BEN ASHAARI

Tuesday, October 1, 2013

MI MAGGI GORENG KICAP 'MALAS-MALAS'...

rsz_mee_kicap1
Salam semua, hari ni che mat sibuk dan tak dann nak masak apa sangat. Makan pun lauk2 semalam...errr ada jugak yang che mat masak tapi sangat2 simple, jadi tak perlu lah kan masukkan sebagai entri blog. Nak ikutkan mi maggi goreng kicap ni pun tak perlu masuk, tapi rasa tak bess pula blog sepi aje. Tak kesah lah ringkas ke, rumit ke, che mat buat juga sebagai entri. Petang tadi saja lah sebab bosan, che mat kemas2 kabinet dan ada nampak mi maggi perisa ayam dalam 3 bungkus, tapi che mat masak 2 saja, satu lagi tu tinggalkan untuk Bak. Resipi memang mudah dan che mat hanya guna sebungkus perencah maggi sebab nak letak kicap, takut masin nanti. Che mat letak hirisan daging ayam sebagai rencah, kalau anda nak letak udang atau sotong lagi bess, cuma pastikan anda tidak alah makan benda2 macam tu takut pulak bergaru2 nanti. Ok resipi memang mudah dan sesuai juga untuk orang bujang... Dan jangan lupa mencuba resipi che mat yang ini....Jomm masak-masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 bungkus mi maggi perisa ayam (ambil sebungkus sahaja perencahnya)
1 keping dada ayam, hiris nipis
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
2 genggam taugeh, dibersihkan, cuci dan toskan
2 biji telur, dipukul sedikit
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sambal tumis
1/2 camca besar sos tiram
Kicap lemak manis JALEN secukupya
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Isi ayam, dicarik, untuk hiasan (optional)
Sos cili (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mi maggi hingga lembut tapi jangan sampai lembik. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak masak. Isi ayam diperap dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah selama 10 minit. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis, perencah ayam mi maggi dan sos tiram. Kacau sebati. Tuang sedikit air jika perlu.
  3. Tambah isi ayam, gaul rata dan biar hingga ayam masak, masukkan tauhu, kacau dan tambah kicap lemak manis (letak anggaran 1 camca besar). Masukkan mi maggi, gaul hingga rata, guna api kecil. 
  4. Tolak mi ke tepi kuali, masukkan telur (jika perlu masukkan 1 camca teh minyak sebelum anda masukkan telur). Biar telur sedikit mengeras sambil dikacau rata. Gaul dengan mi. Masukkan taugeh dan kacau, rasa dan jika perlu tambah kicap lemak manis secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Tabur hirisan daun bawang, cili merah, isi ayam dan hidangkan bersama sos cili....Sedap dimakan panas.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk sambal tumis tu che mat kisar 2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1/2 inci halia dan 1 genggam udang kering atau ikan bilis (yang ni ikut pilihan anda). Kemudian tumis hingga harum, masukkan 3 senduk penuh cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan 1 camca besar pes asam jawa. Kacau rata. tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api kecil hingga betul2 garing. Sejukkan dan simpan dalam botol bersih untuk kegunaan kemudian....Nak tahan lama simpan dalam peti sejuk dan pastikan sambal tumis anda tenggelam dengan minyak menumis untuk lebih tahan lama...


6 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

mai sini klik $$$ je

Kreviewed ricky said...
This comment has been removed by the author.
Kreviewed ricky said...

kongsi artikel di pingnw.com dan dapat lebih traffic ke laman anda

Madam Lala said...

adoi.. tgk maggie pun rasa perut kebulur!

Yatie Mokhtar said...

wah.. cmg wlupun tajuk mals2..tp amat membuka selera yg tgk..sedap..

Yaya Tomey said...

sodapnye...air... kecur air liur yaya tengok gambar ni..aduihh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.