panas..

KERABU BABAT PEDAS BERSANTAN..

rsz_kerabu_babat_pedas

Assalammualaikum, salam Selasa. Dah makan?..Apa menu anda ni hari?. Cm tak masak apa sangat,  masak mana yang ada saja. Kebetulan kami hanya bertiga di rumah, abang long cm pi Umrah, jadi tak boleh nak masak lebih. Hari ni cm buat kerabu babat pedas bersantan. Babat atau perut tuala, selain dimasak lemak cili padi sama rebung jeruk, boleh juga dibuat kerabu dan pelbagai resipi lagi mengikut negeri masing2. Sebab malas nak masak lemak, jadi kasi buat kerabu sudah lah, senang pun yea, tapi guna juga santan, dalam 3 camca besar. Cm campur taugeh dan daun selom, yang daun selom tu saja nak kasi habis. Kerabu yang ni agak pedas sebab cm gunc cili padi siam dalam 6 biji, kalau takmo guna, boleh ganti dengan cili merah biasa. Kerabu buatnya mudah, yang penting rasa mesti seimbang dan sedap dihidangkan segera lepas dibancuh. Tapi bergantung juga, ada jenis yang lebih sedap dibiarkan sekejap terutama yang menggunakan santan seperti cm buat, perlu diingatkan kerabu macam ini kena simpan dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram babat @ perut tuala
1 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 cekak daun selom, cuci, tos kan dan hiris
1 biji bawang besar, hiris halus
1 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam kelapa parut, goreng hingga perang dan tumbuk kasar
3 camca besar pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih (kalau saiz besar guna seulas)
6 biji cili padi merah thai
1/2 inci belacan, dibakar
1 camca besar penuh udang kering, rendam dalam air panas dan toskan
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Babat direbus dengan sedikit halia dan bawang putih hingga lembut, tos dan hiris kecil, ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan bahan tumbuk halus, kelapa goreng, santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  2. Masukkan babat, hirisan daun selom, taugeh, hirisan bawang besar dan jus limau nipis. Gaul rata dan rasa, jika perlu boleh lah tambah sedikit lagi garam. Biarkan sekejap dalam 10 minit dan boleh hidangkan. Simpan dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.

Monday, February 25, 2013

LEMPENG KELAPA JUGA....GARA-GARA KAK IDA!!..

rsz_lempeng_kelapa (1)
Assalammualaikum, melempeng kelapa juga cm ni hari. Gara2 Kak Ida menayangkan entri lempeng kelapa yang begitu mengiurkan di sini. Malas tau kalau kena godaan macam tu, walaupun cm nya mood masak tak menentu, tapi bahana dah terbayang2kan lempeng kelapa Kak Ida, terus cm pi kupas kelapa, parut dan ku bancuh dan melempeng. Tapi takde lah kari sardine cuma ada sambal tumis ikan bilis belen nasi lemak yang cm buat sebelum ni. Ngam lah makan sama lempeng kelapa. Satu adunan yang cm buat dapat dalam 7 keping lempeng kelapa bersaiz sederhana. Ini ikut banyak mana anda tuang bancuhan  tu. Macam cm, guna 1/3 cawan untuk setiap lempeng. Nak senang guna non-stick pan, tapi kalau guna kuali biasa pun boleh, pandai2 lah nak menggayakannya agar menjadi rupa lempeng. Resipi seperti berikut dan nak tanya juga, anda pernah tengok kuih ini?...Cm pun pestime tengok...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih (kalau dapat guna kelapa untuk buat inti)
1 camca teh baking powder
1 1/3 cawan air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
Sambal tumis, kari, sos cili atau apa saja yang anda rasa sesuai sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh tepung, baking powder, kelapa parut, gaul rata dan tuang air, bancuh hingga semua sebati. Tambah garam secukup rasa, kasi rasa lemak2 saja. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Kemudian cedok 1/3 cawan bancuhan lempeng dan tuang dalam pan, ratakan dengan senduk. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat. Terbalikkan dan masak hingga perang keemasan.
  3. Buat kaedah sama untuk baki adunan tadi. Kalau anda nak cepat, tutup permukaan pan dengan tudung periuk (nak senang guna non-stick pan bertutup kaca). Hidangkan dengan sambal tumis, kari atau sos yang anda gemari.

LINGUINE BERKUAH KARI..

rsz_spaghetti_kuah_kari
Assalammualaikum, salam Isnin.. Hari ni cm tak masak nasi, jadi buat spaghetti saja, Tapi bukan ala2 barat, cm kasi fusion, guna kuah kari, jadi lah ala2 mi kari. Tapi cm buat ala kadar saja, tak de letak macam2 sangat. Mood tak berapa bes ni makan apa saja pun ok lah. Kalau tak masak, makan roti atau biskut pun boleh. Cuma takde lah cm buat entri blog. Resipi yang cm akan letak nanti untuk 3 orang makan kurang lebih macam tu. Tak de ayam, udang mau pun daging dalam kuah dia, cm cuma letak bebola ikan dan jejari ketam. Kalau anda bikin, sila letak apa yang anda suka, udang, sotong, ayam, daging atau nak meriah, kasi letak semua jenis. Cm guna kurang lebih 1/3 cawan santan dan kuahnya sedikit pekat, sebab cm guna buah keras. Tapi kan sayang lah, terlupa nak letak telur rebos, huhu, dah cacat bila linguine berkuah kari tanpa telur rebus, kalau anda bikin, jangan lupa letak telur rebus. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHAN KUAH KARI :-)
2 jejari ketam, potong kiub
Bebola ikan dan fishcake secukupnya, dipotong
2 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
1 tangkai daun kari
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1/2 camca besar cili kisar
1 kiub ayam 
1/3 cawan santan
Air secukupnya
Sedikit lada hitam kisar
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
3 biji buah keras, hiris*(*dikisar halus)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
250 gram pasta linguine yang belum direbus (atau spaghetti pilihan anda)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
Hirisan cili merah
Hirisan cili hijau
Bawang goreng
Limau kasturi, dibelah 2
Telur rebus, belah 2 (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KARI :- Satukan bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, tumis daun kari dan cili kisar hingga harum, masukkan pes rempah, sos cili dan sos tomato. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan), kacau rata dan masukka kiub ayam, Masak hingga mendidih, tambah batang sawi, jejari ketam, bebola ikan dan fishcake. Biar mendidih perlahan dan tambah santan. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biar mendidih perlahan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun sawi dan belahan tomato ceri, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
  4. UNTUK LINGUINE BERKUAH KARI :- Rebus pasta linguine hingga lembut atau ikut arahan pada paket. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan secukupnya linguine dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah kari secukupnya bersama isi2nya sekali. Hias dengan taugeh, hirisan daun sup, daun bawang, cili hijau, cili merah, bawang goreng dan hidangkan bersama telur rebus dan belahan limau kasturi. Sedap dimakan panas..

