TELUR MASAK KICAP...PENYELAMAT KEADAAN.

rsz_telur_kicap
Ada masa nak masak pun malas, nak makan yang beli, macam tak lalu pulak dan kena jimat cermat sejak2 barang semua dah naik harga. Hujan2 macam ni, menu simple lagi sedap, untuk entri masak2 yang pertama hari Jumaat, che mat letak menu glamer sepanjang tahun, nak2 masa bulan puasa. Menjadi kegemaran tua muda. Boleh juga dikategorikan sebagai lauk hujung bulan. Telur masak kicap satu menu yang begitu popular terutama untuk orang2 bujang. Kadang2 che mat segan juga nak masukkan entri macam ni, tapi entri simple lebih menjadi pilihan dari entri resipi yang complicated. Mungkin resipi yang rumit tu menjadi pilihan masa majlis2 tertentu atau hari2 perayaan. Apa2 pun resipi yang che mat letak hanya sebagai idea bukan paksa suruh buat. Ada masa kita ni orang2 'dapur', agak buntu juga nak masak, walaupun bahan2 dah ada depan mata. Tapi idea takmo mari...betul tak?.....Ok, dah sedia?..Jomm buat telur masak kicap...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur, digoreng mata kerbau 
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1/2 inci halia, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
6 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. Masukkan leek, hirisan cili merah dan hijau. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air, dan biar mendidih.
  2. Masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis. Masukkan soo hoon (toskan). Masak hingga soo hoon lembut, rasa dan jika kurang masin, anda boleh tambah sedikit kicap masin JALEN. Mati kan api. 
  3. Telur mata kerbau disusun dalam bekas yang sesuai. Tuang kuah kicap atasnya dan kemaskan. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan segera bersama nasi panas, sambal belacan dan lauk2 lain jika suka (kalau che mat, makan ni saja dengan nasi panas..

Post a Comment

1 Comments

  1. CM masak telur masak kicap pun nampak sedap hujan hujan ni :D

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.