BEN ASHAARI

Thursday, January 31, 2013

LEMPENG GULUNG TELUR DADAR..

rsz_lempeng_gulung_telur

Malam semua, nampak gambar yang ala2 misteri tu?..Tataulah kenapa hari ni banyak sangat benda yang menghalang cm untuk ambik gambar, dah hampir senja baru dapat ambik gambar, hmm tak berapa nak puas hati sangat. Nak tulis entri juga sama, ada saja yang perlu dibereskan, geramm..huhu, sabar je lah. Mood dah mula nak hangin tadi, tapi fikir2 balik hangin pun apa guna, buat tambah stress dan naik darah saja. Sebab cm ada masak kari, jadi petang tadi cm buat lempeng. Lempang biasa saja, lempeng pekak. Tapi untuk tidak nampak pekak sangat, cm dadar telur, buat nipis2 dan gulung dengan itu lempeng. Lepas tu kasi potong dan cucuk dengan lidi tajam....

rsz_lempeng_gulung_telur1

Tapi cm buat tak banyak, dalam 3 keping lempeng saja yang bergulung dengan telur. Adunan yang cm akan tulis nanti akan dapat kurang lebih 10 - 12 keping, bergantung pada saiz pan yang anda guna, macam cm guna non-stick pan saiz 11 inci kurang lebih. Kalau nak buat sikit, pandai2 lah oter, buat setengah adunan. Telur pulak cm guna 2 biji saiz besar dan buat 3 keping telur dadar nipis. Campur sedikit susu segar dalam telur tadi. Kita lihat resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 camca teh baking powder
Garam secukup rasa
3 cawan air (kurang lebih)
2 biji telur gred A*
1 camca besar susu segar*
Sedikit serbuk lada hitam*
Sedikit garam*

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, baking powder dan kacau rata, tambah telur dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk. Tambah sedikit garam, kacau lagi hingga rata. Kemudian tapis adunan tadi. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan non-stick pan, sapu sedikit minyak makan, tuang sesenduk bancuhan lempeng, lenggangkan pan sehingga adunan menjadi lempeng yang nipis, masak hingga permukaan lempeng pucat, sapu sedikit minyak kemudian terbalikkan. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan2 bertanda (*), kacau rata. Buat 3 keping telur dadar yang nipis, guna api kecil. Lapiskan telur dadar tadi atas sekeping lemping, gulung kemas. Potong dan cucuk dengan lidi tajam. Hidangkan bersama kuah kari atau sos kegemaran anda...

KARI AYAM KLASIK DENGAN TELUR

rsz_kari_ayam_klasik
Assalammualaikum, salam Khamis. Baru siap kemas2 dapur, pagi tadi kan cm pi belanja barang dapur di Tesco dan MyDin. Bila berbelanja ni pekara paling tak berapa nak rajin ialah masa nak kemas barang yang dibeli, nak susun dalam pantry, peti sejuk dan sebagainya...malasssss gilerrrr!...mengaku ni, sapa kata cm rajin sentiasa, ada masa tahap tak berapa rajin tebal gak. Hari ni pagi cm dah masak kari ayam. Tapi nak kelainan, campur dengan 5 biji telur rebus. Rempah kari pulak cm campur dengan rempah kurma. Resipi biasa2 saja, dan penggunaan santan kurang lebih dalam 1 cawan saja. Ayam dalam 1/2 ekor, cm guna ayam kampung. Kalau ada kari macam ni, selain makan dengan nasi, boleh juga dicicah dengan lempeng, roti atau pun pulut kuning....hmmm, sedap kan...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, kerat ikut suka (mat guna ayam kampung yang muda), cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
1 batang lobak merah, dipotong berbaji, rendam
5 biji telur rebus, dikupas kulitnya
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah Baba's, atau rempah pilihan anda)
1 camca besar penuh rempah kurma (jenama Baba's )
2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
300 ml pati santan
1 camca besar minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1 batang serai, hiris
1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan rempah kurma, kacau rata hingga sebati, jika perlu tambah sedikit air. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi. Biar minyak sapi cari. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah rempah + bahan kisar tadi. Masak dengan api kecil hingga rempah garing dan naik minyak, kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayan kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan masak hingga ayam 1/2 empuk. Tambah kentang dan lobak merah (toskan). Masak hingga kentang hampir empuk. Tambah asam gelugor, telur rebus dan pati santan. Kacau.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan hingga kentang dan lobak merah empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain..

Wednesday, January 30, 2013

LAKSA ASAM PEDAS.....PERNAH CUBA?..

rsz_laksa_asam_pedas

Assalammualaikum, hari ni cm tak masak apa2 sangat. Tapi masak juga. Jadi cm letak satu je entri, kira ini entri tunggal. Apa yang anda nampak ni bukanlah satu yang susah nak buat. Tapi bukan menu re-cycle yea, cuma menjadikan satu2 masakan itu dwi-fungsi. Bukan apa, mungkin nanti ada yang kata, alahhh re-cycle pun nak buat entri. Pada mat tak kesah lah apa sekali pun, janji bukan songlap idea orang lain. Waimah kalau idea makan cekodok cicah air sirap sekali pun, itu idea anda dan hak anda. Tak salah, sebab anda yang makan, bukan paksa sapa2 makan. Kalau buat entri pun sekadar menunjukkan satu benda yang lain dari yang lain walaupun ada yang rasa ia tak masuk akal. Bonda cm sendiri kalau makan roti canai, cicah sama air kopi. Anda pernah?...

rsz_laksa_asam_pedas1

Macam laksa asam pedas ini, cm kehabisan mi laksa, jadi cm guna mi telur sebagai ganti. Nak guna spaghetti, habis pulak. Satu lagi asam pedas tu cm masak tengah hari tadi, asam pedas ikan kembong. Kalau asam pedas ikan lain, cm rasa tak berapa nak ok sebagai kuah laksa. Amat2 mudah membuatnya, letak ulam2man yang biasa untuk laksa seperti hirisan timun, taugeh, bawang besar, daun kesom, bunga kantan (yang tak letak sebab dah campur dalam asam pedas) dan cm tambah hirisan daun selom. Perah jus limau kasturi dan boleh santap. Kalau anda nak letak telur rebus pun boleh. Isi ikan kembong cm carik2 kasar dan tabur atasnya. Nikmati laksa asam pedas ini selagi hangat...Cm letak resipi asam pedas ikan kembong tu yea.. Berani mencuba?.