Sunday, February 24, 2013

NASI LEMAK ALA KAMPUNG...UNTUK HARI INI...

rsz_nasi_lemak_kampung
Assalammualaikum, salam hujung minggu semua. Anda sehat?..Cm hari ni cuma masak sekali saja, buat nasi lemak pagi tadi, sebab Bak tak sehat, dan dia teringin nak makan nasi lemak. Memandangkan tak plan apa2, jadi cm cuma buat benda2 yang asas, timun pun takde, cuma ada yang dah mula uzur, tu pasal anda nampak hirisan timun mula kekuningan sudahh. Seperti biasa, cm akan guna beras Basmathi untuk masak nasi lemak, selain sedap, sukatan untuk cecairnya juga mudah. Guna beras biasa pun boleh, sukatan santan sama dengan banyak mana air yang anda biasa masak. Tapi kan beras Basmathi jenis lain, cm rasa perlu sukatan berlainan sedikit. Kalau Basmathi Moghul, nisbah dia 1 : 1.5 iaitu 1 beras : 1.5 cecair, kalau beras Basmathi King Jasmine sukatan dia kurang sikit, 1 : 1.3 iaitu 1 beras : 1.3 cecair. Yang jenis lain cm tak pasti, sebab tak pernah guna lagi. Ini sebagai panduan untuk anda dan juga cm pada masa akan datang...

rsz_nasi_lemak_kampung1rsz_nasi_lemak2 (1)
Sebab cm macam rajin sikit, maka cm bungkus dengan daun pisang, konon2 macam yang jual di warung2 kat kampung (eh, bandar pun ada gak kan style macam ni). Tapi daun pisang tu macam tak ngam dengan kandungan nasi, cm rasa sebab terlebih muatan, grrrr...gasak lah kan, janji nampak authentic Malaysian Nasi Lemak. Dan seperti biasa, bila dah tak cukup bahan2 sampingan, belasah guna apa yang ada saja. Sambal tumis ikan bilis, ikan tenggiri goreng kunyit, telur rebus, hirisan timun dan ulam daun selom...rasa aneh tak?.. Ehemm cuba dulu baru tau sebab keanehan itu mendatangkan rasa yang sungguh sensasi dan sedap. Satu lagi mungkin aroma dari daun pisang yang buat nasi lemak lagi sedap. Anda boleh saja nak makan dengan lauk2 lain, tapi nasi lemak sebenarnya wajib ada sambal tumis, ulam timun dan telur (samada rebus, telur dadar atau telur mata lembu). Resipi macam yang cm pernah buat dulu, takde beza..Dan sebelum tu nak share dengan anda yang ada anak2 kecil...petua yang bagus di sini....

BAHAN-BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras Basmathi (cm guna Basmathi Moghul), cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, belah 4
1 batang serai, dititik
1 inci halia, diketuk
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca teh halba
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
2 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras, hiris*
1 inci belacan*(*dikisar halus)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Telur rebus secukupnya, dibelah 2
Hirisan timun secukupnya
Daun selom (optinal)
Ikan goreng @ ayam goreng
Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK NASI LEMAK :- Toskan beras Basmathi, masukkan ke dalam rice cooker, masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih, halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Biar betul2 masak, kemudian gemburkan nasi guna chopstick, off kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya. Sementara menanti nasi masak anda boleh buat sambal tumis..
  2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskan). Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
  3. UNTUK NASI LEMAK KAMPUNG :- Ambil sehelai daun pisang, dan letak atas sehelai kertas surat khabar (yang telah dipotong kecil sikit dari saiz daun pisang). ceduk nasi lemak secukupnya atas daun pisang. Letak hirisan timun, telur rebos dan sambal tumis, kemudiam bungkus seperti dalam gambar. Boleh hidangkan dengan baki bahan2 sampingan..

