BEN ASHAARI

Tuesday, October 29, 2013

PAVLOVA....EHEMMM.....

rsz_pavlova_mini
Pavlova....manis bersari dan sungguh misteri, namun bagi anda yang tidak suka manis atau punya kadar gula yang agak tinggi, ini tidak sesuai untuk anda. Che mat sendiri pun agak ngeri nak makan. Tapi resipi ini che mat dah kurangkan gula, lagi pun kan gula dah mahal sekarang ni. Pavlova ni che mat buat dalam saiz comel2..guna paper cup leper saiz 4 inci. Che mat buat awal sehari, maksudnya malam sebelum tu che mat buat dan hidangan ini salah satu yang che mat sajikan untuk tetamu tempoh hari. Resipi guna yang sedia ada diblog dan menghasilkan kurang lebih 10 biji pavlova. Untuk buah2an tu anda boleh letak apa jua jenis yang anda suka, tapi kebiasannya, stoberi, kiwi, peach dan anggur menjadi pilihan. Disebabkan pavola agak manis, che mat drizzle kan dengan isi buah markisar (tapi yang lain tak, takut ada yang tak suka)...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 putih telur (dai telur gred A)
1 cawan gula kastor (che mat guna 3/4 cawan)
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan (che mat guna cuka JALEN)
1/2 camca teh serbuk vanillin (boleh ganti dengan esen vanilla)
Non-dairy whipping cream yang telah diputar kental secukupnya
Buah2 pilihan anda seperti stroberi, kiwi, peach, anggur dan markisa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, sediakan 10 bekas paper cup jenis keras bersaiz 4 inci. Ketepikan. Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga kental.
  2. Masukkan cuka makan dan putar sebati. Ayak tepung jagung dan gaul dengan spatula hingga rata. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang saiz besar. Paipkan bentuk bulatan dalam paper cup tadi. Buat hingga semua siap.
  3. Masukkan dalam oven dan turunkan suhu pada 130C, bakar selama 1 jam 25 minit. Kemudian matikan suis oven. Renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan povlova sejuk secara semulajadi. 
  4. Bila sejuk, paipkan dengan krim dan tabur buah2an atasnya, boleh hidangkan atau simpan dalam peti sejuk sementara waktu hidangan....

13 comments:

Syazana Zainn said...

kite suka pavlova
sng je nk buat dia
it just nk buat whip cream tu je sakit hati sbb kdg2 kite buat dia x jd kental.
so selalu beli yg whip cream spray je hihi

Mat Gebu said...

@syazana zainn - nak mudah beli 'non-dairy whipping cream" yg tu insha Allah akan kental bila diputar. Kalau 'whipping cream' anda kena sejukkan dulu baru putar hingga kental tapi jangan terlebih putar nanti cair. Dan whipping cream tak tahan lama, kena makan cepat kalau tak dia cair atas pavlova tu...Kalau non-dairy whipping cream dia ok, boleh bertahan dan tak mencair...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ada sedikit kelainan resepi pavlova CM, pas ni Kak sari nak try resepi CM ni..

JunAina said...

CMG saya ni lagi dok minat soberi hat luaq pinggan tu...hehehee...

GreenAppleKu.com said...

Pavlova CMG memang ehemmm la. Tq. :-)

Maszie Fatah said...

wahhh...menarik dan sedapnya,selalu buat x pernah lagi terserempak dgn buah markisa di market....

husna zahidi said...

tak pernah makan lagi pavlova.. nampak macam sedap je..huhu..

CiKaLi said...

PAvlodo~!!!!

Ieta Mat Saad said...

pavlova memang sedap...

Sumijelly Sumi said...

sedapnya makan PAVLOVA..... nanti nak cuba la.. asyik beli jer...huhuhu

selalu kali ambik resepi dr mat gebu sentiasa tidak mengecewakan hasilnya...

Sumijelly.com

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantik!!
ini salah satu manisan yang belum berani nak dicuba selain dari macaron.. hehehe... ngeri nak cuba sbb manisssnya tu... hee...

http://me-itu-aku.blogspot.com said...

cmg nak bakar pavlova tu guna apa atas bwh ke?

Siti Aminah Abd Halim said...

Boleh tak nak tau apa masalahnya ye.....base Saya tak crunchy hu hu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.