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong saiz besar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom
3/4 camca besar pes asam jawa
1 biji tomato, belah 6
2 senduk nasi cili kisar
1 kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
1 camca teh lada hitam biji

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya
Hirisan timun
Hirisan bawang besar
Hirisan daun kesom
Hirisan daun selom
Taugeh secukupnya
Limau kasturi, belah 2
Isi ikan kembong, dicarik (ikan dari asam pedas)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK ASAM PEDAS :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan bunga kantan, daun kesom dan kiub ikan bilis, tambah ikan. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masuk tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUL LAKSA ASAM PEDAS :- Letak mi laksa dalam pinggan sesuai, tuang kuah asam pedas. Kemudian letak hirisan timun, bawang, daun kesom, taugeh, daun selom, isi ikan kembong dan akhir sekali belahan limau kasturi. Hidangkan panas...

Tuesday, January 29, 2013

ROTI BAKAR 'MAMA ZIEZA'...MENGIURKAN..HMMM..

rsz_roti_mamazieza
Malam semua, haha, ada yang ingat entri cm ala2 luc** eks, sabar, bukan niat macam tu, tapi anda sediri tengok itu gambar, betul tak ia mengiurkan?...Kata dah, nak2 bila malam macam ni. Terima kasih cm pada MamaZieza kerana sudi singgah Ahad lepas setelah selesai kelas roti di Johor Baharu yang beliau sebagai 'ibu guru', MamaZieza (MZ), singgah rumah cm sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka. Bess lah bergosip dengan mz, nak2 pasal baking2 ni semua. Mz datang bawakkan roti, bes2 semuanya. Bonda siap puji kata roti mama buat sedap...rasa jelessss, rasa nak merajuk pun ada....haha, takde makna nak jeless, kalau dah betul sedap, kita kata lah sedap. Kalau anda teringin menghasilkan roti seperti ini, apa kata sertai kelas Roti MamaZieza, anda boleh inbox MZ di FB beliau di sini...jangan segan, amat2 berbaloi, tak percaya boleh baca dan lihat gambar di entri Kak Yatie Memories di sini....

rsz_roti_mamazieza1
Ada beberapa bentuk roti yang mz bagi kat cm, tapi tak sempat nak ambik gambar, sebab dah kena makan. Cuma mat sempat asingkan sandwich loaf. Kata mz, roti yang ni sedap dibakar dan pecahkan telur 1/2 masak, ala2 kopitiam. Ishh teruja juga mendengarnya, jadi cm pun buat...Roti tu hiris tebal sikit, gunakan pisau mata bergergaji kalau ada, kemudian panggang dalam kuali, cm guna kuali ajaib, guna pada bahagian yang ada jalur2 tu. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi, serba ringkas mat buat seperti berikut, tapi sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS di sini...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti hirisan roti paun (boleh guna roti sandwich)
2 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam berperisan "aji-shio"

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bakar roti tadi hingga perang keemasan pada kedua2 bahagian. Telur direbus 1/2 masak dalam air mendidih sederhana selama 5 - 6 minit. Kemudian toskan. 
  2. Letak roti dalam piring sesuai, pecahkan telur rebus 1/2 masak perlahan2 atas roti. Guna sudu untuk menanggalkan lebihan telur dari kulitnya. Tabur lada hitam atasnya dan hidangkan bersama kopi panas......Tak payah cakap banyak yea...makan diam2 sudah..

TELUR SARDINE?.....TAK PERCAYA KE?...

rsz_telur_sardine
Petang semua, tatau nak letak entri apa, jadi cm hidangkan telur sardine jelah sebagai entri. Errr bukan telur dari ikan sardine, tapi telur dadar yang dicampur ikan sardine dalamnya. Aneh ke?..Jangan rasa aneh sangat, kalau tak cuba tak tau yea tak. Cm mula2 rasa aneh juga, tapi lepas makan, daku masih normal, tidak hilang ingatan, bertindak ganas atau diluar kawalan...jadi tak aneh lah kan. Nampak tembam2 kan telur tu, apa rahsianya? Psttt..meh sini cm bagi tau, nak telur jadi tembam, anda campurkan sedikit baking powder dalamnya. Lepas tu masak dengan api kecil dan tutup permukaan kuali atau pan. Yang ni cm guna non-stick pan kecil saiz 4 inci, dapat dalam 4 keping. Tu jelah rahsianya takde apa sangat. Ok, bersedia?..Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
1 tin kecil sardine cap ayam (atau sebarang jenama) ambik isinya dan hancurkan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
Sedikit daun bawang
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam
Secubit garam
1/2 camca teh baking powder

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan sardine, bawang besar, bawang putih, halia, hirisan cili hijau/merah, mayonnaise serbuk lada hitam, baking powder dan secubit garam. Kacau semua tadi hingga rata.
  2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam no.1 kacau rata2. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak. Tuang 1 senduk bancuhan tadi dan masak dengan api kecil. Tutup pan dengan tudung periuk. Masak hingga permukaan telur kering. Terbalikkan dan masak lagi hingga perang.
  3. Buat kaedah sama dengan baki bancuhan. Kalau anda guna pan atau kuali besar, mungkin dapat sekeping atau dua. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

ASAM KARI ORANG 'NYONYA'..

rsz_kari_asam_nyonya
Masak asam kari pulak. Ini antara masakan yang agak unik, macam asam pedas tapi rasa ada macam kari, sebab guna rempah kari. Selalunya cm guna ikan pari kalau nak masak macam ni. Ada kemungkinan bukan semua orang akan menggemarinya. Takpe, berkongsi apa yang kita masak, kita suka tak semestinya memaksa untuk orang lain suka. Sekadar memperlihatkan pada umun yang satu2 masakan yang mereka tak terfikir itu wujud dan menjadi identiti satu2 kaum. Cm guna kurang lebih 600 gram ikan pari. Satu yang perlu anda ambil perhatian, ikan pari ada juga yang kadang kala keras, jadi kebiasaannya cm akan beli ikan pari daun. Kalau anda nak guna ikan pari saiz kecil atau dipanggil ikan pari tuka juga boleh. Perlu diingatkan ikan pari ada masa akan berbau amonia (atau istilah biasa, berbau hancing), dan cm akan bau dulu ikan pari untuk memastikan tiada bau yang boleh memengsankan terutama setelah masakan anda siap...Selain ikan pari, boleh guna ikan tenggiri, kembong dan apa saja jenis ikan berdaging pilihan anda...

LEMAK MANIS KUIH KASTURI,
DUDUK MAKAN SAMA CIK NANI,
IKAN PARI MASAK ASAM KARI,
JADI HIDANGAN TENGAH HARI INI.

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari, cuci bersih dan toskan
1 biji terung kari, kupas, potong 6 dan rendam
1 biji tomato, belah 4
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 camca besar pes asam jawa
1 1/2 camca besar rempah kari ikan
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Sedikit hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan jika perlu tuang sedikit air. Masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air. Kacau dan biar mendidih. Masuk ikan pari, bunga kantan dan daun kesom, kalau kurang kuah boleh tambah sedikit air lagi.
  3. Tambah terung, kiub ikan bilis (jika guna), garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan biar mendidih pada api sederhana hingga terung lembut dan ikan masak. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman..