Saturday, February 23, 2013

ANGEL HAIR GORENG TOMYAM...

rsz_angel_hair_goreng_tomyam
Yang ringkas lagi, cuma pasta angel hair goreng tomyam. Pernah buat dulu, tapi semalam ternampak geng masak, Kak Rose buat, di sini...Terus cm teruja juga nak buat lagi sekali. Tapi seperti biasalah, setiap kali buat, selalunya takkan sama macam buat dulu. Sebenarnya pasta angel hair cm kehabisan, cuma tinggal jenis yang ala2 mi siput, tapi jenis angel hair juga. Tu pasal anda nampak pasta tu pendek2. Cm masukkan traffic light capsicum, udang, tomato ceri dan jejar ketam. Kalau anda suka pedas boleh tambah cili padi lebih sikit. Untuk mendapat lebih aroma tomyam, jangan lupa letak hirisan halus daun limau purut. Dan jika anda suka rasa masam, boleh perah jus limau kasturi semasa menghidang. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram pasta angle hair, rebus hingga lembut, tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun
10 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan
2 batang jejari ketam, dipotong kiub
1/4 traffic light capsicum, dipotong kiub
1 helai daun limau purut, buang urat dan hiris halus
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai, cincang halus
5 biji tomato ceri, belah 2 setiap 1
1 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
1 camca besar sos cili
Sedikit sos ikan, jika perlu
Hirisan daun kucai, untuk hiasan
Limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali (cm guna non-stick pan), tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga harum. Masukkan sos cili dan pes tomyam, kacau rata. Tambah udang dan jejari ketam, masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan traffic light capsicum, kacau rata. Tambah ceri tomato, masak sekejap dan masuk pasta angle hair tadi, gaul rata. Rasa dan jika perlu masukkan sos ikan. Akhir sekali masuk hirisan daun limau purut, kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api. Hidangkan panas..

PUCUK KACANG TUMIS BAWANG PUTIH.

rsz_pucuk_kacang1

Assalammualaikum, salam Sabtu. Anda sehat hari ini?...Sebenarnya mood cm agak ke laut, rasa berat hati sangat nak masak2, Bak agak kurang sehat, demam, tapi dah ok, cuma dia meracau semalam dan nampak benda2 yang tak sepatutnya, sampai pagi cm tak boleh tidur...huhu, mintak2 lepas berubat hari ni, akan ok dan Bak boleh tidur dengan lena. Hari ni cm masak yang ringkas2 saja. Semalam masa keluar, singgah di Tesco dan ternampak ada jual sejenis pucuk kacang yang orang cina suka beli. Mula2 dulu cm ingat sejenis ulam yang biasa orang kita makan atau dibuat urap (daun beremi), rupanya bukan. Jadi cm beli sikit kurang lebih 200 gram macam tu dan nak cuba masak. Sekali imbas macam taugeh pun ada juga. Cm tak pasti jenis kacang apa, tapi rasanya agak lemak...

rsz_pucuk_kacang

Sedap digoreng ringkas bersama bawang putih, sos tiram, udang segar dan sedikit minyak bijan. Dan kalau anda yang tak pasti macam mana rupa pucuk kacang tu, sila lihat gambar diatas ini. Masa beli nama dia dalam bunyi bahasa cina, jadi cm tak pasti lah anda tau atau tidak. Tapi kalau ada gambar insha Allah tak sikit banyak membantu anda yang ingin membeli dan mencuba. Resipi ringkas seperti berikut dan ia enak dimakan sejurus anda masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram pucuk kacang @ 'tau miu", cuci dan toskan
1 genggam isi udang segar
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh minyak bijan (cm guna jenama Nona)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga layu, masukkan isi udang dan masak hingga isi udang berubah warna, tambah sos tiram dan sedikit garam. Kacau rata.
  2. Masukkan sayur pucuk kacang, Kacau pantas, masukkan minyak bijan, dan tambah sedikit lagi garam, jika perlu. Masak sekejap hingga layu, tapi tidak lembik. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Friday, February 22, 2013

PAJERI NENAS ALA JOHOR...

rsz_paceri_nenas_ala_johor
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Dah makan tengah hari?..Cm cuma sempat masak yang ringkas saja hari ini. Bak pun tak berapa sehat dan masuk 4 hari demam, nampak macam dah ok, cuma tak berapa nak kuat sangat, selera makan pun agak kurang..hmmm, apa2 pun moga cepat sembuh hendaknya. Lama juga cm tak buat pejari nenas. Kebetulan masa berbelanja barang basah tempoh hari, cm dapat sebiji nenas percuma. Jadi ku buat pajeri nenas, mudah2an siapa yang tekak tak berapa nak ok, boleh terima. Pajeri nenas ala Johor ni mungkin sama juga dengan resipi anda, tapi yang ini cm dapat resipi dari orang2 dulu kala, dah arwah pun nenak tu (al-fatihah), moga ilmu yang arwah kongsi bersama memberi manfaat padanya... Insha Allah. Kerap juga cm buat dulu. Pajeri sesuai dimakan bersama sebarang nasi berperisa seperti nasi beriani, nasi minyak dan lain2 lagi. Kalau anda perasan pejari juga ada pelbagai, ada yang guna terung, buang mangga dan juga kedondong. Ada satu lagi jenis pajeri yang kurang lebih macam acar, diberi nama pajeri bombay. Dari mana dapat nama 'pajeri' tu sendiri cm kurang pasti. Anda tau?..boleh share..dan entri pilihan DTS kali ini di sini ..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1/2 cawan pati santan
1 camca teh pes asam jawa
2 camca besar gula perang (atau secukup rasa)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 camca besar cili kisar
2 camca besar kerisik
1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 genggam udang kering, rendam 15 minit dan toskan
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas nenas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal. Rebus sekejap dan masukkan serbuk kunyit dalam air rebusan tadi, kemudian toskan. Cili merah dan hijau, dibelah dua tapi tak putus, rendam. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 bertanda (*) dan cili kisar hingga garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang pati santan.
  3. Masukkan kerisik, kacau dan masak hingga mendidih (jika perlu tambah sedikit air). Masukkan nenas, belahan cili merah dan hijau (toskan). Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih..

