HARI HUJAN, KITA MAKAN UBI REBUS SAMA SAMBAL TUMIS...

rsz_ubi_rebos (1)

Ubi rebus memang tak boleh nak dipisahkan dari masyarakat orang melayu kita. Makanan yang menjadi santapan sejak berkurun lamanya kekal menjadi budaya orang2 kita. Ubi juga menjadi makanan ruji semasa zaman darurat dulu, masa tu kan beras dicatu dan kalau masak pun ia akan dicampur dengan ubi atau keledek. Bila zaman berubah, ubi menjadi bahan kudapan utama bila dijadikan kerepek. Ia menjadi satu perusahan IKS yang begitu berjaya hingga sekarang. Harga ubi kayu lebih mahal dari ubi kentang kalau mana yang tak tau. Ubi yang anda nampak ni abang che mat ambik di kebun kami. Kalau ada ubi rebus lawannya mestilah sambal tumis, kalau tak pun ikan masin atau kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan gula melaka. Untuk entri ini che mat rasa tak perlu resipi...sebab ubi rebus kan senang hanya anda perlu ada ubi, kemudian kerat kecil, buang kulitnya, cuci bersih dan masukkan ke dalam periuk. isi air hingga ubi tenggelam (biar penuh sedikit), tambah garam dan rebus hingga ubi empuk dan pecah2 sedikit, keliahatan berkanji. Toskan airnya kemudian masak balik hingga air ubi kering. Dah boleh hidangkan sama sambal tumis...boleh lah makan...

Post a Comment

5 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.