Monday, January 28, 2013

NASI PAELLA SEPANYOL

rsz_nasi_paela
Salam semua, asyik tertangguh je entri nasi paella yang cm buah tempoh hari. Benda senang, bila cm buat tu hari, bonda siap tanya, eh, ni nasi goreng ke ni?...Hahaha, tak yea jugakkan, nampak macam nasi goreng yang dihumban dengan segala jenis hidupan laut. Tapi sotong je takde, sebab takut gatal. Cari2 juga kat internet macam mana nak masak nasi paella ni, tapi nampak seakan2 sama je. Dalam buku resipi Chef Wan pun ada juga resipi. Jadi sebab teruja sangat cm, masak jelah ikut apa2 bahan yang ada tapi tidaklah selengkap macam resipi asal. Cm guna beras basmathi dan masak dalam rice cooker. Kalau tengok yang selalu mat saleh masak, mereka keringkan nasi terus dalam periuk atau kuali leper. Ok resipi seperti berikut. Lebih kurang halal lah yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
10 keping kekapis atau scallop
1 1/2 cawan isi kupang segar, dibersihkan
10 ekor udang, dibersihkan
1 keping dada ayam, dipotong kiub
1 helai bay leaf
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji tomato masak ranum, dikisar halus
3 cawan stok ayam (air rebusan tulang ayam) 
1 camca besar tomato sos
1/2 camca teh herba thyme kering
1 cawan mix vege
1/2 camca besar paprika (atau boleh guna serbuk cili)
Sedikit koma2 atau beberapa titik pewarna kuning makanan
Sedikit lada hitam yang baru dikisar
Garam secukup rasa
Hirisan daun parsley untuk hiasan (mat ganti dengan daun ketumbar)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum. Masukkan tomato sos dan buah tomato yang dikisar, masak sekejap. Tambah herba thyme, paprika dan ayam, masak hingga ayam berubah warna. Kacau rata.
  2. Masukkan udang, kekapis dan kupang. Gaul rata, tambah beras dan kacau, goreng beras sekejap dengan semua bahan2 tadi. Matikan api dan masukkan ke dalam rice cooker. Tambah mix vege, gaul dan tuang stok ayam. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak seperti biasa.
  3. Bila nasi masak, buah beberapa lubang dan masukkan sedikit pewarna kuning. Tutup periuk dan biar nasi betul2 tanak. Gemburkan dengan chosstik. Cedok nasi, tabur dengan sedikit lada hitam kisar dan hias dengan daun ketumbar atau daun parsley. Hidangkan panas..

SAMBAL TUMIS SOTONG TIN...

rsz_sambal_sotong_tin
Petang semua, berjumpa lagi, nak share resipi sambal tumis pulak...Elehh sambal tumis jee kee..Ha ah, tu je, yang ni pun masak semalam, kira seangkatan dengan masak lemak rebung. Anda pernah makan sotong dalam tin, yang macam sardine tu tapi kuah dia kicap, jenama REX. Pernah cm masak dulu dan kata Kak Jee, sotong tin sedap dibuat sambal tumis. Asyik teringat2 je apa yang kak jee sarankan. Oleh yang demikian dengan penuh rasa keterujaan, cm pun buat. Memang betul sedap, tak rugi mencuba. Selain makan dengan nasi putih, sedap juga dicicah roti, lempeng atau pun pulut. Cm makan dengan nasi impit belen semalam, pun sedap. Pendak kata semua sesuai lah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sotong dalam tin (saiz besar, jenama REX)
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan guna secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong diasingkan dari kuah kicapnya. Kemudian potong kiub. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecik dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan tambah hirisan bawang besar. Masak sekejap, masuk sotong, gaul rata dan biar pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan....

MASAK LEMAK REBUNG DENGAN UDANG..

rsz_gulai_rebung_dgn_udang
Salam semua. Entri seterusnya cm letak menu yang dimasak untuk tetamu cm semalam, tak lain tak bukan sifu roti yang amat bz dengan kelas2nya di serata Semenanjung. Dan dari sumber2 yang boleh dipercayai, khabarnya akan ke Qatar atas undangan untuk kelas roti...Perghh!, bukan Sedenak okeh, tapi Qatar...nun jauh di sana..Moga segala urusan mama dipermudahkan Allah swt. Rebung yang cm guna untuk masak gulai ni kurang lebih 600 - 700 gram. Dan tambah dengan udang kaki merah dalam 6 ekor. Udang ini harga dia ikut pada saiz dan musim. Macam yang ni sekilo dalam RM 60+ . Bila cm letak harga bukan lah nak berlagak, cuma nak memberitahu, supaya anda tidak lah rasa terkejut bila nak beli nanti....jangan disalah ertikan pulak dengan harga tu. Mahal murah ikut si penjual, kalau mereka dapat dari peraih murah, mungkin harga rendah sedikit....bergantung lah yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram rebung, sagat dan celur sekejap, toskan 
5 - 6 ekor udang kaki merah bersaiz besar (boleh guna udang galah)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan rebung ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, asam gelugor dan serai titik. Gaul rata dan masak sekejap. Tambah udang, kacau dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  2. Bila rebung lembut, tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau dan masak denga api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin..

Sunday, January 27, 2013

YANG RINGAN-RINGAN SAJA...SUP AYAM DARA..

rsz_sup_ayam_dara
Salam semua, anda sehat?...Baru siap buat kerja rumah ni, maklumlah orang cerdik pandai, cuci baju pun jam 10.30 pagi tadi, kain baju orang lain dah nak kering, cm baru terhegeh2 nak menjemur...grrr, nasib baik cuaca baik hari ni. Tatau lah kenapa lemau pulak hujung minggu ni. Hari ni cm letak entri sup ayam dara, yang cm masak semalam. Pagi ni tak masak, mungkin petang baru masak. Orang tanya, cm, macam mana u tau ayam ni dara?.. Sebab masa beli ayam ni masih belum bertelur. Ayam kampung moden bukan yang jenis dulu, bertebaran cari makan kat  belakang dapur dan depan rumah, yang ni kurung dalam kandang punya. Masak pun cepat, tak perlu guna pressure cooker, senang kata sekejap saja dah empuk. Cm makan sama ketupat nona. Dan seperti biasa, bahan2 sampingan dia pun agak simple, ada taugeh, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan tak lupa sambal kicap, yang ni kalau takde, kurang menendang sangat. Kalau nak makan sama mi pun boleh, tak kesahlah mi hoon ke, mi kuning, kue teow atau makaroni. Resipi seperti berikut, walaupun biasa, tapi yang ni ada sikit lain...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung 'dara', potong ikut suka
4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1 dan rendam
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 bunjut sup tulang Adabi
1 kiub pati ayam (optional)
1/2 inci lengkuas, dititik
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
4 biji buah keras, hiris
1 camca besar lada hitam biji