Thursday, February 21, 2013

ASAM TUMIS KELADI DENGAN IKAN MASIN.

rsz_asam_tumis_keladi
Lama tak masak asam tumis keladi, jadi untuk bonda cm masakkan menu ini. Keladi yang cm guna jenis keladi minyak, tapi sayang, ia agak kurang elok, sudah masuk angin dan ada kesan2 lebam sedikit. Tapi masih ok dan sedap.Taukah anda ada setengah2 orang akan membiarkan keladi tadi masuk angin hingga warna kehitaman. Dan keladi tadi akan dibuat pengat, walaupun rupa dia kurang menarik tapi rasa dia sedap, kenyal2. Pertama kali cm makan dulu, di rumah Mak Usu cm di Pontian. Mula2 ku ingat daging dibuat pengat. Nak makan pun rasa tak lalu, sekali rasa rupanya keladi yang sengaja dibiarkan masuk angin. Menu kali ini cm tak guna batang keladi, cuma isi keladi dan tulang ikan masin kurau. Jangan gusar kalau anda takde ikan masin kurau, anda boleh guna apa saja jenis ikan masin, kecuali ikan tenggiri masin, yang tu cm tak sarankan sebab nanti hancur bersepai, dan sah2 masakan anda jadi masin..Dan entri pilihan DTS kali ini, di sini...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku keladi minyak saiz sederhana
4 - 5 keratan tulang ikan masin kurau, direndam 20 minit
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
3/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 genggam ikan bilis, cuci bersih dan rendam sekejap, toskan
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keladi dikupas, kemudian dipotong kiub, atau berbaji, cuci dan rebus hingga 1/2 empuk. Toskan. Tulang ikan masin kurau direndam 30 minit, toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masuk tulang ikan masin kurau tadi dan asam geluor, masak sekejap.
  3. Masukkan keladi dan masak hingga keladi empuk, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya (letak sikit dulu, dan tambah jika perlu) dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap dengan api sederhana, rasa dan jika ok boleh matika api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

STRAWBERRY BUTTERMILK CAKE..

rsz_buttermilk_strawberry_cake

Petang semua, assalammualaikum. Petang ni cm baking pulak, sebab utamanya nak habiskan buttermilk belen cm buat pancake tu hari. Tapi masih ada berbaki dalam 1 cawan lagi tu, tengok lah nanti2 cm kasi buat benda lain pulak. Resipi hari ini cm ambil dari sini. Resipi asal guna raspberry, tapi cm cuma ada strawberry. Kat Malaysia ni Raspberry mahal gilerrr, tu hari cm beli 1 kotak tu tak sampai 200 gram kot dalam RM 17, lepas selang beberapa hari, masa nak tahun baru cina, dia up harga jadi RM 20!!. bertambah mahal!....tengok harga je boleh kecut telo memasing, dah lah buah tu bukan sedap mana, harap lawa je walaupun mengerutu. Bahanakan ia nampak comel bila dihias atas kek, fruit tat atau pun pavlova, maka yang berkehendak membeli lah juga. Tapi kalau mereka yang berkemampuan tak jadi hal, ni cm cerita bagi pihak cm yang biasa2 ni, no money punya olang...

rsz_buttermilk_strawberry_cake1

Kek ini memang tak jadi berapa tinggi sangat, tapi anda boleh bakar dalam tin lebih kecil untuk mendapat kek yang lebih tinggi. Cm guna tin bulat 8 inci. Kalau nak guna loaf tin juga boleh. Rasa keknya sedap dan boleh dikatakan tidak muak, nak2 bila ada stoberi. Rasa masam2 bergabung dengan rasa mentega cukup sedap. Buttermilk juga membuatkan kek lebih lembap dan berperisa. Cm dah kurangkan sukatan gula kepada 1/2 cawan (kalau resipi asal 2/3 cawan). Kata teman2 blog masakan yang berada diluar negara, gula di Malaysia ni manis, tak sama macam gula di tempat mereka. Patutlah kalau kita ikut sukatan gula yang tertera dalam buku2 masakan oreng puteh, kek akan jadi manis maut...takuttnyaaa!!....Jadi anda boleh kurangkan sukatan gula. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
125 gram mentega
1 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan buttermilk
1 cawan buah strawberry segar
1 camca besar gula kastor, untuk hiasan
Sedikit gula aising

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Strawberry dilap dengan tissue yang telah dibasahkan, kemudian dipotong kasar. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla dan putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan buttermilk, hingga habis, kacau hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin dan ratakan. Letak strawberry yang dipotong kiub tadi atasnya, kemudian taburkan gula kastor rata2 atasnya. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Ayak gula aising sebelum dihidangkan..

NASI ULAM YANG MENYEGARKAN.

rsz_nasi_ulam
Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ni cm masak yang betul2 ringkas tapi berkhasiat. Kalau tempoh hari cm buat nasi kerabu, kali ni buat nasi ulam pulak. Tak sama ke nasi kerabu dengan nasi ulam?..Nampak macam sama tapi banyak kelainannya, cuma bahan2 ulam tu kurang lebih sama. Cuma nasi ulam tak semeriah nasi kerabu. Cm guna apa sahaja ulam yang ada, dan nasi ulam dimakan bersama telur rebus, tapi cm makan dengan telur pindang, yang cm dapat dalam berkat majlis perkahwinan anak sepupu cm tempoh hari. Nasi ulam ini bagus juga untuk membuang angin dalam badan kerana mengandungi hirisan halus halia dan lada hitam. Bagi mereka yang kurang sehat, cm sarankan cuba makan nasi ulam untuk menghangatkan badan anda...Resipi amat2 mudah, dan yang cm buat ini hidangan untuk 2 - 3 orang.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram nasi yang dikareh dan sejukkan
2 ekor ikan kembong, bakar dan ambik isinya, tumbuk halus
1 inci ikan kurau masin, rendam 20 minit, goreng dan tumbuk hingga gebu
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 camca besar kerisik
1 camca besar bawang goreng, diramas
3 biji telur rebus, belah 4 setiap 1
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM DI HIRIS HALUS :-)
6 helai pucuk mengkudu
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 genggam daun kesom
1 genggam pegaga
1 genggam daun selom
1 genggam ulam raja
2 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai, ambil bahagian putihnya
5 biji bawang merah
1 inci halia


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 ulam yang dihiris halus, tambah isi ikan kembong dan isi ikan kurau masin yang telah ditumbuk halus. Masukkan bawang goreng dan lada hitam Gaul rata.
  2. Masukkan nasi, kerisik dan sedikit garam. Gaul hingga semua rata dan mesra. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Gaul rata dan hidangkan bersama telur rebus. Selamat menjamu selera!!...

