GULAI NANGKA MUDA

rsz_gulai_nangka_ehem
Salam semua, hari ni che mat bz dari pagi sampai ke petang...huhu, tapi sempat gak masak gulai nangka muda. Seawal pagi dah mula masak, dalam jam 7 pagi macam tu, sebab jam 8.30 pagi dah kena keluar. Nangka muda bonda dah siap2 kupas dan siang semalamnya. Jadi pagi tu che mat kerat tulang ikan masin kurau dan rendam dulu untuk mengurangkan rasa masin terlampau. Gulai seperti ini tidak susah untuk dimasak. Satu lagi kalau dibiarkan untuk beberapa jam, lagi sedapp..rencah2 semua dah mesra. Kalau anda suka, anda boleh letak daun salam tapi che mat guna daun kunyit dan serai sebagai penyedap rasa dan menaikkan aroma. Satu petua untuk mengelakkan santan pecah minyak, tuang santan pekat pada hujung waktu memasak, kacau perlahan dan biar mendidih sekejap dengan api kecil. Bila mendidih saja, anda rasa dan cukup masin dan manisnya, ok tutup api. Satu lagi apa2 masakan gulai yang bersantan, jangan sekali anda tutup rapat tudung periuk semasa gulai masih panas, ini akan menyebabkan air wap akan berkumpul pada tudung periuk dan masuk kembali dalam kuah gulai. Dan gulai  akan cepat rosak atau basi. Biar tudung periuk renggang sedikit...Ini pesan orang2 tua, kalau tak caya sila tanya ibu atau nenek anda....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah siap disiang dan potong kiub, direndam
6 - 7 ketul keratan tulang ikan masin kurau, rendam 1 jam
3 keping tempe, potong kecil
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat
3 batang serai, dititik
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus nangka muda sekejap (kurang lebih 10 minit), kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan masin kurau (toskan terlebih dahulu) dan kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Tambah tempe dan asam gelugor, bila nangka dan tempe empuk, tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa, masukkan lada hitam, sedikit gula dan daun kunyit. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau selalu.
  3. Masak sekejap, dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng...

Post a Comment

1 Comments

  1. sedapnya...orang lepas pantang boleh makan tak ya..?

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/11/ketagih-rokok-vivix-buat-nafsu-hilang.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.