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Ketupat secukupnya atau mi kuning/mi hoon
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Taugeh secukupnya, dibuang ekor, cuci dan toskan
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Masukkan ayam tadi ke dalam periuk bersama2 bahan kisar halus, bahan bertanda (*), air secukupnya (hingga ayam tenggelam) dan sup bunjut. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kiub ayam (jika guna), daun sup yang dikerat kasar dan 1 camca besar bawang goreng. kacau rata dan masak hingga ayam 1/2 empuk. Masukkan kentang (toskan), dan biar hingga ketang empuk. Tambah garam secukup rasa dan jika suka lebih hangat, boleh tambah sedikit lagi lada hitam yang ditumbuk halus. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan ketupat atau mi pilihan anda ke dalam mangkuk sesuai. Tuang sup ayam bersama isinya. Tabur taugeh, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan akhir sekali sedikit sambal kicap. Boleh hidangkan. Sedap dimakan panas...

Saturday, January 26, 2013

KEK FLAN BUAH-BUAHAN UNTUK ANAK BUAH KU..

rsz_kek_flan_buah2an
Salam semua, lama juga cm tak buat kek yang betul2 macam 'kek'..err macam mana tu?. Yelah, kalau orang kita, kek pada pandangan mata mereka, mesti yang bersalut krim, tinggi dan dengan corak krim yang dipaip indah. Hari ni sempena hari lahir anak buah cm, jadi dengan rajinnya ku buat lah sebiji "kek" yang betul2 punya..Selalu cm buat kek olok2 agaknya. Skill pun agak dah berkarat dalam bab2 nak melepa dan bermain dengan krim serta piping beg. Bukan apa, rumah cm ni kalau buat kek2 macam ni sapa yang nak makan, cm sendiri pun agak kurang dengan benda2 krim. Budak2 pulak tak berapa kerat sangat. Pilihan kek cm hari ni yang simple dan mudah. Kek flan buah2an. Tak susah mana, guna buah2an segar seperti anda nampak tu, tapi sebab buah peach tak cukup stok, cm ganti dengan isi orange yang dalam tin. Stoberi pulak saiz agak besar, kalau dapat yang comel2 lagi cantik. Nasib baik stoberi ni manis....MyDin mari punya...Ok resipi amat2 mudah...seperti berikut..dan minta maaf sebab mat takde gambar potongan kek...

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK :-)
250 gram tepung optima @ tepung sponge mix
4 biji telur gred A (kalau gred B, guna 5 biji)
50 ml susu segar
80 gram mentega, cair dan sejukkan
1 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN HIASAN :-)
Non-dairy whipping cream secukupnya (kurang lebih 2 cawan), dipukul hingga kental
Strawberry
Peach @ oren dalam tin, ditoskan
Buah kiwi secukupnya
Sedikit piping gel + 1 camca teh air suam, untuk menglis

rsz_kek_flan_buah2an2rsz_kek_flan_buah2an1
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KEK :- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat 9 inci dengan mentega, Alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Masukkan tepung optima @ sponge mix ke dalam mangkuk adunan bersama telur, putar hingga semua sebati. Tuang susu segar dan putar pada kelajuan tinggai hingga kembang (kurang lebih 8 - 10 minit). Masukan esen vanilla dan mentega cair. Gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin dan bakar 30 minit atau hingga masak. Bila kek masak, keluar dan dari tin, dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan..
  2. UNTUK KEK FLAN BUAH2AN :- Kek yang telah sejuk, dibahagi kepada 3 bahagian. Gunakan pisau bermata gergaji semasa memotong. Ambil 1 bahagian, letak atas pengalas kek, kemudian letak atas turn table. Sapu sedikit krim atasnya, kemudian tabur buah2an (seperti dalam gambar).
  3. Tutup dengan 1 bahagian kek lagi, tekan2 sedikit. Sapu krim atasnya dan tabur sekali lagi buah2an sama macam lapisan pertama. Tutup dengan bahagian terakhir kek. Kemaskan dan sapu keseluruhan kek dengan baki krim tadi, ratakan dengan spatula besi. 
  4. Lorek bahagian tepinya dengan pisau pemotong agar2 (jenis plastik). Hias permukaan kek dengan buah2an pilihan anda, hias ikut kreativiti masing2. Kemudian sapu sedikit piping gel atas buah2an tadi, gunakan berus pastry kecil untuk menyapu. Dinginkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan..

BUBUR NASI TOMYAM....ANDA SUKA?..

rsz_bubur_nasi_tomyam2
Tekak anda meragam, rasa tak berapa selera. Macam tu lah cm juga, tapi ada ke orang percaya, cm tak selera makan?...Hamboii cepatnya geleng pala kata tak caya...haha. Sebenarnya memang teringin nak makan satu yang ringan tapi ada rasa, hangat dan memberangsangkan...tuu dia, bunyi macam 18sx pulak dahh. Jadi sebagai penyelesai masalah, cm masak bubur nasi biasa. Lepas tu masak tomyam, alah tomyam campak2, guna pes yang sedia ada. Masukkan apa saja yang anda suka dalam tomyam tu, nak pedas hempuk kan 7-8 biji cili padi thai yang merah. Kalau suka masam, kasi tambah jus limau nipis atau kasturi. Campak sedikit gula. Herba2 wajib bagi tomyam, jangan pulak lupa, serai, daun limau purut dan daun ketumbar. Isi dia mat guna ayam dan fiss ball pelbagai bentuk yang guna untuk stim boat. 

rsz_bubur_nasi_tomyam3rsz_bubur_nasi_tomyam1
Disamping itu, cm letak juga telur asin yang memang sedia ada. Kalau bubur nasi makan sama telur asin lagi mengancam. Selalunya beras yang punya kandungan kanji agak tinggi amat elok dibuat bubur, seperti beras siam dan sebagainya. Kalau beras seperti basmathi, rasa cm tak sesuai, bubur jadi tak berapa nak sedap sangat. Entri macam ni sebenarnya takde apa nak diceritakan sangat. Jadi cm kasi tulis serba sedikit resipi tomyam saja. Yang bubur tu tak perlulah, memasaknya pun mudah...guna beras siam 1 cawan dan nisbah air 12 cawan. Masak hingga menjadi bubur, tambah sedikit garam dan daun pandan semasa memasak bubur.....Boleh kan masak?...

