BEN ASHAARI

Wednesday, October 16, 2013

PELIK KERRR LELAKI JADI SURI RUMAH?...

Salam, nak story sikit lah, pada pendapat anda...pelik sangat ke orang lelaki jadi suri rumah?....Suri rumah kat sini bukan lah che mat maksudkan yang duduk goyang kaki atau goyang segala benda yang boleh digoyang. Tapi yang punya hasil sendiri. Tau tak, lelaki yang jadi suri rumah ni kira satu pengorbanan juga...dan dalam masa yang sama mereka boleh merasai apa yang suri rumah "tulen" rasai, walaupun tidak lah 100%... Pstt yang che mat sibuk2 tu pesal, dah blog masak2 buat aje lah blog masak2, ni tak...Bukan macam tu, che mat pun mana ada kerja luar, ada juga yang pelik dan bertanya dengan soalan2 yang seksi dan mengiurkan sangat sampai segan ai nak jawab terutama dari segi kewangan. 

Contohnya macam jiran che mat tu, dia bukan lah suri rumah yang 'suri rumah' tapi dia punya pendapatan sendiri.. Namun tetap ada yang heran dan pelik. Tapi tak boleh nak kata apa lah kan, anggapan orang sekeliling memang kita tak boleh nak pertikaikan.....biasalah dah jadi amalan turun menurun masyarakat Malaysia, bila orang nampak releks, tanya...nampak susah, tanya...nampak kaya, tanya....nampak macam2 pun tanya juga.....sampai dah takde benda nak tanya lagi...baru lah tutup mulut...

Tidak dinafikan ada juga suami yang menjadi suri rumah jenis tak bertanggungjawab, takde hasil, lepas tu mencekik hasil isteri, bila suruh kerja..alasan macam2, termasuk lah kata 'tulang dah reput'. Yang tu memang tidak digalakkan lah. Benda2 macam ni perlukan penjelasan agar orang lain faham dan tidak memandang serong pada lelaki yang bergelar suri rumah walaupun pada hakikatnya mereka bijak mendatangkan hasil sampingan. Pada che mat apa2 yang kita lakukan biarlah dengan rasa ikhlas, gembira dan berlapang dada, baru seronok. Apa guna wang banyak jika hati sering rasa gusar dan jiwa rasa tertekan.....bersederhanalah dalam apa2 pekara sekali pun.. Moga Allah swt melimpahkan rezeki untuk anda semua...sampai jumpa...

13 comments:

Mk Syahir said...

<--- bakal surirumah lelaki (sekarang ni orang anggap penganggur sebab xkerja pejabat + xkawin lagi)

hihi..

mulut tempayan mudah nak tutup, mulut orang PCM, elok ditutup dengan capal baru dia rasa :p

aizamia3 said...

orang mengata tu biasa cikmat.. saya sendiri dah kena, walaupun tak lama en. suami jadi 'suri rumah' tapi mulut manusia tetap berkata2.. walhal mereka tak tau keadaan sebenar :( sedih dengan situasi tu.

Dahniar ahamad said...

saya plak selalu berangan yg suami sy boleh jd suri rumah..sbb skrg dia keje dr pagi sampai lewat mlm..sian kat anak tak berapa dpt bermain dgn ayah..lagipun kalau bila sesekali dia yg masak...mmg rasa sgt sedap.

Irfa said...

asalkan pasangan saling memahami itu dah memadai bagi saya :)

tenku butang said...

pedulikan apa kata orang, asalkan lelaki tu tau apatanggungjawab dia sudah.. bukannya dok umah goyang kaki.. kalau dok umah goyang kaki memang patutlea dapat ayat cenggitu.. kadang susah kan nak buat apa2 orang sekeliling pulak sebok menilai..

Mazatul Azura Muhamad said...

Tak kisah jadi surirumah.. asalkan bertanggungjawab..

Ryo Azhar said...

Ai sangat kagum ngan abg Ben dan ai x kawen lagi...huuu

Putri said...

Zaman sekarang,duduk rumah pun boleh buat income.so bg saya x ad la pelik sgt bila lelaki jd suri rumah.asalkan pasangan saling faham..biar la ap orang nk kata.sekarang ni jgn kata lelaki jd suri rumah je kena kata..pompuan yg jd suri rumah pun org dok mengata jugak.mcm la suri rumah ni duduk rumah goyang kaki je

Ummu Madihah said...

Salam Che Mat,

Mak Aji rasa kalau lelaki nak jadi suri rumah dan itu pilihan dia dan isteri dia tak kisah, boleh aja, yang penting mereka suami isteri tidak kisah. Jangan peduli sangat kata orang, kalau ikutkan tak terlayan. Janji kalau isteri keluar kerja, suami kena buatlah kerja rumah yang sepatutnya dilakukan oleh suri rumah lain. Jadi isteri yang penat tidaklah perlu masuk ofis kedua pula setelah balik dari kerja di pejabat!

Shahazrin said...

respect kat jiran tu... cik mat juga

Rosnah Miskan said...

Kami suami isteri memang bercita-cita nak duduk rumah sama2 jaga keperluan anak membesar sambil ber-SOHO untuk jana pendapatan :-)

Dalila Yusof said...

Itu kalau suami malas, anak terbiar, tapi kalau semua tip top, memang perlu salute lelaki itu, nak2 boleh cari duit sampingan

Dalila Yusof said...

Itu kalau suami malas, anak terbiar, tapi kalau semua tip top, memang perlu salute lelaki itu, nak2 boleh cari duit sampingan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.