Wednesday, February 20, 2013

PUCUK PAKU MERAH GORENG BELACAN

rsz_pucuk_paku_merah_belacan
Salam semua, entri seterusnya dan akhir, cm letak menu sayur yang bukan cm beli juga bukan jiran kasi, tapi cm petik sendiri tepi jalan. Erkk, tak segan ke?.. Nak segan apa, bukan mencuri. Lagi pun kalau beli harga boleh tahan juga. Pucuk paku merah yang banyak tumbuh meliar ditepi2 jalan atau kebun terutama kawasan yang bertanah gambut. Kalau belah2 sini, selalunya jalan menuju ke Pontian ada banyak. Musim2 hujan macam ni pucuk paku galak mengeluarkan daun baru yang lembut. Cuma satu nak pesan, kalau petik, sila berhati2 terutama pastikan kawasan tu tidak di racun. Pucuk paku merah selaim digoreng, sedap juga dimasak lemak dengan labu macam cm pernah buat di sini. Masaknya sama seperti kangkung goreng belacan. Cuma cm terlupa nak tabur ikan bilis goreng atasnya bila siap masak, kalau takde pucuk paku merah, anda boleh guna pucuk paku biasa.. Resipi, serius memang ciken sangat...seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam hingga lembut, toskan*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili hijau*
1 biji cili merah*
1 inci belacan*(*ditumbuk hancur)
Garam secukup rasa
Sedikit air jika suka berkuah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk kasar hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang sedikit air, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan pucuk paku dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa, jika anda suka berkuah, boleh tambah sedikit air. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain (kalau suka anda boleh tabur ikan bilis goreng atasnya sebelum dihidangkan).

LEMAK NANGKA LADA HITAM

rsz_lemak_nangka_lada_hitam
Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni cm masak awal, dan pagi2 lagi atas permintaan cm masak nangka muda masak lemak putih campur lada hitam. Kata orang nangka sayur/buah yang berangin, jadi kena campur lada hitam untuk mengimbangkannya. Semalam masa belanja cm beli nangka muda yang telah siap disiang. Perancangan asal nak masak kari sama ayam, sekali tengok ayam sudah dijadikan sup, nak masak sama daging nanti ada yang tak boleh makan. Jadi kata putus dari perbincangan meja bulat, masak lemak putih. Dan hasilnya seperti anda lihat. Masakan mudah dan tak banyak karenah. Cm guna udang kering sebagai rencahnya. Kalau anda nak guna ikan bilis juga boleh. Satu lagi, kalau suka nak nampak kuah dia kuning, boleh tambah sedikit serbuk kunyit. Bila masak resipi macam ni, jangan lupa sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng..Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram nangka muda yang telah dibersihkan dan potong kiub
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 genggam udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis (optional)
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur sekejap nangka muda, tos dan masukkan ke dalam periuk bersama hirisan bawang besar, bawang putih, udang kering, serai dan santan cair. Kacau rata dan jika perlu tambah sedikit air lagi. Masak hingga mendidih.
  2. Bila nangka lembut, masukkan pati santan, kiub ikan bilis (jika guna), lada hitam dan daun kunyit. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng...

Tuesday, February 19, 2013

SUP LABU MANIS UNTUK TEKAK MERAGAM..

rsz_sup_labu

Sup labu manis, hmmm...ntah kenapa tekak cm petang2 tadi nak makan sup labu manis, ala2 sup cendawan tu, tapi yang ni guna labu. Cm buat tak banyak, kurang lebih 1 cawan labu manis yang didadu (dah memang tinggal banyak tu saja). Boleh lah makan untuk 2 orang, kalau sedap, nko hadap sorang pun takpe, tak sapa marah. Sebenarnya resipi macam ini tak semua orang suka. Terutama sup yang nampak berkrim dan 'sesuatu'. Senang cerita sup labu ni macam labu masak lemak yang anda masak hingga labu tu lembik dan hancur. Cuma beza sup labu yang ni dimasak hingga lembut dan dikisar halus, kemudian ditambah cooking cream atau boleh guna susu rendah lemak atau susu sejat. Kalau tanya cm, rasa dia ok ke?..Tak pengsan lepas makan nanti?. Insha Allah, rasa dia sedap...TAPI, macam cm kata tadi, tak semua orang suka, maka yang ok akan kata sedap dan yang tak ok akan kata sebaliknya...jadi kena faham2 lahh....

rsz_sup_labu1

Dan cm sertakan sekali dengan garlic bread yang mudah dibuat. Roti tu beli je kat Tesco, guna roti perancis atau kalau takde, guna roti biasa saja, sapu dengan sedikit mentega atau marjerin yang digaul dengan bawang putih yang dicincang halus. Dan bawang putih boleh juga anda parut kalau tak nak cincang. Panggang dalam kuali saja, mudah dah cepat, yang penting anda guna api paling kecil. Ok rasa cm tak susah mana nak buat sup labu manis, oleh yang demikian moh kita semak resipi...bersedia?...Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHAN SUP LABU MANIS :-)
1 cawan labu manis yang didadu kecil
500 ml stok ayam
100 ml cooking cream (boleh guna susu rendah lemak atau susu sejat)
1 biji bawang holland, saiz sederhana, didadu
1 ulas bawang putih, hiris
Lada hitam yang baru dikisar, secukupnya
5 tangkai daun kucai, hiris halus
Secubit serbuk kayu manis
1 camca besar mentega
Garam jika perlu