BAHAN-BAHANNYA:-)
1.2 liter stok rebusan ayam (atau guna kiub ayam + 1.2 liter air)
2 1/2 camca besar pes tomyam, sebarang jenama
3 keping isi ayam bahagian dada, dipotong kiub
Bebola ikan pelbagai bentuk secukupnya (yang ni ikut budget masing2)
1 pokok daun ketumbar dengan akar2nya sekali, cuci bersih dan kerat kasar
2 helai daunlimau purut
2 batang serai, dititik
8 biji cili padi thai merah, diketuk
1/2 inic lengkuas, diketuk
1 biji limau nipis, perah jusnya
1 pokok daun ketumbar
1 biji bawang besar, belah 6
1 biji tomato, belah 6
1 batang lobak merah, potong kiub
10 tangkai kacang pis, kerat dua setiap 1
5 kuntum cendawan butang, belag 2 setiap 1
Sedikit sos ikan
Secubit gula

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Bubur nasi secukupnya
Telur asin rebus
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam periuk, masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, dan bawang besar. Kacau rata dan biar mendidih. Tambah lobak merah, cendawan, cili padi dan ayam. Biar mendidih.
  2. Masukkan daun ketumbar dan bebola ikan. Akhir sekali masuk kacang pis dan tomato, perasakan dengan sedikit sos ikan dan gula. Tuang jus limau nipis. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK BUBUR NASI TOMYA M :- Cedok bubur dalam belas sesuai. Tuang tomyam bersama isinya sekali. Hias dengan telur asin, daun bawang dan bawang goreng. Sedap dimakan panas atau suam.....Jommmmmmmmmm!

Friday, January 25, 2013

ASAM PEDAS AYAM BERNENAS..

rsz_asam_pedas_ayam_nenas
Asam pedas lagi...erkk, tulah kan, orang Johor, hari2 asam pedas pun ok, jalannn jeee. Tapi kali ni guna ayam pulak. Asam pedas ayam ini cm masak semalam untuk menjamu tetamu dari Lukut, Kota Tinggi Johor, mereka tu waris2 kami. Macam cm pernah cerita dulu, keturunan beliau merupakan salah sorang yang membuka Kampung Lukut di Kota Tinggi Johor. Jadi untuk menjamu mereka datang, cm masakkan asam pedas ayam dan juga masak2an yang lain. Sebab dalam masa yang sama cm turut menerima tetamu lain. Asam pedas ayam ini kalau nak sedap lagi, guna ayam kampung atau ayam tua. Tapi sebab nak cepat, guna ayam daging saja lah kan. Kasi campur sama nenas. Nak sedap guna nenas yang manis, macam nenas madu atau nenas Sarawak.Nenas moris juga boleh, tapi kalau yang masam, rasa agak kurang bess sikit lah. Cm letak bunga kantan tapi tidak daun kesom. Terpulang pada anda nak letak yang mana satu atau kedua2nya sekali. Resipi seperti berikut.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1ekor ayam daging, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 biji nenas madu saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 camca besar penuh pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Air secukupnya
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 camca besar lada hitam biji
4 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan kisar halus, serai titik dan lengkuas, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tambah ayam. Gaul dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan nenas dan bunga kantan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  3. Biar mendidih hingga nenas lembut dan ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Asam pedas ayam lebih sedap setelah beberapa jam..

KEK PANDAN MENTEGA KAS-KAS.

rsz_pandan_poppyseed_butter_cake
Salam semua, lama tak buat kek, kali terakhir...errr bila eks, macam tak berapa rajin pulak nak cari balik kat DTS. Tak kesah lah. CM buat kek ni semalam, kira kek untuk tetamu. Bila nampak resipi kat blog Che Puan Rima di sini, terus cm teruja sangat. Walaupun pada asasnya ia hanya kek mentega biasa, tapi gabungan antara poppy seed atau kas-kas, yang menjadikan kek ini ada sedikit kelainan, Tapi cm nak bagi tau sikit, di Singapura kalau tak silap cm, kas-kas atau poppy seed adalah bahan larangan. Itu yang cm tau lah sebab pernah ada kes sorang blogger masak2 berbangsa cina diarahkan men delete segala entri yang ada menggunakan kas-kas. Heran juga, sebab di Malaysia, kas2 telah digunakan sejak beratus tahun dahulu sebagai salah satu rempah ratus dalam masakan, terutama masakan kurma. Mungkin ada segelintir manusia yang tersangat pandai telah menggunakan kas2 sebagai bahan terlarang....wallah hualam....

rsz_pandan_poppyseed_butter_cake1
Kek ini boleh dikategorikan sebagai kek yang mudah untuk dibuat dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan2. Dan paling utama, ianya sedap. Untuk pertama kali juga cm gunakan acuan istimewa pemberian Blogger Puan Azlita (terima kasih Kak Ita). Apa yang bess pasal acuan bundt-pan ini, selain corak dia menarik, ia juga tebal, kek mudah dikeluarkan tanpa cacat cela. Kalau takde, anda boleh guna tin kek bulat berukuran 7inci atau 8 inci atau loaf pan, mungkin kalau saiz sederhana, anda boleh buat 2 biji kek. Nak resipi?...ok..jomm, senang2 nanti anda cuba dan nikmatinya bersama keluarga dan orang tersayang. Tak rasa bangga ke jika suami dan anak2 memuji hasil air tangan anda.... SEDAP!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telur gred A
250 gram tepung gandum*
5 gram baking powder*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar
50 gram kas-kas @ poppyseed (mat letak 30 gram)
1/4 camca teh pes pandan (mat letak 1/2 camca teh)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser tin atau acuan yang anda gunakan. Kalau guna acuan bulat atau persegi, alas dasarnua dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang (kebiasaannya jarak waktu untuk dimasukkan sebiji lagi telur ialah 1 minit).
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar. Putra rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dicamur pes pandan, kacau rata dan satu dicampur kas-kas @ poppyseed. Kacau rata.
  4. Tuang bancuhan kas-kas dalam tin, rataka. Kemudian tuang pula bancuhan pandan, ratakan. Bakar selama 50 - 60 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong....
CATATAN MAT GEBU :- Sebab cm guna bundt-pan, jadi cm masukkan bancuhan pandan dahulu, kemudian diikuti dengan bancuhan kas-kas. Sebab bila diterbalikkan bahagian kas-kas, cm nak dia berada dibawah. Apa2 gaya sekali pun ikut kreativiti anda. Kalau rasa nak buat marble kek pun boleh..Selamat mencuba!!..

