SINGGANG REBUS IKAN TONGKOL..

rsz_singgang_rebus_ikan_tongkol
Assalammualaikum, salam semua, hari ni dah 31hb Disember, hari terakhir untuk tahun 2013. Masuk aje tahun baru esok (Insha Allah), rakyat Malaysia mulalah berdepan dengan keadaan yang lebih mencabar terutama dengan kenaikkan harga2 barang...apa nak buat, janji ditepati macam tu lah...bersyukur lahh!!...Entri pertama hari ni che mat cuma masukkan entri singgang ikan tongkol. Sebab che mat sendiri tekak sakit  dan lebih elok makan yang kurang berminyak, maka singgang ikan rebus lebih sesuai. Singgang kali ini agak masam sedikit dan pedas, kalau anda tak suka masam kurangkan asam gelugor atau anda boleh guna asam jawa. Pada che mat, kalau masak singgang, ikan harus yang segar baru singgang anda manis, selain boleh tambah serbuk perasa, yang ni terpulang pada selera masing2. Sebab che mat dah guna kiub ikan bilis, maka tak perlu lah serbuk2 perasa bagai. Ok resipi memang mudah dan cepat, kalau tak nak guna ikan tongkol, anda boleh ganti dengan ikan kembong..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan tongkol saiz sederhana
2 batang serai, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
4 ulas bawang merah, hiris
1/4 camca teh serbuk kunyit
10 biji cili padi, diketuk
2 keping asam gelugor, saiz kecil 
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tongkol dikerat dua setiap seekor, dicuci bersih dan toskan. Masukkan air ke dalam periuk (anggaran 800ml atau secukupnya). Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, serbuk kunyit, serai, asam gelugor dan kiub pati ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa, kalau anda guna serbuk perasa, boleh masukkan sedikit. Biar mendidih perlahan hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan..

Post a Comment

4 Comments

  1. oh CMG, kebetulan makcik pun buat singgang jugak...tapi just lengkuas, serai, bwg putih, kunyit and asam..and cili hijau...tak tau pulak kena letak halia n pati bilis.....belajar tak khatam ler ni ya

    Selamat menempuh 2014...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas org juga....mcm sy..pati ikan bilis mmg x letak. Letak bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup & asam keping.

      Delete
  2. Ya , ALLAH , sedap ye masak singgang . . Makanan febret saya, apa lagi time pantang. hehe

    ReplyDelete
  3. sedap eh.. nampak macam kuah pindang je.. :p

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.