BAHAN ROTI BAWANG PUTIH :-)
1 batang roti perancis
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar mentega atau marjerin

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK SUP LABU MANIS :- Panaskan mentega dalam non-stick pan. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu. Masukkan labu manis dan goreng sekejap. Tuang stok ayam, kacau dan masak hingga labu lembut. Matikan api. Biar suam kemudian kisar hingga halus.
  2. Tuang ke dalam periuk, dan masak hingga pekat sedikit, guna api kecil. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kayu manis dan hirisan kucai (tinggalkan sedikit untuk hiasan). Kacau rata dan tambah cooking cream dan kacau rata. Perasakan dengan garam jika perlu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Cedok sup labu manis ke dalam mangkuk sesuai, tabur hirisan kucai dan hidangkan bersama roti bawang putih. Sedap dimakan panas atau suam....
  4. UNTUK ROTI BAWANG PUTIH :- Bancuh mentega dan bawang putih cincang, kacau rata. Hiris serong sederhana tebal roti perancis, sapu dengan mentega + bawang putih tadi, kemudian panggang dalam kuali non-stick hingga perang. Guna api kecil. Boleh hidangkan bersama sup labu manis..

KETUPAT GORENG MAKANAN LAUT...

rsz_ketupat_goreng_seafood
Assalammualaikum, tak berapa sihat ni hari, selsema sikit tapi nasib baik tak demam. Cuaca pulak, mendung dan hujan sekejap2. Hmmm, lemau sungguh. Nak masak pun rasa tak kuasa. Semalam cm ada rebus ketupat Nona dan masih berbaki hari ni. Lepas masak tumis air sayur petola manis untuk Bak, cm goreng ketupat tadi dalam 5 biji bersama makanan laut yang cm boleh makan, kalau anda nak tambah sotong dipersilakan. Kebetulan ada sambal tumis, dan itu amat2 menolong, nak2 dalam keadaan tak berapa nak rajin. Bagi anda yang rasa nak masak cepat, cm sarankan buat rencah, sebegai contoh sambal untuk goreng mi dan sebagainya, awal2. Buat lebih dn simpan dalam botol. Kalau nak tahan lebih lama, simpan dalam freezer, dan kalau nak mudah lagi, kasi bungkus kecik2, anggaran satu bungkus untuk masak 1 kg mi macam tu. Jadi lebih mudah, terutama kalau ada tetamu datang secara tergempar..Ok, kita lihat resipi pulak...memang mudah dan cepat dan sedap...ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji ketupat segera saiz kecil, belah 4 setiap 1
10 ekor udang saiz sederhana, dibuang kulit dan cuci bersih
3 batang jejari ketam, kerat kecil
1 genggam, isi kupang segar, dibersihkan
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 cekak kucai, kerat pendek
1 cekut taugeh yang telah dibersihkan
3 camca besar sambal tumis
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
Beberapa titik minyak bijan
1 camca besar kicap pekat
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis, sos cili dan sos tiram, kacau rata. Masukkan udang. isi kupang dan jejari ketam, gaul dan masak hingga udang berubah warna, guna api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan ketupat dan gaul rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan masak sekejap, kemudian gaul rata, Masukkan kicap pekat, minyak bijan, taugeh dan daun kucai. Kacau hingga semua mesra dan rasa, jika ok boleh matikan api. 
  3. Tabur hirisan daun sup, hirisan cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Jika kurang masin anda boleh tuang sedikit kicap cair masa anda makan. Sedap dimakan panas...

Monday, February 18, 2013

ASAM PEDAS IKAN SELAR KUNING DENGAN NENAS..

rsz_asam_pedas_ikan_cekik_leher
Asam pedas jee lah yang ku mampu sebagai entri malam ini. Bosan juga kalau entri asyik asam pedas, selang 1-2 hari, asam pedas lagi, esok lusa asam pedas lagi, tak pun kasi pusing dia punya nama, jadi asam tumis atau masak asam..Gitu lah entri blog DTS ini, hanya yang biasa saja. Tapi asam pedas ikan selar kuning sama nenas ni banyak kenangan, teringat masa cm kecil dulu2...ehh tak kecik sangat lah sebab dah boleh makan sendiri. Asam pedas ikan selar kuning dengan nenas menjadi feberet ku, terutama kuah dia, sampai satu ketika, cm nanges2 sebab kuah asam pedas habis, jadi bonda tuang air dalam asam pedas, cm punya suka lah bila nampak kuah banyak, tapi bila makan, terus komen kata tak sedap..tawar hebey...rupanya ku ditipu. Lepas dari itu, kalau masak asam pedas macam ni, kuah dia memang banyak, boleh itik berenang kata orang2 tua. Dan satu lagi rasa cm lah, asam pedas tu jadi sedap selain bonda yang masak, ia juga dimasak guna dapur kayu...yepp dapur kayu okeyy.....nostalgia sungguh...Tapi yang ni cm masak guna dapur gas laaahh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 - 12 ekor ikan selar kuning @ ikan cekik leher
1/2 biji nenas madu, dihiris kasar
1 genggam daun kesom
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 1/2 cawan). Kacau dan bila mendidih, masukkan nenas dan kiub ikan bilis. Masak sekejap. Tambah ikan dan daun kesom, kacau perlahan, jika kurang kuah, tambah sedikit lagi air.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