MAKAN TENGAH HARI GAYA KAMPUNG...

rsz_menu_tgh_hari
Assalammualaikum, salam Jumaat. Entri yang sepatutnya cm letak semalam, tapi sebab kurang masa nak ber on-line, jadi cm letak ni hari. Menu kampung sepenuhnya. Sebelum memasak, iaitu seawal pagi cm akan tanya dulu apa perancangan menu untuk hari itu, kalau bonda bagi tau apa yang perlu dimasak (ada kala, masak ikut apa yang cm nak), maka akan cm laksakan. Sebab ada sayur bayam hijau, apa kata masak lemak, kemudian buat pelengkap dia. Kira sayur masak lemak sebagai "ibu" dan yang lain sebagai anak2. Satu yang bagusnya masakan macam ni, anda tak perlu sangat lauk-pauk yang pelbagai. Satu lagi ada yang suka makan dengan nasi yang dimasak lembut sedikit. Tapi paling bess kena dimakan panas2 untuk menikmati rasa yang lebih 'menendang'...

rsz_lemak_bayan_hijaursz_1ikan_puput_pekasam
Seperti anda nampak atas tu, cm masak lemak sayur bayam hijau, kurang lebih 2 cekak. Sama seperti selalu cm tulis, santan segar adalah rahsia untuk mendapat masak lemak yang sedap, selain santan pekat dituang akhir untuk mendapat rupa masakan yang lebih menyelerakan. Sayur macam ni masaknya cepat, tak perlu didihkan lama. Dan kalau ada masak lemak, tak sah kalau takde ikan masin atau ikan goreng. Tetapi kali ni cm goreng ikan pekasam. Wahhh....serius bau dia kalau yang tak tahan agak memengsankan, tapi sedappp!!...Ikan pekasam yang cm goreng ni nama dia ikan puput, sejenis ikan air masin yang tulangnya agak banyak. Tapi kebijaksanaan si pembuat ikan pekasan tu telah menjadikan ikan pekasam puput antara tersedap sangat...meleleh air liur walaupun bau dia bacin....hehehe..

rsz_sambal_belacan_bondarsz_telur_asin
Dan, yang ini kalau takde, sah, cacat menu tengah hari anda yang bertemakan masakan kampung. Sambal belacan lah, apa lagi. Dan sambal belacan yang ini bukan cm buat, tapi bonda yang tumbuk sampai lumat dan halus. Selalunya bonda akan guna cili padi kampung sepenuhnya. Ditumbuk dengan belacan bakar, secubit gula dan garam. Akhir sekali bonda akan masukkan jus dari 1 biji limas kasturi dan dikacau rata. Akhir sekali memandangkan dah ada. Cm selitka juga sebagai salah satu menu tengah hari. Dah tentulah telur masih atau telor asin. Ini produk dari orang kampung, bukan yang jual kat kedai jenis bersalut tanah liat dan arang. Telur asin jenis yang direndam dalam air garam, rasanya tak masin dan lemak2. Amat sesuai dihidangkan bersama menu yang anda nampak....Sebab ini masakan mudah, cm tulis resipi masak lemak bayang hijau saja lah yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak bayam hijau, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, toskan dan tumbuk kasar
1 biji bawng besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak santan cair bersama bawang besar hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga mendidih. masukkan batang bayam dan masak sekejap. Bila lembut, tambah daun bayam. Kacau rata. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air.
  2. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan cili merah hiris, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan....

Thursday, January 24, 2013

KRIM PUFF BUAH-BUAHAN SEGAR..

rsz_fresh_fruit_cream_puff
Assalammualaikum, malam semua. Hari ni cm tak sempat nak letak entri pada waktu siang kerana hambatan waktu. Dan terima kasih juga atas tetamu2 yang berkunjung tadi. Sunah, Datin Shidah dan Aima. Tak lupa juga untuk sedara cm dari Lukut Kota Tinggi, terima kasih. Apa cm hidangkan tadi?...Hmm ada lah, benda biasa2 saja. Tapi tadi cm ada buat krim puff, tapi dalam keadaan yang tergesa2. Buat tak banyak cuma 10 biji saja. Memandangkan masa suntuk, cm tak sempat nak buat kastard, tapi cm ganti dengan non-dairy whipping cream dan selitkan buah2an segar seperti anda nampak dalam gambar (stoberi, kiwi dan peach). Sebelum dihidangkan, ayak sedikit gula aising atau dusting powder. Kalau anda nak drizzle dengan coklat cair juga boleh....Nak resipi?..Ok jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
75 gram tepung gandum
50 gram mentega
125 ml air
Secubit garam
1 biji telur + 1 kuning telur, kacau sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Non-dairy whipping cream diputar hingga ketal, secukupnya
Strawberry segar secukupnya (pilih saiz comel, belah 2 setiap 1)
Buah kiwi, dipotong kecil
Buah peach dalam tin, tos, hiris serong

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak air, mentega dan garam hingga mentega cair, guna api kecil. Masukkan tepung gandum dan kacau satu arah sahaja hinggga menjadi adunan yang tidak melekat diperiuk. Matikan api, dan alih adunan ke dalam mixer dan biar suam.
  2. Putar pada kelajuan sederhana dan masukkan telur sedikit demi sedikit hingga habis, putar hingga sebati. Alihkan bancuhan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bintang saiz besar. Paipkan atas dulang pembakar. Paip bentuk rosette, pastikan anda jarakkan antara satu sama lain. Buat 10 rosette.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Kemudian potong kirm puff tadi, paipkan krim dan hias dengan sehiris stoberi, kiwi dan peach. Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan.

Wednesday, January 23, 2013

IKAN BAWAL BERLADO.....

rsz_ikan_bawal_berlado
Entri malam ni yang simple dan cepat dimasak, dan ada kemungkinan esok cm agak sibuk sedikit, jadi kalau ada entri pun mungkin lewat. Kita tengok lah macam mana nanti. Menu ikan bawal berlado yang mat masak ni anda boleh sediakan cepat sangat. Tak sampai 5 minit, TAPI...sambal dia anda kena siapkan awal2 dan simpan dalam peti sejuk. Ikan bawal, kasi siang, cuci bersih dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Sambal untuk ikan tak berapa pedas, bagi anak2 yang berusia besar sikit cm rasa tak jadi masalah bagi mereka. Selain ikan bawal, rasa cm ikan keli dan ikan tilapia pun bess jugak dibuat macam ni. Jadi kalau idea buntu, tatau sangat dah nak masak apa, kena pulak masa tu keadaan agak ketat, mengejar masa..apa kata masak yang mudah seperti ini....tak paksa, sekadar memberi cadangan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan bawal saiz sederhana (kurang lebih 450 gram = 3 ekor), siang dan cuci bersih*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*
Sedikit serbuk lada sulah*(*disatukan dan perap kejap)
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
6 biji cili merah, dikerat2
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan bawal hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga pecah minyak. Masukkan hirisan bunga kantan, garam secukup rasa dan gula secukup rasa. Akhir sekali tambah jus limau kasturi. Gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. Ikan bawal tadi digolek2kan dengan sambal kemudian letak dalam pinggan yang sesuai. Boleh hidangkan. Kalau anda nak ratakan sambal atas ikan sahaja pun boleh, tapi lagi bess, kalau ikan tadi digolek2kan dengan sambal..

