BEN ASHAARI

Wednesday, October 2, 2013

PRODUK JALEN, MENAMBAH KELAZATAN MASAKAN ANDA....

Kicap antara bahan penting dalam masakan dan setiap rumah di Malaysia, che mat pasti ada sekurang2nya sebotol kicap. Kicap telah memberi satu evolusi dalam dunia masakan dan menjadi keperluan umum. Kicap Jalen menjadi pilihan ramai pengguna. Rasanya sedap dan boleh dipelbagaikan penggunaannya dalam masakan. Dan che mat sendiri boleh dikatakan hampir saban hari menggunakan kicap terutama jika menggoreng mi dan sebagainya. Selain itu kordial minuman Jalen juga boleh anda pelbagaikan...yang tu insha Allah nanti che mat share idea untuk anda lebih kreatif dengan kordial minuman ini...

Kalau kami di Johor, hidangan seperti pisang goreng dan sebagainya termasuk soto, mi hoon sup wajib ada sambal kicap. Dan cara termudah untuk menyediakannya, anda boleh guna kicap lemak manis atau kicap manis Jalen, kemudian anda tambah cili padi dan bawang putih yang ditumbuk lumat. Jika suka boleh juga perahkan sedikit jus limau kasturi dan kacau rata2. Kicap manis dan lemak Jalen sesuai untuk memasak mi, selain memberi warna yang menarik ia juga pasti menjadi kegemaran kanak2...yelah budak2kan tak tahan pedas...

Jalen juga ada mengeluarkan kicap pekat dan tauco. Bercerita pasal kicap pekat, tau tak (mesti tak tau kann...hehe) che mat kalau buat kuih kasui atau apa kuih yang memerlukan kaler yang sedikit gelap atau pun bila che mat masak gula merah dan nak kasi kaler dia jadi gelap, che mat akan tambah sedikit kicap pekat bagi menambah warnanya. Kicap pekat Jalen tidak lah masin, hanya lemak2 saja. Ia juga boleh ditambah ke dalam mi goreng untuk mendapat warna mi yang lebih gelap tanpa rasa masin yang terlampau. Dan untuk minggu ke - 3 ini, apa pulak resipi dari che mat untuk Jalen?...Nak tau, ok anda boleh klik sini dan pastikan anda mencuba nanti...

7 comments:

Rozita said...

wah...che mat dah iklan... sambal kicap memang buatkan johor jadi lain dari yang lain kan?

nea lopah said...

kicap menjadikan makanan lagi lazat. saya suka kicap pekat JALEN.

Delima Zamrud said...

Kicap JALEN lemak manis mmg terbaek sedap!!!!...

Nami Collections said...

En.Mat boleh jadi DUTA JALEN ni hihihih

Kakzakie said...

Bila Jalen engage CM jadi duta syarikat dia ni hihi...

Rumah kakak yg pasti paling tidak mesti ada kicap masin, manis dan cair...

Nami Collections said...

rumah saya ada kicap manis jer dah cukup...baru sedap makan

MamaFaMi said...

Tu dia, duta Kicap Jalen dah wat promo. Steady Wak Mat... :D Peace.. jangan mare Mat!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.