BUTTERMILK PANCAKE YANG LEMBUT SANGAT..

rsz_buttermilk_pancake

Salam semua, selamat petang yang mendung, berangin dan sekali sekala hujan. Penat sebenarnya, plan asal malas nak buat apa2, jadi kemas2 peti sejuk yang dah penuh macam stor barang2 purba kala. Sekali ternampak sekotak Buttermilk yang cm beli kat Tesco tempoh hari, nyaris2 lupa, hmmmm fikir juga nak buat apa eks, dan paling senang buat pancake. Selak2 buku nota yang cm salin resipi, dan terjumpa resipi buttermilk pancake. Boleh lah mencuba, lagi pun bukan susah mana, sukat2 bahan2, bancuh lebih kurang dan buat lah pancake atau lempeng omputeh. Sedap dimakan bersama madu...errrr..madu?..hehe, dan maple syrup, coklat sos dan kalau anda berani, apa kata makan sama kuah kari, sambal tumis atau cicah dalca..kita fusionkan. Lagi pun pancake yang ini rasa dia tak manis. Satu lagi, mesti ada yang tanya...Buttermilk tu menda pulak?....Buttermilk ialah....

rsz_buttermilk_pancake1

...susu yang didadihkan dengan bakteria lactic acid. Senang cerita seakan2 yogurt. Dan nama saja buttermilk tapi tidak mengandungi butter atau mentega dalamnya. Kalau susah nak dapat, anda boleh buat sendiri dengan mencampurkan susu segar atau susu rendah lemak dengan cuka makan, nisbahnya kurang lebih 1 cawan susu segar + 1 camca besar (15ml) cuka makan dan biar hingga mendadih. Untuk pancake ini cm telah buat 1/3 dari resipi asal. Dan anda akan dapat 9 - 10 keping pancake bersaiz sederhana, lagi pun pancake memang saiz dia comel2, bukan besar gebadak. Resipi amat2 mudah dan cm percaya anda pasti boleh membuatnya. Jomm kita lihat resipinya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh sodium bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
1 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam halus
1 cawan 'buttermilk' (atau 1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan, biar hingga mendadih)
4 camca besar susu segar
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan bahan yang diayak, gula halus dan garam halus. Kacau rata dan ketepikan. Dalam bekas lain satukan pula buttermilk, susu segar, telur, mentega cair dan esen vanilla. Kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan saiz besar, lenser dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan buttermilk tadi ke dalam bancuhan tepung, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Cedok 1/4 cawan bancuhan  tadi dan tuang dalam non-stick pan, ratakan sedikit atau biar bancuhan merata sendiri.
  3. Tutup permukaan pan dengan tutup periuk sekejap (kalau dapat pan yang siap dengan penutup lagi bagus), guna api paling kecil. Bila pancake nampak pucat, terbalikkan dan masak hingga keperangan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki bancuhan. Hidangkan dengan buah2an segar. mentega dan madu, jika suka.

SPAGHETTI DENGAN SUP AYAM BERSERAI..

rsz_sup_ayam_dgn_spaghetti
Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni mat masak yang amat2 mudah dan ringkas. Atas permintaan bondan, cm masak sup ayam dan rebus ketupat segera Nona saja. Tapi cm tak makan dengan itu ketupat, ku tukar dengan spaghetti. Seperti anda sedia maklum, sup ayam satu masakan yang versatile, boleh digandingkan dengan pelbagai jenis mi dan pasta, selain dengan ketupat dan roti. Sup ayam kali ini mar masak agak berbeza sedikit tapi pada asasnya sama, guna sup bunjut. Dan spaghetti ku ganti dengan pasta jenis Linguine, yang rupa macam spaghetti tapi sedikit leper. Terpulang pada anda nak makan guna apa jenis pasta sekali pun, makaroni juga bess, sebab dia berlobang, dan kuah2 sup akan termasuk dalam tu masa makan. Jangan lupa sambal kicap, yang ni penting, kalau takde...kurang 'kick' lah sup ayam anda...Nak mencuba?..Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, potong kecil, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang saiz sederhana, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
2 batang serai, dititik
1 kiub ayam
1 sup bunjut (Adabi)
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
2 camca besar minyak bawang goreng (minyak panas)
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang merah
2 inci halia
3 biji buah keras, hiris
3/4 inci kunyit hidup
1 camca besar lada hitam biji

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Spaghetti, direbus lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak 
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Sambal kicap secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, sup bunjut, serai titik, bahan bertanda (*). Gaul rata dan tuang air secukupnya hingga ayam tenggelam. Masak hingga mendidih. Masukkan keratan daun sup, 1 camca besar bawang goreng dan kiub ayam. Kacau rata.
  2. Bila ayam 1/2 empuk, masukkan kentang (toskan), dan masak hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa. Sementara itu  panaskan minyak bawang goreng (minyak yang anda guna untuk menggoreng bawang) dan curah ke dalam sup, kacau rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api..
  3. UNTUK SPAGHETTI SUP AYAM BERSERAI :- Masukkan spaghetti secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Cedok sup ayam bersama isi dan kuahnya. Tabur taugeh, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hidangkan bersama sambal kicap. Hidangkan panas..