KUIH SERABAI YANG TAK SERABAI RASANYA...

rsz_kuih_serabai
Assalammualaikum, memandangkan entri dah petang. Jadi cm terus letak entri yang sesuai untuk minum petang. Kuih serabai, kuih tradisonal orang2 Melayu. Rasanya kuih serabai popular di Melaka. Tapi ada gak yang komen kata kuih tradisi tempat dia orang. Takpe lah, mana2 negeri sekali pun. kita duduk dalam Malaysia. Jadi serabai ni salah satu kuih orang kita lah kan, senang cerita. Dalam soal ni cm tak berapa suka lah nak kata kuih ni negeri mana punya. Sebab dulu pernah ada orang yang mungkin ada "mental disorder' tiba2 maki cm, pasal cm tulis lempeng kelapa warisan orang melayu. Pelik kan?..takpe lah benda dah lepas. Kuih serabai mat pernah buat sekali dulu. Tapi guna non-stick pan saiz besar jadi tak berapa nak cun. Yang ni mat guna acuan kecil yang memang guna untuk buat kuih serabai, alaaa terlupa pulak nak ambik gambar. Acuan aluminium yang setiap satu ada 4 bekas untuk membuat kuih. Kalau zaman dulu punya diperbuat dari tembaga, lagi bagus....hmm nak kena cari gak lah yang jenis tembaga....kat belah pantai timur mesti ada....

rsz_kuih_serabai1rsz_kuih_serabai2
Kuih serabai selalunya dihidangkan dengan kuah santan yang dimasak bersama gula melaka. Ada juga yang dicampur pisang, nangka atau durian. Kali ni cm campur dengan durian. Kalau anda perhatikan nanti, adunan kuih seranbai seakan2 apam, ada gunakan nasi sejuk kisar dalam nya. Santan juga digunakan dalam bancuhan adunan kuih serabai. Adunan ni agak muai, menghasilkan 36 keping kuih berukuran 2+ inci, itu kalau guna acuan macam cm. Kalau anda guna non-stick pan saiz paling kecil berukuran 4 inci tu, dapat kurang sikit lah.. Ok mat tulis resipi, manalah tau, kalau anda teringin nak mencuba satu hari nanti.....dan terima kasih pada MamaFami atas perkongsian ini...

BAHAN-BAHAN KUIH SERABAI :-)
250 gram tepung beras (mat guna cap teratai)
150 gram nasi sejuk
650 ml santan
3/4 camca teh instant yeast (mauripan)
Sedikit garam

BAHAN KUAH SANTAN :-)
1 cawan santan
1/2 cawan gula perang (mat guna gula melaka yang diracik halus)
3 - 4 ulas durian, ambil isinya
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dibancuh hingga sebati)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar nasi dengan 200 ml santan dari dalam resipi, baki santan dipanaskan hingga suam, tak perlu sampai mendidih. Satukan tepung beras dengan instant yeast. Kacau rata. Masukkan sedikit garam. Tambah nasi yang dikisar. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan tidak berbintil2. Perap adunan tadi 2 jam.
  2. Panaskan acuan untuk kuih serabai. Lenser dengan sedikit minyak masak (mat celop tissue dapur  dalam minyak masak dan lenser dalam acuan tadi). Kemudian tuang kurang 2-3 camca besar bancuhan ke dalam setiap acuan. Tutup dengan tudung periuk. Masak dengan api paling kecil. 
  3. Bila permukaan kuih nampak berlubang2 dan kering, itu tanda kuih sudah masak. Berhati2 alihkan kuih serabai ke dalam pinggan. Guna spatula besi. Buat hingga siap. Pastikan anda lenser dengan sedikit minyak sebelum tuang bancuhan baru. Hidangkan dengan kuah santan.
  4. UNTUK KUAH SANTAN :- Masak santan, gula melaka dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan isi durian dan secubit garam. Kacau rata, kalau anda rasa kurang manis, boleh tambah sedikit gula pasir. Tuang bancuhan tepung gandum, kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat. Boleh hidangkan bersama kuih serabai..

Tuesday, January 22, 2013

SAMBAL GORENG BERKICAP...

rsz_sambal_goreng_berkicap
Men'jawa' lagi...erk..bukan apa, ini sebenarnya entri tercicir. Entah macam mana mat boleh terlupa nak masukkan ke blog. Jadi malam ni cm gunakanlah sebagai entri. Sambal goreng yang kerap kali dibuat, terutama bagi orang2 jawa yang menyediakan hidangan nasi ambeng. Yang cm buat ni bukan ori rasanya, tapi ntah lah kan, biar orang Jawa yang komen nanti. Satu yang cm pernah tengok, sambal jawa yang dicampur dengan hati, pedal dan lain2 lagi. Kali ni cm habiskan baki sayur2 yang ada, cuma fucuk atau tauhu kering saja yang takde. Ada juga yang letak sedikit santan, tapi cm lebih suka yang biasa2 saja....Resipi cm mungkin tak sama dengan anda, tapi takpe, kita bertukar2 idea.

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 tangkai kacang panjang, cuci, toskan dan hiris serong
2 keping tempe, dipotong kiub, goreng dan toskan
2 keping tauhu, dipotong kiub, goreng dan toskan
1 biji kentang, kupas dan potong kiub, goreng dan toskan
1/4 bahagian kobis bulat (saiz kecil) hiris halus
1 cekak soo hoon, kerat pendek, rendam hingga lembut
1 genggam isi udang
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar kicap manis
1/2 camca teh kicap pekat
1 camca besar sos tiram
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. Tambah sos tiram dan udang. Kacau rata dan masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan sedikit air. Tambah kicap pekat tempe, tauhu, kentang dan kacang panjang. Gaul rata. Tambah kobis, hirisan cili merah dan hijau, serta soo hoon.Tambah kicap manis dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata. Masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi...

ASAM PEDAS IKAN PARANG....SALUTE PADA KAK UMMI!!

rsz_asam_pedas_ikan_parang
Assalammualaikum, sejuk cuaca hari ini. Tempat anda hujan juga ke?. Cm masak lewat sikit. Tadi pagi ke Simpang Renggam beli ikan dan sayur, dan kat situ juga ada jual kuih2 melayu yang boleh dianggap murah. Feberet cm dah tentu karipap lapis atau karipap pusar yang sedap dan berintikan keledek. 4 biji RM 1 saja. Ada pelbagai lagi kuih melayu, dan juga nasi lemak, laksa, nasi kerabu dan lain2. Tapi ada satu benda yang mat cari takde, ikan parang atas permintaan Bak. Oleh yang demikian, kami ke Rengit pulak dan alhamdulillah ada ikan parang. Bila dah beli tu, seperti biasa permintaan menu sah2 lah asam pedas, nak2 cuaca hujan macam ni. Kalau masak singgang time cuaca panas boleh lahhh. Jemu ke dengan entri asam pedas?.. Hmmm, minta maaf lah sebab ni saja yang cm masak, walaupun resipi ulangan, ia tetap baru dimasak...