Sunday, February 17, 2013

MI SIPUT GORENG KICAP.

rsz_mi_siput_goreng_kicap
Salam semua, ni lah orang kata, kita hanya mampu merancang, Allah swt jua yang menentukan samada ia menjadi kenyataan atau sebaliknya. Asal2 cm plan nak buat spaghetti olio, tapi tah kenapa di saat2 akhir ia bertukar jadi lain. Spaghetti hilang timbul mi siput goreng kicap yang tak berapa nak hitam sangat. Kira versi kawen campur, ala2 keperangan. Baki yang cm goreng garing tu hari masih ada 4 keping, jadi boleh lah kasi goreng ala2 mi goreang. Kena kasi celur dulu sampai lembut, tapi jangan sampai kembang sangat, kasi lembut dan berpisah antara satu sama lain sudah memadai, kemudian tos. Rasa cm lah kan, mi siput ni lagi sedap dari mi kuning segar. Seakan2 bau mi maggi pun ada gak. Selain goreng garing, goreng macam mi, boleh juga dijadikan sebagai mi sup. Ikut style mana yang anda suka...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping mi siput
1 cekak kucai, kerat pendek
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
1 genggam isi udang, cuci
2 camca besar sambal tumis
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap manis
1 biji telur, dipukul sedikit
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sos ikan jika perlu
Hirisan timun sebagai hiasan
Telur mata lembu, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mi siput hingga lembut. Toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis, sos tiram dan kacau rata. Tambah udang dan masak hingga udang berubah warna.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras sedikit. Kacau hancur dan gaul dengan bahan2 lain. Masukkan kicap manis dan kicap pekat. Tambah mi siput dan gaul rata. Masuk kucai dan taugeh. Gaul.
  3. Masak sekejap dan rasa, jika perlu baru renjiskan sos ikan secukup rasa. Boleh matikan api, hidangkan dengan hirisan timun dan telur mata lembu....

LEMAK PUTIH PUCUK UBI...

rsz_lemak_putih_pucuk_ubi
Assalammualaikum, salam hujung minggu semua. Entri pertama hari ini, satu masakan kampung yang biasa anda dengar, nampak dan rasa..cm masak lemak putih pucuk ubi, yang ni Bak suka. Ada ikan masin dan sambal belacan atau sambal tumis, dah ok sangat. Pucuk ubi tu cm petik di kebun, kat kawasan rumah punya dah habis kena tebang, sebab nak kasi pucuk baru keluar. Yang ni cm guna pucuk ubi hijau, kalau anda nak guna pucuk ubi pulut (yang daunnya halus2) pun ok, lagi sedapp. Masak lemak putih macam ini amat mudah dan cm guna ikan bilis sebagai bahan rencah. Selalunya guna udang kering, tapi ni hari nak kasi tukar selera sikit. Satu lagi kalau masak lemak yang ada ikan masin, kerang atau kupang, rencahnya ada beza sikit dan perlu dikisar halus. Kalau masak lemak putih, hanya perlu dihiris saja, tak perlu banyak kerja dan tidak cerewet....mana2 yang tak pasti cara nak memasak, boleh lihat resipi berikutnya, walaupun ini masakan kampung yang amat mudah, tapi cm pasti ada yang kurang yakin nak memasaknya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
2 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 genggam ikan bilis, direndam sekejap, toskan dan tumbuk kasar
1 biji cili merah, hiris
1200 ml santan
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asiangkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci, toskan dan celur hingga layu, toskan, kemudian perah dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Gaul rata.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih dan pucuk ubi lembut. Jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Masukkan pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih. Tambah hirisan cili merah dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masih atau ikan goreng..

Saturday, February 16, 2013

TIFFINBIRU DAN BEN ASHAARI 3 TAHUN LEPAS...



Assalammualaikum, salam semua. Sebenarnya cm tatau apa nak tulis untuk entri blog malam ini, sebab tak masak sangat dan cm mula merayau ke entri2 yang lepas. Terjumpa satu entri yang boleh dianggap bersejarah bagi cm dan blog DTS. Dan kisahnya bermula..... Pada 16 hb Februari 2010, secara tak sengaja cm google dan terjumpa blog Ben Ashaari. Entah kenapa boleh tersinggah dan membaca tulisan beliau. Sebab entri yang cm baca tu macam bess, maka cm tinggalkan satu komen di entri tersebut. Lepas tu cm belah je lah. Lagi pun siapa BA tu?, kenal pun tak, nak kata blogger masak2....jauh sekali...Tetapi...

Sudah ditakdirkan Allah swt, blog DTS dan BA akhirnya berkerjasama hingga ke hari ini. Lepas cm kenal BA, minda cm mula terbuka sikit terutama pasal blog2 ni semua. Maklumlah blogger masak2 ni bukan apa sangat, sekadar letak gambar, tulis resipi dan tinggalkan macam tu saja. Tak kesah pasal traffic dan sebagainya. Masa zaman cm dulu (2007) blog pun tak macam sekarang, macam2 benda dah ada. Bermula dari dunia blog hinggalah BA datang mencemar duli ke pondok cm dan bertemu di alam nyata.. Eh! dah macam cerita purba kala pulak...hehe, masa tu cm kenal Ben dan isteri beliau, Azila...

Jika anda ikuti perkembangan blog Ben Ashaari, dia blogger yang punya pelbagai idea dan salah satunya pertukaraan feed URL, macam anda nampak seperti di atas, itu semua idea beliau. Kebetulan tarikh cm tulis entri ini sama dengan tarikh pertama kali cm komen di entri beliau. Anda boleh baca di sini. Dari takde apa2, elok jugalah cm jadikannya entri sebagai tanda kerjasama kami dan juga kenangan kalau cm tiada nanti. Moga anda semua lebih faham dan tidak timbul syak wasangka, seperti soalan2 'aneh' yang pernah cm terima dulu. Sesungguhnya persahabatan kerana Allah swt itu lebih mulia dan terasa nikmatnya...Terima kasih juga pada semua yang banyak menyokong blog DTS hingga boleh bertahan sehingga hari ini......Syukur Alhamdulillah..