IKAN
..Dan, cm salute kat Kak Ummi Kuantan @ Kak Aji Comel...haha, kenapa?...tu Cuba baca komen Kak Ummi dalam kotak hitam gambar di atas tu...Macam tau2 je cm beli ikan parang dan masak asam pedas. Macam kami ada 'kimia' kan?..wahhhh..penggsannn. Dan sebelum mat tulis entri asam pedas ikan parang ni, terima kasih yea, sudi singgah, dan masih setia dengan DTS. Maklumlah blog cikai2 je, masak pun yang hari2 punya masakan. Yang penting, kita gembira menulis dan mereka yang singgah akan rasa gembira juga....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan parang, cuci bersih dan toskan
4 kelopak sawi jeruk, potong kecil, dan rendam
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 1/2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 1/2 cawan). Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan parang, sawi jeruk dan bunga kantan. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 yang lain...

Monday, January 21, 2013

GULAI LEMAK BATANG KELADI DENGAN IKAN BILIS TAMBAN

rsz_gulai_batang_keladi
Gulai lemak batang keladi dengan ikan bilis tamban....sikit punya panjang nama. Satu lagi masakan yang jarang dah orang masak, selain berprofile tinggi (sebab masak lemak and opkos guna santan), sayur batang keladi ni pun kalau nasib kita tak berapa nak baik, dapat yang gatal merenyam, walaupun dah celur letak asam gelugor bagai. Mat pernah gak kena macam tu, mula2 ok, dah siap masak, ambik sikit dan rasa, sekali dia punya meretip, sampai ke bibir ikut gatal sama, rasa tebal semacam dah. Habis tu apa mo bikin lagi, kasi buang lah. Dahh rugi. Tapi yang ni alhamdulillah, elok, tak gatal dan sungguh selesa bila dimakan. Kali ni mat guna ikan bilis tamban, terpulang samada anda nak guna tulang ikan masin kurau, ikan kembong rebus atau ikan bilis. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket batang keladi yang siap dibersihkan (boleh beli di pasar tani atau pasar basah)
1 genggam ikan bilis tamban, buang sisik, rendam dan buang tulang tengahnya
2 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
25 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur batang keladi tadi dalam air mendidih yang dicampur asam gelugor, jika gunakan isi keladi, rebus dulu isi keladi sampai empuk, baru masukkan batangnya, rebus sekejap dan toskan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan bahan kisar halus, asam gelugor, ikan bilis tamban dan serai titik. Kacau rata, tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Masukkan batang keladi dan ubinya (jika ada). Kacau perlahan dan masak sekejap.
  3. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

UBI REBUS, SAMBAL TUMIS DAN KOPI 'O'....

rsz_ubi_rebus
Petang semua, apa kata kita makan ubi rebus dulu, cicah sambal tumis ikan bilis dan tak lupa kopi O. Banyak nostalgia makanan macam ni, terutama mereka2 yang membesar di kampung Ubi yang mat rebus ni bukan ditanam, tapi ubi cambah. Ubi cambah ni ialah bila lebihan batang ubi dilonggokkan, lama kelamaan dia tumbuh dengan sendiri hingga menghasilkan ubi. Yang ni ikut nasib, kalau dapat yang empuk, maka empuk lah. Kalau dapat yang ganyut, sah2 keras kenyal jadinya. Satu lagi kalau dikampung  ubi macam ni akan direbus tapi bukan sampai empok sangat, kasi dia lembut sikit saja. Kemudian hiris nipis2 dan jemur sampai kering. Lepas tu digoreng dan disira dengan gula, dah jadi kerepek ubi rebus. Untuk entri ini mat tak payahlah letak resipi ubi rebus, sebab yang tu budak sekolah rendah pun pandai buat, cuma perlu ubi yang dikupas bersih, cuci dan masukkan ke dalam periuk. Isi air hingga menutupi ubi, biar lebih sedikit, letak garam dan rebus sampai empuk. Toskan dan panaskan kembali atas api dapur hingga ubi kering. Hidangkan bersama sambal tumis. Atau anda suka boleh makan sama ikan masin, kelapa parut dan juga gula melaka...Mat letak resipi sambal tumis....boleh?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis (mat guna jenis kecil atau ikan bilis nasi)
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Redam ikan bilis tadi kurang lebih 20 minit, tos dan perah. Kemudian goreng hingga kuning keemasan dan garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masuk pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tambah bawang hiris, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masuknna ikan bilis goreng, gaul rata2 dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus tadi...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau guna ikan bilis saiz besar, mat tak suka goreng, tapi kalau ikan bilis nasi (jenis yang halus), mat suka digoreng. Apa2 pun terpulang pada anda.... (^___^) \/

KARI SOTONG KEMBANG.....YANG OHSEMM!

rsz_kari_sotong
Salam semua, nak cuba lah kurang merepek sikit hari ni, takut ada yang bosan. Hari ni che mat (cm) masak kari sotong, sebab tak boleh makan sotong segar (takut ke gatal an), jadi cm tukar guna sotong kembang. Kalau anda buat dan memang boleh makan sotong, cm syorkan gunalah sotong segar. Resipi mat dapat dari blog Datin Jun di sini, tapi cm oter serba sedikit. Memasaknya boleh dikatakan senang, tak perlu banyak bahan2. Cm tambah tomato dan trafficlight capsicum dalam kari sotong ini. Boleh juga kalau anda nak ganti dengan belahan cili merah dan hijau. Kari sotong sedap kalau kuahnya pekat sedikit. Selain dimakan bersama nasi, boleh juga dicicah lempeng atau roti canai....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor sotong kembang saiz sederhana (kurang lebih 650 gram)
1/2 bahagian traffic light capsicum, dipotong kiub
1 biji tomato, belah 6
1 1/2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari ikan (mat guna rempah Baba's)*
1 camca besar penuh rempah kurma (mat guna rempah Baba's)*
1/3 camca teh serbuk kunyit*
1/3 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
1 cawan santan
1 kiub ikan bilis
3/4 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya


BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1/2 camca teh halba campur
1 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dimayang
2 biji bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, hiris 
1 inci halia, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong kembang dikelar2 sedikit badannya, kemudian potong pada saiz besar (nanti dah masak, sotong mengecut dan kecil). Cuci dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar, halba campur, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan  bawang merah,bawang putih dan halia, masak sekejap. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. 
  3. Masuk bancuhan rempah kari tadi. Masak dengan api kecil hingga rempah garing, masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan sotong dan santan. Kacau perlahan.
  4. Bila mendidih, tambah traffic light capsium, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap. Tambah tomato. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Biar tomato lembut sendiri dalam kuah kari. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...